Monday, December 7, 2009

Di Mana Hilangnya Akhlak Segelintir Para Huffaz?

Bismillah...

Baru-baru ini hamba dijemput ke satu blog.Beliau pegi kat shoutbox hamba dan minta datang ke blog beliau kerana ada entry terbaru.Hoh!Terkejut bukan kepalang hamba,ingatkan ada apalah ajak blog.Ingatkan makan nasi ayam ke,nasi minyak ke paling kurang pun choki-choki.Best pe....OK,balik kepada perbincangan.Hamba dijemput ke blog beliau untuk memberikan komen kepada entry terbaru beliau iaitu yang bertajuk "Realiti".

Melihat pada tajuk,hamba tak syak apa-apa sebab hamba ingat entry ni biasa je.Rupanya bila hamba baca lagi dan lagi rupanya ia adalah satu teguran untuk pelajar tahfiz al-quran,TAHFIZ AL-QURAN,bukan bibble ek?Ingat tu!Teguran itu benar-benar terkena pada tulang rusuk kiri hamba belah atas,bawah sikit belah kiri.Haaa...Sedapnye garu..

Kata-kata yang dinukilkan penulis blog tersebut membuatkan hamba membela para huffaz.Ya!Sedikit sebanyak hamba tak membela para huffaz disebabkan pengalaman hamba sendiri.Hamba telah bergelumang dengan dunia Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat lebih daripada 6 tahun.Hamba telah mengenali sedikit sebanyak atau mungkin lebih dunia di alam Maahad Tahfiz Al-Quran,tetapi apa yang penulis blog itu nukilkan adalah dunia di mana mereka yang hafaz quran di usia masih lagi boleh dikategorikan anak-anak hingusan.Hamba sendiri yang membaca dengan mata hamba yang 4 ini.Tambah dua lagi sebab rabun.

Kebanyakan yang disampaikan oleh penulis berkenaan melalui pengalaman hamba adalah mereka yang semasa umur mudanya atau semasa umur sekolah menengahnya telah menghafaz al-quran.Maka sebab itulah kebanyakan yang dinukilkan oleh penulis blog berkenaan adalah tentang mereka yang hafaz quran yang mahu merasai dunia luar.

Di sini,di platform ini hamba ingin membela para huffaz.Ketahuilah wahai mereka yang diluar sana,kehidupan anak-anak tahfiz ini sangat berbeda dengan dunia mereka yang hanya bersekolah di Sekolah menengah Agama,Sekolah menengah Agama Rakyat,Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ataupun di Maahad-maahad biasa.Sungguh,kehidupan anak tahfiz sangat berbeda.Namun itulah antara mujahadah yang harus dilalui para anak-anak tahfiz.Mereka seolah-olah terkurung dalam dunia mereka.Mereka tidak mengerti dunia luar,mereka tidak bisa melihat dunia yang asing bagi mereka.Walaupun mereka senang bergaul tetapi hakikatnya mereka dipenjara untuk menjadi orang yang baik-baik dan hampir dengan Allah.

Tetapi setelah mereka tamat pengajian lalu ingin melanjutkan pengajian mereka di sekolah menengah biasa,maka ketika ini corak hidup mereka mula bertukar warna.Warna-warna putih yang dahulu telah mewarnai kehidupan mereka sehari-hari telah dicemari oleh setitik noda hitam yang mampu menggelap seluruh hati.Bukan apa,nafsu je tu.Tapi iman masih belum kuat walaupun dididik dengan waktu yang lama.Nafsu masih lagi belum mahu tunduk dengan Allah.Pandai-pandaila korang pikir sendiri.Di sinilah yang menjadi titik hitam bagi seorang huffaz.

Apabila pergaulan tidak dibataskan,apabila quran mula dijauhkan,apabila persekitaran tidak memainkan peranan,apabila ada yang tidak mahu bertegur dengan hikmah dan apabila dibiarkan maka hal-hal ini akan terjadi.Hal-hal inilah yang membuat masyarakat memandang serong terhadap para huffaz.Kalau dahulunya berkopiah putih.Kalau dahulunya berjubah sana sini.Kalau dahulunya ghaddul basar.Kalau dahulunya solat sentiasa dijaga.Kalau dahulunya pergaulan dibataskan.Kalau dahulu kalam penuh indah.Tetapi kini semuanya sudah berubah.Di sinilah silapnya masyarakat dan juga si huffaz.

