Bismillah..
Segala puja dan puji bagi Allah, yang hanya layak menerima puja dan puji serta kebesaran dan keagungan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan udara, yang memberikan nyawa serta tidak pernah Dia minta untuk dibayar semula setelah berpuluh tahun kita hidup di atas muka bumiNya. Subhanallah...
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan kita rakus menjamah itu dan ini, kini tiba masanya untuk kita mengikat perut ini selama 12 jam. 12 jam ini bukanlah sebagai tanda Allah menyiksa diri kita, tetapi sebagai peringatan kepada kita serta Dia menyuruh kita mencari keampunan serta kekuatan agar nanti kita dapat mendiami Syurga yang abadi, tidak ada orang tua, tidak ada yang buruk-buruk. Yang ada cuma keindahan yang maha indah. Amalan yang kita lakukan sekarang inilah dinamakan sebagai "Puasa". Dalam bahasa Arabnya dipanggil "Al-Saum". Bulan ini hanya Allah berikan sebulan sahaja dalam setahun. Dan tahukah anda, yang dalam sebulan itu terdapat satu hari di mana hari itu dipanggil "Lailatul Qadr". Malam ini adalah malam yang penuh dengan keberkahan. Malam itu lebih baik dari seribu bulan jika kita beribadah dengan khusyuk pada waktu itu.
Kenapa Allah berikan malam itu kepada Manusia? Yela.. Dah Allah menciptakan manusia, sudah tentu Allah nak bagi kita beramal pada waktu itu. Bukan pada waktu itu je. Pada waktu-waktu lain pun kita harus beramal ibadah. Kenapa Allah bagi pada Manusia plak ye? Sebab Allah sayangkan kita. Allah masih lagi memberikan peluang pada kita agar sempat berbuat kebaikan sebelum tiba hari kiamat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Insyaallah, akan ada entri terbaru..
Wallahu a'lam..
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan Datang Lagi Dab Blog Ini Insyaallah Akan Berjalan Seperti Biasa Semula.
Writen By imranulkhalis at 11:31 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA
Wednesday, June 16, 2010
Sekian Lama Sepi! Kini Kembali...
Bismillah..
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan bumi dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah yang meniupkan ruh dalam setiap jasad kita. Segala puji bagi Allah yang menciptakan cinta dan kasih. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan segalanya yang ada di muka bumi dengan cukup sempurna dan pastinya tidak ada sesiapa pun dari kalangan kita yang mampu menciptakan ciptaan seperti ciptaan Allah.
Sudah lama meninggalkan laman blog sendiri. Rasanya sudah hamper berbulan lamanya. Jika tak salah hamba, kali terakhir hamba memblogkan diri pada bulan mei yang lepas. Aduhai… Sekarang sudah pertengahan bulan jun. Sudah sebulan. Dan dalam masa sebulan yang hamba lalui itu, terdapat berbagai ragam. Jiwa hamba masih lagi berada di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak. Hati hamba masih di sana. Suasananya masih segar di jiwa hamba. Hamba masih tidak dapat melupakan segalanya itu. Di sana hamba belajar banyak perkara. Dari urusan duniawi hatta ukhrawi. Dari urusan hati sehinggalah urusan jiwa. Di sana hamba banyak mengenal manusia. Di sana hamba banyak belajar menjadi agak matang dari pelbagai aspek. (Mungkin kot!) Hoho..
