Bismillah..
Telah berkata Allah dalam kalamNya melalui perantaraan Jibril a.s kepada Nabi Muhammad SAW dalam surah An-nisa' ayat yang 17 yang memberi maksud "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Allah itu maha penerima taubat.Allah itu maha menerima maaf.
Pernahkah kita melakukan kesalahan atau melakukan dosa atas kejahilan kita atau lalainya kita lalu kita tersedar dari semua itu kemudian ingin menyatakan keinsafan kita?Mesti pernah bukan?
Kita telah berbuat suatu kesalahan atau dosa yang amat berat dan besar lalu kita ingin membetulkan kembali salah tersebut.Ini pernah terjadi juga bukan?Juga,pernah anda berbuat salah kepada orang-orang yang anda cintai lalu anda kesali kemudian anda ingin membetulkan segalanya tetapi diberi jawapan "Sudah terlambat!!"Pernahkah anda mengalami situasi itu?Ana pasti rata-ratanya mesti mengalami situasi yang ana maksudkan.
Ya!Manusia mana yang mahu kesalahan besar tertimpa pada dirinya.Insan mana yang mahu merelakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku terjadi pada dirinya?Manusia mana?Insan mana?Tapi kita barangkali terlupa yang di sisi kita sentiasa ada hawa nafsu bertemankan syaitan.Adakah kita lupa?Sememangnay kita lupa kerana perkataan insan itu sendiri berasal dari perkataan nisyan yang bermaksud lupa.Kita sentiasa lupa yang kita selalu berbuat salah,berbuat dosa dan berbagi lagi.Tapi kita tidak pernah ingat bahawa pintu taubat Allah itu masih lagi terbuka luas.Pintu rahmat Allah itu masih lagi dibuka luas.Kita jangan lupa.
Allah itu maha pemaaf.Sesungguhnya rahmat Allah itu lebih luas daripada kemurkaanNya.Allah tuhan.Kita manusia.Ya,memangnya kita tidak sama.Kita menyembahNya Dia disembah!Tapi dimanakah letaknya kemurahan hati kita tatkala seseorang itu telah meminta maaf dengan bersungguh dan sudah insaf di atas perbuatan lampaunya?Dimanakah belas kasih kita sedangkan Allah yang mengurniakan segala rasa itu kepada kita.Sedangkan Allah itu boleh memaafkan hambaNya inikan pula kita sebagai hamba yang lemah.
Bukan ana menyuruh anda menjadi orang yang lemah untuk menerima sekali lagi apa salah yang telah dilakukan,tetapi sekurang-kurangnya beriah peluang kepada mereka yang telah berbuat khilaf.Insyaallah,jika mereka ikhlas kesalahan lalu tidak akan berulang.
Tetapi manusia.Manusia tetap ada egonya.Tetap ada barannya.Tetap ada marahnya.Tapi marah biarlah bertempat.Ego biarlah bertempat.Baran biarlah bertempat.Sebenci mana sekalipun kita terhadapnya,berilah dia akan satu pekuang yang mana dia boleh menebus kembali salahnya.Mungkin mereka benar-benar ikhlas.Ikhlas bukan diukur melalui kata-kata,tetapi perbuatan.
Janganlah kita menjadi seperti malaikat yang merasakan amat suci tanpa dosa.Janganlah kita menjadi tuhan untuk menghukum sesuka hati.Semua manusia harus diberikan peluang untuk menyatakan taubatnya pada manusia jika salahnya itu terhadap manusia.Berilah mereka peluang,tapi jangan tersalah beri peluang.Berilah mereka peluang agar mereka dapat menebus kembali apa yang telah dilakukannya pada masa dulu.Mungkin benar mereka insaf..Jangan bakhil memberi maaf.Jangan mengungkit.Semua amalanmu tidak akan diterima jika mengungkit.Tidak ikhlas.
Buat nereka yang diberi peluang pula,jangan disalahgunakan peluang ini.Peluang ini hanya datang sekali seumur hidupmu.Jangan bazirkan peluang yang telah diberi.Tunjukkanlah keikhlasanmu.Ikhlas itu bukan datang dari mulut tapi dari hati dan perbuatan.Buat mereka yang diberi peluang,jagalah peluang ini.
Buat yang memberi peluang,insyaallah jika peluang itu benar pada haknya anda akan bahagia...
Ingat buat yang diberi peluang,pintu taubat,pintu rahmat sentiasa ada bersamamu..
Selamat memberi peluang...
Apa Itu Islam?
11 years ago
0 Orang Bercakap:
Post a Comment