Monday, December 28, 2009

Jangan Sombong Untuk Keluarkan Airmata



Bismillah..

Mari kita mulakan pagi kita hari ini dengan karaoke lagi.Hari ini kita karaoke lagu dari kumpulan Firdaus pula yang bertajuk Menangislah Di Bahuku.Ok!Music Please!

Kau datang padaku seperti biasa
Ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahawa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa berderailah airmata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah..
Kadang manusia terlalu sombing tuk menangis
Lalu untuk apa airmata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah
Di bahuku kau berikan ku kepercayaan
Bahawa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu

Menangislah

Menangislah..

Menangislah di bahuku,ku di sini untukmu..

Menangislah di bahuku,kerna ku sahabatmu..


Ok!Sesi Karaoke sudah tamat.Kedai pun nak tutup dah!Wei!Kedai nak tutuplah!Korang ni nak aku panggil awek power rangers aku ke?Haa...Taw pun takut.Dah,jom balik.Pasni kita kita layan plak qiam ok?Cantesss..

Baik!Kita dah mulakan pagi kita dengan karaoke kan?Jadi musti anda semua agak gumbira dapat menyanyi dengan balak power rangers kan?Kalau begitu anda adalah orang yang bertuah sekali kerana dapat duet dengan boyfren power rangers yang sangat cun!Hoho~

Erm...Pada rangkap yang keempat,kita dapat melihat petikan yang berbunyi : Menangislah,kerna manusia terlalu sombong untuk menangis.Betul kan?Hmm...Manusia ini memang benar,terlalu sombong untuk menangis.Kononnya mahu menjaga status.Kononnya tak malu bila dipandang orang,kononnya sudah dewasa,kononnya bla bla bla..Bohong!Alasan-alasan itu tercipta hanyalah untuk menjadikan anda semua orang yang sombong.Mana ada Allah ciptakan bahagia semata dalam dunia ini.Hidup ini Allah sudah corakkan dengan berbagai warna.Ada bahagia,ada derita.Ada suka,ada duka.Ada menangis,ada ketawa.Lihat bagaimana Allah menjadikan dunia ini berbagai kejadian.

Cuba kita bayangkan andai Allah jadikan dunia ini hanya gembira semata,maka manusia akan rindu pada tangisan dan jika Alah hanya ciptakan gembira sahaja di dunia maka tiadalah lagi orang-orang yang akan simpati.Maka tiadalah lagi kedengaran rayuan sana sini,maka tiadalah lagi kedengaran suara yang merintih jiwa,maka tiadalah lagi aksi pujuk memujuk.Nah!Kita sudah nampak bukan?Betapa hebatnya Allah itu menciptakan airmata.

Dalam kajian saintifik pula,menangis dapat memberikan kesihatan yang baik.Nak disenaraikan banyak tetapi biarlah hamba beri satu sahaja kebaikannya.Dengan menangis hati kita akan menjadi tenang.Ini hanya pendapat hamba,bila kita menangis secara sedar atau tidak kita pasti atau akan menyebut nama Allah,ataupun Oh my god!Tak pernah sekalipun hamba dengar orang yang sedang menangis mereka itu mencarut!Sumpah!Pernahla sekali,tapi yang nangis tu orang gila dan anak kecil yang mulutnya ingin dicabai dengan cili burung.Sangat kurang ajar.Habis semua benda anak Adam disebutnya.Tak cukup dengan dia punya...Ngong!

Baik,Memangnya kita ini akan menangis bila sesuatu yang tidak enak terjadi pada diri kita.Contohnya seperti kematian,perpisahan,kesakitan dan sebagainya.tetapi yang paling kerap ditangisi ialah bila terjadinya kematian dan perpisahan yang merumitkan jiwa.Hamba pernah merasainya.Juga,kita pernah menangis kerna gembira.Ini juga antara tangisan yang selalu kita lihat.Bukan senang untuk mengeluarkan airmata kerana sejak kecil kita sudah tertanam dengan cakap-cakap orang yang lebih tua dari kita bahawa setiap kali menangis kita akan dianggap seperti anak kecil yang tidak akan dewasa.Maka kita seperti terpedaya dakwah itu maka kita pun berhentilah menangis kerana kita mahu jadi orang yang besar,orang yang dewasa.

Tapi sedarkah kita?Ingatkah kita bahawa Nabi Muhammad telah berpesan bahawa sesiapa yang semasa dunianya menangis maka di akhirat nanti mata itu akan menjadi pembelanya.Tapi perlu diingatkan di sini bahwa airmata yang menjadi pembela itu bukanlah airmata kesedihan menonton cerita hindustan,tamil ataupun cerita yang jiwang karat tahap potong kaki.Tetapi airmata penyesalan.Cuba kita hitungkan,sampai saat ini sudah berapa gelen airmata kita telah dirembeskan keluar?Cuba kita ingat kemudian hitungkan.Tolak yang masa kecik-kecik dulu.Yang kecik tu dulu hamba pun selalu nangis sebab tak dapat minum milo..Oh!Air milo.