Sekarang, hamba sudah berada di kampung hamba sendiri. Tanah tempat hamba berpijak, bermain, jatuh dan bangun dengan kesan luka jatuh basikal. Dan Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kepandaian hamba mengipas bapak hamba, hamba akhirnya telah memiliki sebiji broadband dengan pakej RM68 yang mana hamba telah mendaftarkan ia di bawah syarikat telekomunikasi yang mula-mula memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar a.k.a broadband ni. Berbaloi-baloi walaupun agak lambat. Biasalah, benda murah. Hoho lagi… (^_^)
Sudah lama tidak menulis, rasanya ini adalah entri yang agak panjang. Sepanjang hamba berada di kampung hamba, telah banyak yang hamba lalui. Suka, duka, pelik, dan berbagai lagi. Pada hari pertama hamba sampai di rumah sendiri hamba berasa agak pelik. Kenapa hamba boleh berada di sini? Ini kat mana? Cis! Sungguh tak mengenang budi punya manusia. Tempat jatuh lagi dikenang, tapi hamba tempat jatuh pun buleh lupa! Apa punya manusia daa… Sahabat-sahabat seperjuangan hamba cakap duduk di rumah best! Boleh buat apa saje. Haah.. itu rumah dia. Rumah hamba ni? Wa… Eh! Sepanjang keberadaan hamba di rumah, hamba telah mempunyai hobi baru, iaitu jogging seusai solat subuh. Waa… Best wor.. (Ini nada terpaksa ok?). Sebenarnya hamba telah dipaksa oleh pak aji a.k.a ayah hamba untuk berjoging sesudah subuh. Kata beliau “ Joging ni baik untuk kesihatan kamu! Kamu kena kurus! Baru la nanti bertambah ramai orang pompan giler kat Tanjung Rambutan tu..” Kata beliau dengan tenang sambil mencicah roti canai di dalam oatnye. Eh Silap! Ke dalam kuah dhal mamak Restoran Tawakkal Parit, Perak. (Restoran Usaha takde ke?). Jadinya tiap-tiap pagi hamba dengan rasa malas + menyampah + boring + tilam memanggil dengan terpaksa meninggalkan semua itu untuk mendapatkan ayah hamba lalu jogging bersama sambil menghirup udara segar di sekitar bendang di kawasan rumah hamba. Tapi kan hamba rasa hamba takdelah gemok sangat. Boroi? Mana ada boroi. Buncit jauh sekali. Tapi hamba menyahut seruan ayah hamba jugak la untuk memastikan selepas ini makin ramai orang perempuan terutamanya aweks-aweks, anak dara-anak dara dan yang sewaktunya akan menghuni Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Dan hamba pasti, selepas hamba telah mendapat seperti apa yang diinginkan oleh ayah hamba, hamba akan membuat mereka-mereka itu menjadi histeria kerana melihat seorang jejaki tampan, kacak dan hensem berjalan melintasi mereka. Hoho..!
Ok Baik! Kita tinggalkan cerita di atas. Bye-bye cerita atas. Hoho. Pada hari jadi hamba baru-baru ini, yakni pada 19/5/2010, hamba telah mendapat satu hadiah yang amat istimewa hamba kira. Hadiah itu ialah surat Tawaran Kemasukan ke Kolej Universiti Insaniah(KUIN) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian. (Sila lihat rajah di bawah untuk membuktikan dakwaan hamba benar).
Ok? Sudah percaya? Kenapa? Tak Percaya? Haha.. Ya benar! Hamba telah menerima surat tawaran ini. Kalau anda semua tak percaya, anda boleh klik pada imej di atas dan zoomkan beliau dan simpan imej ini untuk kenang-kenangan. Kot-kot la ada yang gila bayang dengan hamba. Hoho. Nak Tahu adakah hamba menerimanya atau tidak? Sudah tentu tidak,! Ya! Hamba menolaknya. Kenapa? Hamba menolaknya atas alasan yang munasabah. Hamba ingin mencari sumber kewangan. Lagi pula hamba kesiankan dengan orang tua hamba. Adik hamba yang baru tamat matrikulasi jugak nak masuk universiti. Jadi hamba fikir, biar hamba mengalah dulu dan hamba akan usahakan dengan berbagai cara untuk memastikan sumber kewangan hamba akan mencukupi sebelum bulan September atau oktober ini. Hamba ingin menyambung pelajaran lagi. Hamba sedang ketagih ilmu buat masa sekarang ini.
Untuk memastikan hamba dapat mencari sumber kewangan, hamba secara tidak sengaja telah dilantik di Masjid kariah hamba untuk menjadi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan masjid. Senang ceritanya hamba menjadi pemimpin untuk memimpin solat bagi Masjid di kariah hamba. Sudah sebulan hamba bertugas di sana dengan gaji yang bolehlah.. Hamba harus berjimat, broadband harus dibayar, hutang harus dibayar. Hoho… Dan Alhamdulillah, semuanya rezeki datang dari Allah.
Ok, kita tinggal lagi cerita di atas. Selamat tinggal cerita di atas. Tata! Hehe.. Ya! Hamba sekarang sudah punyai kekuatan semula untuk mengarang novel. Buat masa sekarang hamba telah menulis menuskrip baru. Hamba tidak akan berhenti menulis. Hamba akan cuba menyampaikan perkara kebaikan tentang agama Islam. Ini tanggungjawab hamba. Hamba ingin menyampaikan Islam dengan cara ini. Hamba berharap dengan sangat agar dalam masa terdekat ini tulisan hamba yang tak logik itu dapat diterima oleh pihak penerbitan yang ada di Malaysia ini. Hamba harap sangat. Buat masa ini ada dua manuskrip yang hamba sedang tulis. Manuskrip From Shah Alam With Love telah lama hilang dengan kenangan-kenangan yang berada di dalam laptop hamba. Oh ya! Sudah tentu anda semua sudah lupa mengapa ia hilang. Ini disebabkan virus-virus yang jahat telah memasuki ruang folder D hamba. Cis! Sungguh kurang ajar virus tersebut. Apa dia tidak tahu dengan siapa mereka membuat perhitungan? Cit!
