Showing posts with label Hifz Al-quran. Show all posts
Showing posts with label Hifz Al-quran. Show all posts

Friday, January 25, 2013

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR (Mujahidah yang telah kembali alam sana)




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.



P/S : Hamba menitiskan airmata tatkala membaca kisah ini. Kisah yang tidak diambil pusing. Hati hamba menjadi sayu kerana wujud manusia yang begini luar biasa hebatnya. Hati hamba pilu kerana hamba tidak dapat menjadi sepertinya. Al-marhumah benar-benar gadis yang hebat, Semoga Allah menempatkan almarhumah bersama mereka yang beriman dan semoga Syurga ganjaran buatnya. 

P/S : Artikel diambil dari sini

Tuesday, May 10, 2011

Saya Teringin Belajar Di Universiti Islam Madinah Ataupun Universiti Umm al-Qura



Universiti Umm al-Qura, Mekah al-Mukarramah






Universiti Islam Madinah, Madinah al-Munawwarah




Bismillah...

Hamba teringin untuk belajar di Universiti Islam Madinah ataupun Universiti Umm al-Qura, Mekah al-Mukarramah. Hamba teringin sangat untuk belajar di sana bersama isteri Hamba. (Saya belum berumahtangga, nikah pun belum, kahwin pun belum.)

Jika ada sesiapa di luar yang terbaca, membaca dan dibacakan entri hamba dan juga tahu dan mempunyai cara bagaimana untuk hamba belajar di sana, maka sila-silalah jenguk hamba di facebook hamba

Sekian, terima kasih.

Allahu a'lam

P/S : Hamba tahu, tak sesiapa pun yang membaca entri hamba. Jadi hanya tinggal angan-anganlah sahaja. Hoho..

P/S : rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.........

Saturday, May 1, 2010

Selamat tinggal teratak pengajianku. Selamat tinggal sahabat-sahabat.


Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang hamba mulakan kalam pada hari ini. Dengan nama Allah yang menciptakan cinta dan maha cinta hamba mulakan kalam. Dengan nama Allah yang maha tahu setiap apa yang ada di dalam benak hamba-hambaNya. Dengan nama Allah.

Alhamdulillah, setelah sekian lama hamba menyepikan diri di blog hamba, hamba kini datang semual dengan menulis. Sudah lama hamba tidak menulis sesuatu di blog hamba sendiri. Maafkan hamba kerana membuat anda semua tertunggu tulisan dari hamba. Hamba tidak berniat untuk menyepikan diri selama ini. Hamba menyepikan diri kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi.

Sudah agak lama hamba tidak memberi cerita tentang itu dan ini, dan hari ini dengan kekuatan yang masih ada lagi hamba ceritakan segalanya.

Alhamdulillah, pada hari ini, 1hb mei 2010, Majlis Perasmian Penutup Program Minggu Tautan Kasih Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak telah diadakan dengan meriah sekali walaupun tidak ramai yang hadir. Program ini diadakan sempena pengambilan pelajar baru Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak bagi sesi 2010-2014. Alhamdulillah, tahun ini seramai tujuh orang yang mendaftar sebagai warga Maahad.

Dengan masuknya pelajar-pelajar baru di Maahad ini, bermakna hamba harus keluar dari Maahad ini juga. Yela, dah hamba habis belajo takkanlah hamba nak duduk sini lagi ye tak? Takkanlah hamba nak menyibuk lagi jadi pelajar baru ye tak?

Hmm.. Bila menyebutkan tentang perkara ini hati hamba jadi sayu. Rasanya baru sebentar tadi hamba jadi pelajar tahun pertama pengajian. Rasanya seperti masih baru lagi berada di teratak pengajian ini. Hamba tidak sangka yang hamba sudahpun menghabiskan pelajaran di Maahad ini. Sekejap sahaja hamba rasa di sini. Seperti semalam rasanya. Pagi tadi, usainya majlis penutup, ada jawatankusa penggerak program Minggu Tautan Kasih memainkan slide show dengan lagu daripada kumpulan nasyid Brothers yang bertajuk Selamat Berjuang dan Doa Perpisahan. Seketika itu juga airmata hamba menitis. Lantas terus hamba buka facebook dan menulis status di sana. Sempat lagi berfacebook. Hebat bukan?