Pesanan bagi para huffaz juga termasuk diri hamba.Ingttlah niat kita.Menghafaz quran bukan perkara yang mudah.Bukan semua orang dapat menghafaz kalam Allah.Kita adalah antara yang terpilih dalam berjuta untuk mengangkat kembali ayat-ayat Allah.Kita adlah khalifah yang mana telah dipilih oleh Allah untuk menegakkan kembali syiarNya.Jangan sesekali antum bangga dengan gelaran yang diberikan.Hafiz atau hafizah.Jika gelaran yang menjadi gelaran antum,maka lebih baik antum berhenti dari menghafaz al-quran dan bantulah agama Allah dalam jalan dakwah.Moga-moga ia membetulkan kembali niat antum.Jika antum hafaz quran semata-mata mahu jadi imam di masjid serta menjadi sebutan ramai pakcik makcik yang ingin membuat menantu,maka lebih baik antum berhenti dari menghafaz quran dan berjuanglah di atas jalan agama.Moga-moga di situ antum akan mengenali dengan lebih lagi.Jika antum hafaz quran untuk berdebat semata-mata maka ada baiknya antum pergi berjihad di jalan keadilan.Moga-moga Allah menemukan antum dengan sesuatu yang lebih baik.

Namun jika antum hafaz quran kerana benar-benar kerna Allah dan ingin menegakkan syiarNya maka Insyaallah Allah akan membantu antum.Bila antum hafaz kerna mahu memelihara quran maka secara otomatisnya Allah akan memberikan ilmu dengan lebih banyak secara tidak disangka.Sungguh,pegang kata-kata hamba!

Ada dikalangan teman-teman hamba yang suatu masa dahulu menghafaz quran.Lebih alim dari hamba,lebih masyi dari hamba dan segalanya lebih dari hamba,tiba-tiba sahaja keluar dari bidang al-quran.Jawapan yang keluar dari mulutnya adalah "Aku x bleh follow la ngafal lagi..".Waktu itu pakaian sunnah bukan lagi pakaiannya,malahan kain tidak cukup untuk menutup lutut mereka.Aduhai,sangat kasihan.Hamba tak kata hamba ni baik serba serbi.Hamba ni lagi banyak kurangnya.Koyak sana sini.-Bukan pakaian ye!-

Ada kalangan sahabat hamba yang dahulunya sangat alim,tetapi sekarang jadi lain macam.Dulu rantai tu ikat kat basikal je,sekarang ni rantai ikat kat tengkuk.Nak jadi pe?Anjing ke?

Ada dikalangan sahabat hamba dulu belajar silat bersama,tetapi sekarang jadi bouncer kat dangdut.Hoho...Silap tempat!Bukan jadi bouncer tapi belasah orang.Nak jadi Ah Ngah ke apa?

Ada dikalangan sahabat hamba yang tidak berubah dari dulu sampai sekarang.Masih lagi hafaz quran tapi pelik sikit.Yang ni susah nak bagi gambaran.Pelik benor peranagainya.Dah elok hafaz quran tapi perangai tak semiyak*.Uish...Ada yang hafaz quran tapi leh lagi wat perangai bukan-bukan.Jenis yang ni wat orang pandang serong melampau.Dah elok hafal tapi buat maksiat!Dah elok hafal quran tapi pegang tangan awek!Dah elok hafal quran tapi pergi meremp-it plak.Yang ni bukan hamba,sebab hamba eksiden.Orang yang remp-it susah nak eksiden.Dah elok hafaz quran tapi macam-macam lagila kalau nak senaraikan.Berlambak lagi.Bukan niat hamba nak burukkan para huffaz,tapi hamba cuma minta untuk kita lihat hati kita balik.Lihat niat kita balik.Cermin diri kita balik.Di mana hilangnya adab kita sebagai hamlatul quran?

Antum semua tak malukah memegang tittle hamlatul quran tetapi berlaku curang dihadapan Allah?Tak malukah antum?Tak malukah antum memegang tittle hafiz/hafizah tetapi berlaku mungkar di hadapan Allah?Tak malukah antum?Antum sehari-hari memegang,menanggung quran tetapi sehari-hari itu juga antum berbuat mungkar terhadap Allah?

