Bismillah.
Hari ini ada banyak peristiwa. Acara 'gotong-royong' di Dataran Merdeka dan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur.
Hamba akan berada di PWTC, Kuala Lumpur atas asbab-asbab tertentu. Ini program tahunan bagi keluarga hamba.
Akan hamba kemaskini bila berpeluang.
Salam perjuangan dan kasih sayang. =)
P/S : Dalam tren ETS.
Saturday, April 28, 2012
Bergerak.
Writen By imranulkhalis at 5:39 AM 0 Orang Bercakap
Labels: Amalan Best, Book Review, Familiku, From Shah Alam With Love, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Khutub Khanah, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU....Pembuka Kalam
Sunday, July 3, 2011
Marah
Bismillah..
Ada apa hari ini? Rasanya seperti mahu marah. Rasanya seperti mahu menjerit. Rasanya seperti mahu bermacam. Sakit hati dan jiwa dengan apa yang hamba nampak hari ini. Hamba tidak tahu untuk katakan bagaimana, tetapi bait di bawah ini mewakili rasa hamba. Hamba punya peluang untuk selamatkan seseorang namun saat itu hamba tidak kuat. Allah..... Allah..... Allah....
Hamba mulakan.
Bismillah..
Di wajahmu tampak keterpaksaan
Kesakitan dan penuh kebencian
Saat dirimu berada di belakangnya
Aku nampak, segalanya aku nampak
Aku menebak dari wajahmu yang bersih
Lalu aku berkata : "Kamu terpaksa! Ya, kamu terpaksa!"
Aku berkata lagi : "Betapa bangsatnya sahabatmu! Sahabatmu itu merosakkan kamu!"
Andai aku punya kekuatan tika itu, akan aku halangmu
Mungkin akan ada yang makan penendangku
Penendangku ke rusuk kiri dan kanan mereka itu
Bangsat!
Sungguh bangsat!
Namun, saat itu aku tidak berdaya
Iman aku masih lemah
Aku hanya mampu berdoa pada tuhan moga Allah selamatkan kamu
Lindungi kamu
Maafkan kamu..
Tika bait ini ditulis
Hatiku masih lagi mengharapkan yang kamu selamat
Tidak diapa-apakan oleh sang bangsat itu.
Celakalah kamu wahai sahabat yang tak berguna!!
Kamu mengheret dia ke jalan kemurkaan Allah
Kamu sudah rosak, jangan rosakkan dia!
Aku marah, marah dengan sahabatnya
Aku marah, marah kerna diriku tidak menghalangnya.
Allah..
Allah..
Allah..
Moga Dikau selamatkan dia
Berilah sahabatnya itu hidayahMu yang maha agung dan suci
Ampunkan aku
Ampunkan dia
Ampunkan kami Ya Allah..
Allahu a'lam
Writen By imranulkhalis at 1:06 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Familiku, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Mutiara Hikmah, Sebuah Catatan Hati, Tazkirah, Tinta Dariku
Saturday, May 1, 2010
Selamat tinggal teratak pengajianku. Selamat tinggal sahabat-sahabat.
Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang hamba mulakan kalam pada hari ini. Dengan nama Allah yang menciptakan cinta dan maha cinta hamba mulakan kalam. Dengan nama Allah yang maha tahu setiap apa yang ada di dalam benak hamba-hambaNya. Dengan nama Allah.
Alhamdulillah, setelah sekian lama hamba menyepikan diri di blog hamba, hamba kini datang semual dengan menulis. Sudah lama hamba tidak menulis sesuatu di blog hamba sendiri. Maafkan hamba kerana membuat anda semua tertunggu tulisan dari hamba. Hamba tidak berniat untuk menyepikan diri selama ini. Hamba menyepikan diri kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi.
Sudah agak lama hamba tidak memberi cerita tentang itu dan ini, dan hari ini dengan kekuatan yang masih ada lagi hamba ceritakan segalanya.