Sekarang sudah mulai masuk bulan Jun. Dan memang sekarang bulan Jun. Kebiasaannya, di pertengahan tahun akan ada cuti sekolah panjang. Ala.. Yang cutinye sampai dua minggu tu. Aih? Takkanla tak taw kot? Dulu-dulu anda kemain seronok lagi bile cuti kan? Boleh bangun lambat, tengok katun puas-puas, mandi sungai, curi itik ayam orang, lastik burung, panjat pokok kelapa pastu gi kenduri kawen kan? Ala… jangan tipula… Hamba taw.Hehe… Oh Ya! Sebut pasal kenduri kawen ni sangat best pulak rasenye kan? Hari-hari ada makan free. Hari-hari makan ayam masak merah je. Diserikan dengan air sirap. Air sirap? Ala.. tak heranlah, kami kat Maahad dulu pun dah biasa dengan air sirap. Minuman wajib. Dah nak naik muak tengok air sirap tu. Silap-silap air sirap tu pun dah boring tengok muka kami. Hahaha…. Kata air sirap tersebut “ Alahai.. Apasal muka mamat tak hensem ni yang minum aku?” . Perhatian, mamat muka tak hensem tersebut bukanlah hamba, tapi muka pak guard kat Maahad Tahfiz tu.. Hahaha… Kantoi!
Baiklah.. Hamba rasa cukup setakat ini perkembangan hamba. Insyaallah dalam masa terdekat ini hamba akan terus menulis lagi. Jangan risau, hamba tidak akan berhenti berblogging. Hamba akan terus menyebarkan keindahan Islam dengan cara hamba sendiri. Jutaan terima kasih buat anda kerana setia menunggu perkembangan blog hamba. Jutaan terima kasih juga diucapkan buat anda kerana terus menunggu tulisan hamba…
Allahu a’lam
Writen By imranulkhalis at 12:06 AM 0 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Pengumuman, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Saturday, May 1, 2010
Selamat tinggal teratak pengajianku. Selamat tinggal sahabat-sahabat.
Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang hamba mulakan kalam pada hari ini. Dengan nama Allah yang menciptakan cinta dan maha cinta hamba mulakan kalam. Dengan nama Allah yang maha tahu setiap apa yang ada di dalam benak hamba-hambaNya. Dengan nama Allah.
Alhamdulillah, setelah sekian lama hamba menyepikan diri di blog hamba, hamba kini datang semual dengan menulis. Sudah lama hamba tidak menulis sesuatu di blog hamba sendiri. Maafkan hamba kerana membuat anda semua tertunggu tulisan dari hamba. Hamba tidak berniat untuk menyepikan diri selama ini. Hamba menyepikan diri kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi.
Sudah agak lama hamba tidak memberi cerita tentang itu dan ini, dan hari ini dengan kekuatan yang masih ada lagi hamba ceritakan segalanya.
Alhamdulillah, pada hari ini, 1hb mei 2010, Majlis Perasmian Penutup Program Minggu Tautan Kasih Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak telah diadakan dengan meriah sekali walaupun tidak ramai yang hadir. Program ini diadakan sempena pengambilan pelajar baru Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak bagi sesi 2010-2014. Alhamdulillah, tahun ini seramai tujuh orang yang mendaftar sebagai warga Maahad.
Dengan masuknya pelajar-pelajar baru di Maahad ini, bermakna hamba harus keluar dari Maahad ini juga. Yela, dah hamba habis belajo takkanlah hamba nak duduk sini lagi ye tak? Takkanlah hamba nak menyibuk lagi jadi pelajar baru ye tak?
Hmm.. Bila menyebutkan tentang perkara ini hati hamba jadi sayu. Rasanya baru sebentar tadi hamba jadi pelajar tahun pertama pengajian. Rasanya seperti masih baru lagi berada di teratak pengajian ini. Hamba tidak sangka yang hamba sudahpun menghabiskan pelajaran di Maahad ini. Sekejap sahaja hamba rasa di sini. Seperti semalam rasanya. Pagi tadi, usainya majlis penutup, ada jawatankusa penggerak program Minggu Tautan Kasih memainkan slide show dengan lagu daripada kumpulan nasyid Brothers yang bertajuk Selamat Berjuang dan Doa Perpisahan. Seketika itu juga airmata hamba menitis. Lantas terus hamba buka facebook dan menulis status di sana. Sempat lagi berfacebook. Hebat bukan?
