Showing posts with label Nukilanku. Show all posts
Showing posts with label Nukilanku. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Syurga.

Bismillah.

Assalamualaikum, Salam sejahtera ke atasmu.

Warkah dan puisi ini buat kamu, Syurga.

Syurga, Aku tidak mengerti,

Apa hari itu makin tiba, aku tidak tahu.

Tapi, semakin hari aku semakin takut dan bergetar jiwaku.

Kenapa?

Aku hilang kamu, sepatutnya kita berdua.

Aku dan kamu.

Aku melafazkan kalimah itu, yang menghalalkan kita.

Aku melafazkan kalimah itu, yang membuat aku lebih tanggungjawab.

Aku melafazkan kalimah itu, yang menjadikan aku lebih matang.

Aku melafazkan kalimah itu, yang menjadikan kita lebih berpahala.

Syurga,

Setiap hari,

Aku berdoa,

Apa aku masih bisa diberi peluang kedua.

Tapi entahlah Syurga,

Apa mungkin peluang itu diberi kepada aku.

Aku berharap pada Tuhan,

Semoga peluang kedua itu diberi kepada aku

Dan tidak aku siakan peluang itu.

Syurga,

Rasa ini bukanlah mainan,

Rasa ini bukanlah cubaan,

Rasa ini bukanlah taruhan,

Rasa ini bukanlah tiruan.

Rasa ini adalah benar,

Cinta ini adalah benar,

Kasih ini adalah benar,

Sayang ini adalah benar,

Rindu ini adalah benar.

Pulanglah, hati ini sentiasa terbuka untukmu.

Tuesday, April 1, 2014

Semoga

Bismillah.

Syurga,

Semoga kamu melawat taman hamba

Dan kamu bacalah bait yang tercipta

Hanya untuk dirimu sahaja.

Syurga,

Demi Allah,

Hamba mencintaimu.

Hamba mahu menikahimu.

Kita sama-sama

Tuju Syurga Sana,

Kita sama-sama

Capai redha Allah.

Demi Allah.

Demi Allah.

Demi Allah.

Friday, March 28, 2014

Mohon Sekali Lagi

Bismillah.

Hamba duduk di sini diam-diam tanpa sepatah bicara.

Lama termangu, melangut tentang dirimu yang jauh,
-Yang jauh entah bisa pulang atau tidak-

Kamu tahu?

Kadang-kadang tidak sedar ada airmata membasahi pipi gebu ini.

Sumpah, demi Allah,

Hamba rindukan kamu,

Hamba benar-benar cintakan kamu.

Tapi hamba tahu, sudah terlambat dan tak boleh ulang lagi.

Kadangkala.... Entahlah.

Hamba tiada kata untuk diucap lagi.

Benar-benar terasa,

Benar-benar kecewa,

Benar-benar rindu,

Benar-benar cinta.

Pulanglah. Pulanglah. Pulanglah.

Andai nanti ada peluang kedua,

Mohon hamba bertakhta di jiwamu

Syurga.

Thursday, March 27, 2014

Pulanglah

Bismillah.

Ini coretan buatmu.

Khas, untukmu sahaja.

Syurgaku,

Hamba tak pernah lelah menunggumu,

Malah setiap malam, hamba menunggu tanpa jemu.

Hamba di sini, tersilap.

Mohon pada kamu, kembalilah.

Jangan gusar,

Insyaallah, hamba sudah berubah.

Demi Allah, jangan ragu.

Segeralah pulang.

Pulanglah,

Hamba menunggu.

Wednesday, March 26, 2014

Keterkecewaan

Bismillah

Benar, memang kecewa.

Sepatutnya cincin yang disarung itu, adalah pemberianku.

Namun apa daya,

Hamba ini hamba Allah.

Hamba tiada daya, Allah punya segala upaya.

Hamba hanya mampu sedih, menangis dan berdoa.

Kalau-kalau taubat hamba diterima,

Kalau-kalau ada peluang kedua.

Tapi hamba rasa mustahil.

Bagaimana orang kotor macam hamba dimahu semula?

Allahurabbi. Allahurabbi. Allahurabbi.

Menangis airmata darah sekalipun,

Tidak mampu membawanya semula.

Berserah sahajalah.

Monday, March 24, 2014

Bagaimana?

Bismillah.

Bagaimana mahu lupa,

Sedang namamu banyak terukir dalam surat cinta Allah - al-Quran-,

Dan aku pula setiap hari membacanya.

Bagaimana?

Sunday, November 17, 2013

Buat Kamu Yang Keletihan

Bismillah..

Kamu bilang penat

Memikirkan segala yang kau lalui

Memikirkan segala yang kau tempuhi

Aku tiada apa untuk membantumu

Cuma aku ada satu pesan,

"Sabarlah, semoga ada kejayaan di akhir semua ini."

Kamu bilang "sampai bila?"

Aku cuma mampu jawab,

"Sehingga akhirnya."

Kamu mengeluh.

Aku bicara lagi,

"Andai kamu lelah, penat dalan ujian panjang ini,

Kamu pulanglah ke ribaan Tuhan, Allah.

Bila kita jatuh, ingat,

Dia yang akan membangukan kamu,

Dia yang akan memimpin kamu

Sehingga kamu tuju ke arah jayamu.

Sedikit sahaja lagi.

Teruskanlah.

Jangan terhenti separuh jalan.

Aku selalu di belakangmu."


Sunday, September 22, 2013

Berduka? Patah Hati Dan Juga Semangat? Mahu Ubat? Ini Dia.

Bismillah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang tidak henti-henti menyayangi kita. Segala puji hanya layak bagi-Nya. 

Alhamdulillah, hari ini kita bangun lagi, meneruskan cita-cita sebagai hambaNya di atas muka bumi ini. Menghirup udara segar walau ada sedikit kekotoran hasil daripada kerosakan tangan manusia yang berlumba membina bangunan tinggi gila yang tak sudah-sudah mahu mengejar dunia sehingga lupa ada dunia lain menanti kita.

 Alhamdulillah, hari ini kita sedia untuk menerima segala macam bentuk ujian daripadaNya, Tuhan yang maha cinta.

Oh ya persoalan. Mengapa jika Dia Tuhan yang Maha Cinta, Dia menguji kita sehingga kita tidak mampu untuk bangun meneruskan hari muka?

Jawapannya kerana Dia cintakan kita. Ayuh kita semak semula surah al-Ankabut ayat yang kedua. Dia berbicara, "Apa manusia mengira mereka sudah beriman sedang mereka belum diuji?"

Ujian adalah tanda cinta Dia kepada kita. Ujian adalah tanda Dia ingin kita dekat denganNya. Ujian merupakan tarbiyyah secara langsung dari Dia kepada kita. Tahukah siapa dia? Dialah Allah. Tuhan yang Maha Cinta.

Baiklah, muqadimah hamba pada kali ini sudah macam isi. Hamba pasti tiada siapa yang merindui hamba. Akhir tulisan hamba pada hari pilihanraya. Kemudian? Hamba bergiat aktif di MukaBuku. Di sana katanya leih seronok.

Oh ya, dan hamba juga sedang menstruktur semula manuskrip hamba. Bagai nak gila hamba. Balik kepada tajuk. Hamba yakin, ada di kalangan kita hari ini yang sedang bermuran durja, berduka lara dan sebagainya. Mengapa? Pasti ada sesuatu bukan? Kalau bukan kerana sesuatu sudah tentu anda tidak berdukacita, bermuram durja bukan? Hoho!