Alhamdulillah, pada hari ini, 1hb mei 2010, Majlis Perasmian Penutup Program Minggu Tautan Kasih Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak telah diadakan dengan meriah sekali walaupun tidak ramai yang hadir. Program ini diadakan sempena pengambilan pelajar baru Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak bagi sesi 2010-2014. Alhamdulillah, tahun ini seramai tujuh orang yang mendaftar sebagai warga Maahad.
Dengan masuknya pelajar-pelajar baru di Maahad ini, bermakna hamba harus keluar dari Maahad ini juga. Yela, dah hamba habis belajo takkanlah hamba nak duduk sini lagi ye tak? Takkanlah hamba nak menyibuk lagi jadi pelajar baru ye tak?
Hmm.. Bila menyebutkan tentang perkara ini hati hamba jadi sayu. Rasanya baru sebentar tadi hamba jadi pelajar tahun pertama pengajian. Rasanya seperti masih baru lagi berada di teratak pengajian ini. Hamba tidak sangka yang hamba sudahpun menghabiskan pelajaran di Maahad ini. Sekejap sahaja hamba rasa di sini. Seperti semalam rasanya. Pagi tadi, usainya majlis penutup, ada jawatankusa penggerak program Minggu Tautan Kasih memainkan slide show dengan lagu daripada kumpulan nasyid Brothers yang bertajuk Selamat Berjuang dan Doa Perpisahan. Seketika itu juga airmata hamba menitis. Lantas terus hamba buka facebook dan menulis status di sana. Sempat lagi berfacebook. Hebat bukan?
Ya, memang hamba menangis. Standardla kan? Dalam hati ada taman! Hoho! Hamba tidak tahu mengapa airmata hamba mengalir di saat lagu itu dipasangkan. Terlalu banyak kenangan di sini. Terlalu banyak sejarah di sini. Terlalu banyak perkara-perkara indah yang tercipta di sini. Terlalu banyak, jika mahu disenaraikan memang hamba tak larat nak menulis tapi apa yang penting di teratak inilah hamba belajar segalanya. Dari urusan duniawi sehingga ke urusan ukhrawi. Di teratak inilah juga hamba belajar menjadi nakal dan berubah menjadi baik... kot? Hehe..
Saat ini lagu Selamat Berjuang nyanyian kumpulan nasyid Brothers sedang menemani hamba. Memang lagu ini benar-benar mengusik jiwa hamba.
Sebenarnya, jarak antara kediaman hamba dan teratak pengajian tidaklah jauh mana. Cuma memakan masa sejam.. Tak jauh sangatlah. Tapi entah kenapa hati ini terlalu sayu dan pilu mengenangkan suka dan duka dalam perjuangan hamba di Maahad ini. Meninggalkan Maahad, meninggalkan sahabat-sahabat. Aduhai... Berat rasanya jiwa ini.
Hamba pasti akan mengenangkan semua ini. Pasti......
Buat sahabat-sahabat hamba yang membaca tulisan hamba ini, izinkan hamba luahkan satu perkara buat antum...
Sahabat-sahabat,
Antum semua amat ana sayangi. Antum semua amat ana kasihi. Ana pasti dan ana jamin ana tidak akan bertemu dengan orang sebaik antum. Dengan antum, ana dapat mengenal erti nilai sebuah persahabatan. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat bersahabat. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat sebuah keluarga. Terima kasih banyak ana ucapkan buat antum kerana sudi menjadi sahabat ana sepanjang pengajian. Terima kasih sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat,
Ana maafkan andai kata selama perkenalan ini dan selama persahabatan ini terjalin ada salah tutur dari ana. Maafkan ana andai selama perkenalan ini hamba ada salah laku dengan antum. Maafkan ana sahabat-sahabat. Entah bila lagi ana akan dapat bertemu dengan antum semua.