Ya, memang hamba menangis. Standardla kan? Dalam hati ada taman! Hoho! Hamba tidak tahu mengapa airmata hamba mengalir di saat lagu itu dipasangkan. Terlalu banyak kenangan di sini. Terlalu banyak sejarah di sini. Terlalu banyak perkara-perkara indah yang tercipta di sini. Terlalu banyak, jika mahu disenaraikan memang hamba tak larat nak menulis tapi apa yang penting di teratak inilah hamba belajar segalanya. Dari urusan duniawi sehingga ke urusan ukhrawi. Di teratak inilah juga hamba belajar menjadi nakal dan berubah menjadi baik... kot? Hehe..

Saat ini lagu Selamat Berjuang nyanyian kumpulan nasyid Brothers sedang menemani hamba. Memang lagu ini benar-benar mengusik jiwa hamba.

Sebenarnya, jarak antara kediaman hamba dan teratak pengajian tidaklah jauh mana. Cuma memakan masa sejam.. Tak jauh sangatlah. Tapi entah kenapa hati ini terlalu sayu dan pilu mengenangkan suka dan duka dalam perjuangan hamba di Maahad ini. Meninggalkan Maahad, meninggalkan sahabat-sahabat. Aduhai... Berat rasanya jiwa ini.

Hamba pasti akan mengenangkan semua ini. Pasti......

Buat sahabat-sahabat hamba yang membaca tulisan hamba ini, izinkan hamba luahkan satu perkara buat antum...

Sahabat-sahabat,

Antum semua amat ana sayangi. Antum semua amat ana kasihi. Ana pasti dan ana jamin ana tidak akan bertemu dengan orang sebaik antum. Dengan antum, ana dapat mengenal erti nilai sebuah persahabatan. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat bersahabat. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat sebuah keluarga. Terima kasih banyak ana ucapkan buat antum kerana sudi menjadi sahabat ana sepanjang pengajian. Terima kasih sahabat-sahabat.

Sahabat-sahabat,

Ana maafkan andai kata selama perkenalan ini dan selama persahabatan ini terjalin ada salah tutur dari ana. Maafkan ana andai selama perkenalan ini hamba ada salah laku dengan antum. Maafkan ana sahabat-sahabat. Entah bila lagi ana akan dapat bertemu dengan antum semua.

Sahabat-sahabat,

Andai panjang umur ana, ana harap kita akan bertemu lagi. Sahabat-sahabat, percayalah tulisan ini ditulis dengan airmata yang berlinangan tiada henti. Percayalah bahawa ana benar-benar menghargai antum semua sebagai sahabat yang paling baik. Maafkan ana andai pada diri ana ini terlalu banyak kekurangan. Maafkan ana andai pada diri ana ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik.

Ana doakan moga-moga kita semua berada di dalam lindungan Allah. Hamba doakan semoga nanti antum semua akan menjadi Huffaz yang memberi manfaat kepada semua manusia di luar sana. Ana doakan moga-moga satu hari nanti kita semua dapat bertemu semula.

Selamat tinggal teratak pengajian, selamat tinggal sahabat-sahabat hamba!

Allahu a'lam

Monday, March 22, 2010

Kehebatan Seorang Ustaz Hamba Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak

Bismillah..

Hari ini, setelah hampir tiga tahun hamba menuntut ilmu di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak, hamba ingin menceritakan serba sedikit tentang karamah yang dimiliki oleh guru tasme' hamba di sini. Beliau sangat hebat. Boleh melakukan dua tiga pekerjaan dalam satu-satu masa. Hamba sangat kagum dengan beliau. Beliau mempunyai pelbagai kelebihan. Antara kelebihan beliau adalah, menjadi jurunikah bagi kawasan Gunung Rapat, Ipoh. Jika anda orang Ipoh, Perak maka anda akan tahu di mana letaknya Gunung Rapat. Kedua, dia seorang guru tasme yang ingat keseluruhan al-Quran. Ketiga, beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa lajnah pentashih al-Quran atau pembetulan teks al-Quran. Beliau adalah Al-Fadhil Ust Mohd Mazlan Bin Zaini al-Hafiz. Anda tak percaya? Anda boleh buka mushaf al-Quran yang dikeluarkan di Malaysia kemudian semak di belakan quran. Ada tertulis dalam tulisan jawi "Lajnah Pentashih Al-Quran." Sangat hebat kan beliau?