Solat antum tinggalkan.Maksiat umpama makanan yang patut dijamah hari-hari?Mana hilangnya akhlak dan adab hamlatul quran?Dimanakah?Kalam indah tiada lagi kedengaran dari bibir antum semua?

Di medan ini,hamba mengajak para huffaz yang lain untuk sama-sama memperbaiki diri masing-masing selagi Allah sayangkan kita.Kembali tajdid niat,perbetulkan niat.Perbetulkan hati.Tangisilah jika anda tidak mendapat cinta Allah.Tangisilah jika anda yang hafal quran namun orang yang pertama masuk ke dalam neraka menjadi bahan bakarnya.Menangislah!

Ini adalah peringatan dan pesanan buat diri hamba serta sahabat dan sahabiah yang hafal quran.Ini sahaja yang hamba mampu kongsikan buat kita semua.Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini menjadi pemangkin untuk kita menjadi ummat yang lebih baik.Kepada yang menegur,kami berharap teguran yang penuh hikmah dan kasih sayang.Bantulah kami kerna kami juga manusia yang tidak pernah lepas dari salah dan dosa.

Sekali lagi hamba ingatkan,hamba tidak memburukkan para huffaz sebab hamba sendiri orang yang hafaz quran,tetapi sekadar renungan dan untuk membaiki diri kita semula.

Allahu a'lam.

P/S : Semiyak adalah bahasa perak pior.Maksud semiyak adalah tak sehat,tak senonoh.Bergantung pada situasi.

5 Orang Bercakap:

Khalifah said...

Assalamualaikum...

Bkn nk komen pape..
Nk kabo je...
Ana xdela rasa mereka anak2 hingusan sebab umur mereka semua pn dh melebihi 23 tahun ke atas....
Kalo bg pakcik,mereka masih lg hingusan,ana xtaula kn...

imranulkhalis said...

CIk Khalifah..

Maksud hamba bukan umur sekarang tetapi umur di waktu mereka menghafaz al-quran.Mungkin mereka menghafaz al-quran di waktu umur mereka masih hingusan dan mereka ingin mencuba semua benda pada waktu sekarang.

Tapi pada hamba umur 23 tahun tapi buat perangai x semiyak camtu memang patut disekehkan kepalanya..

Hmm....

Lagi satu cik Khalifah,janganla marah2...

ummi adibah said...

gud entry.
sebab itu Allah melarang manusia memisahkan dunia daripada kehidupan akhirat.

kalaulah kan..
ada sekolah pondok kah maahad kah yang ajar manusia bkn hanya HAFAZ al-quran tapi diajar cara berjuang utk diri, keluarga, masyarakat dan negara.bukan kah seronok?

masalahnya.
mereka hanya diajar tentang al-quran melalui lidah saja tp perbuatan sedikit barangkali.sbb itu keluar pondok akhlaknya pincang.tok guru lupa mengajar tentang dunia luar.lupa mengajar tentang bagaimana menghadapi dunia luar.

nafsu tak boleh ditolak tapi dirawat dan dibelai dengan cara betul.

dan lagi masalahnya, kebanyakkan graduan agama semua perasan HEBAT, sbb itu Allah bagi bala.jadi kita kena fikir macam mana nak selesaikan.

berani tegur dan berani beri jalan keluar--ini prinsip perjuangan.

takboleh nak salah mereka seratus peratus,pasti ada di atas salah dan salah.

rawatannya dari akar umbi iaitu hati.

maaf sekadar pandangan buruk.
salam ukhuwah

imranulkhalis said...

Ummi Adibah...

Pandangan yang sangat bagus dan sangat benar.

Hamba setuju yang Cik Ummi Adibah katakan.Tahniah kerana peka dengan masalah ummah...

Hoho..

Anonymous said...

apa yang dikatakan adalah benar. terbuktinya sendiri di hadapan mata ana para pelajar yang menghafaz al-quran telah menjadi fitnah kpd agama... macam x percaya jer ad budak menghafal yang mencuri, yang berdating tempat gelap, kurang ajar dengan cg...walaupun mereka masih di usia mentah... adakah mereka nie mnghafal sbb mak ayah yang suruh???
akhlak mereka tidak dibentuk dengan sempurna walaupun dalam persekitaran yg baik... ana agak kecewa dengan tingkah laku mereka...