Daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a dia berkata,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya termasuk membesarkan syiar Allah Taala iaitu memuliakan orang yang sudah tua bangka,memuliakan orang yang suka membaca al-quran tidak secara keterlaluan,atau yang terus membelakanginya sama sekali dan memuliakan pemimpin yang adil"
(Riwayat Abu Daud,hadis ini hasan)
-Orang yang sudah lanjut usianya harus diberikan penghormatan apatah lagi kalau
orang itu adalah ibu bapa kita sendiri.Maka wajib menghormati mereka lebih-lebih
lagi.
-Mengaji al-quran itu hendaklah diukur dengan daya dan upaya masing-masing.Jangan
sampai keterlaluan sehingga merasa jemu lalu akan meninggalkan al-quran itu sama
sekali.Yang bak adalah pertengahan,aturlah masa-masa yang tertentu untuk membacanya
-Kita sememangnya diminta untuk memuliakan pemimpin yang adil kerana keadilan itu
adalah sifat Allah swt dan manusia seharusnya bersyukur kepada Allah pabila
dikurniakan kepada kita seorang atau beberapa orang pemimpin yang adil yang selalu
menjaga kepentingan rakyat.Tidak kira siapa walaupun dia bukan seorang muslim.
Tuesday, March 17, 2009
Memuliakan Orang Yang Suka Membaca Al-quran
Writen By imranulkhalis at 8:02 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA, BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN PEMBACANYA, Hifz Al-quran, Tazkirah
Monday, January 12, 2009
Pembaca Al-Quran Dicintai ALLAH
Daripada Abdul Hamid Al-Hammani,dia berkata:aku pernah bertanya kepada Sufyan Ats-Tsauri tentang seorang lelaki yang pergi berperang fisabilillah dengan seorang lelaki lain yang suka membaca al-quran,mana di antara keduanya ini yang lebih kamu cintai?Maka jawab Sufyan:yang lebih aku cintai ialah orang yang suka membaca al-quran kerana sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud :
" Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-quran dan mengajarkannya(al-quran)" - Riwayat Bukhari-
1.Mengapa pembaca al-quran lebih dicintai oleh Sufyan daripada orang yang berperang fisabilillah?kerana orang yang membaca al-quran itu sentiasa dekat kepada ALLAH dan sentiasa mempunyai waktu bersama al-quran manakala orang yang berperang pula tidak semua waktu dia akan berperang.
Writen By imranulkhalis at 8:04 PM 1 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA
Thursday, December 11, 2008
Siapa Yang Menghayati Pembacaan Al-Quran
Daripada Ad-Darimi dengan sanad hadisnya daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a daripada Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Selalulah membaca Al-quran kerana sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa hati yang menghayati al-quran.Dan ketahuilah bahawa al-quran itu adalah umpama hidangan Allah maka barangsiapa yang memasuki di dalam (hidangan) itu,nescaya dia aman.dan barangsiapa mencintai al-quran maka berbahagialah dia (Riwayat Ad-Darimi)
Hidangan Allah tu bererti bentengNya,siapa yang berada di dalam benteng itu terselamatlah dia,tetapi jika tidak mencintai al-quran maka bagaimana dia boleh memasuki bentengNya?Mencintai al-quran bukan sahaja dengan menciumnya sahaja atau meletakkan di atas rak-rak atau dibungkuskan dengan kain yang mahal-mahal.Itu bukan ertinya cinta yang hakiki.Mencintai al-quran ialah dengan membacanya dan mengamalkan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya.
Writen By imranulkhalis at 8:00 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA, Hifz Al-quran
Tuesday, November 25, 2008
Pembaca Al-Quran Yang Mengamalkan Perintahnya
Daripada Muaz Bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "barangsiapa yang membaca al-quran,lalu diamalkan pula apa yang dibacanya itu,nescaya nanti di hari kiamat Allah Taala akan memakaikan mahkota kepada kedua ibu bapanya,cahaya mahkota itu lebih terang daripada cahaya matahari yang menerangi rumah-rumah yang di dunia dan apa kata kamu tentang apa yang diamalkannya itu?" (Riwayat Abu Daud)
kalau orang itu terbiasa dengan gemar membaca al-quran dan beramal dengan petunjuk al-quran,sebabnya ialah ibu bapanya atau walinya yang menguruskan pendidikannya di masa kecilnya,sama ada dia sendiri yang mengajarnya ataupun dia yang menyebabkan anak itu sampai mempelajari al-quran maka kerna itu Allah Taala memberikan balasannya yang begitu tinggi di hari akhirat.
