Bismillah..
Kata kumpulan nasyid Inteam dan Mestica dalam tajuk lagunya Kerana Cinta.
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala.
Ok!Cukup setakat itu untuk sesi karaoke kita pada pagi ini.Minta maaf wahai pengunjung.Buat masa ini hamba akan hanya menyediakan pendapat-pendapat hamba tentang cinta.Entah kenapa dua tiga hari ini rasa mahu bercerita tentang cinta.Cinta yang menuju Allah.
Pernah tak diantara kita yang hatinya pernah disentuh oleh seseorang yang sangat istimewa?Pernah tak hati kita dimiliki oleh seseorang yang sangat istimewa?Tentu sahaja bila ditanya pasti ada yang akan menjawab ya!Sudah tentu ada yang pernah hatinya disentuh oleh seseorang yang istimewa.Seseorang itu kadangkala tidak cantik/hensem tapi sedap mata memandang bukan.Ciri-ciri yang kita mahu ada pada dia bukan?Walaupun tidak sesempurna yang kita harapkan.Tapi ya,anda semua bukan disentuh oleh malaikat.
Cinta itu sebenarnya adalah cahaya,hadiah dari Allah kepada setiap makhluk yang diciptakanNya.Tidak kira samada Islam atau kafir.Beriman atau tidak dan sebagainya.Allah itu adil lagi maha penyayang.Dicampakkan rasa indah dan bahagia ini dalam setiap jiwa insan.
Pernah anda merasai nikmatnya rindu?Sungguh asyik bukan?Sehari dirasakan bagaikan setahun.Sebulan dirasakan bagaikan bertahun-tahun lamanya,namun pabila ketemu semuanya terkedu!Semuanya terkelu!Pertemuan dengan kekasih hati amatlah membahagiakan!Sungguh!Hamba tak tipu!
Tapi adakah benar rindu dan cinta kita itu?Adakah jalan yang kita bawa rindu dan cinta itu jalan yang benar.Selagi Allah menjadi matlamatnya,maka selamatlah jalan cinta itu.Namun jika keduniaan menjadi matlamatnya,maka tunggu sahajalah apa yang Allah akan berikan.
Seperti yang hamba ceritak pada post sebelum ini,cinta itu adalah satu tanggunghawab dimana jika cinta semata-mata yang menjadi perjuangan maka keindahan cinta tidak akan terserlah.Sebab itu ramai yang kita lihat sanggup berkorban demi cinta.Berkorban itu adalah satu tanggungjawab.Kita lihat bagaimana Imam Nawawi mengorbankan masa mudanya untuk menunaikan tanggungjawabnya untuk menyelesaikan masalah ummah!Kita lihat bagaimana Hanzalah mengorbankan malam pertamanya kerana rasa tanggungjawab dan cintanya pada Islam?Kita lihat bagaimana seorang ibu menjadi lilin membakar diri untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap anaknya kerana cinta!Kita lihat bagaimana seorang bapa menunaikan tanggungjawabnya pada anaknya kerana rasa cinta dan kasih kepada anaknya.
Adakah kita merasai bagaimana nikmatnya cinta?
Cinta adalah nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Cuma kadangkala ramai yang terkorban demi cinta yang salah.Ramai yang mengorbankan diri kerana cinta yang salah.
Cinta yang sebegini memang indah pada mulanya.Dihiasi dengan berbagai macam nikmat syurga yang di dunia yang dikurniakan Allah kepada manusia.Kata seorang tuan guru pondok,salah satu nikmat syurga yang ada di dunia adalah nikmat jimak.Harap-harap anda semua fahamlah apa maksudnya.Jika cinta yang pada mulanya suci dan akhirnya hanya di ranjang maka cinta itu telah kotor.Manusia yang mengotorkan cinta yang diberikan oleh Allah.Sedangkan cinta itu seperti air mutlak,suci lagi mensucikan.
Mahu merasai bagaimana indahnya cinta?
cintai diri sendiri.Pujuklah hati.Jangan dibiarkan hati itu terlalu keras walaupun menerima sebanyak mana ilmu Allah.Cinta untuk dinikmati bukan untuk disakiti.Jangan sakiti jiwa kita.Berilah peluang pada hati untuk mencintai diri sendiri.
Sedikit teguran buat mereka yang anti kepada budaya couple.Kadangkala kita lupa dengan siapa kita berdakwah.Kadangkala kita lupa dengan bahasa apa yang kita gunakan untuk berdakwah.Bukankah dakwah itu bermaksud menyeru?Bukankah jika menyeru dalam islam mesti berlembut dan penuh kasih sayang.Kadangkala hamba terfikir kenapa da'i muda kita tidak mampu untuk menjadi mubaligh kristian yang selalu penuh dengan kasih sayang dan cinta?Bukankah Islam itu agama kasih sayang dan cinta?Jadi berdakwahlah dengan sebaiknya.Gunakan uslub dakwah yang paling baik dan penuh kasih sayang.Jangan terlalu bencikan mereka,kelak nanti Allah ubah hatimu.
Jangan diherdik!Jangan dihina!Mereka manusia sama,seperti anda.Hamba sedih dengan para da'i muda kita.Hamba tidak mengecam mereka tetapi biarlah dengan penuh hikmah.Insyaallah,nanti Allah akan bantu kita.
Allahu a'lam.
P/S : Buat dia yang berada di sana,hamba sayang kamu!
P/S : Kuala Lumpur!Here i come for kenduri!Makan-makan time!
P/S : Idea!Idea!Idea!I need some idea!Allah please give me some idea for this novel!
Apa Itu Islam?
11 years ago
5 Orang Bercakap:
Salam..
wah.. sudah ada kekasih hati yer.. huhuhu..
hmm.. cinta itu memang indah.. kadangkala tak tergambar dengan kata-kata.. tapi masih belum dapat merasainya.. hmm..
misi sekarang.. masih mengejar cinta Illahi..
salam..
awat betoi belake nih?? hoho..
sedang mendidik diri untuk mencintai Allah sepenuh ati. akui: saye bukan ahli sufi. tapi, usaha! berusaha mengikhlaskan hati..
nta mesti ingat marhalah tarbiyah? step pertama: individu muslim. kedua: baitul muslim. ketujuh (terakhir): ustaziyatul alam. xleh la kan naek tangga dengan skip beberape anak tangga kan? maka, mencintai sesame manusia untuk step-step kerana Allah..
p.s- mase zaman mude-mude, saye anti-kapel. skang? saye xske sifat berkapel, bukan anti orang yang berkapel. :)
Cik Faarihin :
Mana ada kekasih ini.Ini adalah fitnah semata.Ayat itu ditulis semata-mata.Hoho!~
Cinta itu kata orang ibarat kurap!Makin garu makin sedap.Itu kata orangla..Tapi kata pakcik Imranulkhalis cinta itu suci lagi mensucikan!
Cik Syafarah :
Marhalah tarbiyah!Maaflah ye,hamba ni bukan kos dakwah,jadi tak berapa familiar dengan perkataan marhalah tarbiyah!
Sungguh!Ni bukan memain ni.Leh tolong terangkan tak?Cik Syafarah tolong terangkan ckit ek?
salam..
kos saye lari bebenor dengan dakwah. surah saye hapal pon jauh daripada para hafizah. ustazah? tak layak langsung.. tapi ilmu yang ade kite share2, btol?
nta masuk la url ni, ni entry saye mase mude2 dulu:
http://empoweringhearts.blogspot.com/2009/02/bismillahirrahmanirrahim-dengan-nama_11.html
Post a Comment