Friday, September 17, 2010

Salam Idulfitri, Salam Penghabisan Ramadhan

Bismillah..

Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam dengan indah. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Segala puji bagi Allah yang tidak pernah berhenti memberi rahmatNya serta kasih sayangNya kepada kita. Segala puji bagi Allah yang tidak pernah berhenti memberi rezeki serta kasih sayangNya kepada kita.

Sesungguhnya, segala puji bagi Allah!

Allahuakbar..! Allahuakbar..! Allahuakbar..! Walillahilhamd..!

Alhamdulillah, masih tidak terlambat lagi rasanya untuk hamba ucapkan Selamat hari raya Idulfitri, mohon maaf zahir dan batin jika ada sesiapa di kalangan anda yang mengenali hamba dan hamba pernah berbuat salah dan silap selama perkenalan hamba dengan anda. Sesungguhnya hamba manusia biasa. Tidak pernah lepas dari khilaf. Tidak pernah lepas dari dosa yang selalu datang.

Alhamdulillah..!

Allahuakbar..! Allahuakbar..! Allahuakbar..! Walillahilhamd..!

Ramadhan telah meninggalkan kita sekali lagi. Entah akan berjumpa atau tidak dengan ramadhan yang akan datang. Moga-moga Allah memberikan kita umur yang panjang untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang untuk menambah amalan untuk ke syurga yang kekal abadi serta maha indah.

Allahuakbar..! Allahuakbar..! Allahuakbar..! walillahilhamd..!

Kita telah hampir sepuluh hari di dalam bulan Syawal ini. Harap-harapnya kita masih belum lagi meninggalkan segala amalan yang telah kita lakukan di bulan ramadhan yang lalu. Masuk sahaja bulan Syawal ini hamba pasti, ramai yang gembira, sedih, sayu dan berbagai emosi lagi. Gembira biasanya akan dikaitkan dengan kanak-kanak. Baju serba baru, duit raya penuh di tangan serta poket. Bisa berjalan-jalan bersama-sama kawan-kawan mengutip atau mengumpul atau mengepau duit raya. Itu biasa.

Sedih.

Biasanya pada mereka yang kehilangan orang yang disayangi. Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga orang lagi. Dan kesudahannya, jutawan tersebut dikhabarkan telah bertemu rabbnya. Sungguh! Kajadian itu benar-benar tidak perikemanusiaan. Ditahan, dipukul lalu dibakar! Begitu kejam! Subhannallah. Nauzubillah min zalik. Ahli keluarga mereka pastinya sedih. Pagi satu Syawal hanya ditemani airmata kesedihan.

Sedih.

Biasanya pada mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Isteri, suami. Anak-anak mungkin. Sangka mereka Syawal kali ini akan dirai bersama yang tersayang. Namun jodoh tidak panjang. Allah lebih sayangkan mereka. Mungkin diambil nyawanya, mungkin jarak memisahkan dan lain-lain.

Sedih.

Syawal kali ini juga hamba bersedih. Sangat sedih. Entahlah, mungkin ada hikmah di balik semua ini. Tapi hamba masih berharap dan ia tidak pernah putus.

Sedih.

Syawal kali ini juga hamba berasa sangat sedih, pagi ini hamba akan beraya di Hospital Raja Permaisuri Bainun a.k.a Hospital besar Ipoh. Hamba terpaksa menjalani satu pembedahan. Pembedahan kecil mungkin, di kaki. Ermmm.. Sudah lama menanggung derita. Sejak 2003, tapi tahun ini baru terasa sakitnya. Untuk mengelakkan ia terus sakit, makanya hamba terpaksa melakukan ini. Untuk hamba kerna tidak mahu mudarat.

Mohon doa dari anda semua.

Maafkan hamba kerana sudah lama tidak memblogkan diri. Nampaknya seperti hamba dalam kekeliruan. Hamba pada mulanya aktif dengan blog, namun sejak kegilaan dunia Facebook, hamba seperti sudah lebih terarah ke sana. Entahlah, sepertinya ada racun yang sangat berbisa di sana.

Maafkan hamba juga kerna sudah lama tidak menulis di blog. Sejak dari hari itu, hamba seperti sudah hilang kekuatan. Separuh jiwaku pergi, bak kata Anang di dalam Nada dering panggilan seseorang itu.

Maafkan hamba juga, hamba sudah lama tidak menulis di blog kerana sudah bertemu dengan hobi baru. Mungkin juga dengan hobi ini hamba akan menjana pendapatan untuk menanggung perbelanjaan menyambung belajar. Insyaallah jika ada diantara anda yang ingin mengambil jurugambar untuk perkahwinan atau lain-lain, boleh hubungi hamba di talian 017-5488820 atau email hamba di aku_mior@yahoo.com

Insyaallah, mungkin selepas hamba akan update lagi blog ini, mungkin cepat atau lambat kerana buat masa ini hamba menjadi guru di teratak pengajian hamba sewaktu umur menengah dahulu. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-qiraat Addin 2, cawangan Parit, Perak serta bertugas di Masjid Radhiatul Mardhiah Parit, Perak. Jika ada apa-apa atau mahu bertemu dengan hamba, cari hamba di sana. Hamba bertugas pada Hari khamis dan Jumaat.

Terima kasih kerana masih setia menunggu tulisan dari hamba. Moga-moga Allah memayungi kita dengan rahmat kasih sayangNya.

Allahua'lam

P/s : Ishtaq Ilaiki..