Ya, memang hamba menangis. Standardla kan? Dalam hati ada taman! Hoho! Hamba tidak tahu mengapa airmata hamba mengalir di saat lagu itu dipasangkan. Terlalu banyak kenangan di sini. Terlalu banyak sejarah di sini. Terlalu banyak perkara-perkara indah yang tercipta di sini. Terlalu banyak, jika mahu disenaraikan memang hamba tak larat nak menulis tapi apa yang penting di teratak inilah hamba belajar segalanya. Dari urusan duniawi sehingga ke urusan ukhrawi. Di teratak inilah juga hamba belajar menjadi nakal dan berubah menjadi baik... kot? Hehe..
Saat ini lagu Selamat Berjuang nyanyian kumpulan nasyid Brothers sedang menemani hamba. Memang lagu ini benar-benar mengusik jiwa hamba.
Sebenarnya, jarak antara kediaman hamba dan teratak pengajian tidaklah jauh mana. Cuma memakan masa sejam.. Tak jauh sangatlah. Tapi entah kenapa hati ini terlalu sayu dan pilu mengenangkan suka dan duka dalam perjuangan hamba di Maahad ini. Meninggalkan Maahad, meninggalkan sahabat-sahabat. Aduhai... Berat rasanya jiwa ini.
Hamba pasti akan mengenangkan semua ini. Pasti......
Buat sahabat-sahabat hamba yang membaca tulisan hamba ini, izinkan hamba luahkan satu perkara buat antum...
Sahabat-sahabat,
Antum semua amat ana sayangi. Antum semua amat ana kasihi. Ana pasti dan ana jamin ana tidak akan bertemu dengan orang sebaik antum. Dengan antum, ana dapat mengenal erti nilai sebuah persahabatan. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat bersahabat. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat sebuah keluarga. Terima kasih banyak ana ucapkan buat antum kerana sudi menjadi sahabat ana sepanjang pengajian. Terima kasih sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat,
Ana maafkan andai kata selama perkenalan ini dan selama persahabatan ini terjalin ada salah tutur dari ana. Maafkan ana andai selama perkenalan ini hamba ada salah laku dengan antum. Maafkan ana sahabat-sahabat. Entah bila lagi ana akan dapat bertemu dengan antum semua.
Sahabat-sahabat,
Andai panjang umur ana, ana harap kita akan bertemu lagi. Sahabat-sahabat, percayalah tulisan ini ditulis dengan airmata yang berlinangan tiada henti. Percayalah bahawa ana benar-benar menghargai antum semua sebagai sahabat yang paling baik. Maafkan ana andai pada diri ana ini terlalu banyak kekurangan. Maafkan ana andai pada diri ana ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik.
Ana doakan moga-moga kita semua berada di dalam lindungan Allah. Hamba doakan semoga nanti antum semua akan menjadi Huffaz yang memberi manfaat kepada semua manusia di luar sana. Ana doakan moga-moga satu hari nanti kita semua dapat bertemu semula.
Selamat tinggal teratak pengajian, selamat tinggal sahabat-sahabat hamba!
Allahu a'lam
Writen By imranulkhalis at 10:45 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Familiku, From Shah Alam With Love, Hifz Al-quran, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Thursday, April 29, 2010
Serikandi Cintaku!
Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku
P/S : Kamu adalah serikandi cintaku... Sampai bila pun!
Writen By imranulkhalis at 12:09 AM 0 Orang Bercakap
Labels: SERIKANDI ISLAM
Wednesday, April 21, 2010
Selamat Ulang Tahun Sayang.... =)
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Writen By imranulkhalis at 12:21 AM 0 Orang Bercakap
Thursday, April 15, 2010
Menulis Semula...
Bismillah...
Segala puji bagi Allah yang menciptakan. Segala puji bagi Allah yang menjadikan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menjadikan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang menjadikan kasih dan cinta serta nafsu dan syahwat. Segala-galanya hanya puji bagi Allah yang menciptakan segalanya.
Maafkan hamba kerna sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam teratak hamba ini. Maafkan hamba. Hamba agak sibuk semenjak dua menjak ini. Hamba sekarang sedang sibuk untuk melanjutkan pelajaran. Buat masa ini hamba sudah mengisi empat borang untuk melanjutkan pelajaran.