Kenapa kita terlalu sombong untuk mengeluarkan airmata sedangkan airmata itu adalah terapi yang paling baik untuk diri kita?Mengapakah kita terlalu sombong dengan Allah yang menciptakan airmata?

Buat sang lelaki,janganlah anda semua malu jika anda menangis.Menangislah!Menangislah dan teruskan menangis.Anda akan kelihatan gagah bila menangis kerna kekuatan lelaki bukan terletak pada badan yang berketul apatah lagi batinnya.Tetapi kekuatan seorang lelaki itu terletak pada menahan marahnya.Jika anda terlalu marah,luahkan ia dengan airmata kerana ia adlah terapi jiwa yang paling baik.Menangislah dan jangan sekali menangis dengan wajah yang buruk.Menangislah dengan wajah yang macho!Hoho~

Buat sang wanita,janganlah putuskan airmatamu kerana itu adalah nalurimu yang memang diciptakan oleh Allah.Itulah yang membezakan lelaki dan wanita.Wanita dilahirkan dengan airmata,perjalanannya penuh airmata suka dan duka,akhirnya juga penuh dengan airmata.Maka janganlah anda sekali memutuskan airmatamu.Sungguh!Airmata itu anugerah Allah yang paling agung buatmu.Jangan sekali putuskan ia.

Moga kita sama-sama menangis demi menjadi hamba Allah yang tidak sombong!

P/S : Buat dia di sana yang sudi mengeluarkan airmatamu untuk hamba,terima kasih kerna sanggup menumpahkan airmatamu.Tiada yang dapat hamba membalasnya kecuali Allah jualah yang berkuasa membalasnya.

Uhibbuki!

Selesai Sudah!



Bismillah...

Selesai sudah membaca Di Bawah Lindungan Kaabah hasil tulisan Pak Hamka yang penuh sastera,penih falsafah dan penuh rasa.Sangat sedih ceritera ini.Sungguh,sebelum ini hamba tak pernah menangis membaca novel-novel jiwang tapi dengan tulisa Pak Hamka hati hamba benar-benar terusik,hati hamba benar-benar syahdu.

Ceritanya sangat trajis.Cintanya sangat mengasyikan.Cinta yang tidak kesampaian.Berpaut pada kiswah kaabah saat-saat akhir hayatnya.Aduhai....Sangat pedih,sangat sedih.

Hamba sarankan kepada anda membeli buku ini yang diterbitkan oleh pusataka dini.Ini adalah buku Pak Hamka yang paling murah.Harganya cuma RM6.90.Tidak sia-sia anda membelinya kerana di dalamnya ada pengajaran dan kisah yang boleh kita tauladankan.

Thursday, December 24, 2009

Terkena Jangkitan MUB yang berbahaya!


Bismillah.

Dengan nama Allah hamba mulakan kalam.Dengan nama Allah hamba mulakan bicara.Dan alhamdulillah kerana tuan punya dunia masih lagi memberikan nafas pada hamba untuk menulis dan menyampaikan berita kurang enak pada anda semua.

Alhamdulillah,sehingga saat ini hamba masih lagi boleh bernafas,cuma hamba bawakan satu berita sedih untuk anda semua.Diharapkan anda semua tidak berasa sedih dengan kenyataan ini.

Setelah hamba pergi ke hospital tadi hamba telah dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan hati hamba dan awek hamba si power rangers pink itu.Dia menunjukkan simpatinya walau dia bertopeng.Hamba nampak..Hamba kan pakwe dia.Dan dipendekkan ceriteranya hamba terkena jangkitan MUB.Penyakit yang menyerang bahagian dalaman manusia normal.Simptom-simptomnya seperti demam biasa.Tapi batuk yang berpanjangan.Ini adalah benar.Hamba rasa sudah gelap dunia hamba walaupun hamba sendiri sudah gelap.Hamba sangat sedih bila diberitahu demikian rupa,hamba menangis semahunya.Aduhai...Sangat sedih.

Wahai para pembaca blog imranulkhalis,doa-doakan hamba supaya hamba cepat sembuh.Hamba sayang anda semua..








P/S : MUB adalah Penyakit baru yang dijumpai dalam dunia perubatan yang bermaksud MalasUpdateBlog!Hoho~

Monday, December 21, 2009

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Bismillah

Hamba sedang membaca kitab ini :






Dan ini :






Sangat best!

Friday, December 18, 2009

Perhatian!!! Ini Gambar Awek Baru Saya.Lihat Untuk Kepastian!

Perhatian kepada lelaki di luar sana yang mejadi pengunjung blog Imranulkhalis.Di sini hamba ingin mengishtiharkan akan awek baru hamba.Jadi jangan mengorat!Tumbuk kang!

Hamba harap buat ukhti-ukhti diluar sana yang berkenan dengan hamba dapat bersabar.Sapa suruh masuk line lambat.

