Friday, December 18, 2009

Perhatian!!! Ini Gambar Awek Baru Saya.Lihat Untuk Kepastian!

Perhatian kepada lelaki di luar sana yang mejadi pengunjung blog Imranulkhalis.Di sini hamba ingin mengishtiharkan akan awek baru hamba.Jadi jangan mengorat!Tumbuk kang!

Hamba harap buat ukhti-ukhti diluar sana yang berkenan dengan hamba dapat bersabar.Sapa suruh masuk line lambat.

Izinkan hamba berkongsi dengan anda semua tentang kisah kami bertemu.

Seperti yang diketahui hamba bukanlah seorang yang amat hensem.Apatah lagi kacak seperti Farid Kamil ataupun M Rajoli mahupun Shah Rukh Din.Tetapi dengan berbekal azam yang kuat serta semangat yang tinggi,hamba terus melamar dia untuk menjadi awek hamba.

Couple?Sapa yang kata kami couple?Kami cuma bercinta.Jangan ada sesiapa yang nak halang percintaan kami!

Pada mulanya dia seorang yang agak kasar orangnya.Hamba berkenalan dengannya ketika dia sedang membelasah orang jahat yang menganggunya.Apa lagi?Dia cuba mempertahankan dirinya dengan sebaik mungkin.Langkahnya seperti dia mempunyai ilmu persilatan yang amat tinggi.Mungkin anak tok guru silat,tapi hamba tidak mengecam.Silat apakah yang menjadi pakaian dirinya.Tetapi langkah yang diatur olehnya sangat indah dan tangkas!Sungguh!Hamba tak tipu.Kemas atur langkahnya.

Namun hamba sedikit kecewa pada mulanya.Walaupun dia seorang yang penuh sopan santun tetapi dia tidak memakai tudung atau niqab.Cukup bagi hamba sekiranya dia dapat menutup mahkotanya dari dilihat orang lain.Pada mulanya hamba sangat malu pabila keluar dating dengan dia kerana hamba ni ostat.Manakala dia tidak memakai tudung.Aduhai!Sangat tensen hamba ini macam!

Tapi,setelah hamba banyak bersabar dan mendidik dia akhirnya dia telah menutup mahkotanya malahan seluruh tubuhnya agar tidak dikenali orang sebagai fasik.Dia kini berniqab dan bercermin mata gelap.

Aduhai..Sungguh!Dia sungguh cantik dan ayu.Hamba berpesan kepada lelaki di luar sana,jika anda ternampak gadis ini maka janganlah anda gatal-gatal nak mengorat.Siku karang baru taw!Hamba boifren dia!

Buat ukhti-ukhti di luar sana pula.Janganlah dikau berasa sedih dengan kenyataan ini.Terimalah seadanya bahawa hamba sudah dimiliki oleh dia yang hamba sayangi.Janganlah dikau beremuk hati dengan hamba kerna hamba manusia biasa.Tetapi rasalah menyesal kerana tidak mengorat hamba.

Di bawah ini hamba lampirkan sekeping foto kekasih hamba yang sedang membuka langkah pencak silatnya.Tengok elok-elok dan jangan mengorat.Pukui kang....




Sangat CUN kan?Hoho~

7 Orang Bercakap:

The Pamiesz® said...

hahahahaha.

nasib baik awal2 aku dah buat keputusan untuk baca posting ni sentence by sentence tanpa scroll down bawah skali terlebih dahulu.

ternyata.. hahahahaha

cun gileeee awek pokcikk! mabrooookk!

kuang hasam pokcik. pokcik telah menyebabkan aku dah jadi cam orang gile jalan2 dalam umah ni sambil gelak tak henti2.

"ko ni apehal subuh2 dah mereng?" kata abangku

"pahmi dah2 la gelak tu pegi la amek ayor panas" kata makku

"oi setan tu gelak cam tu tu" kata abahku

erkkk..

~~~dIs7_gUrL~~~ said...

muhahahhawahahhwaaaa,....
smpai ati ko,.mne jnji setiamu pdku..tega nya kmo mencurangi aku,pntang tngk awek yg hebat,ko trus pergi tnpa mnoleh lg..owh..aku kini sudah tdk dangp wjud lg,,bia la aku pergi mnbawa dri,mcri pnganti dri mu,lebih hebat dr awek mu itu..

Faarihin said...

hahaha.. hohoho.. hehehe..

sangat cun sehhh itu awek.. mana jumpa ni..
ish2.. sejak bila cinta itu berputik? hahaha.. nant suh dia kem salam power rangers warna merah eh.. hahahaha..

post pone lah baca.. dah tau dah siapa awek dia.. hahahaa..
opss. insap2.. ketawa bnyk2 bahaya.. hahaha.. opss.. =P

shoutul shabab;] said...

todia! cun punye!!
(adeh, lupa beri salam)
salam ALAIKUM!:D:D

Syafarah said...

salam..

awat xcun pon tengok? karer kunen lagi bessssss.. pink tu oink oink.. tapi xpe la, bagus kit. kalo pegang, terus kene samak,so kene pikir patplohnam juta kali sebelum pegang tangan awek. ngeheheheeeeee..

kamu sewel

imranulkhalis said...

Haih...

Sebenarnya jeles kan?Tapi kalo saya pegang tangan dia pun bukan haram pon sebab berlapik.Hoho~

Sangat best mempunyai seorang awek super hero.Hoho~ lagi...

Hoho~ lagi...

Fathi Adha said...

cun sgt.... yg sorg lg membr dia dah kapel lum??