Sahabat-sahabat,
Andai panjang umur ana, ana harap kita akan bertemu lagi. Sahabat-sahabat, percayalah tulisan ini ditulis dengan airmata yang berlinangan tiada henti. Percayalah bahawa ana benar-benar menghargai antum semua sebagai sahabat yang paling baik. Maafkan ana andai pada diri ana ini terlalu banyak kekurangan. Maafkan ana andai pada diri ana ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik.
Ana doakan moga-moga kita semua berada di dalam lindungan Allah. Hamba doakan semoga nanti antum semua akan menjadi Huffaz yang memberi manfaat kepada semua manusia di luar sana. Ana doakan moga-moga satu hari nanti kita semua dapat bertemu semula.
Selamat tinggal teratak pengajian, selamat tinggal sahabat-sahabat hamba!
Allahu a'lam
Writen By imranulkhalis at 10:45 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Familiku, From Shah Alam With Love, Hifz Al-quran, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Tuesday, March 9, 2010
Sambung Belajar. Tapi Di Mana?
Bismillah..
Sedang hamba jalan-jalan di alam maya yang serba luas, seluas mata memandang tiba-tiba jari jemari hamba menaip perkataan google.com dan dalam kotak mencari hamba menaip perkataan belajar Ijazah Sarjana Muda Syariah. Kemudian hamba menekan enter, kemudian lagi bermacam-macam yang encik google ni bagi kat hamba. Sampai hamba pun naik pening. Ada yang bagi jawatan pun ada! Huih! Encik google ni.....
Ok. Hamba sekarang sedang layaknya dipanggil penanam anggur yang berjaya kerana hamba tidak lagi terikat dengan kelas dan pakaian rasmi Maahad. Dan kalau ada kelas sekalipun hanya untuk mengulang al-quran dengan Ustaz sahaja. Tidak perlu bangun pagi untuk bersiap ke kelas. Wargghhhhh... Sangat bestnye. Dah boleh tido lambat dan bangun ikut suka hati abah aku! Hoho..... Hotak lu! Bangun awal la.. Ingat tuhan tak nampak ke? Ketuk nak? Nak?
Tahu pun takut!
Ok. Hari ini pada pukul 11 pagi lebih kurang, hamba dan sahabat hamba telah menghadiri satu temuduga di Pusat Pendidikan Al-Barakah sebagai guru Tasme' al-quran dan sekaligus sebagai warden di situ. Warden, memanglah hamba nak sangat, tapi kalau hamba jadi warden, hamba tidak dapat keluar ikut suka hati, pastu tak dapat nak ngorat anak makcik yang jual goreng pisang tu. Puih! Anak dia comel dol..... Umur baru 3 tahun. Lagi, hamba tak boleh nak lepak kat Jaya Jusco Ipoh, tak boleh lagi nak jalan-jalan gi MPH ataupun lepak kat KL. Wargghhh.... Hamba tak nak. Hamba nak keje lain. Ok takpe. Yang itu nanti hamba akan setelkan kemudian. Perkara yang utama sekarang ialah untuk mencari rumah sewa dan sahabat-sahabat yang mahu menyewa. Hamba nak duduk menyewa pulak.
Usai sahaja hamba konvo nanti, hamba nak sambung belajar. Ok! Ni la tajuk utama yang hamba nak ceritakan pun! Adoila... Kenapa leh lari tajuk ni? Dish! Dish!
Usai sahaja konvo hamba di Darul Quran nanti, insyaallah, hamba ingin melanjutkan pelajaran di dalam bidang syariah. Bidang ini hamba selepas beberapa sebab yang tak dapat hamba huraikan di sini kerana jika ia dihuraikan ia akan menjadi satu lembaran yang panjang yang mana jika anda membacanya maka anda akan jadi meluat dan menyampah kerana ia hanyalah semata alasan yang abadi. Hoho....!