Izinkan hamba berkongsi dengan anda semua tentang kisah kami bertemu.

Seperti yang diketahui hamba bukanlah seorang yang amat hensem.Apatah lagi kacak seperti Farid Kamil ataupun M Rajoli mahupun Shah Rukh Din.Tetapi dengan berbekal azam yang kuat serta semangat yang tinggi,hamba terus melamar dia untuk menjadi awek hamba.

Couple?Sapa yang kata kami couple?Kami cuma bercinta.Jangan ada sesiapa yang nak halang percintaan kami!

Pada mulanya dia seorang yang agak kasar orangnya.Hamba berkenalan dengannya ketika dia sedang membelasah orang jahat yang menganggunya.Apa lagi?Dia cuba mempertahankan dirinya dengan sebaik mungkin.Langkahnya seperti dia mempunyai ilmu persilatan yang amat tinggi.Mungkin anak tok guru silat,tapi hamba tidak mengecam.Silat apakah yang menjadi pakaian dirinya.Tetapi langkah yang diatur olehnya sangat indah dan tangkas!Sungguh!Hamba tak tipu.Kemas atur langkahnya.

Namun hamba sedikit kecewa pada mulanya.Walaupun dia seorang yang penuh sopan santun tetapi dia tidak memakai tudung atau niqab.Cukup bagi hamba sekiranya dia dapat menutup mahkotanya dari dilihat orang lain.Pada mulanya hamba sangat malu pabila keluar dating dengan dia kerana hamba ni ostat.Manakala dia tidak memakai tudung.Aduhai!Sangat tensen hamba ini macam!

Tapi,setelah hamba banyak bersabar dan mendidik dia akhirnya dia telah menutup mahkotanya malahan seluruh tubuhnya agar tidak dikenali orang sebagai fasik.Dia kini berniqab dan bercermin mata gelap.

Aduhai..Sungguh!Dia sungguh cantik dan ayu.Hamba berpesan kepada lelaki di luar sana,jika anda ternampak gadis ini maka janganlah anda gatal-gatal nak mengorat.Siku karang baru taw!Hamba boifren dia!

Buat ukhti-ukhti di luar sana pula.Janganlah dikau berasa sedih dengan kenyataan ini.Terimalah seadanya bahawa hamba sudah dimiliki oleh dia yang hamba sayangi.Janganlah dikau beremuk hati dengan hamba kerna hamba manusia biasa.Tetapi rasalah menyesal kerana tidak mengorat hamba.

Di bawah ini hamba lampirkan sekeping foto kekasih hamba yang sedang membuka langkah pencak silatnya.Tengok elok-elok dan jangan mengorat.Pukui kang....




Sangat CUN kan?Hoho~

Thursday, December 17, 2009

Pernah Merasai Bagaimana Nikmatnya Rindu?




Bismillah..

Kata kumpulan Hijjaz dalam lagunya yang bertajuk Rindu.Mari kita mulakan sesi karaoke kita pagi ini!

Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan

OK!Cukup setakat ini karaoke kita pada pagi ini.Nanti-nanti kita sambung lagi.Dah la!Dah habis ni..Kedai karaoke pun nak tutup dah.Hah!Jangan nak pegi dangdut plak!Patah kaki tu karang!

Ok!Bersambung lagi kita.

Pernah tidak hati kita merindui seseorang?Pernah tidak kita berasa gelisah bila berjauhan dari seseorang?Pernah tidak hati kita rasa tidak aman bila melihat keadaan yang serba tidak kena?Pernah tidak hati kita sentiasa teringat pada seseorang atau sesuatu yang begitu istimewa yang terpahat dalam hati kita?

Tentu sahaja pernah bukan?Kalau tidak selalu,sudah tentu sekali.Tapi tipulah kalau ada orang yang hanya seumur hidupnya hanya pernah merindui untuk sekali.Bohonglah!Hamba tidak percaya!Orang gila pun masih rindukan orang yang diingatinya.Kenapa?Tak percaya....?

Haaa..Begitulah nikmatnya merindui,tetapi hakikatnya kita senantiasa lari dari hakikat rindu ini.Bengonglah dia kalau dia tak pernah merasa nikmat rindu.

Hamba bagi contoh paling mudah buat anda.Katakanlah anda mempunyai seorang aweks/balaks,tiba-tiba aweks/balaks anda tak mesej anda malah tak call pun apatah lagi untuk main miss call.Mesti akan timbul satu perasaan yang agak pelik.Anda pun bagi mesej,dia tak reply.Anda call,dia off henfon.Anda main miss call gak tapi takde pape respon malahan masuk voicemail.Hari-hari anda buat perkara yang sama.Daripada perasaan marah timbul perasaan risau kemudian muncul perasaan rindu.Inilah yang dikatakan rindu.Tahu-tahu aweks/balaks kita dah ada kat London sane tu.Buat apa?Bercuti!Cis..Cuti-cuti Malaysia lagi baguslah,dapat menjimatkan kos dan kewangan.Ingat Malaysia ni tade salji ke?Adalah,pegila kat Mines sane tu.Dapat main salji.Susah sangat ke?

