Tuesday, January 27, 2009

Assalmualaikum.Tintaku Hari ini

Bismillah..
Hurmm....Agak lama juga jari yang gemuk ni x memegang keyboard atau dalam bahasa ibunda kita dipanggil papan kekunci.bukan apa,ketiadaan masa untuk terus mengupdate blog ni.Kalau ada pun kebanyakan tak sempat untuk mengypdate.Pengajian kita dalam kitab At-tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran pun belum dapat ana selesaikan lagi.Moga ana dapat diberi masa yang cukup untk mengupdate setiap untaian kata dalam kitab karangan Imam Nawawi tersebut.
Hmmm...Hari ini masuk hari kedua tahun baru cina.Baru habis daripada cuti.Rasanya agak berat sikit nak memulakan kerja.Moga ana akan dapat kekuatan untuk memulakan langkah yang terhenti seketika.Sekarang ni ana tengah menaip sambil mendengar nasyid nyanyian qari yang ana palin minat iaitu Syeikh Masyari Rashid Al-Afaasi bertajuk ana al-abd.Sedap sampai menjilat hidung.Hehehe..Gurau je.Sedap sangat kalau dengar dan hayati maksud nasyid ni.
Palestin..Bumi itu masih lagi diserang oleh askar-askar yang kononnya memerangi pengganas.Kononnya ummat islam adalah ummat pengganas.Tetapi mereka lupa bahawa mereka sendiri adalah pengganas yang tidak berperikemanusiaan.Habis,anak-anak,wanita dan warga tua di bumi itu mati dihentam oleh mereka.
Kasihan bila melihat mereka menangis,merintih serta memohon supaya mereka jangan dilakukan sebegitu rupa.
Tapi,apa yang mereka tahu?Mereka masih lagi menghantar gerombolan askar supaya merogol lagi tanah suci itu.Mustashfa-mustashfa mereka diletupkan.Kononnya pengganas ini bersembunyi di balik mustashfa itu.Sungguh tidak berperi kemanusiaan.Dalam bahasa mudahnya "kesian giler la..!!"Begitulah ungkapan yang paling senang diungkapkan!
Memboikot barangan mereka?Tiada komen untuk soalan tersebut(Takut nanti jadi kontroversi pula bila jawab)Bukan tidak memboikot,tapi setakat ini,Alhamdulillah masih lagi menyokong saranan tersebut.
Bulan Februari,bulan yang akan membuat ana semakin sibuk.Dengan examnya,haa!!!!Exam..Dah la muqorar tak lepas lagi..wa...makin gila dah otak ni.Apa la nak jawab nanti dengan pemeriksa.waduh-waduh!bikin gawat sih!mereng dah ni.Adei.Mintak tolong doakan supaya dipermudahkan segala urusan ye?Hmm..lagi satu berita yang ana sedih ialah....Hamster ana meninggal..huuuu..sedih giler.Lagiiiiiiiii satu.Ana kena ambil balik SPM.Adala sebab yang menyebabkan ana kena amik balik.secret wor.Jadi budak SPM la plak.Jadi kepada sesiapa yang pernah ambil paper Bahasa Arab Tinggi sila komen kepada ana.Kalau buleh nak dapatkan contoh-contoh soalan tersebut.
rasanya setakat ni la kot yang ana dapat ceritakan serba sedikit.Insyaallah,kalau ada masa dan rezeki ana akan sambung update kitab tibyan.Insyaallah...
sampai kita bertemu lagi.Salamullahi Alaikum.

Wednesday, January 21, 2009

Assalamualaikum.Inilah Kalamku pada hari ini.