Pertama di KUIS, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam jurusan Syariah.
Kedua di KUIN, Kolej Universiti Insaniah di Kedah dalam jurusan Syariah.
Ketiga di Jordan, mana-mana universiti di Jordan dalam jurusan Syariah.
Terakhir di Madinah al-Munawwarah di Universiti Islam Madinah, juga dalam jurusan Syariah.
Minggu hadapan, hamba kembali semula ke Kuala Lumpur atas urusan ini. Hamba mohon doa dari anda. Hamba mohon doakan semoga hamba antara yang terpilih untuk belajar di Madinah. Hamba ingin kembali ke sana.
Hamba mohon dengan sangat!
Writen By imranulkhalis at 12:01 AM 0 Orang Bercakap
Friday, April 2, 2010
Selamat Bertemu Allah
Bismillah..
Pagi ini selepas hamba berjalan mencari rumah sewa di Taman Cempaka, Ipoh, hamba membeli akhbar Harian Metro. Tajuk hadapannya 'Bernafas Dalam Lumpur' . Dah macam lagu Awie la pulak! Sekali hamba tengok orang tertimbus di dalam lumpur. Lebih menyayat hati, si mati itu almarhum di dalam keadaan rukuk. Menyayat hati ke? Rasanya, beruntunglah beliau kerana meninggal dalam keadaan solat. Moga-moga solat beliau yang terakhir diterima Allah.
Keduanya, pelawak dan juga DJ Radio Era, Din Beramboi meninggal dunia akibat denggi berdarah selepas empat hari di dalam keadaan kritikal yang mana kondisinya pada waktu itu sangat teruk. Moga-moga Allah tempatkan beliau di dalam kelompok hamba-hambaNya yang paling hampir denganNya.
Setiap hari pabila hamba membuka akhbar mesti ada orang yang meninggal. Mengikut bahasa yang agak 'kerek' sikit, mungkin sekarang ini sedang musim orang meninggal dunia. Meninggal dunia ada musim ke? Macam musim demam gitu? Mana ada.. Maut itu setiap hari berada dengan kita. Malaikat maut itu sentiasa memerhatikan gerak geri kita dan menunggu masa bilakan arahan untuk mengambil nyawa diberikan.
Sungguh, kematian itu pasti. Kita tidak boleh untuk minta kepada Allah agar dipercepatkan kematian kita atau dilambatkan beberapa saat.
Hamba merasa hairan, ada satu waktu dahulu seorang yang dikenali mengatakan boleh menangguhkan kematian. Makna kata, beliau lebih hebat daripada Malaikatul maut. Boleh minta ditangguhkan kematian. Kalau macam itu, hamba juga mahu menemui beliau dan minta dipercepatkan kematian hamba kerna hamba tidak sanggup lagi untuk hidup di dunia yang penuh dengan kesakitan. Boleh macam itu?
Apa yang pasti dan seperti mana kita tahu, kematian itu pasti ada dan hampir dengan kita cuma belum tiba lagi saatnya Allah mengutuskan malaikat maut untuk dicabutkan nyawa kita. Tunggulah saatnya. Sementara menunggu saat itu, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan amalan kita. Berbaik-baik sesama kita. Senangkan hati orang-orang yang kita kasihi. Cepat-cepatlah bayar hutang, (pesanan untuk diri hamba nih!)
Akhir kalam, Selamat Bertemu Allah.
Allahu a'lam..
Writen By imranulkhalis at 11:14 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Dari Akhbar Tempatan, ISU SEMASA, Munajat Cinta Agung, Renungan, Sebuah Catatan Hati, Surat Cinta Allah, Tazkirah, Tinta Dariku
Wednesday, March 24, 2010
Maafkan Hamba Dan Laptop Hamba
Bismillah..
Seminggu yang lepas, antivirus hamba sudah tamat tempoh selama setahun digunakan perkhidmatannya. Jenama antivisu hamba adalah Bitdefender. Pada hamba ia adalah sebuah antivirus yang sangat hamba akrab dengannya. Hamba amat selesa dengan penggunaan antivirus ini. Hamba selesa di sisi ia.