Baik,inilah yang dikatakan rindu yang pada tahap masih kecil lagi.Maksudnya belum lagi pada tahap rindu yang besar.Seperti lagi yang kita telah karaokekan tadi,adalah rindu itu sebuah anugerah Allah.Sama seperti cinta.Rindu adalah hadiah Allah juga pada setiap insan.Sebab itulah kadangkala kita dapat melihat mereka yang sedang mabuk rindu kadangnya mandi tak basah.Orang lain mandi curah kat badan,dia mandi curah kat tempat lai.Tak kena badan.Kita dapat melihat mereka makan tak kenyang.Yelah!Orang lain makan baca basmalah,dia makan ngap je terus.Mana nak kenyang,dah rindu punya pasal.Kadangkala mereka tidur tak lena.Yelah,orang lain tidur atas katil,dia tidur atas lantai yang banyak semut,macam mana nak lena?Sambil tu pulak meletak lengan kanan ke atas dahi sambil tangan kiri menatap foto yang tersayang dihiasi dengan lagu indah jiwang nan karat!Aduhai......Sangat romantis!Jadi kita dapat melihat bahawa di sini rindu itu adalah sesuatu yang abstrak!Rindu itu sukar digambarkan dengan kata-kata.Rindu itu hanya dapat diluahkan dengan perbuatan.

Kadangkala hamba sendiri tak dapat menahan perasaan rindu ini.Bayangkanlah,seminggu kalau tak dapat makan burger rasa macam tak kena je hidup.Bila dapat beli burger barulah hidup ini terasa kembali ceria.Aduhai...Sedapnya burger..

Rindu ini Allah kurniakan pada setiap orang.Tidak kira Islam atau kafir,beriman atau tidak.Kerana kita sedia maklum bahawa Allah itu maha penyayang.Dia memberi secebis yang miliknya untuk setiap manusia agar dapat merasai nikmat itu agar dapat dituai di akhirat sana.

Orang mukmin,rindunya hanyalah pada keluarga yang sakinah yakni keluarga yang tenang dan bahagia.Jika keluarga sakinah dapat diwujudkan maka senanglah bagi sebuah bait itu menjalankan hukum Allah dan mentaati segala perintah Allah.Tentu kita pernah melihat sebuah keluarga yang di dalamnya tidak timbul pertengkaran,si anak menghormati kedua orang tua dan sebagainya.Inilah rindu bagi para mukmin yang sedang berjuang.

Bagi orang yang bertaqwa pula,rindunya hanyalah pada redha Allahnya.Rindu pada kebenaran,kejujuran serta keikhlasan.

Rindu ini berbagai.Malah jika kena gayanya rindu kita pada insan akan membawa redha Allah.Persoalannya sekarang,bagaimana kita mampu mencari rindu yang membawa redha Allah?

Jawapannya,ada dalam diri kita sendiri.Hamba tidak rasa ragu sekiranya ada dikalangan anda yang pernah mendengar,membaca dan mendoakan doa yang bertajuk "Jika Aku Jatuh hati."Sungguh,doa itu adalah doa yang paling baik bagi para perindu yang sedang merindui kekasih hati pengarang jantung pisang.Doa itu adalah doa yang paling meruntun jiwa.Hamba akui,bila hamba dengar dan baca doa itu,hati hamba benar-benar luluh.Benar-benar menusuk jiwa dan benar meruntun hati.Sungguh!Tak percaya pergi youtube dan search jika aku jatuh hati.Fuh...!Sungguh mengusik jiwa.

Dan tentu juga diantara kita yang telah biasa mendengar kalimah ini :

Rindu pada bunga
Bunga akan layu.
Rindu pada harta
Harta akan habis.
Rindu pada manusia
Manusia akan pergi.
Rindu pada Allah
Itulah cinta hakiki.

Mesti anda pernah baca dan dengar bukan?Rindu Allah adalah rindu yang hakiki.Tapi jangan lupa,seperti yang hamba katakan terkadang kasih dan rindu kita sesama insan,bisa mengundang keredhaan Allah jika insan menghargainya dan memuliakannya.

Rindu,windu,wndu...Bahasa SMS yang merujuk kepada rindu.RIndu yang anak muda kita tafsirkan sekarang adalah rindu yang salah.Rindu yang pemuda kita tafsirkan sekarang lebih banyak menjerumus ke arah terjadi perlakuan yang tidak sepatutnya.

Asal rindu,mahu berjumpa.Kemudian sama-sama menunggang tenggiling* dan pergi ke tempat yang sunyi.Kemudian mereka melepas rindu sampai tahap dendam.Rindu inikah yang akan kita bawa sampai syurga?Rindu sebeginikah yang kita bangga di hadapan Allah?Rindu sebeginikah yang kta bangga dengan para sahabat kita?Adakah rindu yang kita terlalu rindukan?Jika rindu ini rindu yang kita agungkan,banggakan maka tunggulah 'Hadiah' dari Allah.