Baik, ada yang bertanya hamba bagaimana mengubat jiwa yang lara. Ada yang mengetahui yang hamba pernah berduka akibat cinta. Ada juga yang mengetahui lebih daripada hamba sendiri. Pada mereka yang sangat rajin mengikuti hamba, ingin hamba ucapkan tahniah kerana sering mengikuti blog ini dan juga menyelami apa yang berada di dasar hati hamba.

Sebenarnya seperti yang telah hamba ceritakan semasa muqadimah, ujian, cabaran sebenarnya salah satu daripada jentikan manja Allah kepada kita. Mengapa? Pasti ada sebabnya.

Tidak satupun Allah jadikan tidak bersebab. Yang putus cinta, pasti berduka, patah hatinya, nyanyi lagu duka seakan tidak bisa dirawat jiwanya. Ya, seperti hamba beberapa tahun yang lalu. Lalu bagaimana hamba dapat meneruskan hidup dengan selesa?

Jika yang sedang atau baru putus cinta, ini jawapan hamba. Sila lalui hari duka anda dengan sabar dan gembira. Ya, fasa-fasa pertama ini hamba percaya, tidur pun dengan airmata. Malah solat juga dengan airmata. Betul bukan? Mahu masa menyendiri, mahu masa untuk tenangkan diri, tidak mahu mengurus diri dan lain lagi. Itu juga pernah terjadi pada hamba. Ya, bagaimana tidak gila, kononnya cinta pertama. Haha.

Ya, ramai mengatakan cinta pertama sukar dilupa. Itu hamba akui, sesetengah manusia sangat tidak mampu untuk melupakan cinta pertama. Ubatnya, semua tertanggung pada diri kita. Ada yang kata cari lain dan berkahwin.

Persoalan mula timbul, apa dengan berkahwin serta merta akan melupakan cinta pertama? Tidak, tak semua begitu. Ada yang memakan masa sehingga bertahun-tahun untuk melupakan cinta pertama. Lalu bagaimana? Seperti yang hamba kata, semua tertanggung pada diri sendiri. Ada yang bertanya tips hamba, bagaimana hamba boleh lalui semua kisah duka? Hamba jawab mudah sahaja. Jika kita terus dibuai dengan duka maka kita sampai mati tidak gembira, sampai mati berduka, bersendiri dan lebih memalukan bertemu Allah dalam keadaan bujang tidak mengembangkan umat Nabi kita, Muhammad SAW.

Benar, hamba mengambil masa hampir tiga ke empat tahun untuk melupakan cerita sakit, perit dan duka. Semasa di fasa pertama, setiap hari hamba ditemani airmata, hampir setiap hari boleh dikatakan hamba menangis, kecuali waktu makan. Itu waktu yang hamba gembira.

Memasuki fasa yang kedua, hamba cuba untuk bersangka baik dengan Allah. Mana mungkin ujian yang diberikanNya adalah untuk membebankan hambaNya. Mana mungkin sebegitu kejam Allah terhadap kita? Tidak! Kita yang mengejami diri kita sendiri. Kita sendiri yang merosakkan diri kita sendiri. Mencari penyakit yang tiada ubatnya. Selalu hamba bisikkan pada diri sendiri bahawa ujian ini adalah diri hamba sendiri. Sekian lama hamba lalai dek cinta. Sekian lama hamba jauh dari Allah dek cinta, sekian lama hamba lupa tanggungjawab sebagai hamba. Jadi inilah masanya untuk memperbaiki hubungan dengan Allah. Inilah masanya untuk hamba bawa hati berjumpa Allah, mohon Allah rawatkan hati hamba. Inilah masanya hamba berbaring di ribaanNya.

Alhamdulillah, memasuki fasa yang ketiga hamba sudah boleh menerima kenyataaan. Hari-hari yang dahulunya hanyalah duka, kini bertukar ceria. Alhamdulillah, Allah mengubat hati luka hamba. Alhamdulillah, ternyata Allah itu benar-benar Maha Cinta. Lalu apa alasan untuk kita sentiasa berduka? Pintu cinta Allah itu senantiasa terbuka menerima hambaNya yang tersasar jauh dan berduka.

Ada juga di kalangan kita yang hamba percaya sedang mengalamai dipresi yang amat tinggi dek tekanan yang melampau dari pelbagai pihak ke atas diri sehingga menyebabkan ramai yang ambil keputusan melakukan pekerjaan yang diluar kemampuan dan diluar dugaan serta bukan dalam bidang masing-masing. Akibatnya kerja yang dilakukan tidak ikhlas, tidak menepati piawaian dan sambil lewa. Sedangkan kerja adalah suatu amanah, jika tidak melakukannya dengan baik maka amanah itu akan bertukar menjadi suatu yang akan dipersoalkan kelak.

Jadi bagaimana? Berbahagialah pada mereka yang bekerja bukan di dalam bidangnya. Lakukannnya dengan sebaik mungkin. Ada beribu lagi insan yang tidak dapat pekerjaan yang menginginkan pekerjaan. Jika apa yang kalian rasakan itu adalah beban dan tidak mahu menampung lagi beban yang ada, maka dengan rela hati, lepaskan pekerjaan itu kerana masih ramai lagi yang mahu dan percayalah, ada rezeki yang baik menanti.

Namun, jangan menyesal di kemudian hari ya? Hee~

Ada yang tidak bersemangat? Apa sahaja yang dilakukan rasa tidak bersemangat? Biasa.

Kita ini manusia, pasti akan mengalami saat naik dan turunnya. Kita tidak terlepas daripada semua itu kerana itulah lumrah kehidupan dan itulah yang mencorakan kehidupan ini. Cuba andai dan bayangkan jika dunia ini hanya ada kegembiraan. Lalu untuk apa air mata diciptakan? Cuba kita bayangkan lagi, jika dunia ini hanya dipenuhi dengan kesakitan, kesedihan, lalu untuk apa gigi diciptakan? Pastinya ia untuk diperlihatkan dengan ketawa.

Tapi ingat, bukan ketawa yang berdekah-dekah dan sangat buruk ya? =)

Hiburkan hati dengan surat cinta dari Allah, al-Quran. Ia sangat menghiburkan hati. Hamba tidak mahu bersuara seperti ustaz-ustaz, kiai-kiai, mufti, ulama dan sebagainya, tetapi kebiasaannya jika hamba berasa putus semangat, tidak berdaya, tidak kuat, hamba akan membaca al-Quran dan tafsir. Sangat menghiburkan.

Banyak hamba baca buku motivasi Islami lebih-lebih lagi daripada tulisan Dato Dr Ust Muhammad Asri Zainul Abidin (Dr MAZA), Ust Pahrol Md Joui dan beberapa orang ustaz lagi. Sangat menyenangkan.

Pada hamba, kuliah dan tulisan daripada Dr Maza dan Ustaz Pahrol sangat memujuk jiwa. Lebih -lebih lagi di saat kita memerlukan.

Apa yang harus dilakukan seandainya jalan itu tidak berjaya? Macam biasa, kembali pada Allah dan mohon Allah peluk diri kita. Insyaallah, Allah akan membantu kita. Allah akan membantu, memeluk kita. Bukankah kasih sayang Allah itu lebih daripada seorang ibu yang mengasihi anaknya?

