Bismillah.
Setiap hari aku duduk di satu sudut,
Berfikir, tafakur dengan muka memandang lantai,
Pada siapa lagi aku harus memohon,
Pada siapa lagi aku harus meminta,
Pada siapa lagi aku harus merayu, rintih pilu?
Aku cuma ada Allah, rabbku.
Doa yang aku panjatkan, tiada henti aku merayu,
Walau perlu aku menangis, maka tiada sesal aku menunggu.
Doa yang aku panjatkan, tiada henti aku merintih pilu,
Walau perlu aku berkorban, maka aku sedia untuk terkorban.
Kadang aku terfikir,
Apakah doa aku ini didengar?
Apakah doa aku ini dipandang?
Apakah doa aku ini dilihat?
Dalam pengharapan yang tinggi, terselit kesedihan yang tidak bertepi.
Wahai Allah,
Mohon,
Dengarilah,
Pandangilah,
Doa dari aku yang penuh emosi sakit tidak terperi.
Biar berlinangan airmata, aku takkan sekali menghentikannya.
Aku akan terus merayu dengan sendu pilu
Agar Kau memandang doaku.
Saturday, March 29, 2014
Doaku, Untukmu.
Writen By imranulkhalis at 1:09 AM 1 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Munajat Cinta Agung
Monday, March 24, 2014
Bagaimana?
Bismillah.
Bagaimana mahu lupa,
Sedang namamu banyak terukir dalam surat cinta Allah - al-Quran-,
Dan aku pula setiap hari membacanya.
Bagaimana?
Writen By imranulkhalis at 7:04 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Perkahwinan, Renungan, Sebuah Catatan Hati, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Monday, May 6, 2013
Satu Muhasabah Dan Pesanan Buat Pemimpin Baru Malaysia (PRU13)
Bismillah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah,
tuhan yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang
menciptakan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang tidak henti-henti
menyayangi kita. Segala puji hanya layak bagi-Nya.
Alhamdulillah. Hari ini kita masih lagi diberikan nafas yang baru,
diberi peluang untuk menghirup udara yang segar milik Allah tanpa kita
perlu membayarnya di mana-mana kaunter.
Alhamdulillah, hari ini kita bangkit dengan satu azam, satu harapan, satau cita-cita untuk membuktikan bahawa rakyat punya kuasa yang mutlak dalam menentukan siapa pemimpin yang akan memimpin Malaysia dengan baik pada masa yang akan datang.
Alhamdulillah, hari ini hamba percaya, rata-rata rakyat Malaysia keluar mengundi. Alhamdulillah, hamba juga keluar mengundi buat pertama kali dan sangat awal hari ini. Pukul 7:45am hamba sudah terpacak di pusat mengundi bersama keluarga. Alhamdulillah, hari ini telah ditakdirkan oleh Allah untuk kita memilih secara bijak, siapa yang akan kita pilih untuk menjadi pemimpin akan datang.
Pilihanraya umum kali ini melihatkan betapa sengitnya pertarungan. Ujian serta rintangan yang datang dari pelbagai arah. Mendesak, diuji dengan lambang bendera tidak dibenarkan penggunaannya, siri serangan ke atas peserta flashmob, siri kutukan ke parti-parti belah sana dan sini, siri laporan polis ke atas SPR kerana dakwaan yang mengatakan dakwat yang dicalit tidak kekal seperti mana yang dicanangkan.
Alhamdulillah, kini dan saat entri ini ditulis banyak dan sangat ketara perubahan yang sedang berlaku.
Ops! Sebelum itu, hamba ingin ingatkan bahawa blog hamba bukan blog politik dan hamba tidak sekali-kali mewakili mana-mana parti politik untuk menulis entri ini. Ini cuma pandangan peribadi hamba.
Baik, teruskan kepada penulisan.
Di tajuk entri hamba menulis tentang muhasabah. Apa kena mengena muhasabah dan juga PRU 13 ini? Pada yang memandang remeh dan sebelah mata, memang ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Masakan boleh masuk akal? Apa yang boleh dimuhasabahkan dengan PRU13 ini? Ia hanya sebuah undian untuk menentukan pemimpin dan ianya adalah normal.
