Monday, December 14, 2009

Mari Bercinta Sampai Syurga!

Bismillah..

Assalamualaikum Warahmatullah.Sudah agak lama hamba tidak memulakan entri dengan kalimah memuja-muji kebesaran Allah SWT.Maka pada hari ini izinkan hamba memulakan entri dengan memuja Allah SWT.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.Yang maha pengasih lagi maha penyayang.Raja di hari pembalasan.Kepada Allah kita beribadah dan kepadaNya juga kita meminta pertolongan.Dan Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus,jalan yang mana yang telah Allah beri nikmat dan janganlah Allah jadikan kami sebagaimana orang-orang yang terdahulu yang sesat.

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan siang bagi kami bekerja dan malam untuk kami berehat.Segala puji hanya bagi Allah yang telah menjadikan kita dengan sebaik-sebaik kejadian.Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan pada tiap-tiap hati kami sebuah hati yang di dalamnya terdapat rasa cinta.Segala puji dan syukur hanya bagi Allah kerana telah menemukan kita dengan orang-orang yang kita cintai,kasihi dan sayangi.

ALhamdulillah.Tajuk entri pada kali ini ingin agak berbeda sedikit dengan yang lainnya kerana ia menyentuh soal hati dan cinta.Kembali pada tajuk yang bertajuk "Mari Bercinta Sampai Syurga".

Tentu sahaja kita agak suka dan rasa seperti di awangan jika membaca entri yang bertajuk sedemikian rupa.

Ada sesiapa yang boleh terangkan pada hamba bagaimana rasanya indah tika bercinta?Ada sesiapa yang boleh ungkapkan pada hamba bagaimana rasanya seronok tika memandang wajah orang yang dicintai?Ada sesiapa boleh ceritakan pada hamba bagaimana bentuk bahagia yang sedang dirasai?

Sudah tentu tidak boleh kerana cinta,kasih dan sayang adalah sesuati yang seni yang sukar untuk diungkapkan,yang sukar untuk diterangkan dan yang sukar untuk diceritakan!Betul atau tidak?Sudah tentu jawapan majoriti adalah betul.Bercinta,berkasih dan bersayang adalah sesuatu yang indah dan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata yang indah.Ia lebih indah dari apa yang kita rasakan.Sepatutnya mereka mencipta suatu perkataan yang lebih baik dari bahagia dan lainnya.

Tetapi adakah cinta yang kita tanam,cinta yang kita semai,cinta yang kita bajai akan berkekalan sampai syurga?

Adakah?

Di sini ramai yng sebenarnya tidak mampu menjawab dengan baik.Kadangkala kita dapat melihat bagaimana pasangan kekasih yang bercinta bertahun lamanya dan berakhir dengan lafaz nikah yang mulia dan kekal sehingga ke akhir hayat.Dan jangan lupa juga kita dapat melihat bahawa ramai pasangan kekasih yang bercinta dan berakhir dengan lafaz nikah yang mulia dan berakhir dengan penceraian.Di manakah silapnya cinta ketika itu?Adakah perasaan jemu sedang menghantui diri mereka?Adakah perasaan benci meluap-luap dalam hati mereka?Atau adakah sebab-sebab lain yang tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata?

Aduh!

Sungguh!Cinta seperti air mutlak!Suci lagi mensucikan!

Pernah juga kita dengar bahawa cinta yang suci itu akhirnya menjadi sesuatu yang kotor?Tentu sahaja ada bukan?Bermula dengan niat yang suci namun berakhir dengan keji.Anak-anak cinta dilahirkan dan dibesarkan di tepi jalan.Anak-anak cinta dilahirkan dan dimakan oleh sang lapar.Aduhai!Cinta apakah yang mereka juangkan sehingga tergamak melakukan perkara yang sedemikian rupa??Cinta itukah yang akan dibawa sampai syurga?Cinta yang sebegitukah akan dipertahankan?

Apakah itu cinta?