Haa... Bukan hamba tak tipu. Beliau memang sangat hebat. Dalam seminggu mesti ada dua atau tiga orang yang akan berjumpa dengan beliau untuk nikah! Hoho... Lagi hebat bukan? Hamba ni sehari seorang pun hamba susah nak jumpa. Maklumlah, artislah katakan. Hoho lagi~.....

Baiklah, apa yang hamba ingin ceritakan tentang beliau adalah tentang karamahnya beliau. Seperti yang kita ketahui, kebiasaannya para alim ulama di zaman dahulu mempunyai karamahnya tersendiri. Ada yang beoleh mengeluarkan cahaya melalui tangannya, ada yang beoleh bercakap di hadapan para pelajar dan kemudian kapur tulis itu menulis secara sendiri mengikut apa yang diajarkan dan berbagai lagi.

Tetapi, guru hamba lebih hebat. Selalunya, waktu kelas tasme' akan habis pada pukul 9:30 pagi tepat. Dan itu adalah waktu rehat bagi kami di Maahad Tahfiz Perak. Tetapi punya hebat Ustaz hamba ini, dengan hanya sebatang pen beliau tinggalkan di atas meja, kami tidak akan keluar dari kelas tersebut! Bagaimana? Hebat bukan? Kadangakala beliau meninggalkan beg kerja beliau di atas meja lalu beliau keluar sebentar. Dengan adanya beg beliau tersebut, kami amat menjadi gerun untuk keluar dari kelas itu. Aduhai... Begitu hebatnya Ustaz kami di sini.

Hoho~

Jadi, moralnya di sini, hormatilah guru anda!

P/S : Paham tak hamba tulis apa? Tak paham? Hamba lagi la tak paham! Hoho lagi....~

Saturday, January 9, 2010

What's On Your Mind? -Stail Facebook Jap-



Bismillah...

Anda mahu tahu apa yang sedang ada dalam kepala hamba? Hamba sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan kertas projek a.k.a thesis untuk semester akhir ini untuk mendapatkan segulung Diploma In Tahfeez Al-Quran And Al-Qiraat. Hamba sedang mengejar cita-cita hamba yang sedang menunggu di depan mata.

Anda mahu tahu apa yang sedang ada dalam kepala hamba? Hamba sedang memikirkan, kenapa lama sangat exam final sem kat Darul Quran a.k.a DQ? Lama wor..... Hampir 3 minggu. Hama tak nak duduk sana lama-lama. rindu kat MTQN Perak.

Anda mahu tahu apa yang sedang ada dalam kepala hamba? Hamba sedang mencari, bertungkus lumus lagi untuk menyiapkan manuskrip hamba yang kedua selepas FSAWL itu ditolak oleh penerbit. Jadi hamba memohon ehsan dan jasa baik anda yang pakar dalam bidang arkitek untuk menyumbang sedikit info kepada hamba. Jika diizinkan Allah, novel ini berkisar tentang pembinaan, arkitek, tidak lupa juga cintan cintun a.k.a jiwang leleh, dan yang paling penting agama dan sejarah akan diselitkan.

Oleh yang demikian, hamba memohon jasa baik mereka yang tahu tentang dunia arkitek dapat memberikan info kepada hamba.

Anda mahu tahu apa yang sedang ada dalam kepala hamba? Hamba sedang batuk-batuk. Hamba sedang gila! Wargggghhhhh...!!!!!

Hoho~

Monday, December 7, 2009

Di Mana Hilangnya Akhlak Segelintir Para Huffaz?

Bismillah...

Baru-baru ini hamba dijemput ke satu blog.Beliau pegi kat shoutbox hamba dan minta datang ke blog beliau kerana ada entry terbaru.Hoh!Terkejut bukan kepalang hamba,ingatkan ada apalah ajak blog.Ingatkan makan nasi ayam ke,nasi minyak ke paling kurang pun choki-choki.Best pe....OK,balik kepada perbincangan.Hamba dijemput ke blog beliau untuk memberikan komen kepada entry terbaru beliau iaitu yang bertajuk "Realiti".