Jadi bagaimana? =)

Akhir kalam, semoga perkongsian hamba kali ini dapat memujuk sedikit sebanyak jiwa-jiwa yang sedang lelah dan tidak berdaya. Semoga Allah senantiasa merahmati kita, memayungi kita dengan rahmatNya dan menutup segala cela yang terdapat pada diri kita.

Allahu a'lam.

Monday, May 6, 2013

Satu Muhasabah Dan Pesanan Buat Pemimpin Baru Malaysia (PRU13)

Bismillah.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang tidak henti-henti menyayangi kita. Segala puji hanya layak bagi-Nya.

Alhamdulillah. Hari ini kita masih lagi diberikan nafas yang baru, diberi peluang untuk menghirup udara yang segar milik Allah tanpa kita perlu membayarnya di mana-mana kaunter.

Alhamdulillah, hari ini kita bangkit dengan satu azam, satu harapan, satau cita-cita untuk membuktikan bahawa rakyat punya kuasa yang mutlak dalam menentukan siapa pemimpin yang akan memimpin Malaysia dengan baik pada masa yang akan datang.

Alhamdulillah, hari ini hamba percaya, rata-rata rakyat Malaysia keluar mengundi. Alhamdulillah, hamba juga keluar mengundi buat pertama kali dan sangat awal hari ini. Pukul 7:45am hamba sudah terpacak di pusat mengundi bersama keluarga. Alhamdulillah, hari ini telah ditakdirkan oleh Allah untuk kita memilih secara bijak, siapa yang akan kita pilih untuk menjadi pemimpin akan datang.

Pilihanraya umum kali ini melihatkan betapa sengitnya pertarungan. Ujian serta rintangan yang datang dari pelbagai arah. Mendesak, diuji dengan lambang bendera tidak dibenarkan penggunaannya, siri serangan ke atas peserta flashmob, siri kutukan ke parti-parti belah sana dan sini, siri laporan polis ke atas SPR kerana dakwaan yang mengatakan dakwat yang dicalit tidak kekal seperti mana yang dicanangkan.

Alhamdulillah, kini dan saat entri ini ditulis banyak dan sangat ketara perubahan yang sedang berlaku.

Ops! Sebelum itu, hamba ingin ingatkan bahawa blog hamba bukan blog politik dan hamba tidak sekali-kali mewakili mana-mana parti politik untuk menulis entri ini. Ini cuma pandangan peribadi hamba.

Baik, teruskan kepada penulisan.

Di tajuk entri hamba menulis tentang muhasabah. Apa kena mengena muhasabah dan juga PRU 13 ini? Pada yang memandang remeh dan sebelah mata, memang ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Masakan boleh masuk akal? Apa yang boleh dimuhasabahkan dengan PRU13 ini? Ia hanya sebuah undian untuk menentukan pemimpin dan ianya adalah normal.

Ya, benar. Tetapi ada banyak perkara yang harus dan wajib kita ambil ibrah dan muhasabah daripada apa yang telah kita lalui sepanjang perjalanan ini.

Rata-rata ramai yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memerintah melihatkan dari segi jumlah nombor yang dikecapi. Manakala Barisan Nasional sedang bersiap siaga untuk menjadi sebuah pakatan Pembangkang. Pertama kali dalam sejarah Malaysia hamba kira. Masakan tidak? Sudah hampir 56 tahun Barisan Nasional memerintah bumi Malaysia dan tiba-tiba pada PRU kali ini Barisan Nasional seakan mahu mengalah, memberi  ruang kepada Pakatan Rakyat.

Jadi di mana muhasabahnya? Baik, ini yang perlu kita muhasabahkan serba sedikit :

1. Barisan Nasional, di dalam barisan parti itu para ulama' seumpama dipinggirkan. Suara Ulama Muda Umno terutamanya daripada al-Fadhil Ustaz Fathul Bari seakan disenyap. Itu dibuktikan dengan pernah wujud satu kenyataan yang mana beliau pernah menegur beberapa orang besar di dalam Barisan Nasional namun mereka tidak mengendahkannya.

2. Banyak desas-desus mengatakan tentang skandal pemimpin parti daripada Barisan Nasional. Baik daripada isteri kepada PM kita, skandal itu dan ini, salah laku dan sebagainya.

3. Isu kalimah Allah, Hudud, skandal video lucah oleh beberapa orang pemimpin barisan Pakatan Rakyat.

4. Dan beberapa lagi isu yang hamba kira para pembaca banyak mengetahuinya.

Kami adalah rakyat, yang melihat segala tindak tanduk pemimpin di hadapan kami. Apa yang kalian lakukan menjadi cerminan di masa akan datang bagaimana bentuk pemimpin yang bakal menerajui bumi Malaysia yang tercinta ini. Bumi Malaysia yang tercinta ini adalah bumi yang hamba kira dirahmati kerana duduknya pelbagai bilang kaum di dalamnya tanpa wujud perselisihan faham yang kronik dan melebar seperti di sesetengah negara luar. Malaysia adalah negara yang harmoni yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen walaupun terdapat beberapa pihak yang menyalahgunakan kuasanya untuk meraih undi dan simpati. Ini adalah perkara yang tidak baik.

Wujud beberapa perkara yang tidak enak didengar oleh kita sebagai rakyat. Berita tentang pemborosan yang berlaku, ketirisan akhlak pemimpin dan kerabatnya dan lain-lain lagi. Jika kerajaan pimpinan parti yang lalu tidak lagi memimpin pada hari esok, hamba ingin berpesan kepada kalian, bahawa tidak selamanya kita berada di atas. Kadangkala Allah menegur kita kerana kelalain kita sewaktu kita berada di atas sana. Dengan kuasa yang kita miliki, kita dengan sesuka hatinya mengarah untuk dilakukan atau dijalankan tindakan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang tidak kita sukai. Wahai pemimpinku, itu bukan akhlak yang sepatutnya ditonjolkan. Kata-kata kalian menjadi iktikad kepada penyokong tegar dan fanatik kalian. 

Tidak kira siapa yang akan memimpin Malaysia pada hari esok, pesan hamba perbanyakkanlah Istighfar kerana kalian dibebankan dengan tugas yang maha berat dan sudah pasti ianya akan disoalkan saat kalian berada di  mahsyar nanti. Amanah merupakan suatu perkara yang paling berat sekali. Ini dinukilkan di dalam al-Quran di dalam surah an-Nisaa' ayat ke 58. Nak tahu? Bukak sendiri mushaf anda ye. Hehe.. ^^,

Bercerita tentang amanah, sehingga esok belum tentu akan tamat ceritanya, namun diringkaskan cerita. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Anda nampak betapa beratnya al-Quran? Anda nampak betapa beratnya sesuatu yang bernama amanah? Al-Quran itu diibartakan sebagai amanah. Jika gunung boleh pecah belah, lalu bagaimana kita yang sanggup untuk menerima amanah. Bukan yang kecil, ia adalah amanah yang besar. Memimpin sebuah negara. 

Hamba selalu berdoa supaya Malaysia yang dicintai ini akan menjadi sebuah negara yang moden disamping tidak mengabaikan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah. 

Jika disoroti, banyak cerita di dalam al-Quran dan al-Hadith yang menceritakan tentang betapa beratnya sebuah perkara yang digelar amanah ini. Pesan hamba kepada pemimpin yang bakal memimpin kerajaan pada esok hari, ini adalah amanah rakyat buat kalian. Jangan penuhkan dada kalian dengan balas dendam, jangan penuhkan minda kalian dengan rencana jahat, jangan penuhkan poket anda dengan perkara yang bukan sepatutnya, jangan sesekali menyusahkan rakyat kerana tanpa rakyat kalian tidak berada di atas sana mengecapi nikmat yang Allah beri, jangan sesekali mengabaikan rakyat dan sekali lagi, jagalah rakyat dan jangan susahkan rakyat anda. Kami berkuasa kerana kami yang menaikkan kalian di atas sana. Jangan bangga dengan apa yang kalian miliki, kelak Allah akan mengambilnya bila-bila yang disukainya. 