Tetapi sejak ia sudah tamat tempoh perkhidmatannya dengan hamba, hamba rasa dunia seperti ada yang tidak kena. Hampir separuh gila hamba dibuatnya. Hamba biarkan laptop hamba tanpa penjaga yakni antivirus Bitdefender selama beberapa hari. Dan selama beberapa hari itu secara sembunyi, si virus-virus jahat telah mendiami harddisk hamba dengan banyak sekali. Hamba tidak perasan akan hal itu. Jadi hamba biarkan dulu sebab laptop hamba belum lagi buat hal. Cuma semalam dan kelmarin tiba-tiba laptop hamba padam dan buka dengan sendiri. Hamba dah syak ini tentunya perbuatan si virus-virus jahat yang tidak berpuas hati dengan laptop hamba. Hamba kemudian dengan pantasnya terus meninstall antivirus NOD yang telah lama ada di dalam harddisk D hamba yang sekian lama hamba tidak menggunakan khidmatnya. Seingat hamba sudah 2 tahun hamba tidak menggunakan khidmat ia. Dan setelah hamba installkan antivirus tersebut, hamba berasa senang hati kerana si virus-virus jahat itu telah lari, tapi hamba salah tafsir. Rupanya virus-virus jahat itu telah mendiami harddisk D hamba pula. Untuk pengetahuan anda, di dalam folder D itu terdapat berbagai-bagai kerja hamba. Termasuklah manuskrip baru hamba yang akan dihantar tidak lama lagi.
Aduhai....!!! Hamba dah pening kepala...
Tapi nasib baik hamba ada sahabat yangboleh membantu hamba menyelesaikan masalah. Terima kasih kepada sahabat hamba Muhammad Ikram Lim Bin Abdullah. Beliau baru beberapa bulan memeluk islam dan pada beliaulah hamba membeli laptop ini sebelum beliau islam.
Alhamdulillah, dengan bantuan ikhlas daripada beliau, laptop hamba berjaya diformatkan namun segala kerja-kerja hamba di dalam folder D terpaksa hamba lupakan kerna ia sudah tidak kekal lagi. Yang kekal hanyalah Allah. Hoho~
Kepada anda yang menantikan tulisan daripada hamba, hamba harap bersabarlah. Insyaallah dalam sedikit masa lagi hamba akan update blog hamba dan menyambung kisah valentine yang part II tu. Insyallah...
Maafkan hamba.
Allahu a'lam....
Writen By imranulkhalis at 11:42 PM 0 Orang Bercakap
Labels: TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Monday, March 22, 2010
Kehebatan Seorang Ustaz Hamba Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak
Bismillah..
Hari ini, setelah hampir tiga tahun hamba menuntut ilmu di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak, hamba ingin menceritakan serba sedikit tentang karamah yang dimiliki oleh guru tasme' hamba di sini. Beliau sangat hebat. Boleh melakukan dua tiga pekerjaan dalam satu-satu masa. Hamba sangat kagum dengan beliau. Beliau mempunyai pelbagai kelebihan. Antara kelebihan beliau adalah, menjadi jurunikah bagi kawasan Gunung Rapat, Ipoh. Jika anda orang Ipoh, Perak maka anda akan tahu di mana letaknya Gunung Rapat. Kedua, dia seorang guru tasme yang ingat keseluruhan al-Quran. Ketiga, beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa lajnah pentashih al-Quran atau pembetulan teks al-Quran. Beliau adalah Al-Fadhil Ust Mohd Mazlan Bin Zaini al-Hafiz. Anda tak percaya? Anda boleh buka mushaf al-Quran yang dikeluarkan di Malaysia kemudian semak di belakan quran. Ada tertulis dalam tulisan jawi "Lajnah Pentashih Al-Quran." Sangat hebat kan beliau?
Haa... Bukan hamba tak tipu. Beliau memang sangat hebat. Dalam seminggu mesti ada dua atau tiga orang yang akan berjumpa dengan beliau untuk nikah! Hoho... Lagi hebat bukan? Hamba ni sehari seorang pun hamba susah nak jumpa. Maklumlah, artislah katakan. Hoho lagi~.....
Baiklah, apa yang hamba ingin ceritakan tentang beliau adalah tentang karamahnya beliau. Seperti yang kita ketahui, kebiasaannya para alim ulama di zaman dahulu mempunyai karamahnya tersendiri. Ada yang beoleh mengeluarkan cahaya melalui tangannya, ada yang beoleh bercakap di hadapan para pelajar dan kemudian kapur tulis itu menulis secara sendiri mengikut apa yang diajarkan dan berbagai lagi.