Cinta adalah suatu tanggungjawab.Mengikut artikel yang ditulis oleh Al-Fadhil Ust Pahrol Mohd Juoi,perkahwinan memang dasarnya adalah cinta dan diakhiri dengan tanggungjawab.Itulah dia cinta yang sebenar!Begitulah indahnya cinta yang kita perolehi dari Allah SWT.

Perkahwinan yang didasarkan atas dasar cinta semata-mata tidak akan bertahan lama.Ya!Memang hamba akui perkahwinan adalah cinta tetapi sampai bila cinta mampu bertahan lama?Ada pasangan yang lama bercinta namun akhirnya jemu.Ada pasangan yang hangat bercinta tetapi akhirnya jemu menapak dalam jiwa.

Apakah sebabnya jemu dan benci menapak dalam jiwa?Jawapannya ada dalam diri kita sendiri.Untuk apakah kita menyayangi seseorang?Apakah tujuan kita mencintainya?Apakah tujuannya kita menikahinya?Apakah jawapannya?Semuanya ada dalam diri kita masing-masing.

Kadangkala perasaan marah itu muncul dalam tiap hati pasangan.Marah,benci dan jemu seolah sudah menjadi sebuah makanan ruji yang patut dijamu setiap hari.Belum kira lagi yang pasangan pabila sampai di pintu rumah sudah marah-marah,mengamuk tak tentu hala,semua serba serbi salah.Apakah kita lupa yang kita ingin menjadikan "baiti jannati"?

Bagaimana kita hendak membina konsep baiti jannati?Semuanya perlu kepada perasaan cinta dan tanggungjawab.Cinta memberi jalan bagaimana membina al-bait dan tanggungjawab pula memberi jalan bagaimana untuk membina al-jannah!Semua itu perlu memerlukan rasa cinta dan tanggungjawab yang tidak putus-putus!

Bagaimana pula jika usia sudah masuk usia yang senja?Adakah masih ada lagi rasa cinta?Jawapan ini anda yang harus menjawabnya sendiri.Sudah hamba katakan tadi bahawa cinta itu adalah tanggungjawab!Jika sudah ada rasa tanggungjawab maka perlu apa risaukan keadaan bila sudah senja?Adakah masih wujud lagi ragu-ragu pada pasangan kita yang setia berkhidmat dengan kita sepajangan kita menjadi kekasihnya?

Di sini hamba selitkan sedikti kisah guru hamba di Maahad Tahfiz Negeri Perak ini.Seorang ustaz di sini,nama Ustaz Abu Bakar Hussain.Beliau adalah seorang wakil rakyat dan mempunyai seorang isteri.Isteri beliau menderita penyakit kanser.Selama hamba mengenali beliau,beliau adakalanya tidak dapat mengajar kami seperti biasa.Pabila ditanya ke mana jawabnya "Ana jaga isteri ana.Dia tak sihat.."Tenang sahaja jawapannya namun terpancar keikhlasan di wajahnya.Dia tidak pernah merungut apatah lagi minta dibayar atas setiap apa yang dilakukan terhadap isterinya.Sungguh!Mampukah kita menjadi seperti beliau?Beliau pernah berkata pada kami di dalam kelasnya bahawa dia tidak pernah merasa susah menjaga isterinya yang sakit malahan setiap hari semakin sayang.Aduhai!Ketika itu mata hamba menitikkan airmata!

Sedarlah wahai para pencinta!Selama mana kita hendak membenci?Kita tidak lama hidup di dunia untuk membenci!

2 Orang Bercakap:

zuyyin wada'ah said...

"cintaialh seseorang itu hanya kerana Allah,bukan pada wajah,harta,dan bersifat duniawi yg sementara..."
cinta kerana Allah insyaAllah akan berkekalan smpi ke syurga...

Nurulain said...

cinta itu bisa

menukarkan mendung jadi cerah,
hitam jadi putih,
layu jadi segar,
mati jadi hidup
dan lain2..

tdkku berani berkoreksi berkenaan cinta kerna pabila ia melanda, aku jadi malu sendiri dgn kata-kataku..