Akhir kalam, hamba mengharapkan Malaysia yang ada pada hari Isnin ini akan lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Kami memberikan ruang dan peluang untuk kalian berkhidmat kepada kami dengan sebaiknya. Jangan letakkan Allah di hujung perkiraan kalian, jangan letakkan nafsu menjadi kiblat haluan kalian. 

Kayakanlah diri kalian dengan sifat tawadhuk. Di dalam pimpinan kalian nanti akan ada mereka yang tidak memahami Islam dengan sebaiknya, inilah masanya untuk kalian memperlihat serta menonjolkan keindahan, kesucian dan kebenaran Islam kepada mereka. 

Semoga kalian senantiasa diredhai Allah. Jangan gadaikan negara ini kepada tangan yang bukan ahlinya. 

P/S : Kepenatan dan kerinduan.  

Wednesday, April 10, 2013

Buat Kamu. Ya Kamu.

Bismillah.

Ini ada satu coretan buat kamu. Hamba titipkan, agar bila kamu melawat taman hamba, kamu baca dan jadikan ia sebagai kekuatan kamu.

Ini untuk kamu. Ya kamu, yang melawat taman ini. 
_______________________________________________________________

Hati kamu keliru
Ditambah pula lesu
Dengan kerja kamu yang bertalu-talu

Kamu rebah,
Duduk di sudut
Mengenang, lalu monolog sendiri
"Apa terjadi pada aku? Kenapa harus aku yang jadi begini?
Oh Allah, bantulah aku."

Dalam tidak sedar,
Ada air mata mengalir deras.

Mari,
Aku bisikkan kata-kata indah
Buat kamu hilang lelah.

Yang namanya manusia, pasti diuji
Yang namanya manusia, pasti teruji
Namun, setiap ujian itu pasti tidak melebihi kekuatan diri

Ada kalamNya menyebut yang bermafhum :
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan
sesuai dengan kemampuannya"

Jangan mengeluh,
Jangan bersedih
Percayalah
Allah itu bersama kita.

Kita pohon kekuatan, tetapi Allah beri kesulitan untuk menjadikan kita kuat.
Kita pohon keteguhan hati, tetapi Allah beri masalah untuk diatasi.
Kita pohon keyakinan, tetapi Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.
Kita pohon cinta, Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi.

Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..

Yang ikhlas,
Aku, hamba.

Imranburhanuddin
1:01am | TeratakAyahBonda | 10042013


P/S : Semoga berada dalam surga.



Wednesday, January 30, 2013

Maulidurrasul Dan Pemergian Siti Hajar Ahmad Sabir

Bismillah.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan alam dalam masa 6 hari. Segala puji bagi Allah, tuhan yang tidak jemu-jemu mendengar kita siang dan malam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang penuh kasih sayangNya melebihi kasih sayang seorang ibu.

Selawat dan dalam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah jemu menyampaikan risalah dakwahnya kepada umat. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang diakhir hayatnya tidak pernah melupakan kita dan risaukan kita sebagai umatnya.

Alhamdulillah. Setelah sekian lama hamba meninggalkan blog ini. hari ini hamba diberi kekuatan oleh Tuan Punya Dunia untuk kembali menulis. Kononnya bertapa, tetapi lebih banyak berjimba di MukaBuku.

Beberapa hari yang lalu, kita menyambut Maulidur Rasul SAW. Hari dimana Rasulullah SAW dilahirkan. 12 Rabiul Awwal atau disebut juga sebagai Rabiul Anwar. Pada hari baginda dilahirkan seluruh alam bagaikan bercahaya dan bertasbih. Bonda baginda, Aminah melahirkan baginda dengan mudah sekali. Saat baginda disambut, tangannya seolah sedang bertasbih dan tiada tangisan yang keluar daripada mulutnya. Bahkan baginda juga dikhatankan sejak dalam rahim lagi.

Baginda dibesarkan dalam suasana keluarga yang sederhana. Tidak sempat melihat wajah bapanya. Bondanya juga kembali kerahmatullah saat pulang dari menziarahi makam suaminya, Abdullah. Tinggalah baginda seorang diri dan kemudian baginda dijaga oleh bapa saudara.

Sejak kecil lagi, baginda sudah mula sifat-sifat yang lain daripada kanak-kanak yang ada ketika itu. Itulah dia, Muhammad SAW. Yang sentiasa kasih, sentiasa melemparkan senyuman, lemah lembut, sangat menyayangi anak yatim dan baginda juga manusia agung.

Berapa ramai daripada kita yang mampu menitiskan airmata tatkala mengenang baginda? Berapa ramai daripada kita yang mampu mengalirkan airmata kerinduan ketika disebut nama baginda? Baginda kerisauan baginda terhadap kita?

Diriwayatkan, pada suatu hari ketika Baginda sedang duduk berkumpul dengan para sahabat, Baginda bertanya kepada sahabatnya, "Wahai sahabatku, tahukah kalian, siapa hamba yang mulia di sisi Allah?" 
Para sahabat terdiam, lalu salah seorang sahabat berkata : "Para malaikat Ya Rasulullah, merekalah yg mulia." 
Baginda berkata : "Ya, Para malaikat itu mulia, mereka sentiasa bertasbih beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan."

Kemudian para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata : "Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia itu." 
Rasulullah tersenyum, Baginda berkata : "Ya, para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, tapi ada lagi yang lainnya."

Para sahabat terdiam, tertanya-tanya. siapa lagi orang yang mulia itu? Sehingga kemudian salah seorang sahabat berkata : "Ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu Ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah ?" . 

Kemudian baginda pandang satu persatu sahabat baginda sambil tersenyum, Baginda berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat dengan ku, kalian membantu perjuangganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia, tetapi bukan itu yang ku maksudkan."

Para sahabat terdiam semuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi. Baginda menundukkan wajahnya, tiba-tiba Baginda menangis di hadapan sahabat-sahabatnya, para sahabat pun tertanya-tanya,  "Mengapa kau menangis ya Rasulullah?" Apabila baginda mengangkat waajahnya, terlihat air mata yang berlinangan membasahi pipi dan janggutnya.

Baginda berkata : "Wahai saudaraku, sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Meraka adalah manusia yang lahir jauh dari wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah. Tahukan kalian, mereka tidak pernah memandang ku, mereka tidak pernah melihat wajah ku. Meraka hidup tidak dekat denganku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepada ku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku juga rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, merekalah Ummatku!" Tagisan Rasulullah di sambut oleh sahabat-sahabat juga dengan tangisan.


Begitu sekali baginda merindui kita, namun apakah kita merindui baginda? Apakah hanya dengan menyambut Maulidurrasul itu sudah dikira bukti kecintaan kita kepada baginda? Seperti mana orang yang sedang asyik bercinta membukti kecintaan mereka terhadap pasangan masing-masing, maka begitulah juga kita harus mempamerkan kerinduan dan kecintaan kita terhadap baginda dengan mengamalkan sunnahnya. 