Selepas sahaja hanba selesai peperiksaan diploma tempoh harim hamba terus mengisi borang kemasukan ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), tapi yang KUIN ni hamba tak bayar lagi duit RM20 tu. Takpe, nanti hamba bayar ok? Itu yang di dalam negara. Semasa di Darul Quran tempoh hari, hamba telah mengisi borang Sekretriat Menyambung Pelajaran di Timur Tengah (SMUTEM), dah semua hamba isi maka tiba di satu petak yang menyuruh kita untuk meng'tick'kan di mana kita mahu belajar. Kotak yang disediakan ada tiga. Pertama Mesir. Kedua Jordan dan ketiga lain-lain. Hamba tidak menunggu lama, hamba terus tick kan lain-lain dan hamba nyatakan hamba ingin belajar di Madinah Al-Munawarrah. Hamba rindu ke sana, hamba rindu pada seorang yang pernah merindui hamba. Hamba rindu pada harumnya tanah di sana dan hamba rindu pada debunya di sana. Jadi hamba memang mahu ke sana. Ok. Perkara itu sudah selesai. Tetapi yang menjadi masalahnya, bagaimana jika kesemua tempat yang hamba daftar itu tidak ada tempat untuk hamba? Jadi baru sebentar tadi hamba baru menghantar sepucuk email (email dia panggil pucuk ke?) kepada Admin Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Hamba ingin belajar di sana. Hamba ingin belajar di sana yang bila tiba musim sejuknya akan turun salji dan hamba akan menjadi putih akibat salji itu. Hoho!
Bukan, hamba ingin ke sana untuk mendalami ilmu Allah. Hamba mahu merasai bagaimana rasanya belajar di bumi anbiya' itu. Hamba mahu rasa bagaimana rasanya belajar di bumi yang penuh barakah itu. Hamba memang ingin ke sana dan hamba ingin menjejaki sesuatu yang pernah ditinggalkan di sana. Jiwa hamba sudah di sana rasanya.
Hamba memang ingin menyambung pelajaran dalam bidang syariah. Bukan hamba menolak qiraat, tetapi hamba ingin beralih arah kepada sesuatu yang lebih kepada hukum. Jujur hamba katakan hamba tidak tahu dengan mendalam mengenai hukum. Sikit-sikit tu boleh la. Hoho lagi....!
Jadi, hamba mohon doa daripada kalian agar hamba dipermudahkan jalan untuk belajar dan untuk membantu orang tua hamba dan adik-adik hamba yang berada di kampung. Mohon doanya ya! Hamba ingin ke sana. Dan pada sesiapa yang ingin membantu hamba yang sedang belajar ini bolehlah berhubung dengan hamba.
Jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Sekali lagi, mohon doanya.
Allahu a'lam..
Writen By imranulkhalis at 2:21 AM 1 Orang Bercakap
Labels: Familiku, Pengumuman, TENTANG AKU...., Tinta Dariku
Saturday, September 19, 2009
Salam Eidulfitri...
Bismillah....
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.Yang maha pengasih dan yang maha penyayang.Raja di hari pembalasan.KepadaNya kita kita beribadah dan kepadaNya juga kita menyerah diri.Maka wahai Allah kami,tunjukkanlah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan-jalan orang yang Kau beri nikmat keatas mereka daN bukanlah jalan dari orang yang Kau beri seksa keatas mereka dan janganlah Engkau sesatkan kami wahai Allah kami.
Terima kasih kepada Allah yang telah memberikan nikmat kesihatan,kehidupan,udara,air dan makanan.Terima kasih atas segalanya ya Allah.Kami hambaMu tidak dapat pernah membayar walau sedikit pun.
Alhamdulillah....
Ramadhan sekali lagi ingin meninggalkan kita.Kemudian muncul pula fajar syawal.Hari di mana kita meraikan kemenangan kita.Setelah sebulan kita berpuasa melawan segala nafsu dan bermujahadah.Sebulan sudah kita beribadat kepada Allah SWT.Sebulan sudah kita menjamu orang-orang makan dan pada hari itu jugalah kita sempat untuk membayar zakat kepada mereka-mereka yang lebih memerlukan.