Bismillahi wal hamdulillah wassolatu ala rasulillah...
Alhamdulillah,hari ni kita diberi lagi peluang untuk hidup.Alhamdulillah,hari ini ALLAH masih lagi beri kita peluang untuk melihat alam ini terus menghijau membasahi bumi.Alhamdulillah,hari ini ALLAH masih lagi beri kita nafas untuk kita bernafas dan beramal untuk menuju ke tempat tujuan kita yakni alam akhirat.Alam dimana disitulah kita akan hidup selamanya dan akan menikmati segala keindahan yang diceritakan oleh para Nabi dan juga di dalam kalamNya yang mulia.
Alhamdulillah..!!!
Allahuakbar..!!
Alhamdulillah.Hari ini walaupun keadaan diri tak berapa menyenangkan tetapi ana cuba untuk duduk menghadap sebuah mesin yang membolehkan kita melihat seluruh dunia,sebuah mesin yang membolehkan kita berkomunikasi dengan mereka di dunia lain yakni negara/negeri lain.Ia dinamakan sebuah komputer.Sambil menatap mesin yang dipanggil komputer ni,ana mendengar nasyid melalui laman Iluvislam.com.Tajuk nasyid yang ana dengar sekarang ni bertajuk Mengemis kasih.Nyayian semula oleh kumpulan Far-east bersama Nazrey Johani Ex-Raihan.Merdu sangat.Alunan suara yang merdu.Lirik yang menyentuh hati.Dan adakalanya membuat airmata akan terus menitis bila menghayati tiap bait-bait yang didendangkan dengan asyik.Sebenarnya jari-jari ni rasa gatal nak menulis blog ni.Mulanya nak lawat je blog ana ni kot ada komen dari pembaca.Tapi rasanya takde pun komen-komen atau kritikan daripada pembaca blog ana.Rasanya tak ramai pun pengunjung blog ana ni.Tengok kat traffic pun tak ramai yang lawat blog ana.Nampaknya macam ana bergerak sendiri je..Takpelah,lumrah alam memang begini.
Bercerita tentang al-quran,sampai bila pun takkan habis kalau diceritakan tentang kemuliaan kalam ALLAh ini.Buktinya?Dalam al-quran sendiri pun ALLAH nukilkan bahawasanya al-quran sangat berat amanahnya.Jadi ALLAH menciptakan Adam A.S untuk mentadbir muka bumi serta menjadi khalifah ALLAH serta menjalankan dan menegakkan Syiar-syiarNya di muka bumiNya.Maka al-quran itupun salah satu daripada syiar-syiar ALLAH.Jadi jangan ditentang al-quran itu,hormatilah dia.Bagi para Huffaz pula,ingat,al-quran itu kekasih anda yang kedua.jagalah kehormatan quran itu.jaga dia sebagaimana anda menjaga diri anda.Pesanan untuk huffaz dan juga untuk diri ana yang hina ni.
Jadi setakat ni je yang ana dapat tulis kali ni.Insyaallah,jika panjang umur ana,ana akan terus menulis dan menulis untuk membantu sesama kita dalam jalan mencari serta menuju kepada redha ALLAH SWT.Insyaallah.Semoga kita sentiasa akan berada dibawah payung redha Ilahi.Moga kita akan sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT.Moga Kita akan sentiasa di dalam rahmatNya.Akhir kalam...
Salamullahi Alaikum....

Wednesday, January 14, 2009

Rintih Bumi Palestin

Bismillah...
seluruh dunia mengutuk serangan Israel laknatullah ke atas bumi Palestin.
Termasuk juga kita di negara yang aman ini.
Semua mengeji,menghina kekejaman Israel laknatullah..
Malah negara bangsat itu menghantar anjing-anjing mereka untuk merogol tanah yang mulia ini..
Tidak henti serangan bertubi-tubi,bertalu-talu ke atas muka bumi ini..
kasihan isinya..
kasihan pada penduduknya..
kasihan pada wanitanya..
kasihan pada anak-anaknya yang tidak mengerti dosa..
kasihan anak-anak ini..
masih kecil...
tetapi senjata dipikul untuk mempertahankan maruah mereka.
Senjata dipikul untuk mempertahankan watan mereka.
senjata dipikul demi Tuhan.
Moga mereka berada di jalan yang ALLAH redhai.
Moga sentiasa mereka berada dalam nikmat ALLAH..
Setiap pagi penggera mereka hanyalah sebutir bom
setiap pagi sarapan mereka cuma mayat-mayat yang bergelimpangan terbaring di atas jalan-jalan yang jalannya tidak seperti jalan lagi..
Kasihan mereka..
Pemimpin bumi anbiya itu senyap sunyi..
Pemimpin bumi anbiya itu berdiam diri melarikan diri.
Pemimpin bumi anbiya itu bergelak ketawa dalam istananya tanpa menghirau mereka yang menangis ketakutan..
menangis kelaparan..
Kasihan mereka..
Moga akan datang seorang lagi Salahuddin Al-Ayubi untuk membebaskan bumi itu dari kafir laknatullah...
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Writen by : Imranulkhalis