Melihat pada tajuk,hamba tak syak apa-apa sebab hamba ingat entry ni biasa je.Rupanya bila hamba baca lagi dan lagi rupanya ia adalah satu teguran untuk pelajar tahfiz al-quran,TAHFIZ AL-QURAN,bukan bibble ek?Ingat tu!Teguran itu benar-benar terkena pada tulang rusuk kiri hamba belah atas,bawah sikit belah kiri.Haaa...Sedapnye garu..

Kata-kata yang dinukilkan penulis blog tersebut membuatkan hamba membela para huffaz.Ya!Sedikit sebanyak hamba tak membela para huffaz disebabkan pengalaman hamba sendiri.Hamba telah bergelumang dengan dunia Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat lebih daripada 6 tahun.Hamba telah mengenali sedikit sebanyak atau mungkin lebih dunia di alam Maahad Tahfiz Al-Quran,tetapi apa yang penulis blog itu nukilkan adalah dunia di mana mereka yang hafaz quran di usia masih lagi boleh dikategorikan anak-anak hingusan.Hamba sendiri yang membaca dengan mata hamba yang 4 ini.Tambah dua lagi sebab rabun.

Kebanyakan yang disampaikan oleh penulis berkenaan melalui pengalaman hamba adalah mereka yang semasa umur mudanya atau semasa umur sekolah menengahnya telah menghafaz al-quran.Maka sebab itulah kebanyakan yang dinukilkan oleh penulis blog berkenaan adalah tentang mereka yang hafaz quran yang mahu merasai dunia luar.

Di sini,di platform ini hamba ingin membela para huffaz.Ketahuilah wahai mereka yang diluar sana,kehidupan anak-anak tahfiz ini sangat berbeda dengan dunia mereka yang hanya bersekolah di Sekolah menengah Agama,Sekolah menengah Agama Rakyat,Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ataupun di Maahad-maahad biasa.Sungguh,kehidupan anak tahfiz sangat berbeda.Namun itulah antara mujahadah yang harus dilalui para anak-anak tahfiz.Mereka seolah-olah terkurung dalam dunia mereka.Mereka tidak mengerti dunia luar,mereka tidak bisa melihat dunia yang asing bagi mereka.Walaupun mereka senang bergaul tetapi hakikatnya mereka dipenjara untuk menjadi orang yang baik-baik dan hampir dengan Allah.

Tetapi setelah mereka tamat pengajian lalu ingin melanjutkan pengajian mereka di sekolah menengah biasa,maka ketika ini corak hidup mereka mula bertukar warna.Warna-warna putih yang dahulu telah mewarnai kehidupan mereka sehari-hari telah dicemari oleh setitik noda hitam yang mampu menggelap seluruh hati.Bukan apa,nafsu je tu.Tapi iman masih belum kuat walaupun dididik dengan waktu yang lama.Nafsu masih lagi belum mahu tunduk dengan Allah.Pandai-pandaila korang pikir sendiri.Di sinilah yang menjadi titik hitam bagi seorang huffaz.

Apabila pergaulan tidak dibataskan,apabila quran mula dijauhkan,apabila persekitaran tidak memainkan peranan,apabila ada yang tidak mahu bertegur dengan hikmah dan apabila dibiarkan maka hal-hal ini akan terjadi.Hal-hal inilah yang membuat masyarakat memandang serong terhadap para huffaz.Kalau dahulunya berkopiah putih.Kalau dahulunya berjubah sana sini.Kalau dahulunya ghaddul basar.Kalau dahulunya solat sentiasa dijaga.Kalau dahulunya pergaulan dibataskan.Kalau dahulu kalam penuh indah.Tetapi kini semuanya sudah berubah.Di sinilah silapnya masyarakat dan juga si huffaz.

Pesanan bagi para huffaz juga termasuk diri hamba.Ingttlah niat kita.Menghafaz quran bukan perkara yang mudah.Bukan semua orang dapat menghafaz kalam Allah.Kita adalah antara yang terpilih dalam berjuta untuk mengangkat kembali ayat-ayat Allah.Kita adlah khalifah yang mana telah dipilih oleh Allah untuk menegakkan kembali syiarNya.Jangan sesekali antum bangga dengan gelaran yang diberikan.Hafiz atau hafizah.Jika gelaran yang menjadi gelaran antum,maka lebih baik antum berhenti dari menghafaz al-quran dan bantulah agama Allah dalam jalan dakwah.Moga-moga ia membetulkan kembali niat antum.Jika antum hafaz quran semata-mata mahu jadi imam di masjid serta menjadi sebutan ramai pakcik makcik yang ingin membuat menantu,maka lebih baik antum berhenti dari menghafaz quran dan berjuanglah di atas jalan agama.Moga-moga di situ antum akan mengenali dengan lebih lagi.Jika antum hafaz quran untuk berdebat semata-mata maka ada baiknya antum pergi berjihad di jalan keadilan.Moga-moga Allah menemukan antum dengan sesuatu yang lebih baik.