Tetapi, guru hamba lebih hebat. Selalunya, waktu kelas tasme' akan habis pada pukul 9:30 pagi tepat. Dan itu adalah waktu rehat bagi kami di Maahad Tahfiz Perak. Tetapi punya hebat Ustaz hamba ini, dengan hanya sebatang pen beliau tinggalkan di atas meja, kami tidak akan keluar dari kelas tersebut! Bagaimana? Hebat bukan? Kadangakala beliau meninggalkan beg kerja beliau di atas meja lalu beliau keluar sebentar. Dengan adanya beg beliau tersebut, kami amat menjadi gerun untuk keluar dari kelas itu. Aduhai... Begitu hebatnya Ustaz kami di sini.
Hoho~
Jadi, moralnya di sini, hormatilah guru anda!
P/S : Paham tak hamba tulis apa? Tak paham? Hamba lagi la tak paham! Hoho lagi....~
Writen By imranulkhalis at 10:33 PM 1 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Hifz Al-quran, ISU HANGAT, LAWAK BERHIKMAH, Mutiara Hikmah, Tazkirah, TENTANG AKU...., Tinta Dariku
Thursday, March 18, 2010
Soalan Untuk Para Doktor : Bagaimanakah Caranya Untuk Mengubati JIwa Yang Parah?
Bismillah..
Segala puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah yang menciptakan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menciptakan air mata. Segala puji bagi Allah yang menciptakan nafsu dan syahwat. Segala puji bagi Allah yang menciptakan segalanya di atas muka bumi ini dengan penuh hikmah dan rahsia yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Sejak semenjak dua menjak ini, hamba agak rajin untuk mengupdate blog. Hamba pun tidak tahu mengapa. Selalunya hamba kena penyakit MUB (rujuk sini) tetapi sekarang ni jadi rajin pula. Entah kenapa hamba pun tidak tahu. Semalam hamba update, hari ini pun pagi-pagi lagi hamba update.
Hari ini entri hamba ditujukan khas kepada para pengamal perubatan moden yakni doktor dan ahli farmasi. Perlu diambil perhatian, tulisan hamba kali ini bukan untuk memperkecikan tugas anda, tetapi untuk menambahluaskkan lagi skopnya. Secara umumnya kita mengetahui bahawa para doktor hanya mengatahui bagaimana cara untuk merawat penyakit yang berkaitan jasad manusia dan bukan perkara yang tersembunyi. Benar bukan? Pesakit bukan sahaja datang berjumpa doktor atas sebab kesakitan fizikal yang dialami, namun ada yang mengalami sakit spiritual. Jangan terkejut dengan apa yang hamba cakapkan. Ia benar sama sekali, terutamanya pesakit di kalangan warga emas atau orang yang agak tua sedikit. Tidak kira apapun sakitnya, samada sakit fizikal atau spiritual, mereka akan cepat-cepat ke klinik.
Ini pengalaman hamba semasa di kampung. Waktu itu kebetulan hamba juga berada di pusat kesihatan tersebut sebab demam. Ini cerita lama la... Hamba kenal orang tua, dia sebenarnya tidak sakit, namun di wajahnya terpancar satu gambaran yang hatinya agak tidak tenang. Hamba tatap wajahnya, dia seperti gelisah. Takpelah, hamba malas nak tanya. Mungkin dia kena buasir atau darah tinggi atau kencing manis atau sakit jantung. Itu pada sekilas pandangan hamba.
Dipendekkan cerita, nombor giliran hamba dipanggil. Biasanya, klinik di kampung hamba mempunyai dua pembantu perubatan di dalam satu bilik. jadi kebetulan pula warga emas itu tadi nombor gilirannya selepas hamba, jadi beliau sebilik dengan hamba. Seperti biasa prosedur seorang doktor memeriksa pesakit demam, hamba melihat warga emas itu tadi. Doktor baru sahaja menanggalkan alat memeriksa sukatan darah. Hamba tak tahu benda apa dipanggil. Ala... Benda yang dia letak kat lengan pastu dia pam-pamkan. Hamba masih lihat di wajahnya ada riak wajah kurang senang. Selepas itu doktor yang memeriksa warga emas tadi berkata, "Makcik takde sakit apa-apa, cuma darah Makcik ni tinggi sikit. Makcik tak makan ubat ye?"
Makcik itu menjawab :
"Eh! Makcik makan le doktor... Hmmm...."
Doktor itu bertanya dengan lembut :
"Betul ke makcik makan?"
Makcik menjawab :
"Iyer doktor, awok udah makan!"
Doktor tanya lagi :
"Ate Makcik, kalau dah makan kenapa darah Makcik naik lagi?"
Makcik jawab :
"Entahle doktor.............."