Monday, January 12, 2009

Keutamaan membaca al-quran dan pembacanya

Pembacaan al-quran itu sangat diutamakan oleh agama islam,dan para pembacanya juga turut dimuliakan.Maka tidaklah wajar kiranya kalau ada orang muslim atau muslimah yang tidak memberikan perhatian kepada pembacaan al-quran setiap hari meskipun hanya beberapa ayat sahaja padahal dia terus membaca buku-buku cerita dan sebagainya. Jika dia tidak tahu membaca al-quran maka wajiblah dia belajar atau mencari guru untuk mengajarnya. Tidak ada uzur sama sekali bagi dirinya untuk mendakwa dia tidak tahu membaca al-quran padahal dia boleh belajar,tetapi dia cuaikan dirinya untuk belajar.

Telah sabit daripada Abu Mas'ud Al-ansari Al-badri r.a daripada Rasulullah saw bahawa beliau pernah bersabda yang bermaksud :


"orang yang menjadi Imam pada suatu jemaah mestilah orang yang terpandai membaca Al-quran dari antara mereka" -Riwayat Muslim-



1.orang yang ditugaskan menjadi Imam mestilah dipilih daripada orang-orang yang pintar membaca al-quran dan baik bacaannya.Jadi apabila sesebuah masjid hendak menugaskan seorang untuk menjadi imam hendaklah diutamakan orang yang memenuhi syarat ini bukan dengan tangkap muat sahaja.ini adalah penting sekali supaya dia boleh mengajarkepada yang lain dan menjadi tauladan dalam bacaan buat yang lain.

2.Begitu pula Imam di masjid,bila menemui ada diantara makmumnya seorang yang lebih fasih dan alim daripadanya maka sebaiknya dikedepankannya untuk menjadi imam walaupun hak menjadi imam itu tetap di tangannya.Ini semata-mata menurut maksud daripada sabdu yang telah disebutkan di atas.

Pembaca Al-Quran Dicintai ALLAH

Daripada Abdul Hamid Al-Hammani,dia berkata:aku pernah bertanya kepada Sufyan Ats-Tsauri tentang seorang lelaki yang pergi berperang fisabilillah dengan seorang lelaki lain yang suka membaca al-quran,mana di antara keduanya ini yang lebih kamu cintai?Maka jawab Sufyan:yang lebih aku cintai ialah orang yang suka membaca al-quran kerana sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud :
" Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya(al-quran)" - Riwayat Bukhari-

1.Mengapa pembaca al-quran lebih dicintai oleh Sufyan daripada orang yang berperang fisabilillah?kerana orang yang membaca al-quran itu sentiasa dekat kepada ALLAH dan sentiasa mempunyai waktu bersama al-quran manakala orang yang berperang pula tidak semua waktu dia akan berperang.

Monday, January 5, 2009

kadangkala..

Bismillah....

Kadangkala kita impikan yang sempurna,
Tetapi kita lupa..
sebenarnya
kita tak sesempurna yang diimpikan..

kadangkala kita meminta yang terbaik,
Tetapi kita lupa,
sebenarnya
kita tidak sebaik yang diminta..

