Bismillahi wal hamdulillah wassolatu ala rasulillah...
Alhamdulillah,hari ni kita diberi lagi peluang untuk hidup.Alhamdulillah,hari ini ALLAH masih lagi beri kita peluang untuk melihat alam ini terus menghijau membasahi bumi.Alhamdulillah,hari ini ALLAH masih lagi beri kita nafas untuk kita bernafas dan beramal untuk menuju ke tempat tujuan kita yakni alam akhirat.Alam dimana disitulah kita akan hidup selamanya dan akan menikmati segala keindahan yang diceritakan oleh para Nabi dan juga di dalam kalamNya yang mulia.
Alhamdulillah..!!!
Allahuakbar..!!
Alhamdulillah.Hari ini walaupun keadaan diri tak berapa menyenangkan tetapi ana cuba untuk duduk menghadap sebuah mesin yang membolehkan kita melihat seluruh dunia,sebuah mesin yang membolehkan kita berkomunikasi dengan mereka di dunia lain yakni negara/negeri lain.Ia dinamakan sebuah komputer.Sambil menatap mesin yang dipanggil komputer ni,ana mendengar nasyid melalui laman Iluvislam.com.Tajuk nasyid yang ana dengar sekarang ni bertajuk Mengemis kasih.Nyayian semula oleh kumpulan Far-east bersama Nazrey Johani Ex-Raihan.Merdu sangat.Alunan suara yang merdu.Lirik yang menyentuh hati.Dan adakalanya membuat airmata akan terus menitis bila menghayati tiap bait-bait yang didendangkan dengan asyik.Sebenarnya jari-jari ni rasa gatal nak menulis blog ni.Mulanya nak lawat je blog ana ni kot ada komen dari pembaca.Tapi rasanya takde pun komen-komen atau kritikan daripada pembaca blog ana.Rasanya tak ramai pun pengunjung blog ana ni.Tengok kat traffic pun tak ramai yang lawat blog ana.Nampaknya macam ana bergerak sendiri je..Takpelah,lumrah alam memang begini.
Bercerita tentang al-quran,sampai bila pun takkan habis kalau diceritakan tentang kemuliaan kalam ALLAh ini.Buktinya?Dalam al-quran sendiri pun ALLAH nukilkan bahawasanya al-quran sangat berat amanahnya.Jadi ALLAH menciptakan Adam A.S untuk mentadbir muka bumi serta menjadi khalifah ALLAH serta menjalankan dan menegakkan Syiar-syiarNya di muka bumiNya.Maka al-quran itupun salah satu daripada syiar-syiar ALLAH.Jadi jangan ditentang al-quran itu,hormatilah dia.Bagi para Huffaz pula,ingat,al-quran itu kekasih anda yang kedua.jagalah kehormatan quran itu.jaga dia sebagaimana anda menjaga diri anda.Pesanan untuk huffaz dan juga untuk diri ana yang hina ni.
Jadi setakat ni je yang ana dapat tulis kali ni.Insyaallah,jika panjang umur ana,ana akan terus menulis dan menulis untuk membantu sesama kita dalam jalan mencari serta menuju kepada redha ALLAH SWT.Insyaallah.Semoga kita sentiasa akan berada dibawah payung redha Ilahi.Moga kita akan sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT.Moga Kita akan sentiasa di dalam rahmatNya.Akhir kalam...
Salamullahi Alaikum....
Apa Itu Islam?
11 years ago
0 Orang Bercakap:
Post a Comment