Ya, benar. Tetapi ada banyak perkara yang harus dan wajib kita ambil ibrah dan muhasabah daripada apa yang telah kita lalui sepanjang perjalanan ini.
Rata-rata ramai yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memerintah melihatkan dari segi jumlah nombor yang dikecapi. Manakala Barisan Nasional sedang bersiap siaga untuk menjadi sebuah pakatan Pembangkang. Pertama kali dalam sejarah Malaysia hamba kira. Masakan tidak? Sudah hampir 56 tahun Barisan Nasional memerintah bumi Malaysia dan tiba-tiba pada PRU kali ini Barisan Nasional seakan mahu mengalah, memberi ruang kepada Pakatan Rakyat.
Jadi di mana muhasabahnya? Baik, ini yang perlu kita muhasabahkan serba sedikit :
1. Barisan Nasional, di dalam barisan parti itu para ulama' seumpama dipinggirkan. Suara Ulama Muda Umno terutamanya daripada al-Fadhil Ustaz Fathul Bari seakan disenyap. Itu dibuktikan dengan pernah wujud satu kenyataan yang mana beliau pernah menegur beberapa orang besar di dalam Barisan Nasional namun mereka tidak mengendahkannya.
2. Banyak desas-desus mengatakan tentang skandal pemimpin parti daripada Barisan Nasional. Baik daripada isteri kepada PM kita, skandal itu dan ini, salah laku dan sebagainya.
3. Isu kalimah Allah, Hudud, skandal video lucah oleh beberapa orang pemimpin barisan Pakatan Rakyat.
4. Dan beberapa lagi isu yang hamba kira para pembaca banyak mengetahuinya.
Kami adalah rakyat, yang melihat segala tindak tanduk pemimpin di hadapan kami. Apa yang kalian lakukan menjadi cerminan di masa akan datang bagaimana bentuk pemimpin yang bakal menerajui bumi Malaysia yang tercinta ini. Bumi Malaysia yang tercinta ini adalah bumi yang hamba kira dirahmati kerana duduknya pelbagai bilang kaum di dalamnya tanpa wujud perselisihan faham yang kronik dan melebar seperti di sesetengah negara luar. Malaysia adalah negara yang harmoni yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen walaupun terdapat beberapa pihak yang menyalahgunakan kuasanya untuk meraih undi dan simpati. Ini adalah perkara yang tidak baik.
Wujud beberapa perkara yang tidak enak didengar oleh kita sebagai rakyat. Berita tentang pemborosan yang berlaku, ketirisan akhlak pemimpin dan kerabatnya dan lain-lain lagi. Jika kerajaan pimpinan parti yang lalu tidak lagi memimpin pada hari esok, hamba ingin berpesan kepada kalian, bahawa tidak selamanya kita berada di atas. Kadangkala Allah menegur kita kerana kelalain kita sewaktu kita berada di atas sana. Dengan kuasa yang kita miliki, kita dengan sesuka hatinya mengarah untuk dilakukan atau dijalankan tindakan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang tidak kita sukai. Wahai pemimpinku, itu bukan akhlak yang sepatutnya ditonjolkan. Kata-kata kalian menjadi iktikad kepada penyokong tegar dan fanatik kalian.
Tidak kira siapa yang akan memimpin Malaysia pada hari esok, pesan hamba perbanyakkanlah Istighfar kerana kalian dibebankan dengan tugas yang maha berat dan sudah pasti ianya akan disoalkan saat kalian berada di mahsyar nanti. Amanah merupakan suatu perkara yang paling berat sekali. Ini dinukilkan di dalam al-Quran di dalam surah an-Nisaa' ayat ke 58. Nak tahu? Bukak sendiri mushaf anda ye. Hehe.. ^^,
Bercerita tentang amanah, sehingga esok belum tentu akan tamat ceritanya, namun diringkaskan cerita. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud : "Sekiranya Kami turunkan
Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu
khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah),
misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya
mereka memikirkannya."
Anda nampak betapa beratnya al-Quran? Anda nampak betapa beratnya sesuatu yang bernama amanah? Al-Quran itu diibartakan sebagai amanah. Jika gunung boleh pecah belah, lalu bagaimana kita yang sanggup untuk menerima amanah. Bukan yang kecil, ia adalah amanah yang besar. Memimpin sebuah negara.
