Tuesday, December 8, 2009

Sedang Rindu Si Cahaya Atas Cahaya

Bismillah.

Sebelum kita memulakan entri terbaru,hamba ingin mengajak pembaca blog imranulkhalis untuk bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas baginda moga-moga kita tidak akan dijauhkan dari baginda pada hari hisab nanti.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Alhamdulillah,kita telah melakukan kebaikan pada hari ini dengan mengingati baginda dan kepada keluarga baginda.

Secara tiba-tiba hati ini rindu pada baginda.Rindu akan kasih sayangnya walaupun tidak pernah bersua muka dengan baginda tetapi baginda telah meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam untuk kita menilai bahawa orang-orang tempat baginda berhijrah dahulu sangat lembut.Begitu juga baginda.Sungguh lembut orangnya.Aduhai sangat rindu pada baginda.Sungguh.Ni bukan main-main.Sangat rindu.

Sedikit pengalaman hamba yang telah berada di sana.Sewaktu melalui pintu bab as-salam di masjid nabawi pada umrah pertama hamba semasa tahun 2005 untuk ziarah Rasulullah.PAda waktu itu selepas subuh.subuh yang sedikit hangat,musim kurma berbuah.Hamba dan abah telah ziarah makam nabi,hamba memberi salam pada baginda.Ketika sedang asyik memberi salam pada baginda tanpa hamba sedar airmata mengalir deras turun ke pipi.Sangat rindu hamba akan baginda.Sungguh!Demi Allah.

Kali kedua tika hamba mengerjakan rukun islam yang kelima sekali lagi hamba diberi peluang untuk ziarah baginda,sedang asyik hamba memberi salam kepada baginda sekali lagi airmata hamba mengalir deras.Turun tanpa dituntun.Lutut rasa lemah.

Alangkah indahnya jika hamba dapat cium tangannya.Sungguh!Hamba mahu.

Alangkah indahnya jika hamba dapat tatap wajahnya yang penuh cahaya.Sungguh!Hamba mahu.

Alangakah indahnya jika hamba dapat diusapkan kepala hamba oleh baginda.Sungguh!Hamba mahu.

Alangkah indahnya jika hamba dapat dikucup dahi hamba oleh baginda.Sungguh!Hamba mahu.

Tetapi siapa hamba di sisi baginda.Hamba yang hina,dia yang mulia.Entah dipandang entahkan tidak.

Tapi hamba memang mahu berada di sisinya.Aduhai Allah..Dengarkah Kau akan doa hamba?

Aduhai Allahku,Dengarkah Kau pada pinta hamba?

Aduhai Allahku,hamba sungguh rindu pada sang kekasihMu.

Aduhai Allahku,hamba sungguh rinda pada sang cintaMu.

Aduhai...

Sungguh hamba rindu Pada Muhammad Ibn Abdullah.Kalau tidak kerana baginda,hamba tidak memegang mushaf ini sekarang.Kalau tidak kerana baginda hamba tidak akan dapaat menghafaz kalamNya.

Aduhai Rasulullah,hamba rindu padamu..


Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

1 Orang Bercakap:

Faarihin said...

salam...

sentiasa rindu kepadaNYA..

rindu juga kekasihNYA..