Namun jika antum hafaz quran kerana benar-benar kerna Allah dan ingin menegakkan syiarNya maka Insyaallah Allah akan membantu antum.Bila antum hafaz kerna mahu memelihara quran maka secara otomatisnya Allah akan memberikan ilmu dengan lebih banyak secara tidak disangka.Sungguh,pegang kata-kata hamba!

Ada dikalangan teman-teman hamba yang suatu masa dahulu menghafaz quran.Lebih alim dari hamba,lebih masyi dari hamba dan segalanya lebih dari hamba,tiba-tiba sahaja keluar dari bidang al-quran.Jawapan yang keluar dari mulutnya adalah "Aku x bleh follow la ngafal lagi..".Waktu itu pakaian sunnah bukan lagi pakaiannya,malahan kain tidak cukup untuk menutup lutut mereka.Aduhai,sangat kasihan.Hamba tak kata hamba ni baik serba serbi.Hamba ni lagi banyak kurangnya.Koyak sana sini.-Bukan pakaian ye!-

Ada kalangan sahabat hamba yang dahulunya sangat alim,tetapi sekarang jadi lain macam.Dulu rantai tu ikat kat basikal je,sekarang ni rantai ikat kat tengkuk.Nak jadi pe?Anjing ke?

Ada dikalangan sahabat hamba dulu belajar silat bersama,tetapi sekarang jadi bouncer kat dangdut.Hoho...Silap tempat!Bukan jadi bouncer tapi belasah orang.Nak jadi Ah Ngah ke apa?

Ada dikalangan sahabat hamba yang tidak berubah dari dulu sampai sekarang.Masih lagi hafaz quran tapi pelik sikit.Yang ni susah nak bagi gambaran.Pelik benor peranagainya.Dah elok hafaz quran tapi perangai tak semiyak*.Uish...Ada yang hafaz quran tapi leh lagi wat perangai bukan-bukan.Jenis yang ni wat orang pandang serong melampau.Dah elok hafal tapi buat maksiat!Dah elok hafal quran tapi pegang tangan awek!Dah elok hafal quran tapi pergi meremp-it plak.Yang ni bukan hamba,sebab hamba eksiden.Orang yang remp-it susah nak eksiden.Dah elok hafaz quran tapi macam-macam lagila kalau nak senaraikan.Berlambak lagi.Bukan niat hamba nak burukkan para huffaz,tapi hamba cuma minta untuk kita lihat hati kita balik.Lihat niat kita balik.Cermin diri kita balik.Di mana hilangnya adab kita sebagai hamlatul quran?

Antum semua tak malukah memegang tittle hamlatul quran tetapi berlaku curang dihadapan Allah?Tak malukah antum?Tak malukah antum memegang tittle hafiz/hafizah tetapi berlaku mungkar di hadapan Allah?Tak malukah antum?Antum sehari-hari memegang,menanggung quran tetapi sehari-hari itu juga antum berbuat mungkar terhadap Allah?

Solat antum tinggalkan.Maksiat umpama makanan yang patut dijamah hari-hari?Mana hilangnya akhlak dan adab hamlatul quran?Dimanakah?Kalam indah tiada lagi kedengaran dari bibir antum semua?

Di medan ini,hamba mengajak para huffaz yang lain untuk sama-sama memperbaiki diri masing-masing selagi Allah sayangkan kita.Kembali tajdid niat,perbetulkan niat.Perbetulkan hati.Tangisilah jika anda tidak mendapat cinta Allah.Tangisilah jika anda yang hafal quran namun orang yang pertama masuk ke dalam neraka menjadi bahan bakarnya.Menangislah!