Hamba selalu berdoa supaya Malaysia yang dicintai ini akan menjadi sebuah negara yang moden disamping tidak mengabaikan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Jika disoroti, banyak cerita di dalam al-Quran dan al-Hadith yang menceritakan tentang betapa beratnya sebuah perkara yang digelar amanah ini. Pesan hamba kepada pemimpin yang bakal memimpin kerajaan pada esok hari, ini adalah amanah rakyat buat kalian. Jangan penuhkan dada kalian dengan balas dendam, jangan penuhkan minda kalian dengan rencana jahat, jangan penuhkan poket anda dengan perkara yang bukan sepatutnya, jangan sesekali menyusahkan rakyat kerana tanpa rakyat kalian tidak berada di atas sana mengecapi nikmat yang Allah beri, jangan sesekali mengabaikan rakyat dan sekali lagi, jagalah rakyat dan jangan susahkan rakyat anda. Kami berkuasa kerana kami yang menaikkan kalian di atas sana. Jangan bangga dengan apa yang kalian miliki, kelak Allah akan mengambilnya bila-bila yang disukainya.
Akhir kalam, hamba mengharapkan Malaysia yang ada pada hari Isnin ini akan lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Kami memberikan ruang dan peluang untuk kalian berkhidmat kepada kami dengan sebaiknya. Jangan letakkan Allah di hujung perkiraan kalian, jangan letakkan nafsu menjadi kiblat haluan kalian.
Kayakanlah diri kalian dengan sifat tawadhuk. Di dalam pimpinan kalian nanti akan ada mereka yang tidak memahami Islam dengan sebaiknya, inilah masanya untuk kalian memperlihat serta menonjolkan keindahan, kesucian dan kebenaran Islam kepada mereka.
Semoga kalian senantiasa diredhai Allah. Jangan gadaikan negara ini kepada tangan yang bukan ahlinya.
P/S : Kepenatan dan kerinduan.
Writen By imranulkhalis at 12:24 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Anwar Ibrahim, Blog, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Najib Razak, Nukilanku, PAS, Pengumuman, PKR, Politik Malaysia, PR, PRU13, Renungan, Tazkirah, Umno
Saturday, April 20, 2013
Islam Itu Tetap Di Atas (Pasca PRU13)
Bismillah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang tidak henti-henti menyayangi kita. Segala puji hanya layak bagi-Nya.
Alhamdulillah. Hari ini kita masih lagi diberikan nafas yang baru, diberi peluang untuk menghirup udara yang segar milik Allah tanpa kita perlu membayarnya di mana-mana kaunter.
Alhamdulillah, setelah semalaman kita tidur dan hari ini kita bangun dengan satu azam yang kuat, satu cita-cita yang tinggi dan satu harapan yang menggunung.
Alhamdulillah. Hari ini Allah telah mengembirakan kita dengan menarik kita daripada terjatuh dalam jurang yang dalam.
Alhamdulillah.
Entri ini sempena Pasca PRU13 yang bakal menjelma tidak lama lagi. Saat entri ini ditulis, hampir seluruh Malaysia sibuk dengan hari penamaan calon dan hamba duduk di sini menaip sekadar meluahkan rasa dan menyampaikan sahaja.
Sebelum bercerita lebih lanjut lagi ingin sekali hamba tekan dan tegaskan bahawa blog ini bukan blog politik, dan hamba selaku pemilik blog ini TIDAK PRO KEPADA MANA-MANA PARTI. Dan apa yang hamba tulis ini tidak mendapat upah atau bayaran daripada mana-mana pihak. Hamba menulis, insyaallah dengan rasa ikhlas.
Baik, baru-baru ini sebuah parti di dalam barisan Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP telah dimaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan logo parti mereka atas sebab-sebab tertentu. Dan Parti Islam Se-Malaysia telah membenarkan DAP untuk menggunakan logo mereka di semenanjung Malaysia dan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) digunakan Sabah dan Sarawak.
Ada yang mahu membantah dan berfikir bukan-bukan di sini? Maaf, jika anda berasa ingin membuat begitu hamba tidak akan benarkan kerana INI BUKAN BLOG POLITIK. Sila main jauh-jauh.
