Thursday, January 1, 2009

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban 1430H/2009M

Bismillahi walhamdulillah..Wassolatu wassalamu ala Rasulillah..
segala puji bagi ALLAH tuhan sekelian alam.Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Yang memiliki hari akhirat.Kepada Dialah kita menyembah dan kepada Dialah kita menyerah diri.Maka wahai tuhan kami tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.Jalan yang telah Engkau redhai dan Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.Perkenanlah kami ya ALLAH.

Alhamdulillah....Akhirnya kita diberi nafas yang baru,pada tahun yang baru.1430 Hijrah dan tahun 2009 masihi.Alhamdulillah,ALLAH masih sayangkan kita,diberi lagi pada kita nyawa dan hari yang baru.Mudah-mudahan ini akan membantu kita dalam mencari dan menjadi seorang hamba ALLAH yang tahu erti SYUKUR,erti NIKMAT,erti KURNIAANNYA.Insyaallah,moga-moga ana juga tergolong dalam golongan tersebut.Malam tahun baru Hijrah,kita dihiasi dengan majlis bacaan Yassin(Hati Al-Quran)dan majlis membaca doa akhir tahun dan membaca doa awal tahun Hijrah.Kita memohon kebaikan pada tahun baru dan kita meminta agar dapat dijauhkan daripada syaitan dan konco-konconya.(dah macam gangster je bunyinye..hehehe).Kita minta supaya tahun yang baru ini dapat dijadikan tahun yang paling baik bagi kita.Insyallah,semoga apa yang kita doakna dapat sampai terus kepada ALLAH dan seterusnya ALLAH akan makbulkan.

Hari ini 01/01/2009.Bersamaan dengan hari khamis.Hmm..Dari Maahad ana kedengaran bunyi dam dam dum bunyi mercun sambutan tahun baru masihi.Terdetik di hati ana,kenapa kita sebagai ummat ISLAM perlu membesarkan tahun kristian?Dan yang paling menjadi pertanyaan kenapa anak-anak muda islam yang menyambutnya?Di Tempat ana ni,malam tadi tak ade bunga api,yang ada hanyalah bunyi mercun yang selalu dijual masa nak dekat hari raya puasa.Mana diorang dapat entah.Marah anak-anak muda ni sebab tak ade bunga api(da macam budak-budak pun ade.hehe....jangan terasa ek?)Tapi yang menjadi persoalan utama ana ialah kenapa anak-anak muda ISLAM???ISLAM...diulangi ISLAM.Rasa kesian pun ada sebab yang paling banyak menghadiri benda-benda macam ni semuanya anak melayu islam.bercampur gaul lelaki dan perempuan.Entah apala yang diorang buat lepas celebrate tahun baru tu..hei...kesian betul.Makin hancur anak muda melayu islam ni.Ana takdela nak kata ana ni alim,hebat..tak.Tapi sekadar meluahka rasa sedih di hati.Maruah dijual sebegitu rupa.Hmm..di bawah ni ana ada petikan kuliah Ustaz Zulkifli Nordin yang ana copy daripada blog Isuhangat.blogspot.comyang bertajuk Jangan sambut 1 Januari(New Year) di bawah label Agama,isu hangat.


"Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin . Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..

Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang : UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ... Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini ada kaitannya dengan tuhan mereka

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"... beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah."

Marilah kita bersama-sama renungkan..Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri ana sendiri..
Wallahualam.....

0 Orang Bercakap: