Thursday, November 26, 2009

Sudah Berkorbankah Kita? - Part 1 -

Bismillah.

Korban dalam pengertian bahasa gilanya adalah menyembelihkan seekor binatang samaada seekor lembu,kerbau,unta yang lari dari masjid lalu berkeliaran di bandar,seekor ayam mahupun seekor ikan(Ikan leh korban ke??)Itu adalah dari segi bahasa dan pemahaman mereka yang gila-gila otaknya.

Berkorban dalam islam pula adalah disempenakan sempena hari di mana Nabi Ibrahim a.s telah diperintahkan untuk menyembelih atau mengorbankan anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s.Korban yang kita lakukan ini adalah sempena dengan kejadian tersebut.

Jika salah sila betulkan hamba.

Mengikut sejarahnya atau sirahnya,Nabi Ibrahim telah bermimpi pada malam hari sebelum Nabi Ismail dikorbankan(Yela..mimpi takkanla siang kot?),Baginda telah bermimpi bahawa beliau sedang menyembelihkan anaknya sendiri.Pagi itu,Nabi Ibrahim telah mengkhabarkan berita ini kepada anaknya Ismail dengan dialog yang lebih kurang berikut :

"Wahai Ismail anakku,semalam aku telah bermimpi aku menyembelih kamu!"

"Benarkah mimpi itu wahai abahku?"

"Mimpi ini datang dari Allah!"

"Jika mimpi ini datang dari Allah,maka wahai abahku segerakanlah laksanakan moga-moga ada hikmah disebaliknya dan ketahuilah wahai abahku,aku tergolong dari orang-orang yang sabar!"

Maka ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisaunya di leher anaknya maka dengan kuasa Allah,Allah telah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas.Bukan kipas ye!

Hebat bukan?Tentu sahaja mereka hebat kerana mereka adalah utusan Allah.Kita bayangkanlah pula situasi jika berlaku di zaman ini.

Bayangkan situasi ini terjadi di pagi hari.Sebuah keluarga yang sedang asyik makan roti canai yang berharga RM0.80 sekeping dan segelas air kopi pekat.Sang bapa memandang anaknya serba salah.Ibunya sedang mengunyah tiap cebisan roti canai.Sedikit comot di bahagian pipi kiri.Anaknya pula sedang membedal 2 keping roti canai dan hampir masuk round yang ketiga.Kuat sungguh anak ini makan!Sang bapa yang sedang merenung anaknya ingin memulakan bicara.dengar elok-elok.

"Wahai anakku polan!"Seru si bapa.

Dalam hati anak berkata"Ngape hal bapak aku ni?Ber'wahai-wahai' plak!"

"Hmmm..Ngape panggil Polan-Polan ni pak?"

"Ate dah nama Kamu Mohd Fulan,takkan nak panggil kulup kot?"

"Iyele..Nape?"

"Semalam bapak bermimpi......"Belum abis lagi sang bapa berkata kedua anak beranak yakni ibu dan si Folan telah tersedak yang amat sangat!Si ibu usha semacam kat si bapaknya.

"Ai?Dah tua-tua ni pun nak mimpi lagi?Melampo..."Sergah si ibu.

Si anak buat muka tersipu-sipu menahan malu.Si bapak buat muka rileks je sambil berkata"Kome ni cuba dengor ape aku nak kabo.."

"Bende ape nak di kabonye?"Tanya si anak sambil si ibu mengelap mulutnya yang comot dengan lengan bajunya.

"Semalam pak mimpi,pak sembelih kamu!"

Lagi sekali si ibu dan anak tersedak yang amat sangat!Kali ini si ibu tersedak sampai tahap melecur lidah dek kerana menghirup sekaligus secawan kopi radix yang amat panas.Mai secawan!Anaknya tercekik roti canai untuk keping yang keempat.

"Oit bang...Bior benor nak disembelih anak kite ni??"

"Ate aku nak bedaah ape?Dah aku mimpi rupe itu.Aku kabo je!"

"Pak nak sembelih saye?Sampe hati pak buat saya rupe ini..Tak sayang anak betui la.."Anak itu menangis sambil mengunyah keping roti canai yang keempat yang tinggal suku lagi.

"Daripada pak nak sembelih saya lebih baik saya minum racun tikus!"

"Kamu jangan nak buat giler minum racun tikus!Racun tikus mana ada orang buat minum,makan adele.."

"Bang oit!Jangan nak buat kerje giler tu..Tak sanggup saya ilang anak jantan sorang ini."Ibunya memeluk anaknya erat-erat sambil tangan kanan anaknya mengambil keping roti canai yang kelima(?).

Begitulah alkisahnya jika ia berlaku dalam situasi sekarang yakni di zaman ini.Semua mulut mengaku boleh berkorban.Tetapi fahamkah kita akan erti pengorbanan itu?Sesungguhnya kita,termasuklah hamba yang teruk ini belum faham 100% erti korban itu.Korban yang kita faham ialah dengan membayar beberapa ratus ringgit wang kepada masjid dan tunggu sahajalah akan kedatangan daging lembu atau kerbau yang akan menjadi santapan kita.Masak kari sodap gak tu.!(Arrggghhh!Apa aku merepek ni!)

Sebenarnya erti korban itu luas,tetapi memandangkan mata ini sudah mula ditarik oleh beberapa makhluk yang bergayut di mata ini maka insyaallah kita hamba akan menyambung pada masa lain.Doakan hamba mempunyai masa untuk berkongsikan ilmu sedikit sebanyak.

Wallahua'lam.


P/S : Bedaah itu dalam lughah Perak piornye adalah menipu.Diambil daripada perkataan arab = Bidaah.

P/S : Buat dia yang sedang berada di sana,kamu sedang berjuang.Ini adalah pengorbanan kamu.Ana doakan kamu sentiasa kuat.Ingat!Ini pengorbanan dan perjuangan kamu.

P/S : Selamat hari raya Aidil Adha!

Wednesday, November 25, 2009

Mushtaq!

Bismillah...

Ishtaqun Ilaih...

Monday, November 23, 2009

Haji Mabrur

TERLALU besar ganjaran buat jemaah haji yang berjaya 'membawa' pulang bersama haji mabrur.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Kesalahan yang berlaku di antara umrah itu diampunkan, manakala haji mabrur pula tidak ada balasan baginya melainkan syurga." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


Dari segi bahasa, mabrur mempunyai dua makna. Pertama bererti baik, suci dan bersih. Kedua bererti diterima dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

Haji mabrur adalah haji yang membawa kebaikan kepada orang yang melakukannya. Menurut pendapat sebilangan ulama, haji mabrur tidak sesekali bercampur dengan perbuatan dosa sama ada kecil mahupun besar.

Orang yang memperoleh haji mabrur sentiasa kuat imannya serta semakin meningkat amal ibadatnya. Tetapi hakikatnya, bukan mudah untuk melayakkan kita menerima haji mabrur kerana ia menuntut keikhlasan dan kerja keras ketika melaksanakan tuntutan berkenaan.

Ketika melaksanakan ibadat haji, jemaah pasti diuji dengan hebat oleh syaitan dan iblis yang tidak berhenti menghasut serta menggoda hati manusia supaya lekas jemu dan tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap perkara kebaikan.

Walau apa cara sekalipun, kita perlu gagahi segala bentuk gangguan itu dengan 'merangsang' diri melakukan seberapa banyak amalan kebaikan yang disertakan niat suci dan ikhlas.

Akhirnya kita berjaya menghalang kesemua godaan itu dengan tenang. Sesuai pula dengan laungan 'Labbaik Allahumma Labbaik' (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu) iaitu menandakan setiap jemaah berasa diri mereka bertuah kerana menjadi sebahagian daripada jutaan umat yang terpilih menjadi tetamu pilihan Allah.

Dalam menentukan sama ada haji itu mabrur atau tidak, hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui. Tetapi ia sebenarnya dapat dirasai sendiri selepas kehidupan mula berubah menjadi lebih baik berbanding sebelum menunaikan haji.

Terdapat banyak tanda bagi golongan yang mendapat haji mabrur, antaranya amalan serta pengetahuan agamanya semakin meningkat hasil daripada usaha berterusan menambah pengetahuan agama.

Mengerjakan solat di masjid secara berjemaah perlu diteruskan secara berterusan (istiqamah). Jika sebelum ini lebih gemar mengerjakan solat secara bersendirian, pertingkatkan langkah dengan menjaga waktu sembahyang dan meluangkan masa bersolat berjemaah.

Amalan membaca al-Quran perlu dimasukkan ke dalam jadual harian. Setidak-tidaknya, membaca beberapa potong ayat al-Quran dan jika masih terdapat kekurangan dalam pembacaan, disarankan mencari guru supaya bacaan bertambah baik.

Menghadiri majlis ilmu boleh mendekatkan diri dengan Allah, malah lebih baik jika ilmu yang dipelajari itu dimanfaatkan kepada orang lain. Antara cara lain, mendengar program bual bicara agama di televisyen atau radio yang mampu meningkatkan kesempurnaan dan kefahaman dalam beribadat.

Pengisian dengan solat sunat juga salah satu amalan yang patut dilakukan. Jika sebelum ini, liat mengerjakan solat seperti hajat, taubat, tasbih serta tahajud, jadi sebagai usaha penambahbaikan, solat sunat ini dapat mengimbangi kekurangan ibadat wajib.

Selain itu, ia mampu membantu diri ke arah pembentukan sahsiah Muslim yang unggul, ampuh dan sejati. Dari segi pertuturan pula, haji mabrur memperlihatkan perubahan jelas dalam percakapan, tingkah laku, pergaulan serta cara berpakaian.

Tutur kata mencerminkan sifat sebenar diri seseorang. Semakin kotor dan biadab kata-kata, maka semakin tidak bermutu diri kita.

Nabi Muhammad s.a.w seorang yang paling benar bicaranya, biarpun sedikit kata-katanya, ia cukup berhikmah dan bernilai. Seorang haji mabrur sangat memilih kata yang bakal diucapkan. Tidak sewenang-wenangnya dia melemparkan kata-kata kesat, memperlekehkan individu lain serta berasa bongkak dengan kehidupan yang dimilikinya.

Selain itu, Allah s.w.t menjanjikan, tidak akan menjadi fakir kepada mereka yang menunaikan haji. Malah sekembalinya mereka dari Tanah Suci, akan bertambah rezeki serta makin tenang hatinya.

Menurut perunding motivasi dan penceramah, Ahmad Shukri Yusoff, untuk mendapat ganjaran haji mabrur, ia memerlukan komitmen tinggi iaitu perlu menjaga setiap rukun dan wajib haji dengan berkesan.

"Perkara yang boleh dicontohi ialah bagaimana jemaah haji dulu (datuk nenek) menjadikan pemergian mereka ke Tanah Suci sebagai puncak kehidupan mereka.

"Mereka menjadikan peluang mengerjakan ibadat haji dengan penuh kesungguhan, akhirnya pulang ke tanah air dengan membawa perubahan diri yang besar," katanya.

Ahmad Shukri berkata, perubahan menuntut pengorbanan yang besar dan tidak semestinya berlaku secara drastik. Namun usaha untuk memperbaiki diri sentiasa disemat bagi memungkinkan ia tercapai.

"Perubahan tidak akan berlaku sekelip mata dan proses memperbaiki diri ini memerlukan komitmen dan masa.

"Jemaah haji perlu menjadikan tujuan mereka ke Tanah Suci sebagai perjalanan rohani bagi mendapatkan nikmat kemuncak iaitu haji mabrur," katanya.

Ahmad Shukri berkata, individu yang pulang mengerjakan haji tanpa sebarang perubahan ke atas dirinya, bermakna dia bukan seorang 'haji'.

"Dari segi tanggungjawab terhadap agama dan rukun haji itu sendiri memang sudah terlaksana, namun ia perlu sesuai dengan gelaran haji yang mereka terima.

"Sebagai contoh, sebelum mengerjakan haji dulu, dia seorang yang panas baran serta pemarah tetapi selepas menunaikan haji, sifatnya beransur baik dengan memberikan perhatian dan kasih sayang kepada keluarga, rakan dan orang di sekelilingnya. Itu jelas menandakan hajinya diterima Allah s.w.t ," katanya.

Katanya, jika dia sedang berkecimpung dalam perniagaan, selepas mendapat haji mabrur, dia tidak lagi terbabit dengan perkara atau aktiviti salah.

"Perniagaan bukan saja untuk membantu diri serta keluarga, malah dapat melebarkan peluang pekerjaan kepada umat Islam lain," katanya.

Amat malang jika terdapat segelintir individu yang berkesempatan menunaikan haji pada usia muda tetapi menjadikan gelaran itu sebagai lambang kemegahan dan terang-terangan bersifat sombong serta bongkak.

Oleh itu, jadikan pengembaraan haji sebagai satu perjalanan 'meleburkan' segala dosa silam dan beriltizam menjadi insan yang lebih baik.

Untuk itu, elakkan diri daripada perkara 'jidal' (pertengkaran atau perbalahan) sepanjang berada di Tanah Suci. Ia nampak kecil, namun kesannya cukup besar dan boleh 'menidakkan' seseorang itu mendapatkan haji mabrur.

Pertengkaran boleh menyakiti hati insan lain dan menyebabkan pelakunya berdosa. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata baik atau diam."

Jemaah haji perlu tekun mengerjakan solat jemaah, membaca al-Quran di Masjid Nabawi dan seterusnya mengekalkan amalan selain ditambah dengan tawaf sunat dan umrah silih berganti sehingga selesai menunaikan ibadat haji sepenuhnya.

Sunday, November 22, 2009

Hari Ini Hamba Eksiden!Sangat Bangga!

Hari ini dalam sejarah.

Pada pukul lebih kurang 1:30 minit petang tadi,ketika hamba mahu pulang ke hostel Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak hamba telah dilanggar oleh seorang pembonceng motorsikal berbangsa India.

Tahniah buat hamba!

Kejadian ini berlaku ketika hamba mahu pulang dari membeli barang keperluan di Taman Cempaka,Ipoh Perak.Pembonceng motorsikal Kriss berwarna biru yang berbangsa India itu telah memotong sebuah kereta namun tidak berjaya lalu menghentam hamba dari arah hadapan.Maka dengan sengaja beliau telah mengeksidenkan dirinya dengan hamba.

Hamba bangun lalu hamba sound dia.."Hang pasal pe bawak camtu?Siot tol perangai ang!"Begitulah ucapan yang spontan keluar dari mulut hamba sambil tangan kiri hamba memegang helmet jenama LTD berwarna hitam,layaknya seperti mat rempit yang ingin membelasah orang.Ramai yang melihat kejadian tersebut.Nasib baik hamba pakai cam rock sikit.Tak adalah nanti mereka syak bahawa yang sedang sound mamat itu seorang penghafal al-quran yang amat skema(kononnya!).

Dipendekkan ceriteranya,si mamat berbangsa India itu telah memanggil abangnya.(Aku tengo da macam cite tamil pon ada)Abang dia melopong mulutnya tatkala melihat adiknya eksiden.Pada mulanya abang beliau memarahi hamba.Lalu hamba dengan perasaan kereknya cakap"Oit!Adik ang yang langgar aku pastu ang nak salahkan aku?Ang nak saksi?Saksi ramai kat sini!Adik ang yang salah ang nak salahkan aku??"

Lalu abangnya agak sedikit cuak dengan kata-kata hamba pabila menyuruh abangnya untuk bertanya kepada saksi.Kemudian dia bertanya akan ganti rugi.Mula-mula hamba demand gak.Rosak leh tahan gak la motor tu.Hamba demand RM300.Tapi dia cakap tak duit.Kami miskin.Hamba sound lagi..."Dah taw takde duit yang ang cari pasal nape?"

"Ok2...Kita bawak pigi bengkel,saya bayar..Ok?"Abang beliau berkata.

"Ang nak bayor?"Hamba bertanya.

"Yela...Saya mau bawak adik saya dulu pigi itu sana hospital.Sudah teruk.."

"Ok!Aku nak ang setelkan..."

Lalu kami bubar.Secara otomatiknya hamba langsung tidak nampak kelibat mereka sesudah itu.Sah mereka tidak mahu bertanggungjawab atas kejadian ini.Takpe,tadi hamba dah ambik nombor telefon mamat itu,nanti senang hamba nak wat gempak skit.

Lepas tu,hamba tengok motor hamba.Dah jadi cam pe je lagi.Geram sungguh dengan mamat itu.Hamba naik motor hamba yang dah barai itu untuk pulang ke Maahad.Sesampai di Maahad hamba lantas menelefon Pak Aji a.k.a Abah hamba dan menceritakan segalanya kepada abah.Hamba pada mulanya tidak puas hati dan rasa ingin menonyoh muka mamat itu dengan cabai.Bair dia rasa nikmat kegeraman hamba.Geram giler!

Pastu abah hamba menasihati hamba.Katanya"Kamu bawak beristighfar!Allah tegur kamu tu.Baru sikit Allah tegur kamu dah macam ni?Kamu minta ampun kat Allah.Banyak bersabar.Ada sebab nape Dia eksidenkan kamu.Kamu kena ingat.Allah sayangkan kamu lagi.Sebab tu Dia bagi kamu eksiden supaya kamu bangun!"

Bila abah berdialog camtu,hamba tiba-tiba tersentak!Ya Allah....Apa aku buat ni..

Hamba menagis sedu-sedu(mana ada nangis,tipu je ni!)

Lalu hamba biarkan mamat itu.Malas nak minta apa-apa.Semoga Allah bukakan pintu hati hamba dan mereka untuk menerima hidayahNya.Ampunkan hamba ya Allah...

Tapi kaki ni sakit lagi.....

Begitulah kisahnya.

Hari ini dalam sejarah!


P/S : Buat dia yang di sana,hamba eksiden!Hebat bukan?

Wednesday, November 18, 2009

Sedih Sangat..Saat Ini Sedang Berasa Futur.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa From Shah Alam With Love tidak dapat diterbitkan oleh pihak syarikat oleh kerana sebab-sebab tertentu yang dirasakan tidak logik.

Erm..Bukan ayat sedih sebenarnya,tapi mungkin belum rezeki untuk bertapak dalam bidang ini.Mungkin Tuan punya dunia suruh usaha lagi.Insyaallah manuskrip From Shah Alam With Love tidak akan diterbitkan dan hamba akan cuba memperbaiki kesilapan-kesilapan yang ada di dalam manuskrip From Shah Alam With Love.

Diharap hamba mempunyai kekuatan untuk meneruskan perjuangan menyeru menusia kepada kepada kebaikan islam..

Saat ini sedang berasa futur...

Hati



“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.


“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.


“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.


“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?


“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.



“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”


“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.


“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”


“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”


“Maksud ibu?”


“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”


Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Tuesday, November 17, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta Ya Allah.....



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya PadaMu,
agar bertambah kekuatanku
untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu. . .

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu. . .

Ya Allah jika aku menikmati
cinta kekasihMu, janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu. . .

Ya Allah, jika Kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepadaMu.
Amin...


Monday, November 16, 2009

Aku Sangat Dengki!




Memang!

Hari ini dan hari-hari sebelumnya sudah lama terbit perasaan ini.Dengki,jeles(Ejaan melayu rosak),busuk hati dan berbagai lagi perkataan yang sama waktu dengannya yang ana rasakan.

Cis!Sangat dengki hamba..!!

Rasanya ingi mengambil cuka atau pisau dan ingin menikam-nikam.Sangat geram dan dengki hamba ini.

Macam mana blog anda semua boleh dapat kunjungan yang ramai???Hamba sangat dengki!!Cepatlah kabo rahsianyer......

boleh la...

boleh la...

Sunday, November 15, 2009

Selamat Berjuang!



Assalamualaikum..

Hari ahad.Di sini cuaca mendung,sama sepertiku.Mendungnya hati ini.Mendung bercampur terbitnya pelangi.Hujan di kala matahari masih memancarkan sinar.

Mereka telah selamat bertolak,bakal menuju bumi anbiya'..Bakal meneruskan perjuangan memartabatkan lughatul jannah,lughatul quran..Alhamdulillah.Kamu semua bakal membantu agama islam untuk dijulang sekali.

Selamat berjuang.

Selamat berjuang..

Di bawah kakimu terdapat tanggungjawab yang amat besar.Amat besar sekali..Semua mengharap padamu.Kamu adalah manusia yang terpilih.Kamu adalah insan terpilih untuk meneruskan perjuangan.Kamu insan terpilih untuk meneruskan dakwah di atas jalan Allah.Jangan sia-siakan apa yang kamu miliki.

Buat dia yang akan bertungkus lumus.Ana doakan kamu berjaya.Ini pilihan bidang kamu.Allah menemukan kamu dengan jalan ini.Allah mentakdirkan kamu akan berada di atas jalanNya.Allah telah memilih kamu untuk terus memartabatkan lughatul jannah.Tahniah buat kamu ana ucapkan..

Kamu idamkan ke tempat anbiya' itu walaupun untuk sementara.Hanya sementara.Ana menunggu kepulanganmu.Ana menunggu kejayaanmu.Ana tahu hati kamu tidak lagi di sini.Hati kamu sudah berada di tanah itu.Menghidu tiap sapaan debu.Kamu akan jadi seperti Aisya di dalam Ayat-ayat cinta.Kamu akan merasai hidup bersama mereka yang bercakap dengan lughatul quran itu.Tahniah buat kamu.Ana bangga dengan kamu.Ana senyum seorang saat ini melihat kejayaanmu..

Ketahuilah ana bangga ada kamu.

Jaga kesihatanmu..

Jangan lupa ubatmu..

Jangan lupa mushafmu..

Jangan lupa butir tasbihmu..

Jangan lupa keluargamu..

Jangan lupa..

Selamat berjuang..!

Selamat berjuang..!

Selamat berjuang..!

Sakit Lagi!

Hati ini Dilukai...

Belum puas lagikah?

Belum puas lagikah?

Belum puas lagikah?

Selepas satu-satu

Kini timbul lagi..

Aduh!

Tuhan!Ambil nyawaku!

Aku tak mahu hidup berlumur dosa!

Thursday, November 12, 2009

Main Hoon Na...Sebuah Dedikasi Buat Dia Yang Akan Ke Syiria Pada Hari Khamis Ini Pada Pukul 3:15 Pagi



Main hoon na ertinya aku tetap bersamamu.Itu dalam bahasa urdu atau hindustan.

Ana ma'ak ertinya aku tetap bersamamu.Itu dalam bahasa arab atau arab fushah.

Buat dia yang akan ke Syiria pada hari Khamis ini pada pukul 3:15 pagi,ana doakan kamu selamat sampai dan selamat pulang.Kamu jangan bawa apa-apa hadiah yang menyakitkan jiwa untukku.Kamu jangan bawa kesakitan lagi buat ana.

Buat dia yang akan ke Syiria hari Khamis ini pada pukul 3:15 pagi,kamu senantiasa makan ubatmu.Jangan lewat.Ana tidak mahu sesuatu terjadi padamu.Ana tidak mahu kamu sakit.Kamu jauh dari keluargamu.Aku sayang kamu..

Buat dia yang akan ke Syiria pada hari Khamis ini pada pukul 3:15 pagi,ana doakan kamu yang terbaik.Ana tidak mahu hilang kamu lagi.

Buat dia yang akan ke Syiria pada hari Khamis ini pada pukul 3:15 pagi,kamu jangan lupa baca doa naik kenderaan.Ana selalu risaukan kamu.Naik kapal terbang adalah pengalaman pertamamu.

Buat dia yang akan ke Syiria pada hari Khamis ini pada pukul 3:15 pagi,kamu jangan lupa bawa sweater yang ana hadiahkan pada kamu.Di dalam kapal terbang amat sejuk.Jangan lupa juga bawa mushaf kecil yang ana hadiahkan padamu.Jangan lupa juga bawa bersama hatiku yang masih ada padamu.

Buat dia yang akan ke Syiria pada hari Khamis ini pada pukul 3:15 pagi...

Kamu senantiasa berada dalam hati ana.

Ana bersamamu..

Main hoon na..

Ana ma'ak..

Tuesday, November 10, 2009

Berilah Peluang Kepada Mereka

Bismillah..

Telah berkata Allah dalam kalamNya melalui perantaraan Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW dalam surah An-nisa' ayat yang 17 yang memberi maksud "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Allah itu maha penerima taubat.Allah itu maha menerima maaf.