Siti Hajar Ahmad Sabir 

Blog hamba tidak pernah mendapat kunjungan yang tinggi seperti kali ini. Pernah sekali hamba melawat blog hamba sendiri, jumlah pengunjung melebihi 30 orang! Subhanallah. Sebuah kunjungan yang sangat memeranjatkan hamba. Hamba tidak pernah merasai begini.

Paling ramai kunjungan yang diterima untuk teratak ini adalah 3 orang.
 

Begitu banyak ketaranya. 

Baru-baru ini, di dalam kebanyakan laman sosial dan blog-blog banyak menceritakan tentang kematian seorang gadis biasa. Pelajar UTeM. Gadis itu bernama Siti Hajar Ahmad Sabir. Biasa-biasanya sahaja. Tiada yang luar biasa pada fizikalnya. Mempunyai paras rupa yang biasa. Namun bersih dan jernih. Lahir dalam keluarga yang sederhana, namun kuat pegangan agamanya. Segalanya tentang gadis ini amat biasa. Tiada apa yang luar biasa. Namun kematiannya telah memberi sejuta inspirasi kepada manusia seperti hamba. 

Perginya Allahyarhamah Siti Hajar Ahmad Sabir telah  mengetuk hati ramai manusia dan membuka mata setipa insan yang bergelar pendakwah. 

Ya, walaupun hanya seorang gadis biasa namun almarhumah memiliki segunung jiwa yang mahu berdakwah kepada manusia. Jika disusuri kronologi akhir almarhumah, hamba yakin ramai yang menitiskan airmata. Kagum, sebak, tergamam dan adakalanya sehingga tidak mampu untuk diungkapkan bagaimana perasaannya. Pemergiannya seolah dimudahkan. Hamba yakin dan percaya ada yang sebak tatkala membaca almarhumah sangat takut bila dakwahnya tidak diterima Allah. Hamba sendiri ketika mengikuti kisah ini tidak dapat membendung airmata yang mengalir. Gadis ini bukan gadis biasa. Ada sesuatu di dalam hatinya yang membuatkan ramai insan mengalirkan airmata. 

Siapapun almarhumah, beliau telah memberikan infiniti inspirasi untuk insan-insan lain untuk meneruskan kerja dakwah, melakukan Islah pada diri. 

Secara jujurnya, hamba bukanlah manusia yang agak baik. Muka je nampak comel (comel ke?) tapi hantu juga, tetapi bila hamba membaca kisah almarhumah, subhanallah. Jujur hamba katakan, ianya indah! Sangat indah! Pemergiannya seolah dimudahkan, dan beliau sudah bersedia. Tidak dapat hamba bayangkan jika hamba berada disitu dan melihat beliau yang kesakitan. Subhanallah. 

Ini kisah yang tidak dipaparkan di media. Ini kisah yang tidak mendapat publisiti murahan kerana pemilik cerita ini sangat mahal harganya. 

Almarhumah menjadi inspirasi. Seorang gadis biasa yang berjaya mengubah banyak hati. Tidak salah jika hamba katakan almarhumah seperti sang sufi yang zuhud itu, Rabiatul Adawiyyah. Semoga Allah meletakkan almarhumah bersama para Muqarrabun. Orang-orang yang hampir dengan Allah. 

Subhanallah. Semoga Allah merahmatinya. 

Allahu a'lam. 

P/S : Hamba masih lagi di dalam mood terkesan dengan kisah Siti Hajar Ahmad Sabir. Semoga almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah.  

Wednesday, January 23, 2013

Tribute Untuk al-Marhumah Siti Hajar Ahmad Sabir. (Pelajar Ftmk UTeM)


Biar biasa di luar, luar biasa di dalam.
Itu sukar dicari,
Itu sukar ditemui

Biasa sahaja, namun punya hati yang besar
Allah mengambil dia
Kerna dia rindu Allah.
Itu sudah pasti
Dari bait kalimah bicaranya
Tika disoal :
"Kakak tak takut mati?"
Lalu dijawab :
"Tak, kakak sudah sedia."
Sambungnya lagi :
"Maafkan kakak, kerna dakwah kakak
tidak banyak umpama Sayyidina Muhammad"

Doa aku,
Semoga kamu ditempatkan
Bersama para ummahatul mukminin
Bersama para muqarrabun
Bersama para ahlul jannah
Bersama mereka yang Allah janjikan Syurga yang membahagiakan.

Sunday, August 19, 2012

Salam Idulfitri.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahi al-Hamd.

Alhamdulillah. Hari ini sudah masuk satu syawal. Alhamdulillah., segala puji bagi Allah kerana telah memberikan kita sekali lagi peluang untuk terus hidup di muka buminya, menghirup udaranya, merayakan hari raya idulfitri bersama keluarga, isteri dan anak-anak tercinta, bagi yang dah kahwin la.

Bagi yang belum kahwin atau sedang bertunang, dengan famili masing-masing. Hoho.

Alhamdulillah, kita diberikan kesempatan untuk beribadah dengan hebat dan super pada ramadhan yang lepas. Di samping kita sibuk beribadah, ada saudara-saudara kita yang mati syahid hanya kerana mahu mendirikan solat sunat terawih, itu berlaku di Myanmar. Hebat bukan?

Hari ini, jangan lupa kepada saudara-saudara kita yang lain. Kita di sini bergembira, saudara kita di sana berperang, menegakkan haq, melawan kebatilan, menghapuskan kezaliman dan sebagainya. Jangan lupa pada mereka. Bantu mereka sekurang-kurangnya dengan doa. Doa adalah kekuatan orang mukmin.

Alhamdulillah. Hamba masih begini di syawal ini. Tiada baju baru. Hanya pakai jubah lama yang masih elok. Alhamdulillah, masih muat dan menandakan hamba masih lagi menten kacak dan hensem, Oh! Terima kasih Allah.

Alhamdulillah, tahun ini semua adik beradik beraya di rumah hamba. Meriah dengan bising anak-anak buah.

Alhamdulillah, tahun ini masih sama seperti tahun-tahun yang dulu. Serupa, tiada yang berbeza cuma tahun ini agak sibuk sedikit kerana mahu menyiapkan buah tangan yang pertama. Doakan semoga segalanya dipermudahkan.

Jangan lupa, selepas solat sunat idulfitri, jenguklah orang-orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita. Sampaikan pahala al-Fatihah hamba untuk mereka. Semoga mereka mendapat manfaat.

Jangan lupa, sedekah, cari anak-anak yatim, orang fakir dan miskin, bantu mereka. Jangan lupa diri.

Akhir kalam, hamba, Mior Imran Hj Mior Burhanuddin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri. Min al-Eid wa al-Faizeen. semoga  Allah menerima segala amalan kita . Eid mubarak.

Allahu a'lam.

P/S : Rindu.

P/S : Kerja.

Wednesday, May 16, 2012

Entah

Bismillah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Yang mencipta langi tanpa tiang, yang mencipta bumi teguh di kedudukannya, yang menciptakan cinta tanpa dapat dilihat.

Hari ini hamba malas mahu menulis muqadimah yang panjang-panjang. Cukup sekadar anda tahu betapa hamba tetap terus memuji Tuan Punya Dunia walau hamba sangat-sangatlah jahat.

Alhamdulilah.

Hari ini Allah sekali lagi memberi peluang kepada hamba untuk terus menulis sesuat untuk tatapan sahabat-sahabat pengunjung blog hamba yang serba serbi tiada apa-apa ini. Hanya tulisan kecil yang tak sedap dibaca sahaja yang dapat anda lihat.