Walau mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai manusia, namun pada hamba, secara peribadinya terdapat beberapa hikmah yang tersembunyi. Hanya manusia yang berfikir secara positif dan matang sahaja dapat mencari hikmah yang tersembunyi.
Tidak lama dahulu, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah menyatakan bahawa perlu untuk melangkah mayatnya dahulu jika mahu laksanakan negara Islam. Juga dikatakan Pengerusi terdahulu DAP, Lim Kit Siang mengatakan bahawa "mati Melayu" dan sebagainya.
Namun apa yang terjadi? Hari ini Islam membela mereka walaupun dengan hal yang kecil (dengan memberi kebenaran untuk menggunakan dua logo parti Barisan PR) dan ini menunjukkan dengan jelas bahawa Islam itu tidak pernah menunjukkan sebarang penentangan terhadap mereka walaupun banyak kata-kata yang tidak enak didengar daripada mulut mereka.
Hari ini Islam telah membela disaat mereka jatuh. Ini hikmah dan bukti yang Islam tetap terus berada di atas dan memadamkan desas desus yang mengatakan bahawa Islam dan Melayu akan jatuh. Ini buktinya. Islam dan melayu tetap berada di atas. Di tanah sendiri.
Allah SWT berfirman di dalam surah ali-Imran yang bermaksud : "Sesungguhnya agama yang diredhai Allah adalah Islam." Ditambah pula dengan sabda kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud : "Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya." Ini sudah dibuktikan pada kita hari ini sekaligus membuka mata pihak-pihak tertentu yang tidak percaya kepada agama Allah.
Jika sekalipun terdapat agenda yang tersembunyi oleh DAP, hamba yakin dan percaya bahawa mereka tidak mampu untuk melepasinya kerana ada agama yang tinggi, iaitu Islam. Tambahan di Malaysia. Islam yang dianuti oleh bangsa melayu di sini sangat menjaga agamanya. Jika sesuatu terjadi kepada Islam dan melayu, hamba yakin sesuatu yang besar akan berlaku. Apa yang penting, jika DAP mahu mengkafirkan bumi Malaysia ini, maka hamba pasti dan sangat yakin bahawa Melayu Islam akan bangkit dan tahu apa yang perlu dibuat kepada mereka.
Sempena PRU13 yang akan datang ini, ingin sekali hamba ingatkan kepada sahabat-sahabat di luar sana yang bertugas untuk berkempen supaya :
- Jangan fitnah memfitnah
- Jangan maki memaki/menghina
- Jangan mencarut
- Jangan bergaduh/bertumbuk dan sebagainya
- Jangan memutuskan silaturrahim antara muslim
- Jangan menampakkan akhlak yang buruk
- Jaga adab sesama manusia
- Jangan sekali-kali menjatuhkan satu sama lain
- Jangan mencaci/menghina ulama.
- Dan jangan lakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan imej islam walau apapun parti yang dipangkah.
Akhir kalam, semoga PRU kali ini dijalankan dengan lebih matang dan bakal pemimpin yang akan datang ini akan lebih memahami Islam dan keluh kesah rakyat di bawah pimpinannya.
Semoga Allah redha.
Allahu a'lam.
P/S : Ini bukan blog politik. Jika nak cakap kotor sila main jauh-jauh dari blog hamba.
Writen By imranulkhalis at 10:50 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Sebuah Catatan Hati, Tazkirah, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Wednesday, April 10, 2013
Buat Kamu. Ya Kamu.
Bismillah.
Ini ada satu coretan buat kamu. Hamba titipkan, agar bila kamu melawat taman hamba, kamu baca dan jadikan ia sebagai kekuatan kamu.
Ini untuk kamu. Ya kamu, yang melawat taman ini.
_______________________________________________________________
Hati kamu keliru
Ditambah pula lesu
Dengan kerja kamu yang bertalu-talu
Kamu rebah,
Duduk di sudut
Mengenang, lalu monolog sendiri
"Apa terjadi pada aku? Kenapa harus aku yang jadi begini?
Oh Allah, bantulah aku."
Dalam tidak sedar,
Ada air mata mengalir deras.
Mari,
Aku bisikkan kata-kata indah
Buat kamu hilang lelah.