Pernahkah kita melakukan kesalahan atau melakukan dosa atas kejahilan kita atau lalainya kita lalu kita tersedar dari semua itu kemudian ingin menyatakan keinsafan kita?Mesti pernah bukan?

Kita telah berbuat suatu kesalahan atau dosa yang amat berat dan besar lalu kita ingin membetulkan kembali salah tersebut.Ini pernah terjadi juga bukan?Juga,pernah anda berbuat salah kepada orang-orang yang anda cintai lalu anda kesali kemudian anda ingin membetulkan segalanya tetapi diberi jawapan "Sudah terlambat!!"Pernahkah anda mengalami situasi itu?Ana pasti rata-ratanya mesti mengalami situasi yang ana maksudkan.

Ya!Manusia mana yang mahu kesalahan besar tertimpa pada dirinya.Insan mana yang mahu merelakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku terjadi pada dirinya?Manusia mana?Insan mana?Tapi kita barangkali terlupa yang di sisi kita sentiasa ada hawa nafsu bertemankan syaitan.Adakah kita lupa?Sememangnay kita lupa kerana perkataan insan itu sendiri berasal dari perkataan nisyan yang bermaksud lupa.Kita sentiasa lupa yang kita selalu berbuat salah,berbuat dosa dan berbagi lagi.Tapi kita tidak pernah ingat bahawa pintu taubat Allah itu masih lagi terbuka luas.Pintu rahmat Allah itu masih lagi dibuka luas.Kita jangan lupa.

Allah itu maha pemaaf.Sesungguhnya rahmat Allah itu lebih luas daripada kemurkaanNya.Allah tuhan.Kita manusia.Ya,memangnya kita tidak sama.Kita menyembahNya Dia disembah!Tapi dimanakah letaknya kemurahan hati kita tatkala seseorang itu telah meminta maaf dengan bersungguh dan sudah insaf di atas perbuatan lampaunya?Dimanakah belas kasih kita sedangkan Allah yang mengurniakan segala rasa itu kepada kita.Sedangkan Allah itu boleh memaafkan hambaNya inikan pula kita sebagai hamba yang lemah.

Bukan ana menyuruh anda menjadi orang yang lemah untuk menerima sekali lagi apa salah yang telah dilakukan,tetapi sekurang-kurangnya beriah peluang kepada mereka yang telah berbuat khilaf.Insyaallah,jika mereka ikhlas kesalahan lalu tidak akan berulang.

Tetapi manusia.Manusia tetap ada egonya.Tetap ada barannya.Tetap ada marahnya.Tapi marah biarlah bertempat.Ego biarlah bertempat.Baran biarlah bertempat.Sebenci mana sekalipun kita terhadapnya,berilah dia akan satu pekuang yang mana dia boleh menebus kembali salahnya.Mungkin mereka benar-benar ikhlas.Ikhlas bukan diukur melalui kata-kata,tetapi perbuatan.

Janganlah kita menjadi seperti malaikat yang merasakan amat suci tanpa dosa.Janganlah kita menjadi tuhan untuk menghukum sesuka hati.Semua manusia harus diberikan peluang untuk menyatakan taubatnya pada manusia jika salahnya itu terhadap manusia.Berilah mereka peluang,tapi jangan tersalah beri peluang.Berilah mereka peluang agar mereka dapat menebus kembali apa yang telah dilakukannya pada masa dulu.Mungkin benar mereka insaf..Jangan bakhil memberi maaf.Jangan mengungkit.Semua amalanmu tidak akan diterima jika mengungkit.Tidak ikhlas.

Buat nereka yang diberi peluang pula,jangan disalahgunakan peluang ini.Peluang ini hanya datang sekali seumur hidupmu.Jangan bazirkan peluang yang telah diberi.Tunjukkanlah keikhlasanmu.Ikhlas itu bukan datang dari mulut tapi dari hati dan perbuatan.Buat mereka yang diberi peluang,jagalah peluang ini.

Buat yang memberi peluang,insyaallah jika peluang itu benar pada haknya anda akan bahagia...

Ingat buat yang diberi peluang,pintu taubat,pintu rahmat sentiasa ada bersamamu..

Selamat memberi peluang...