Rindu sepatutnya menjadikan seseorang itu kuat.Rindu sepatutnya menjadikan seseorang itu terus redha.Rindu itu sepatutnya menjadikan seseorang itu terus berdoa.RIndu itu seharusnya mejadi paltform untuk kita terus menyerus manusia ke jalan selamat.Rindu itu sepatutnya menjadikan seseorang itu hampir pada Allah dan seharusnya rindu itu menjadikan manusia itu terus berdoa untuk orang yang dirindui!

Rindu inilah yang menjadi kebanggaan kita.Orang lain sibuk rindu berterusan dengan kekasih hati tanpa henti,tetapi kita harus menjadikan rindu kita pada kekasih kita sebagai rindu yang akan menuju redha Allah.Kita akan menjadikan rindu kepada kekasih kita untuk menuju cinta Allah.Jadikanlah rindu kita kepada orang yang disayangi rindu yang menuju Allah.

Hamba memesan diri hamba dan orang anda diluar sana,marilah kita sama-sama membawa rindu kita kepada cinta Allah.Bawalah bersama rindu kita menuju jalan yang mustaqim.Jalan yang diredhai Allah.

Allahu a'lam...

Tuesday, December 15, 2009

Pernah Merasai Bagaimana Indahnya Cinta?

Bismillah..

Kata kumpulan nasyid Inteam dan Mestica dalam tajuk lagunya Kerana Cinta.

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala.

Ok!Cukup setakat itu untuk sesi karaoke kita pada pagi ini.Minta maaf wahai pengunjung.Buat masa ini hamba akan hanya menyediakan pendapat-pendapat hamba tentang cinta.Entah kenapa dua tiga hari ini rasa mahu bercerita tentang cinta.Cinta yang menuju Allah.

Pernah tak diantara kita yang hatinya pernah disentuh oleh seseorang yang sangat istimewa?Pernah tak hati kita dimiliki oleh seseorang yang sangat istimewa?Tentu sahaja bila ditanya pasti ada yang akan menjawab ya!Sudah tentu ada yang pernah hatinya disentuh oleh seseorang yang istimewa.Seseorang itu kadangkala tidak cantik/hensem tapi sedap mata memandang bukan.Ciri-ciri yang kita mahu ada pada dia bukan?Walaupun tidak sesempurna yang kita harapkan.Tapi ya,anda semua bukan disentuh oleh malaikat.

Cinta itu sebenarnya adalah cahaya,hadiah dari Allah kepada setiap makhluk yang diciptakanNya.Tidak kira samada Islam atau kafir.Beriman atau tidak dan sebagainya.Allah itu adil lagi maha penyayang.Dicampakkan rasa indah dan bahagia ini dalam setiap jiwa insan.

Pernah anda merasai nikmatnya rindu?Sungguh asyik bukan?Sehari dirasakan bagaikan setahun.Sebulan dirasakan bagaikan bertahun-tahun lamanya,namun pabila ketemu semuanya terkedu!Semuanya terkelu!Pertemuan dengan kekasih hati amatlah membahagiakan!Sungguh!Hamba tak tipu!

Tapi adakah benar rindu dan cinta kita itu?Adakah jalan yang kita bawa rindu dan cinta itu jalan yang benar.Selagi Allah menjadi matlamatnya,maka selamatlah jalan cinta itu.Namun jika keduniaan menjadi matlamatnya,maka tunggu sahajalah apa yang Allah akan berikan.

Seperti yang hamba ceritak pada post sebelum ini,cinta itu adalah satu tanggunghawab dimana jika cinta semata-mata yang menjadi perjuangan maka keindahan cinta tidak akan terserlah.Sebab itu ramai yang kita lihat sanggup berkorban demi cinta.Berkorban itu adalah satu tanggungjawab.Kita lihat bagaimana Imam Nawawi mengorbankan masa mudanya untuk menunaikan tanggungjawabnya untuk menyelesaikan masalah ummah!Kita lihat bagaimana Hanzalah mengorbankan malam pertamanya kerana rasa tanggungjawab dan cintanya pada Islam?Kita lihat bagaimana seorang ibu menjadi lilin membakar diri untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap anaknya kerana cinta!Kita lihat bagaimana seorang bapa menunaikan tanggungjawabnya pada anaknya kerana rasa cinta dan kasih kepada anaknya.

Adakah kita merasai bagaimana nikmatnya cinta?

Cinta adalah nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Cuma kadangkala ramai yang terkorban demi cinta yang salah.Ramai yang mengorbankan diri kerana cinta yang salah.