Yang namanya manusia, pasti diuji
Yang namanya manusia, pasti teruji
Namun, setiap ujian itu pasti tidak melebihi kekuatan diri
Ada kalamNya menyebut yang bermafhum :
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan
sesuai dengan kemampuannya"
Jangan mengeluh,
Jangan bersedih
Percayalah
Allah itu bersama kita.
Kita pohon kekuatan, tetapi Allah beri kesulitan untuk menjadikan
kita kuat.
Kita pohon keteguhan hati, tetapi Allah beri masalah untuk
diatasi.
Kita pohon keyakinan, tetapi Allah beri ujian untuk memantapkan
iman dan jiwa.
Kita pohon cinta, Allah berikan insan yang tulus untuk
didampingi.
Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini, namun kita
sentiasa dapat apa yang kita perlukan..
Yang ikhlas,
Aku, hamba.
Imranburhanuddin
1:01am | TeratakAyahBonda | 10042013
P/S : Semoga berada dalam surga.
Writen By imranulkhalis at 1:03 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Motivasi, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Sebuah Catatan Hati, Surat Cinta Allah, Tazkirah, Tinta Dariku
Sunday, February 3, 2013
Tiada Semalam, Tiada Hari ini.
Bismillah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam yang menciptakan alam dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Segala puji bagi Allah yang menciptakan Adan dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang menciptakan cinta di dalam hati kita.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah jemu-jemu mengingati kita sebagai umatnya.
Alhamdulillah. Setelah sekian lama tidak menulis di sini, akhirnya hari ini Allah telah menggerak jemari comel ini untuk menulis kembali di teratak yang telah lama hamba tinggalkan untuk memuaskan nafsu di laman facebook dan melakukan sedikit penulisan.
Alhamdulillah, segalaya berjalan seperti biasa. Hari ini, hamba ingin berkongsi bersama-sama. tentang sejarah. Skop yang hamba ingin ketengahkan ialah sejarah tentang diri kita sendiri.
Hamba pasti, setiap daripada kita mempunya sejarah. Kalau tidak mempunyai sejarah, masakan terdapat buku-buku sejarah yang kita baca hari ini? Buku-buku sirah, buku sejarah sekolah dan lainnya. Semua dan setiap insan punya sejarah tersendiri. Cuma bagaimana dan apakah sejarah tersebut ia adalah berdasarkan daripada empunya sejarah dan diri itu.
Tidak terkecuali hamba, hamba juga mempunyai sejarah. Jika diceritakan mungkin tidak berkesudahan dan memakan masa sehingga seminggu dua bagi melengkapi suku daripada sejarah hamba. Itu baru sikit, kalau hamba ceritakan sejarah penuh hamba, hamba khuatir akan ramai yang berjanggut dan beruban kerana kisah sejarah hamba yang maha panjang dan berjela.
Siapa pun kita pada hari ini dan apa yang berlaku pada hari ini pada diri kita, ia adalah disebabkan sejarah. Manusia ada setengahnya berubah kerana sejarah hitam yang baik dan buruk. Manusia ada setengah berubah kerana sesuatu, mungkin wanita, material atau sebagainya. Yang penting perubahan itu adakalanya adalah berbentuk positif dan adakalanya negatif.
Namun kita harus berterima kasih kepada sejarah dan apa yang berlaku dahulu, kerana menjadikan kita seperti hari ini jika ia adalah perkembangan yang baik dan positif. Namun kita harus berduka jika apa yang telha dilakukan pada masa lalu mendatangkan penyesalan dan kesedihan yang tidak terhingga kepada diri kita.
Ya, sejarah kadangkala membuatkan kita berduka terlalu lama. Dan adakalanya sejarah membuatkan kita terus bangkit mencari kekuatan baharu walaupun terpaksa menelan duka yang amat pahit.
Kadangkala kesalahan kita pada masa lampau menyebabkan kita menyesal dan secara tidak langsung ia membuatkan kita lebih dekat kepada Allah. Kesalahan kita pada masa lampau kadangkala membuatkan kita selalu menangis dan menyesal tidak berkesudahan, tapi pernahkah kita dengar bahawa "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna.". Hamba yakin hampir semua orang pernah mendengar dan tahu akan maksud perkataan itu. Hampir semua orang. Ya, kita tidak boleh kembali ke masa lampau dan kembali membetulkan apa yang telah kita lakukan dahulu walaupun ramai yang berhajat melakukan perkara itu jika diizinkan Allah. Namun, hidup ini harus berdepan dengan realiti bahawa masa itu tidak boleh diputarkan. Jika benar boleh diputarkan, maka sudah pasti orang yang sudah mati ingin kembali ke dunia dan melakukan amal ibadat yang banyak untuk menjadi bekalan di sana nanti. Seperti hamba katakan, hidup ini perlu berdepan dengan realiti.