Kadangkala kita mahukan keindahan,
tetapi kita lupa,
sebenarnya kita tak seindah yang dimahukan..

Bersyukur dengan nikmat yang diberi
ALLAH adalah perkara yang terbaik..
Hikmah yang besar sedang bersembunyi
di sebalik apa yang kita runguti...
ingatlah..!!
ALLAH itu tidak menzalimi,
tetapi kita yang menzalimi..


Writen By : Imranulkhalis

AWAS! Perangkap Murtad

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.
Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"


PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai
"Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.
Kemudian, mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.
Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggung jawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita?
Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk
membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi
menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

-Copyright From Isuhangat.blogspot.com-

Thursday, January 1, 2009

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban 1430H/2009M

Bismillahi walhamdulillah..Wassolatu wassalamu ala Rasulillah..
segala puji bagi ALLAH tuhan sekelian alam.Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Yang memiliki hari akhirat.Kepada Dialah kita menyembah dan kepada Dialah kita menyerah diri.Maka wahai tuhan kami tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.Jalan yang telah Engkau redhai dan Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.Perkenanlah kami ya ALLAH.

Alhamdulillah....Akhirnya kita diberi nafas yang baru,pada tahun yang baru.1430 Hijrah dan tahun 2009 masihi.Alhamdulillah,ALLAH masih sayangkan kita,diberi lagi pada kita nyawa dan hari yang baru.Mudah-mudahan ini akan membantu kita dalam mencari dan menjadi seorang hamba ALLAH yang tahu erti SYUKUR,erti NIKMAT,erti KURNIAANNYA.Insyaallah,moga-moga ana juga tergolong dalam golongan tersebut.Malam tahun baru Hijrah,kita dihiasi dengan majlis bacaan Yassin(Hati Al-Quran)dan majlis membaca doa akhir tahun dan membaca doa awal tahun Hijrah.Kita memohon kebaikan pada tahun baru dan kita meminta agar dapat dijauhkan daripada syaitan dan konco-konconya.(dah macam gangster je bunyinye..hehehe).Kita minta supaya tahun yang baru ini dapat dijadikan tahun yang paling baik bagi kita.Insyallah,semoga apa yang kita doakna dapat sampai terus kepada ALLAH dan seterusnya ALLAH akan makbulkan.

Hari ini 01/01/2009.Bersamaan dengan hari khamis.Hmm..Dari Maahad ana kedengaran bunyi dam dam dum bunyi mercun sambutan tahun baru masihi.Terdetik di hati ana,kenapa kita sebagai ummat ISLAM perlu membesarkan tahun kristian?Dan yang paling menjadi pertanyaan kenapa anak-anak muda islam yang menyambutnya?Di Tempat ana ni,malam tadi tak ade bunga api,yang ada hanyalah bunyi mercun yang selalu dijual masa nak dekat hari raya puasa.Mana diorang dapat entah.Marah anak-anak muda ni sebab tak ade bunga api(da macam budak-budak pun ade.hehe....jangan terasa ek?)Tapi yang menjadi persoalan utama ana ialah kenapa anak-anak muda ISLAM???ISLAM...diulangi ISLAM.Rasa kesian pun ada sebab yang paling banyak menghadiri benda-benda macam ni semuanya anak melayu islam.bercampur gaul lelaki dan perempuan.Entah apala yang diorang buat lepas celebrate tahun baru tu..hei...kesian betul.Makin hancur anak muda melayu islam ni.Ana takdela nak kata ana ni alim,hebat..tak.Tapi sekadar meluahka rasa sedih di hati.Maruah dijual sebegitu rupa.Hmm..di bawah ni ana ada petikan kuliah Ustaz Zulkifli Nordin yang ana copy daripada blog Isuhangat.blogspot.comyang bertajuk Jangan sambut 1 Januari(New Year) di bawah label Agama,isu hangat.


"Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah."

Marilah kita bersama-sama renungkan..Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri ana sendiri..
Wallahualam.....