Alhamdulillah.

Hari ini 16 mei. Setiap tahun jika datangnya tarikh ini kita tidak lupa untuk mengucapkan, menghantar sms atu memberikan hadiah kepada orang yang banyak berjasa kepada kita. Tentu anda tahu bukan? Sudah tentu kepada guru kita yang banyak mengajar dan menjadikan siapa kita pada hari ini. Baik atau buruknya guru kita, mereka tetap guru kita. Jalan yang baik dan buruk telah diajarkan mereka kepada kita, cuma kita sahaja yang salah memilihnya jika jalan yang ditunjuk itu salah.

Jika anda-anda semua mahu tahu, hari ini adalah Hari Guru Sedunia. Seluruh dunia menyambut hari 16 mei ini. Hari yang memperingati semua guru-guru yang wujud di atas muka bumi ini.  Tanpa guru kita tiada apa.

Siapakah sebenarnya guru kita selain daripada guru yang mengajar kita di sekolah?

Jawapannya, Nabi Muhammad SAW adalah guru yang terbaik yang patut dijadikan contoh bagi semua pendidik yang ada di muka bumi ini. Kedua ibubapa kita juga adalah pendidik yang mendidik kita sehingga kita dewasa. Hatta kita sudah berkahwin juga, mereka adalah tetap guru kita.

Dikesempatan ini hamba ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada :

Guru-guru tadika di Taski ABIM al-Hidayah, Parit, guru-guru hamba di Sekolah Rendah Iskandar Shah Parit, guru-guru hamba di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN Cawangan 2, guru-guru hamba di Maahad Al-Aziz, Parit, guru-guru hamba di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Perak dan juga guru-guru hamba di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hari ini seperti tidak ada mood untuk menulis tentang ini.

Terasa lelah sangat-sangat hari ini. Entah kenapa.

Maafkan hamba.

Allahu a'lam.


P/S : Ana mushtaq.

Saturday, May 12, 2012

Pelita

Bismillah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan siang dan malam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan cinta. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kita lagi nafas untuk kita hirup di atas bumiNya.

Alhamdulillah.

Waaahh!!! Sudah agak lama meninggalkan dunia blog ini. Bak kata pepatah yang hamba cipta sendiri yang berbunyi, "Blog lain diupdatekan, blog sendiri menangis tidak diupdatekan." Ingat, kalau anda-anda semua nak copy pepatah hamba ini silalah kreditkan kepada hamba. Hoho!

Sedar atau tidak sudah hampir lima tahun hamba menceburkan diri dalam dunia blogger ini. Bermula daripada 29 May 2008 sehinggalah kini. Alhamdulillah, dah besar blog hamba ini. Tahun depan boleh masuk tadika dah. Hoho lagi!

Dalam blog ini banyak yang telah hamba coretkan, luahkan, kongsikan. Ada yang panas, ada yang menjadi bahan bualan, ada yang menjadi rujukan (ada ke?) dan berbagai lagi. Selama hampir lima tahun ini jugalah, blog hamba telah mencapai rating yang amat tinggi. Dalam sehari tidak kurang daripada 100,000 pengunjunga yang melawati laman blog hamba. Alhamdulillah, kalau jual blog ini dah boleh nikah dah. Blog hamba mahal tahu? Cuba anda semua lihat di sebelah kiri atas, boleh tengok berapa harga blog hamba. Blog anda ada harga mahal yang begitu? Hoho!

Di blog ini juga banyak kenangan yang tercipta. Dari mula indahnya perhubungan yang pernah dicipta sehingga putusnya ia kerna asbab yang tertentu. Sekarang masa untuk beliau bahagia dan senyum kembali terukir. Ok, kita tinggalkan cerita itu kerna sememangnya tidak layak hamba untuk menagih bahagia daripada tuhan kerna hamba adalah hambaNya.

Ok, nak cerita sikit. Pada 28 April yang lalu hamba dan famili telah ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa dan untuk pengetahuan anda, ini adalah program tahunan kami. Alhamdulillah, banyak juga buku-buku yang hamba borong tetapi ada juga buku yang hamba tidak dapat dan ada la benda-benda yang hamba tidak dapat. Oh ya! Kebetulan pada tarikh itu telah diadakan satu perhimpunan yang dinamakan Bersih 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. Pada hari itu banyak jalan yang ditutup dan disekat atas faktor-faktor tertentu. Sebelum sampai di Kuala Lumpur, hamba bertoak daripada Stesen Keretapi Ipoh pada pukul 5.30 pagi. Pepagi buta lagi kami dah bertolak ke Ipoh daripada teratak hamba di Kampung Tanjung Ara, Parit, Perak. HAHA!

Kami naik tren apa? Sudah tentu kami naik tren ETS. Laju bapak tak ingat pastu cerita yang sama diulang-ulang dalam tren tu. Hoho. Apa yang hamba nak ceritakan di sini ialah semasa perjalanan kami ke Kuala Lumpur pagi itu, hamba dapat melihat kumpulan manusia yang agak ramai. Sebelum-sebleum ini hamba tidak pernah lihat situasi seperti ini. Agak ramai dan mungkin kebetulan juga ada yang mahu pergi ke PWTC atas niat yang sama seperti hamba. Di dalam gerabak yang sama dengan hamba dan cuma selang beberapa tempat duduk, wajah yang hamba kenal semasa menuntut di Ipoh suatu ketika dahulu. Beliau adalah YB Nga Kor Ming, Setiausaha Agung DAP kalau tidak silap hamba. Dengan senyuman yang tidak putus-putus dari bibirnya beliau bersalaman dengan semua orang yang ada dalam tren itu. Kecuali wanita. Ok? Ada apa dengan beliau? Ya! Mestilah ada apa-apa masakan kenapa hamba mahu menceritakan tentang hal in dalam blog hamba. Hal politik pula tu.

Baik, secara terus terangnya hamba dapat simpulkan yang keseluruhan undi akan dapat kepada beliau la. Kenapa? Sebab dia seorang Cina yang mungkin beragama Buddha atau Kristian tetapi beliau mampu memberi salam dengan lafaz yang begitu tepat, menyebut perkataan Insyaallah dan sebagainya lagi dan alangkah bagusnya jika beliau seorang muslim? Tentu beliau akan lebih hebat lagi bukan? Terbaharu hamba melihat gambar beliau dan seorang lagi Ahli DAP yang menghadiri kuliah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan. Hebat bukan? Bagaimana seorang yang bukan muslim mendengar kuliah tentang Islam! Kita? Masih jauh dengan kuliah dan masih tidak mahu lagi menerima kebenaran-kebenaran yang ada dalam Islam serta masih mahu lagi duduk menegakkan yang batil. Kita masih tidak mahu mendekatkan diri kita dengan orang-orang yang membawa kita kepada Allah. Namun perlu hamba ingatkan, ramai yang membawa kita kepada Allah tetapi dengan cara yang sesat. Contoh? Ajaran sesat la.. Apa lagi? Hoho. Dan juga pasangan-pasangan yang salah. Owh Yeah!

OK. Hamba malas tulis lagi. Nak bersiap-siap ke Ipoh, beli jubah.

Oh ya, sebelum terlupa hamba sedang dalam proses membikin buku tentang fotografi. Doakan hamba berjaya ya?

Allahu a'lam.

P/S : Sumpah rindu!

Saturday, November 26, 2011

Kenapa Dengan Diri Ini?