Sakit bagaimanapun yang harus kita depani, ambillah ia dengan cara positif dan buatkan ia menjadi pembakar semangat supaya kita tidak melakukan lagi kesilapan dahulu yang telah menjadi sejarahyang amat pahit untuk kita telan.
Insyaallah bersambung jika diizinkan Allah.
Jika tidak, anggaplah ia adalah sebuah luahan hati hamba yang memujuk mereka yang sedang berduka dan janganlah bersedih. Allah bersama kita. Allah akan memeluk jiwaMu jika kamu sedang bersedih. Peluklah Allah dan Allah akan memeluk dengan amat rapat.
Kesedihan kadangkala menjadi jambatan untuk kita bertemu Allah.
Allahu a'lam.
P/S : Mencari Ikhlas.
P/S : Mood menulis, berkarya dan menyampaikan Islam.
Writen By imranulkhalis at 5:05 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, Motivasi, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Penawar Duka, Renungan, Sebuah Catatan Hati, Tinta Dariku
Wednesday, January 30, 2013
Maulidurrasul Dan Pemergian Siti Hajar Ahmad Sabir
Bismillah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan alam dalam masa 6 hari. Segala puji bagi Allah, tuhan yang tidak jemu-jemu mendengar kita siang dan malam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang penuh kasih sayangNya melebihi kasih sayang seorang ibu.
Selawat dan dalam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah jemu menyampaikan risalah dakwahnya kepada umat. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang diakhir hayatnya tidak pernah melupakan kita dan risaukan kita sebagai umatnya.
Alhamdulillah. Setelah sekian lama hamba meninggalkan blog ini. hari ini hamba diberi kekuatan oleh Tuan Punya Dunia untuk kembali menulis. Kononnya bertapa, tetapi lebih banyak berjimba di MukaBuku.
Beberapa hari yang lalu, kita menyambut Maulidur Rasul SAW. Hari dimana Rasulullah SAW dilahirkan. 12 Rabiul Awwal atau disebut juga sebagai Rabiul Anwar. Pada hari baginda dilahirkan seluruh alam bagaikan bercahaya dan bertasbih. Bonda baginda, Aminah melahirkan baginda dengan mudah sekali. Saat baginda disambut, tangannya seolah sedang bertasbih dan tiada tangisan yang keluar daripada mulutnya. Bahkan baginda juga dikhatankan sejak dalam rahim lagi.
Baginda dibesarkan dalam suasana keluarga yang sederhana. Tidak sempat melihat wajah bapanya. Bondanya juga kembali kerahmatullah saat pulang dari menziarahi makam suaminya, Abdullah. Tinggalah baginda seorang diri dan kemudian baginda dijaga oleh bapa saudara.
Sejak kecil lagi, baginda sudah mula sifat-sifat yang lain daripada kanak-kanak yang ada ketika itu. Itulah dia, Muhammad SAW. Yang sentiasa kasih, sentiasa melemparkan senyuman, lemah lembut, sangat menyayangi anak yatim dan baginda juga manusia agung.
Berapa ramai daripada kita yang mampu menitiskan airmata tatkala mengenang baginda? Berapa ramai daripada kita yang mampu mengalirkan airmata kerinduan ketika disebut nama baginda? Baginda kerisauan baginda terhadap kita?
Diriwayatkan, pada suatu hari ketika Baginda sedang duduk
berkumpul dengan para sahabat, Baginda bertanya kepada sahabatnya, "Wahai sahabatku, tahukah kalian, siapa hamba yang mulia di sisi Allah?"
Para sahabat terdiam, lalu salah seorang sahabat berkata : "Para
malaikat Ya Rasulullah, merekalah yg mulia."
Baginda berkata : "Ya, Para
malaikat itu mulia, mereka sentiasa bertasbih beribadah kepada Allah,
tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan."