Cinta yang sebegini memang indah pada mulanya.Dihiasi dengan berbagai macam nikmat syurga yang di dunia yang dikurniakan Allah kepada manusia.Kata seorang tuan guru pondok,salah satu nikmat syurga yang ada di dunia adalah nikmat jimak.Harap-harap anda semua fahamlah apa maksudnya.Jika cinta yang pada mulanya suci dan akhirnya hanya di ranjang maka cinta itu telah kotor.Manusia yang mengotorkan cinta yang diberikan oleh Allah.Sedangkan cinta itu seperti air mutlak,suci lagi mensucikan.

Mahu merasai bagaimana indahnya cinta?

cintai diri sendiri.Pujuklah hati.Jangan dibiarkan hati itu terlalu keras walaupun menerima sebanyak mana ilmu Allah.Cinta untuk dinikmati bukan untuk disakiti.Jangan sakiti jiwa kita.Berilah peluang pada hati untuk mencintai diri sendiri.

Sedikit teguran buat mereka yang anti kepada budaya couple.Kadangkala kita lupa dengan siapa kita berdakwah.Kadangkala kita lupa dengan bahasa apa yang kita gunakan untuk berdakwah.Bukankah dakwah itu bermaksud menyeru?Bukankah jika menyeru dalam islam mesti berlembut dan penuh kasih sayang.Kadangkala hamba terfikir kenapa da'i muda kita tidak mampu untuk menjadi mubaligh kristian yang selalu penuh dengan kasih sayang dan cinta?Bukankah Islam itu agama kasih sayang dan cinta?Jadi berdakwahlah dengan sebaiknya.Gunakan uslub dakwah yang paling baik dan penuh kasih sayang.Jangan terlalu bencikan mereka,kelak nanti Allah ubah hatimu.

Jangan diherdik!Jangan dihina!Mereka manusia sama,seperti anda.Hamba sedih dengan para da'i muda kita.Hamba tidak mengecam mereka tetapi biarlah dengan penuh hikmah.Insyaallah,nanti Allah akan bantu kita.

Allahu a'lam.

P/S : Buat dia yang berada di sana,hamba sayang kamu!

P/S : Kuala Lumpur!Here i come for kenduri!Makan-makan time!

P/S : Idea!Idea!Idea!I need some idea!Allah please give me some idea for this novel!

Monday, December 14, 2009

Mari Bercinta Sampai Syurga!

Bismillah..

Assalamualaikum Warahmatullah.Sudah agak lama hamba tidak memulakan entri dengan kalimah memuja-muji kebesaran Allah SWT.Maka pada hari ini izinkan hamba memulakan entri dengan memuja Allah SWT.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.Yang maha pengasih lagi maha penyayang.Raja di hari pembalasan.Kepada Allah kita beribadah dan kepadaNya juga kita meminta pertolongan.Dan Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus,jalan yang mana yang telah Allah beri nikmat dan janganlah Allah jadikan kami sebagaimana orang-orang yang terdahulu yang sesat.

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan siang bagi kami bekerja dan malam untuk kami berehat.Segala puji hanya bagi Allah yang telah menjadikan kita dengan sebaik-sebaik kejadian.Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan pada tiap-tiap hati kami sebuah hati yang di dalamnya terdapat rasa cinta.Segala puji dan syukur hanya bagi Allah kerana telah menemukan kita dengan orang-orang yang kita cintai,kasihi dan sayangi.

ALhamdulillah.Tajuk entri pada kali ini ingin agak berbeda sedikit dengan yang lainnya kerana ia menyentuh soal hati dan cinta.Kembali pada tajuk yang bertajuk "Mari Bercinta Sampai Syurga".

Tentu sahaja kita agak suka dan rasa seperti di awangan jika membaca entri yang bertajuk sedemikian rupa.

Ada sesiapa yang boleh terangkan pada hamba bagaimana rasanya indah tika bercinta?Ada sesiapa yang boleh ungkapkan pada hamba bagaimana rasanya seronok tika memandang wajah orang yang dicintai?Ada sesiapa boleh ceritakan pada hamba bagaimana bentuk bahagia yang sedang dirasai?

Sudah tentu tidak boleh kerana cinta,kasih dan sayang adalah sesuati yang seni yang sukar untuk diungkapkan,yang sukar untuk diterangkan dan yang sukar untuk diceritakan!Betul atau tidak?Sudah tentu jawapan majoriti adalah betul.Bercinta,berkasih dan bersayang adalah sesuatu yang indah dan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata yang indah.Ia lebih indah dari apa yang kita rasakan.Sepatutnya mereka mencipta suatu perkataan yang lebih baik dari bahagia dan lainnya.

Tetapi adakah cinta yang kita tanam,cinta yang kita semai,cinta yang kita bajai akan berkekalan sampai syurga?

Adakah?