Bismillah..

Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam tanpa bantuan sesiapa. Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa dengan cinta. Segala puji bagi Allah tuhan yang menjadikan alam dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah dan sesungguhnya segala puji hanya layak bagi Allah.

Bersiaran langsung di bumi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), alhamdulillah, segala berjalan dengan baik dan kuliah juga sudah mula. Alhamdulillah, walaupun banyak beda dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) namun pembelajarannya tetap sama. Alhamdulillah, walaupun berbeda suasana tetapi pengajian harus diteruskan. Ilmu mesti dituntut sehingga akhir nafas.

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, tuan punya dunia yangtelah mengaturkan semua urusan tanpa dibantu sesiapa, Dia tidak memerlukan sesiapa bagi menyempurnakan tugasNya.

Alhamdulillah, pada hari ini KUIS telah mengadakan Konvokesyen kali ke 14, segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna cuma hamba tidak sempat untuk berjumpa dengan teman hamba yang seorang. Semoga beliau sukses selalu.

Semenjak dua menjak ini ada sesuatu yang menganggu ruang hati ini. Senantiasa terkenang, senantiasa teringat akan perkara yang lalu, senantiasa terkenang kenangan indah pada masa lalu, senantiasa teringat akan perkara yang tidak akan dan tidak mungkin dilupakan. Sepertinya dalam hati ini wujud satu masalah. Selalu berasa futur. Allah..

Hamba manusia biasa yang tidak pernah alpa melakukan kesilapan lantaran kejahilan.

Doakan hamba.

Izinkan hamba mengundur diri.

Allahu a'lam.


P/S : Doakan hamba dapat melanjutkan pelajaran du Universiti Islam Madinah pada tahun hadapan. =)

Monday, October 17, 2011

Apa Mahuku?

Bismillah..

Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam tanpa bantuan sesiapa. Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa dengan cinta. Segala puji bagi Allah tuhan yang menjadikan alam dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah dan sesungguhnya segala puji hanya layak bagi Allah.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Muhammad SAW. Nabi yang terakhir menyampaikan sayariat daripadaNya. Selawat dan salam ke atas baginda Muhammad SAW yang menyebarkan islam dengan tidak kenal lelah. Selawat dan Salam ke atas baginda yang hingga akhir hayatnya tidak pernah melupaka kita dengan penuh rasa cinta.

Alhamdulillah..

Hari ini hamba menulis lagi. Sudah agak bosan melayan muka buku dan lagu-lagu yang ada dalam simpanan hamba. Manuskrip juga terperuk di dada desktop komputer riba ini. Entah bila akan datang ideanya. Mungkin sedang tidak kuat untuk mencari kekuatan. Aduhai, pening sungguh rasa hamba.

Tajuk di atas, adakah anda-anda memahaminya?

banyak perkara yang hamba mahukan dalam dunia ini. Mahu itu mahu ini. Jika disenaraikan mungkin tidak akan dapat ditunaikan kerana terlalu banyak yang hamba mahukan. Makanan? Sudah semestinya. Tapi jangan main-main, beberapa hari yang lepas hamba telah membuat pemeriksaan kesihatan untuk memasuki kolej, doktor di situ mendapati berat badan hamba turun sebanyak 8 kilogram dan tinggi hamba telah naik 2 inci menjadikan tinggi hamba sebanyak 175cm. Tinggi bukan? Hoho!

Baik, kembali kepada tajuk? Apa mahu ku? Tanpa banyak lagi bicara hamba akan senaraikan apa yang hamba mahukan.

1. Hamba mahu menjadi seorang hamlatul quran yang baik.

2. Hamba tidak mahu menjadi seorang yang menyebarkan Islam dengan harapan akan membawa satu perubahan besar, tetapi hamba mahu menjadi penyebar agama Islam yang membawa banyak perubahan dengan sedikit demi sedikit.

3. Hamba mahu menjadi seorang penulis yang berjaya. Hamba mahu setiap kali pembaca membaca tulisan hamba, mereka akan merasai, menghayati dan berfikir tentang apa yang hamba tuliskan. Hamba mahu menyebarkan islam melalui seni penulisan.

4. Hamba mahu menjadi perintis kepada Islamic Photography. Hamba mahu menyebarkan islam melalui keindahan seni fotografi yang indah.

5. Hamba mahu memiliki keluarga yang hidupnya bahagia dan indah. Bersama-sama mencipta biah solehah dalam keluarga dan rumahtangga. Hamba yakin dan percaya bahawa kemahuan hamba nombor lima ini mungkin lambat atau tidak dapat hamba capai. Kerana apa? Abaikan. Hoho!

Itu antaranya yang hamba mahukan.

Hamba tidak mahu tulis panjang-panjang. Sudah asr dan hamba mahu berjumpa dengan Tuan Punya Dunia. Anda semua sudah?

Sekadar ini coretan yang hamba mahu kongsikan. Kalau tak suka tak apa. Jangan baca sebab hamba tak suruh baca. Lagipun blog hamba bukan ada orang nak datang lawat dan baca. Kan? Kan? Hoho!

Allahu a'lam.

Saturday, September 17, 2011

Ayuh Bermain Kata.

Bismillah..

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah, Dia yang memiliki semesta ini. Segala puji bagi Allah, Dia yang memiliki Arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, Dia yang mengasihi dan mencintai kita. Segala puji bagi Allah.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda, Muhammad SAW. Nabi yang agung, kekasih Allah. Bulan terbelah kerananya, islam tersebar kerananya dan cinta tersebar kerananya.

Alhamdulillah, kita masih lagi berada di dalam bulan raya dan mood raya. Jadi tidak salah jika hamba ucapkan minal eid wal faizin dan kullu am wa antum bikheir kepada semua pembaca, pengikut serta penyekodeng blog hamba. Persoalannya, ada ke orang baca blog ni? Tak glemer pun? Kalo glemer la blog hamba dah lama orang link blog hamba kt fesbuk deme-deme tu. Haha.. Ok, gurauan semata.

Ada sesiapa nak add hamba kat facebook? Hamba mana ada facebook. Eh? Yang kat belah kiri tu bukan banner facebook? Bukanlah, itu bukan banner facebook. Tu entah laman sosial ape ntah. Cube la anda-anda semua tengok. Rasanya bukan facebook. Benda lain rasanya. Cuba la tengok.

Ok, berbalik kepada tajuk. Ayuh bermain kata.

Kenapa tiba-tiba ajak bermain kata? Nak jadi kasanova ke? Kasanova takde, casablanca ade. Hoho~

Ok, hamba tak mahu membuang masa dan tenaga hamba lama-lama dengan menaip panjang berjela yang mana nanti akan membuatkan anda tak nak baca dah blog dan apa yang hamba ini.

Baik, ayuh kita mulakan.

Rata-rata pembaca blog hamba tahu di mana hamba belajar, dan apa yang hamba belajar. Rata-rata pembaca blog hamba tahu yang ilmu hamba lain, hamba tidak seperti orang-orang yang belajar agama lain. Ya, subjek yang hamba belajar lain. Dari sekolah menengah sehingga sekarang itulah subjeknya, Quran. Ya, hifzu quran. Ok, cukup sekadar itu info hamba. Setiap soalan yang akan hamba ajukan, anda boleh jawab di ruangan komen, kalao nak jawab. Anda boleh menjawab dalam hati dan anda boleh ambil soalan hamba sebagai muhasabah buat hamba dan anda semua.