Adakah ramadhan depan akan kita ketemu?
Selama sebulan kita berpuasa menahan itu dan ini,apakah hasilnya yang kita dapat dalam masa sebulan?Selama sebulan kita berpuasa,adakah di bulan-bulan yang lain juga kita akan mampu menjadi seperti ramadhan ini?Membaca al-quran,bertadarus,mengeluarkan sedekah,solat malam dan lain-lain?Adakah amal ini hanya dapat kita rasakan di dalam bulan ramadhan sahaja?Sebelum kita meninggalkan segala yang fana ini marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan jadikan amalan semasa di bulan ramadhan berterusan di bulan-bulan lainnya.
Ok!Khalas!
Ini satu bab yang lain pula(Macam dalam kitab dulu2,hehe)
Alhamdulillah,ana dapat meyempurnakan solat terawih ana di Masjid Jamek Taman Kledang Jaya di Silibin,Ipoh Perak.Alhamdulillah dapat juga ana dan kawan ana Saudara Muhammad Zahir Bin Zamziba menjadi Imam jemputan terawih di sana.Alhamdulillah,orang-orang di sana sangat baik hati dan sentiasa murah dengan senyuman(Dan sempat ada makcik yang ingin berkenalan denganku)Alhamdulillah.
Rakan-rakan yang lain juga ada yang mendapat tawaran menjadi imam terawih jemputan di Petaling Jaya,Selangor dan Johor.Alhamdulillah.Ini semua rezeki dari Allah.Mudah-mudahan atas nikmat ini Allah tidak akan membuatkan kami lupa atas nikmatNya.
Di kesempatan ini,ana dan seluruh ahli keluarga ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan Maaf Zahir dan Batin(Ada ke??).Moga segala amalan kita akan diterima Allah.
Allahu a'lam.....
Salam Eidulfitri dari ana dan sekeluarga :
-Haji Mior Burhanuddin Bin Alias Bin Ibrahim.
-Hajjah Norliah Binti Haji Abdullah.
-Mior Redzuan Bin Haji Mior Burhanuddin dan Isteri,Raihanah Binti Mahmood serta
Anak,Azizah Aini Binti Mior Redzuan.
-Norliana Binti Haji Mior Burhanuddin dan Suami,Tajul Arifin Bin Haji Abdul Ghani
serta Anak,Nuha Adlina Binti Tajul Arifin.
-Haji Mior Imran Bin Haji Mior Burhanuddin.
-Nordayana Binti Haji Mior Burhanuddin.
-Nurfatimah Binti Haji Mior Burhanuddin.
-Nurnajiah Binti Haji Mior Burhanuddin.
Salam......
Writen By imranulkhalis at 1:25 AM 0 Orang Bercakap
Labels: Familiku, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Monday, October 20, 2008
Kelahiran Nuhaa Adlina -10/10/2008-
.jpg)



.jpg)
.jpg)
Assalamualaikum..Pada 10/10/2008 pada jam lebih kurang 11.30am,hari jumaat bersamaan dengan 10 syawal 1429h lahirlah seorang lagi serikandi di dalam keluargaku yg sederhana.Anak kakakku,setelah menunggu selama 3 tahun,dengan izin ALLAH SWT serta kasih sayangNya pada hambaNya maka lahirlah seorang bayi yg diberi nama Nuhaa Adlina Bt Tajul Ariffin B Haji Abdul Ghani serta mama kepada Nuhaa Adlina iaitu kakak ana Nurliana Bt Haji Mior Burhanuddin B Haji Alias B Ibrahim.seronok kemain ana dapat anak sedara baru.tp asyik tido je beliau ni.boring tol..hehehe...ni antara gambar2 yg sempat dirakam semasa hari kelahiran Nuhaa..gamba abah dia tgh azan pon ade..hehehe.
Writen By imranulkhalis at 3:05 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Baby, Familiku, Nuhaa Adlina