Di sini ramai yng sebenarnya tidak mampu menjawab dengan baik.Kadangkala kita dapat melihat bagaimana pasangan kekasih yang bercinta bertahun lamanya dan berakhir dengan lafaz nikah yang mulia dan kekal sehingga ke akhir hayat.Dan jangan lupa juga kita dapat melihat bahawa ramai pasangan kekasih yang bercinta dan berakhir dengan lafaz nikah yang mulia dan berakhir dengan penceraian.Di manakah silapnya cinta ketika itu?Adakah perasaan jemu sedang menghantui diri mereka?Adakah perasaan benci meluap-luap dalam hati mereka?Atau adakah sebab-sebab lain yang tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata?

Aduh!

Sungguh!Cinta seperti air mutlak!Suci lagi mensucikan!

Pernah juga kita dengar bahawa cinta yang suci itu akhirnya menjadi sesuatu yang kotor?Tentu sahaja ada bukan?Bermula dengan niat yang suci namun berakhir dengan keji.Anak-anak cinta dilahirkan dan dibesarkan di tepi jalan.Anak-anak cinta dilahirkan dan dimakan oleh sang lapar.Aduhai!Cinta apakah yang mereka juangkan sehingga tergamak melakukan perkara yang sedemikian rupa??Cinta itukah yang akan dibawa sampai syurga?Cinta yang sebegitukah akan dipertahankan?

Apakah itu cinta?

Cinta adalah suatu tanggungjawab.Mengikut artikel yang ditulis oleh Al-Fadhil Ust Pahrol Mohd Juoi,perkahwinan memang dasarnya adalah cinta dan diakhiri dengan tanggungjawab.Itulah dia cinta yang sebenar!Begitulah indahnya cinta yang kita perolehi dari Allah SWT.

Perkahwinan yang didasarkan atas dasar cinta semata-mata tidak akan bertahan lama.Ya!Memang hamba akui perkahwinan adalah cinta tetapi sampai bila cinta mampu bertahan lama?Ada pasangan yang lama bercinta namun akhirnya jemu.Ada pasangan yang hangat bercinta tetapi akhirnya jemu menapak dalam jiwa.

Apakah sebabnya jemu dan benci menapak dalam jiwa?Jawapannya ada dalam diri kita sendiri.Untuk apakah kita menyayangi seseorang?Apakah tujuan kita mencintainya?Apakah tujuannya kita menikahinya?Apakah jawapannya?Semuanya ada dalam diri kita masing-masing.

Kadangkala perasaan marah itu muncul dalam tiap hati pasangan.Marah,benci dan jemu seolah sudah menjadi sebuah makanan ruji yang patut dijamu setiap hari.Belum kira lagi yang pasangan pabila sampai di pintu rumah sudah marah-marah,mengamuk tak tentu hala,semua serba serbi salah.Apakah kita lupa yang kita ingin menjadikan "baiti jannati"?

Bagaimana kita hendak membina konsep baiti jannati?Semuanya perlu kepada perasaan cinta dan tanggungjawab.Cinta memberi jalan bagaimana membina al-bait dan tanggungjawab pula memberi jalan bagaimana untuk membina al-jannah!Semua itu perlu memerlukan rasa cinta dan tanggungjawab yang tidak putus-putus!

Bagaimana pula jika usia sudah masuk usia yang senja?Adakah masih ada lagi rasa cinta?Jawapan ini anda yang harus menjawabnya sendiri.Sudah hamba katakan tadi bahawa cinta itu adalah tanggungjawab!Jika sudah ada rasa tanggungjawab maka perlu apa risaukan keadaan bila sudah senja?Adakah masih wujud lagi ragu-ragu pada pasangan kita yang setia berkhidmat dengan kita sepajangan kita menjadi kekasihnya?

Di sini hamba selitkan sedikti kisah guru hamba di Maahad Tahfiz Negeri Perak ini.Seorang ustaz di sini,nama Ustaz Abu Bakar Hussain.Beliau adalah seorang wakil rakyat dan mempunyai seorang isteri.Isteri beliau menderita penyakit kanser.Selama hamba mengenali beliau,beliau adakalanya tidak dapat mengajar kami seperti biasa.Pabila ditanya ke mana jawabnya "Ana jaga isteri ana.Dia tak sihat.."Tenang sahaja jawapannya namun terpancar keikhlasan di wajahnya.Dia tidak pernah merungut apatah lagi minta dibayar atas setiap apa yang dilakukan terhadap isterinya.Sungguh!Mampukah kita menjadi seperti beliau?Beliau pernah berkata pada kami di dalam kelasnya bahawa dia tidak pernah merasa susah menjaga isterinya yang sakit malahan setiap hari semakin sayang.Aduhai!Ketika itu mata hamba menitikkan airmata!

Sedarlah wahai para pencinta!Selama mana kita hendak membenci?Kita tidak lama hidup di dunia untuk membenci!

Demi Cinta!

“Entah kenapa sejak akhir-akhir ini terlalu ramai diantara pengunjung rela dan tega berkongsi masalah dengan saya. Pada hal telah berkali-kali saya tegaskan bahawa saya hanya seorang yang sedang bermujahadah. Justeru, saya tegaskan marilah sama-sama kita berusaha… memperbaiki diri.”