Orang tua zaman dahulu juga sangat mementingkan pengajian al-quran kerana mereka sangat tahu akan pentingnya tentang mengaji al-quran.Mereka juga tidak kisah jika perlu keluarkan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka dapat belajar pelajaran al-quran serta mengamalkan.cuba kita lihat situasi pada hari ini,ramai ibu bapa yang terlupa akan kepentingan ini.Ramai ibu bapa yang di zaman ini membiarkan anak-anak mereka terbiar tanpa mempelajari ilmu al-quran.Jika ada yang menghantar sekalipun ada,ada dikalangan anak-anak ini yang ponteng kelas pengajian,ada yang sambil lewa.berbagai situasi yang perlyu dihadapi.Di zaman teknologi ini banyak perkara mencabar yang perlu kita tangani dengan bijak.Al-quran di zaman sekarang tidak seperti al-quran di zaman dahulu.Al-quran zaman sekarang hanya terhias indah di dinding-dinding,hanya tersimpan kemas di dalam almari sebagi hiasan dan menggunakannya dikala terdesak sahaja..Maka beruntunglah ibu bapa yang mempunyai seorang anak yang hamalatul quan(bukan kata kat ana je)...beruntunglah anda sekiranya anda ahlul quran.Kepada Ahlul Quran,jagalah amanat yang telah allah berikan kepada kita.tidak semua mampu Untuk menanggung beratnya al-quran.Ingatlah,Allah pernah memberikan Al-quran kepada gunung,bukit bukau,binatang serta apa yang ada dibumi ini,namun mereka tak mampu untuk memikul bebannya al-quran.maka anak adam yang sanggup untuk memikulnya.Jadi,ana memperingati diri ana dan para Huffaz.Jagalah Amanah ini.....
Writen By imranulkhalis at 2:59 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA, Hifz Al-quran
Wednesday, October 22, 2008
10 Nasihat untuk Memahami Maksud Al Quran

Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.
1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.
Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.
3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.
4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.
5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.
6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.
7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?
8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.
9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.
10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.
- Copyright From Iluvislam.com -
Writen By imranulkhalis at 9:19 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA, Hifz Al-quran, TENTANG AKU....
Wednesday, August 13, 2008
Tidak Membaca Al-Quran Diumpamakan Rumah Yang Roboh
Daripada Ibnu Abbas R.A katanya,telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"sesungguhnya orang yang kosong dadanya dari sesuatu Al-Quran samalah seperti rumah yang telah roboh"
(Riwayat Termizi
~Rumah yang telah roboh dan binasa,apa faedah lagi yang ada padanya?tentu sudah tidak berguna lagi,kecuali jika dibangunkan semula.Begitu juga dengan dada yang kosong dari Al-Quran.Kalau hendak diperjuangankannya hendalah dibaiki hati itu dengan mengisi dengan al-quran walaupun sedikit daripada al-quran itu.Sebab itu para salafussoleh di zaman yang lalu tidak lepaskan anak-anak mereka di masa kecil untuk menghafal al-quran~
Dalam Riwayat yang lain pula,
Darpada Abdullah Bin 'Amru Bin Al-Ash,daripada Nabi SAW sabdanya :
"Dikatakan kepada orang yang sentiasa membaca al-quran(kelak di hari kiamat):
Bacalah,tinggikanlah suaramu dan perelokkan bacaannya sebagaimana yang engkau perna perelokkannya dahulu di dunia,maka sesungguhnya kedudukanmu ialah di penghujung ayat yang pernah engkau membacanya"
(Riwayat Abu Daud,Termizi dan Nasa'i)
(Bab Pertama,Kitab : AT TIBYAN FI ADAB HAMALATIL QURAN)
Writen By imranulkhalis at 8:24 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA
Saturday, June 14, 2008
Pembaca Al-Quran Diberikan kurnia Yang Khusus
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a Daripada Nabi s.a.w beliau berkata:Telah bersabda Tuhan Maha Suci Maha Tinggi,FirmanNya yang bermaksud :