Ini adalah peringatan dan pesanan buat diri hamba serta sahabat dan sahabiah yang hafal quran.Ini sahaja yang hamba mampu kongsikan buat kita semua.Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini menjadi pemangkin untuk kita menjadi ummat yang lebih baik.Kepada yang menegur,kami berharap teguran yang penuh hikmah dan kasih sayang.Bantulah kami kerna kami juga manusia yang tidak pernah lepas dari salah dan dosa.

Sekali lagi hamba ingatkan,hamba tidak memburukkan para huffaz sebab hamba sendiri orang yang hafaz quran,tetapi sekadar renungan dan untuk membaiki diri kita semula.

Allahu a'lam.

P/S : Semiyak adalah bahasa perak pior.Maksud semiyak adalah tak sehat,tak senonoh.Bergantung pada situasi.

Tuesday, March 17, 2009

Memuliakan Orang Yang Suka Membaca Al-quran

Daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a dia berkata,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya termasuk membesarkan syiar Allah Taala iaitu memuliakan orang yang sudah tua bangka,memuliakan orang yang suka membaca al-quran tidak secara keterlaluan,atau yang terus membelakanginya sama sekali dan memuliakan pemimpin yang adil"

(Riwayat Abu Daud,hadis ini hasan)

-Orang yang sudah lanjut usianya harus diberikan penghormatan apatah lagi kalau
orang itu adalah ibu bapa kita sendiri.Maka wajib menghormati mereka lebih-lebih
lagi.

-Mengaji al-quran itu hendaklah diukur dengan daya dan upaya masing-masing.Jangan
sampai keterlaluan sehingga merasa jemu lalu akan meninggalkan al-quran itu sama
sekali.Yang bak adalah pertengahan,aturlah masa-masa yang tertentu untuk membacanya

-Kita sememangnya diminta untuk memuliakan pemimpin yang adil kerana keadilan itu
adalah sifat Allah swt dan manusia seharusnya bersyukur kepada Allah pabila
dikurniakan kepada kita seorang atau beberapa orang pemimpin yang adil yang selalu
menjaga kepentingan rakyat.Tidak kira siapa walaupun dia bukan seorang muslim.

Tuesday, February 10, 2009

Memuliakn Orang Yang Suka Membaca Al-Quran

Daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda
yang bermaksud

"Sesungguhnya termasuk membesarkan syiar Allah Taala iaitu memuliakan orang yang
sudah tua bangka,memuliakan orang yang suka membaca al-quran tidak secara keterlaluan atau yang terus membelakanginya sama sekali dan memuliakan penguasa yang adil"
(Riwayat Abu Daud)


1.Orang yang sudah lanjut usia harus diberikan penghormatan apatah lagi kalau orang
tua itu Ibu Bapa kita sendiri,maka wajiblah menghormati mereka

2.Mengaji al-quran itu hendaklah diukur dengan daya dan upaya masing-masing,jangan
sampai keterlaluan sekali sehingga merasa jemu lalu akan meninggalkan sama sekali.
ataupun membelakanginya sama sekali sehingga berat dan malas ketika hendak membaca
al-quran.Yang paling baik adalah pertengahan,aturlah masa-masa yang tertentu untuk
membacanya.

3.Kita memnag diminta untuk memuliakan penguasa yang adil kerana keadilan itu adalah
dari sifat Allah dan manusia harus bersyukur kepada Allah bila DIA telah
mengurniakan kepada kita seorang atau beberapa orang penguasa yang adil yang selalu
menjaga kepentingan rakyatnya,tidak kira siapa sahaja walaupun dia bukan seorang
muslim


Wallahu a'lam...

Monday, February 9, 2009

Bicara tentang ahli-ahli al-quran dan melarang menganiayai mereka


Apabila ALLAH Taala telah memuliakan ahli al-quran yakni orang-orang yang fasih membaca al-quran ,yang faham tatatertib membaca al-quran serta memahami makna dan maksud ayat-ayat al-quran,maka kita pun patut juga memuliakan mereka dan tidak wajar merendahkan martabat mereka,apatah lagi sampai kita menghinakan mereka atau menganiaya diri mereka kerana yang demikian itu bertentangan dengan kehendak ALLAH Taala.