“Kemudian saling doa mendoakan – pinta hidayah Allah dalam bermujadah. Kali ini saya ingin berkongsi lagi.. “Demi cinta” ini saya tulis agak tergesa-gesa. Mencuri-curi masa ditengah kesibokan menjalankan program di Port Dickson ini. Mari sama-sama kita kongsikan…”

DEMI CINTA!

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Tirulah sifat Al A’ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT… yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu… pengampunan Allah tidak bertepi dan “bertapi” lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa… Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati… Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Bila datang perasaan semacam itu di hati mu… sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA.. Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri… Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.
Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan. Kemarahan seumpama ‘bom jangka’ yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah “benci tapi rindu”.

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup… berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita ‘bebas’ dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu. Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita. Kemarahan itu adalah “api” dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau “life style” orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun… Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang yang telah mati. Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang “tidak selesai” antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil… Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin… tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,“kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.” Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca “4 Qul”, doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan “orang lain” yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah… siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam “fail” di hati sanubari kita. “Delete” segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan “sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini…” Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

“Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. “

“Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku.”

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah… aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, “tiada maaf bagi mu” selagi ada rasa cinta.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit “benci tapi rindu” ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu. Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?

Kata ahli psikologi, “Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak.” Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

Saudara/i ku, aku yang menulis ini pun masih bermujahadah untuk memaafkan. Lalu di akhir catatan rasa dan gurisan jiwa ini, ku hadiahkan sebuah puisi seadanya. Tentang gelombang rasa dan gejolak jiwa sendiri dalam sebuah episod dalam hidup ku sendiri. Sudi apalah kiranya kau tatapi bersama…

SUKARNYA MEMAAFKAN

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

(Dinihari Muharam 1417 H)

-Copyright From Ust Pahrol Moh Juoi-

Tuesday, December 8, 2009

Sedang Rindu Si Cahaya Atas Cahaya

Bismillah.

Sebelum kita memulakan entri terbaru,hamba ingin mengajak pembaca blog imranulkhalis untuk bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas baginda moga-moga kita tidak akan dijauhkan dari baginda pada hari hisab nanti.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Alhamdulillah,kita telah melakukan kebaikan pada hari ini dengan mengingati baginda dan kepada keluarga baginda.

Secara tiba-tiba hati ini rindu pada baginda.Rindu akan kasih sayangnya walaupun tidak pernah bersua muka dengan baginda tetapi baginda telah meninggalkan satu kesan yang cukup mendalam untuk kita menilai bahawa orang-orang tempat baginda berhijrah dahulu sangat lembut.Begitu juga baginda.Sungguh lembut orangnya.Aduhai sangat rindu pada baginda.Sungguh.Ni bukan main-main.Sangat rindu.

Sedikit pengalaman hamba yang telah berada di sana.Sewaktu melalui pintu bab as-salam di masjid nabawi pada umrah pertama hamba semasa tahun 2005 untuk ziarah Rasulullah.PAda waktu itu selepas subuh.subuh yang sedikit hangat,musim kurma berbuah.Hamba dan abah telah ziarah makam nabi,hamba memberi salam pada baginda.Ketika sedang asyik memberi salam pada baginda tanpa hamba sedar airmata mengalir deras turun ke pipi.Sangat rindu hamba akan baginda.Sungguh!Demi Allah.

Kali kedua tika hamba mengerjakan rukun islam yang kelima sekali lagi hamba diberi peluang untuk ziarah baginda,sedang asyik hamba memberi salam kepada baginda sekali lagi airmata hamba mengalir deras.Turun tanpa dituntun.Lutut rasa lemah.

Alangkah indahnya jika hamba dapat cium tangannya.Sungguh!Hamba mahu.

Alangkah indahnya jika hamba dapat tatap wajahnya yang penuh cahaya.Sungguh!Hamba mahu.

Alangakah indahnya jika hamba dapat diusapkan kepala hamba oleh baginda.Sungguh!Hamba mahu.

Alangkah indahnya jika hamba dapat dikucup dahi hamba oleh baginda.Sungguh!Hamba mahu.

Tetapi siapa hamba di sisi baginda.Hamba yang hina,dia yang mulia.Entah dipandang entahkan tidak.

Tapi hamba memang mahu berada di sisinya.Aduhai Allah..Dengarkah Kau akan doa hamba?

Aduhai Allahku,Dengarkah Kau pada pinta hamba?

Aduhai Allahku,hamba sungguh rindu pada sang kekasihMu.

Aduhai Allahku,hamba sungguh rinda pada sang cintaMu.

Aduhai...

Sungguh hamba rindu Pada Muhammad Ibn Abdullah.Kalau tidak kerana baginda,hamba tidak memegang mushaf ini sekarang.Kalau tidak kerana baginda hamba tidak akan dapaat menghafaz kalamNya.

Aduhai Rasulullah,hamba rindu padamu..


Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Wa Sallim.