Dalam hamba sibuk tengok mereka berdialog, hamba sudah habis diperiksa oleh doktor yang memeriksa hamba, jadi tinggal nak kena bebel dengan doktor je lagi. Untuk pengetahuan anda, doktor itu bukan doktor, tetapi pembantu perubatan. Pembantu perubatan yang cek hamba adalah lelaki dan agak sedikit garang. Garang sikit je... Sambil kena bebel tu hamba tengok lagi perbualan antara Makcik itu dan doktor.
Doktor bertanya :
"Makcik ada masalah apa? Makcik ada masalah kan?"
Makcik menjawab :
"Mana doktor tahu? Saya tak kabo pun!"
Doktor menjawab :
"Saya doktor Makcik, saya tahu le..."
Makcik menjawab :
"Iye doktor, awok ada masalah.... " Dan Makcik itu terus menceritakan masalahnya kepada doktor sambil tangannya turut sama diangkat bagi menguatkan lagi jalan ceritanya. Satu yang paling seronok hamba lihat ialah, doktor itu khusyuk mendengar tiap butir bicara Makcik itu. Sedikit pun tidak ada rasa jemu yang diperlihatkan pada riak wajahnya. Setelah selesai, doktor itu menasihati Makcik itu dengan begitu lembut. Benar-benar lembut. Dipegang lengan Makcik itu dan digenggam tangan Makcik itu. Makcik itu kelihatan tenang selepas puas dia menceritakan masalahnya dan setelah diberikan nasihat oleh doktor itu. Wajah yang suram tadinya kini kelihatan ceria.
Nah! Lihat! Betapa hebatnya kuasa seorang doktor! Doktor bukan sahaja boleh mengubati penyakit fizikal, bahkan penyakit spiritual seseorang pesakit. Hebat bukan kuasa doktor? Begitu hebat ciptaan Allah. Dia menurunkan sedikit daripada ilmuNya untuk para doktor supaya para doktor bukan sahaja boleh mengubati penyakit fizikal, malahan spiritual. Itu kuasa seorang doktor.
Doktor seharusnya mempunyai sikap kasih sayang. Bukankah kesembuhan penyakit seseorang bergantung kepada sikap seorang pengamal perubatan? Cuba kita bayangkan, jika yang mendengar masalah Makcik itu seorang doktor yang tidak mahu mengambil tahu tentang masalah spiritual yang dihidapi seseorang pesakit, apakah yang akan jadi?
Makcik menjawab :
"Iye doktor, saya ada masalah. Masalah saya bla bla bla...."
Doktor menjawab :
"Wak lu le Makcik!! Itu masalah Makcik! Apa kene mengena dengan saya?? Saya ni ubat orang sakit tu boleh le. Tapi kalau nak ubat masalah orang Makcik cari la orang lain! "
Bayangkan kalau seorang pengamal perubatan menyergah Makcik itu seperti di atas, sudah pastinya Makcik itu mati terus! Haha..! Bunyi lawakkan? Tapi itulah hakikatnya. Jadi, para pengamal perubatan moden, harus ada sikap kasih sayang, berlembut. Doktor itu membantu menyembuhkan bukan?
Jadi, hamba ada soalan buat para doktor : Bagaimanakah caranya untuk mengubati jiwa yang parah. Anda para doktor harus menjawab dengan cara psikolgi dengan pesakit.
Oklah! Hamba beri situasi. Ada seorang pesakit yang sudah meminum sebotol racun akibat kecewa/putus cinta/kehilangan/putus asa atau lain-lain. Pesakit ini sempat diselamatkan dengan bantuan para doktor yakni anda. Pada suatu hari anda sedang melawat wad dan tiba di katilnya anda lihat dia sedang duduk dengan baju hospital dan termenung jauh. Anda memberikan salam dan bertanya khabarnya. Dia menjawab seperti biasa, secara tiba-tiba dia menangis. Menangis dengan amat sangat, dan yang pasti dia bukan seorang gila. Apakah yang anda lakukan sebagai seorang doktor? Jika anda benar-benar seorang doktor, anda pasti akan dapat menjawab soalan hamba.
Seperti hamba katakan, jawab soalan ini dengan menggunakan psikolgi anda dan pesakit.
Selamat menjawab soalan.
Allahu a'lam
P/S : Semoga anda menjadi doktor yang baik!
P/S : Doktor yang cek Makcik tu pompan.
P/S : Awok dalam loghat perak piornya membawa maksud saya.
Writen By imranulkhalis at 9:31 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Mutiara Hikmah, Sebuah Catatan Hati, Tazkirah, Tinta Dariku
+-+Copy.jpg)
.jpg)