"Baranggsiapa yang disibukkan oleh bacaan al-quran dan berzikir kepadaKu sehingga tiada masa baginya untuk meminta sesuatu kepadaKu,maka Aku akan memberinya seutama-utama yang pernah Aku berikan kepada orang-orang yang meminta kepadaKu,dan seutama-utama Kalam Allah(firman Allah)yang maha suci maha tinggi,yakni al-quran,ke atas selain kalam adalah umpama keutamaan Tuhan yang maha agung ke atas sekelian makhlukNya.."(Riwayat Termidzi)
(Bab Pertama,Kitab :AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)
Writen By imranulkhalis at 8:09 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA
Monday, June 9, 2008
Banyak Hasanah Yang Diperoleh Pembaca Al-Quran
Dan daripada Abdullah Bim Mas'ud r.a. katanya,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membaca suatu huruf dari kitab ALLAH Ta'ala,maka baginya suatu hasanah(kebaikan),dan suatu hasanah itu berganda sepuluh kali.Aku tiada mengatakan Alif-Lam-Miim itu suatu huruf,akan tetapi Alif itu satu huruf,Lam itu suatu huruf dan Mim itu suatu huruf."(Riwayat Termidzi)
Kalau kalimat Alif-Lam-Mim itu tiga huruf yang berkali sepuluh menjadi 30 hasanah,maka kalau kita baca Surah al-Fatihah sahaja sudah berapa ratus huruf,yang dikalikan sepukuh menjadi berapa ribu hasanah,apatah lagi kalau kita bacasatu juz dari al-quran berapa puluh ribu atau ratus ribu hasanah??namun begitu kita masih malas membaca al-quran,kenapa??Renung-renungkan dan selamat beramal...
(Bab pertama,kitab : AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)
Writen By imranulkhalis at 9:07 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA
Thursday, June 5, 2008
Perumpamaan Mukmin Yang membaca Al-Quran
Daripada Abu Muasa Al-Asy'ari r.a dia berkata,telah bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"perumpamaan orang mukmin yang membaca al-quran umpama buah utrujjah,(sejenis buah)baunya wangi dan rasanya pun sedap.Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-quran umpama buah kurma yang tidak mempunyai bau tetapi rasanya manis.Perumpamaan orang munafik yang membaca al-quran umpama buah raihanah yang baunya wangi tetapi rasanya pahit.Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-quran umpama buah hanzhalahyang tiada mempunyai bau dan pahit rasanya pula"
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Daripada Saiyiddina Umar Bin Al-Khattab r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"sesunguhnya ALLAH Taala telah mengangkat beberapa suku kaum dengan kitab ini,yakni al-quran dan merendahkan setengah suku kaum yang lain"
(Riawayat Muslim)
(Bab pertama,kitab: AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)
Writen By imranulkhalis at 8:58 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA
Tuesday, June 3, 2008
Orang yang selalu membaca al-quran dibangkitkan bersama malaikat pencatit amalan
Dari Siti Aisyah R.A dia telah berkata:Telah bersabda Rasullah s.a.w yang bermaksud: "orang yang pintar membaca al-quran(dibangkitkan)bersama para Malaikat pencatit yang mulia lagi patuh.Sedang orang yang mengaji al-quran dengan merangkak,yakni sukar untuk mengeluarkan bunyinya akan memperoleh pahala dua kali ganda" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
1.orang yang pandai baca al quran dan fasih lidahnya akan dibangkitkan bersama para
malaikat KIRAAMAN BARARAH,yakni malaikat pencatit amalan mulia.Tegasnya bila dia
dibangkitkan di ssamping para malaikat yang mulia ini,tentulah dia juga termasuk
dengan orang-orang yang mulia.
2.Orang yang merangkak membaca al-quran kerna tidak pandai atau tidak lancar masih
akan diberikan pahala dua kali ganda,apata lagi yang sudah lancar lidahnya dengan
menyebut ayat ayat al-quran tentulah lebih lagi.
(Bab Pertama,kitab: AT-TIBYAN FI ADABI HAMALATIL QURAN)
Writen By imranulkhalis at 9:53 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA
Writen By imranulkhalis at 9:49 PM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA
BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN DAN MENGAJINYA.
Writen By imranulkhalis at 11:43 AM 0 Orang Bercakap
Labels: BICARA TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN DAN MENGAJINYA