ALLAH Taala telah berfirman yang bermaksud :

"Barangsiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah maka yang demikian itu datang dari hati yang bertaqwa" (Surah Al-Haj : 32)

ALLAH Taala berfirman lagi yang membawa maksud :

"Barangsiapa yang membesarkan peraturan-peraturan suci Allah maka itu adalah lebih baik di sisi tuhanNya" (Surah Al-Haj :30)



Pandai dan didiklah diri kita supaya fasih membaca al-quran dan memahami maksudnya termasuk syiar-syiar Allah dan kehendakNya yang tidak boleh dilengahkan maka orang yang melengkapkan dirinya dengan sikap ini mestilah diutamakan dan tidak boleh dipersiakan,lebih-lebih lagi diganggu dan dianiaya,kelak akan ditimpa oleh Allah bala dan bencana ke atas dirinya.

Firman Allah :

"Dan rendahkanlah sayapmu kepada sesiapa yang mengikutmu dari kaum mukminin"
(Surah As-Syu'ara : 215)

Firman ini menyuruh Nabi SAW supaya menghormati orang-orang yang beriman yang mengikutinya dan sudah jelas seoramng mukmin yang sebenar-benarnya mestilah tahu dan mengenal al-quran.

Firman Allah lagi :

"Dan orang-orang yang menganiaya kaum mukminin dan mukminat tanpa sebab kesalahan yang mereka lakukan maka orang-orang ini telah memikul dusta dan dosa yang jelas"
(Surah Al-Ahzab : 58)

Pada akhir zaman ini ramai orang yang suka menganiayai ahli-ahli al-quran dengan menyusahkan mereka apabila mereka berkata benar dan menunjukkan hukum allah taala,padahal pada zaman dahulu meskipun ramai penguasa masih banyak membuat kezaliman kepada orang ramainamun mereka masih takut kepada ahlul quran.Akan tetapi sekarang para penguasa lebih senang kepada ahli quran yang sanggup menjual agamanya untuk mendapat keuntungan dunia.

Wallahualam..

Thursday, December 11, 2008

Siapa Yang Menghayati Pembacaan Al-Quran

Daripada Ad-Darimi dengan sanad hadisnya daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a daripada Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Selalulah membaca Al-quran kerana sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa hati yang menghayati al-quran.Dan ketahuilah bahawa al-quran itu adalah umpama hidangan Allah maka barangsiapa yang memasuki di dalam (hidangan) itu,nescaya dia aman.dan barangsiapa mencintai al-quran maka berbahagialah dia (Riwayat Ad-Darimi)


Hidangan Allah tu bererti bentengNya,siapa yang berada di dalam benteng itu terselamatlah dia,tetapi jika tidak mencintai al-quran maka bagaimana dia boleh memasuki bentengNya?Mencintai al-quran bukan sahaja dengan menciumnya sahaja atau meletakkan di atas rak-rak atau dibungkuskan dengan kain yang mahal-mahal.Itu bukan ertinya cinta yang hakiki.Mencintai al-quran ialah dengan membacanya dan mengamalkan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya.

Tuesday, November 25, 2008

Pembaca Al-Quran Yang Mengamalkan Perintahnya

Daripada Muaz Bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "barangsiapa yang membaca al-quran,lalu diamalkan pula apa yang dibacanya itu,nescaya nanti di hari kiamat Allah Taala akan memakaikan mahkota kepada kedua ibu bapanya,cahaya mahkota itu lebih terang daripada cahaya matahari yang menerangi rumah-rumah yang di dunia dan apa kata kamu tentang apa yang diamalkannya itu?" (Riwayat Abu Daud)

kalau orang itu terbiasa dengan gemar membaca al-quran dan beramal dengan petunjuk al-quran,sebabnya ialah ibu bapanya atau walinya yang menguruskan pendidikannya di masa kecilnya,sama ada dia sendiri yang mengajarnya ataupun dia yang menyebabkan anak itu sampai mempelajari al-quran maka kerna itu Allah Taala memberikan balasannya yang begitu tinggi di hari akhirat.