Let's say, hamba seorang hafiz quran, hamba tidak kacak, hamba tidak hensem, hitam kulitnya, chubby, montel, comel(?), dan tiba-tiba ingin menikah dengan seorang gadis yang bertudung labuh, comel, lawa, kiut, mata bulat, kadang-kadang sepet, fasih berbahasa melayu, fasih berbahasa arab dan mahir berbahasa inggeris, adakah dia akan menerima hamba dengan kriteria yang hamba sebutkan?

Let's say, hamba seorang hafiz, hamba tidak kacak, hamba tidak hensem, hitam kulitnya, chubby, montel, comel(?), dan mempunyai akhlak yang tidak manis,tiba-tiba ingin menikah dengan seorang gadis yang bertudung labuh, comel, lawa, kiut, mata bulat, kadang-kadang sepet, fasih berbahasa melayu, fasih berbahasa arab dan mahir berbahasa inggeris, adakah dia akan menerima hamba dengan kriteria yang hamba sebutkan?

Let's say, hamba seorang hafiz, hamba tidak kacak, hamba tidak hensem, hitam kulitnya, chubby, montel, comel(?), dan mempunyai akhlak yang tidak manis dan tiba ingin berubah menjadi baik. Tiba-tiba berkenalan dengan seorang gadis yang bertudung labuh, comel, lawa, kiut, mata bulat, kadang-kadang sepet, fasih berbahasa melayu, fasih berbahasa arab dan mahir berbahasa inggeris, adakah dia akan menerima hamba dengan kriteria yang hamba sebutkan?

Ok, cukup tiga soalan kata-kata hamba berikan. Anda boleh jawab jika anda mahu di ruangan komen. Anda boleh jawab dalam hati dengan pelbagai reaksi dan prespektif dan anda juga boleh mengambil soalan ini untuk ditanya kepada diri kita untuk menjadi sebiah ibrah.

Hamba juga akan menyusul dengan permainan kata lagi dan insyaallah satu masa nanti hamba sendiri akan memberikan jawapan dan kemungkinan prespektif orang terhadap apa yang hamba soalkan.

Cukup sampai di sini, anda cuba-cubalah. Semoga berjaya.

Allahu a'lam.


P/S : Manuskrip. =)

Tuesday, August 30, 2011

Tiada Yang Lebih Indah Dari Menjadi Hamba Di Bulan Ramadhan

Bismillah..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

Allhuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

La Ilaha Illallah Huwallahu Akbar..

Wa Lillahil Hamd..


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita setiap hela nafas tanpa perlu dibayar. Segala puji bagi Allah tuhan yang mengusai alam ini dengan tanganNya tanpa perlu berhajat. Segala puji bagi Allah yang maha suci daripada sebarang kekotoran.

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Muhammad SAW, nabi yang ummiy, yang tidak tahu menulis dan membaca. Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad SAW yang kepadanya diutuskan kitab al-Quran melalui perantaraan Jibril AS.

Alhamdulillah, selepas solat maghrib tadi kita semua telah berada di bulan baru, bulan eid, bulan kemenangan, Syawal. Bukan Syawal anak abah dalam cerita Ahmad Albab ye. Ini Syawal, bulan syawal, bulan selepas ramadhan.

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberikan nikmat untuk merasa dan menikmati raya dalam tahun ini. Alhamdulillah, tidak putus-putus bibir kita mengucap puji dan syukur kepada Allah yang telah menyampaikan kita di bulan yang mulia ini.

Syukur kepada Allh SWT.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya kita muhasabah kembali, apakah yang telah kita lakukan di dalam bulan ramadhan yang baru sahaja berlalu.

Berapa banyakkah airmata kita mengalir saat malam mulai berlabuh? Berapa banyak not-not wang yang telah kita keluarkan pada mereka yang memerlukan? Berapa banyak sujud yang telah kita lakukan pada malam harinya? Berapa banyak sabar kita menahan lapar, dahaga dan nafsu sepanjang separuh hari kita berpuasa? Berapa banyak mata kita menahan sabar dari gelora jiwa yang tidak tertahan?

Semua itu mungkin ada kita lakukan, tetapi adakah rasa itu akan berkekalan? Adakah kita menghayatinya sepenuh jiwa.

Sekali lagi, ingin hamba bertanya dan jawapannya ada pada anda. Tepuk dada, tanyalah iman.

Adakah sedih ketika ramadhan meninggalkan kita? Adakah kita melompat girang saat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh hari raya Eidulfitri di televisyen? Adakah keseronokkan itu kita sambutnya dengan bermain bunga api di halaman rumah sambil mendengar lagu hari raya? Tidakkah kita berasa sedih?

Berapa ramai dikalangan kita yang merasakan sedih bila tibanya syawal? Hanya orang-orang mukmin, soleh dan beriman sahaja yang mengetahui. Namun hamba percaya, pelawat-pelawat blog hamba adalah mereka-mereka yang berasa sedih saat tibanya syawal. Sekali lagi, bukan syawal anak abah dalam cerita Ahmad Albab ye? Hoho~

Baiklah, pagi nanti kita semua akan menunaikan solat sunat Eidulfitri. Sebelum pergi menunaikan solat, jamahlah sedikit makanan sebagai alas perut dan ia adalah sunnah. Bangunlah dengan awal, tunaikan solat fardu subuh dan mohonlah kepada Allah supaya hari ini mendatangkan keberkatan dan pahala.

Alhamdulillah, kita bertemu dengan syawal lagi. Pagi nanti selepas usai menunaikan solat sunat Eidulfitri, jumpalah kawan-kawan, sahabat-sahabat, teman, yang disayangi, yang dicintai, mohonlah kemaafan daripada mereka atas kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran. Bersalamlah tetapi harus diingatkan hanya yang haram nikah sahaja yang boleh bersalaman, yang halal nikah jangan nak menggatal pulak ek? Pagi-pagi raya dah buat dosa. sit! Hoho~

Dikesempatan ini juga, hamba Mior Imran B Hj Mior Burhanuddin memohon infiniti kemaafan atas kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran sepanjang mengenali diri ini. Mungkin ada yang pernah mengenali diri ini dengan rapat, hamba mohon maaf dan kamulah perkara terbaik yang pernah hamba ada.

Kamulah membuat hatiku gembira sepanjang masa. Terima kasih Allah kerana pernah mempertemukan kami.

Ramadhan sudah cabut mulai malam tadi, buat terawih bulan syawal pun takde guna. Banyak amalan takkan digandakan, para syaitan & iblis kembali ke dunia melompat-lompat girang, maka bersedihlah mereka yang Soleh, dan bergembiralah mereka yang Ingkar. Hari kemenangan yang mendatangkan kesedihan dalam jiwa-jiwa Mukmin. Moga berkesempatan berjumpa dengan ramadhan lagi.

Akhir kalam, eid mubarak. Kullu am wa antum bikheir.


P/S : Terima kasih Allah. Mata ini tidak henti mengeluarkan air. ='(

Thursday, August 25, 2011

Perjalanan

Bismillah...


Moga dengan izin Allah, ini akan menjadi sumber kekuatan hamba. Hamba lepaskan mazmumah dalam diri pada malam ini untuk sampai kepadaNya. Mungkin ini ramadhan terakhir untuk ia berada di sini. Selamat tinggal mazmumah.


Perjalanan menjadi lelaki yang lebih baik. Moga Allah bantu.


Allahu a'lam.


P/S : En route to become a good man. Insyaallah.