Orang tua zaman dahulu juga sangat mementingkan pengajian al-quran kerana mereka sangat tahu akan pentingnya tentang mengaji al-quran.Mereka juga tidak kisah jika perlu keluarkan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka dapat belajar pelajaran al-quran serta mengamalkan.cuba kita lihat situasi pada hari ini,ramai ibu bapa yang terlupa akan kepentingan ini.Ramai ibu bapa yang di zaman ini membiarkan anak-anak mereka terbiar tanpa mempelajari ilmu al-quran.Jika ada yang menghantar sekalipun ada,ada dikalangan anak-anak ini yang ponteng kelas pengajian,ada yang sambil lewa.berbagai situasi yang perlyu dihadapi.Di zaman teknologi ini banyak perkara mencabar yang perlu kita tangani dengan bijak.Al-quran di zaman sekarang tidak seperti al-quran di zaman dahulu.Al-quran zaman sekarang hanya terhias indah di dinding-dinding,hanya tersimpan kemas di dalam almari sebagi hiasan dan menggunakannya dikala terdesak sahaja..Maka beruntunglah ibu bapa yang mempunyai seorang anak yang hamalatul quan(bukan kata kat ana je)...beruntunglah anda sekiranya anda ahlul quran.Kepada Ahlul Quran,jagalah amanat yang telah allah berikan kepada kita.tidak semua mampu Untuk menanggung beratnya al-quran.Ingatlah,Allah pernah memberikan Al-quran kepada gunung,bukit bukau,binatang serta apa yang ada dibumi ini,namun mereka tak mampu untuk memikul bebannya al-quran.maka anak adam yang sanggup untuk memikulnya.Jadi,ana memperingati diri ana dan para Huffaz.Jagalah Amanah ini.....

Wednesday, October 22, 2008

10 Nasihat untuk Memahami Maksud Al Quran


Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.

1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.

Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.

3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.

6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.

- Copyright From Iluvislam.com -

Monday, October 20, 2008

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...hari ni 20/10/08,ana akhirnya dapat gak selesaikan masalah lam diri ana ni.hari ni ana dapat gak habiskan Surah Al-Hijr.surah yg ke 15 dalam Al-quran,Juzu' yg ke 14 dalam al-quran.habis gak akhirnya.masuk plak surah An-Nahl..Juzu' yg same gak..tp senang sikitla daripada surah al-hijr tu.ayat dalam surah al-hijr tu kan pendek-pendek jadi memang memerlukan kekuatan hafalan yg luar biasa.hehe..kena kerah otak sekuat mungkin utk surah ni.belum lagi masuk surah Maryam tu..lagi pening.tp ana amik ni sebagai ujian allah kepada ana sebagai hamalatul quran.insyaallah...kepada para pengunjung blog ana.ana harap tolong doakan ana dpt jadi seorang penghafal al-quran yg baik serta beriman kepada allah dan rasulnya.Surah Al Hijr adalah surah ke-15 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 99 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Ini disebabkan oleh surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Al Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pegunungan itu. Surah ini berkisar mengenai kaum Tsamud yang diceritakan pada ayat 80sampai dengan 84 yang telah dibinasakan oleh Allah SWT, kerana tidak mempercayai Nabi Soleh a.s. dan berpaling daripada ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth A.S. dan kaum Syuaib A.S.. Secara kesimpulannya, pengajaran yang dapat diungkapkan ialah orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.

Isi Kandungan

Keimanan: Kepastian nasib suatu bangsa hanya di tangan Allah; Allah menjamin kemurnian Al Quran sepanjang masa; alam malaikat (langit) sentiasa dipelihara daripada syaitan; kadar rezeki yang diberikan kepada manusia sesuai dengan hikmah kebijaksanaan Allah; Allah memelihara hambaNya yang mendapat taufiq dan Hidayah daripada godaan syaitan; Allah di samping bersifat pengampun dan penyayang juga mengazab orang-orang yang ingkar; manusia dihimpun pada hari kiamat.

Hukum-hukum: Larangan terhadap homoseksual; kewajipan melakukan ibadah seumur hidup; larangan menginginkan harta orang kafir; perintah kepada Nabi Muhammad SAW agar melakukan dakwah secara terang-terangan; larangan berputus asa terhadap rahmat Allah.

Kisah-kisah: Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kaum Syuaib dan kaum Soleh a.s. (Tsamud).

Dan lain-lain: Kejadian-kejadian dalam alam ini menunjukkan kebesaran Allah; kejadian alam dan isinya mengandungi seribu satu hikmah; asal kejadian Nabi Adam a.s.