Kemudian
para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba salah seorang sahabat kembali
berkata : "Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia itu."
Rasulullah tersenyum, Baginda berkata : "Ya, para Nabi itu mulia, mereka
adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia,
tapi ada lagi yang lainnya."
Para
sahabat terdiam, tertanya-tanya. siapa lagi orang yang mulia itu? Sehingga kemudian salah seorang sahabat berkata : "Ya Rasulullah, adakah
kami sahabatmu Ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah ?" .
Kemudian baginda pandang satu persatu sahabat baginda sambil
tersenyum, Baginda berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat dengan ku, kalian membantu perjuangganku, bagaimana mungkin kalian tidak
mulia, tentulah kalian mulia, tetapi bukan itu yang ku maksudkan."
Para
sahabat terdiam semuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi. Baginda menundukkan wajahnya, tiba-tiba Baginda menangis di
hadapan sahabat-sahabatnya, para sahabat pun tertanya-tanya, "Mengapa kau
menangis ya Rasulullah?" Apabila baginda mengangkat waajahnya, terlihat
air mata yang berlinangan membasahi pipi dan janggutnya.
Baginda
berkata : "Wahai saudaraku, sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia
itu? Meraka adalah manusia yang lahir jauh dari
wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah. Tahukan kalian, mereka
tidak pernah memandang ku, mereka tidak pernah melihat wajah ku. Meraka
hidup tidak dekat denganku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu
kepada ku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku juga rindu
kepada mereka. Mereka yang mulia itu, merekalah Ummatku!" Tagisan
Rasulullah di sambut oleh sahabat-sahabat juga dengan tangisan.
Begitu sekali baginda merindui kita, namun apakah kita merindui baginda? Apakah hanya dengan menyambut Maulidurrasul itu sudah dikira bukti kecintaan kita kepada baginda? Seperti mana orang yang sedang asyik bercinta membukti kecintaan mereka terhadap pasangan masing-masing, maka begitulah juga kita harus mempamerkan kerinduan dan kecintaan kita terhadap baginda dengan mengamalkan sunnahnya.
Siti Hajar Ahmad Sabir
Blog hamba tidak pernah mendapat kunjungan yang tinggi seperti kali ini. Pernah sekali hamba melawat blog hamba sendiri, jumlah pengunjung melebihi 30 orang! Subhanallah. Sebuah kunjungan yang sangat memeranjatkan hamba. Hamba tidak pernah merasai begini.
Paling ramai kunjungan yang diterima untuk teratak ini adalah 3 orang.
Begitu banyak ketaranya.
Baru-baru ini, di dalam kebanyakan laman sosial dan blog-blog banyak menceritakan tentang kematian seorang gadis biasa. Pelajar UTeM. Gadis itu bernama Siti Hajar Ahmad Sabir. Biasa-biasanya sahaja. Tiada yang luar biasa pada fizikalnya. Mempunyai paras rupa yang biasa. Namun bersih dan jernih. Lahir dalam keluarga yang sederhana, namun kuat pegangan agamanya. Segalanya tentang gadis ini amat biasa. Tiada apa yang luar biasa. Namun kematiannya telah memberi sejuta inspirasi kepada manusia seperti hamba.
Perginya Allahyarhamah Siti Hajar Ahmad Sabir telah mengetuk hati ramai manusia dan membuka mata setipa insan yang bergelar pendakwah.
Ya, walaupun hanya seorang gadis biasa namun almarhumah memiliki segunung jiwa yang mahu berdakwah kepada manusia. Jika disusuri kronologi akhir almarhumah, hamba yakin ramai yang menitiskan airmata. Kagum, sebak, tergamam dan adakalanya sehingga tidak mampu untuk diungkapkan bagaimana perasaannya. Pemergiannya seolah dimudahkan. Hamba yakin dan percaya ada yang sebak tatkala membaca almarhumah sangat takut bila dakwahnya tidak diterima Allah. Hamba sendiri ketika mengikuti kisah ini tidak dapat membendung airmata yang mengalir. Gadis ini bukan gadis biasa. Ada sesuatu di dalam hatinya yang membuatkan ramai insan mengalirkan airmata.
Siapapun almarhumah, beliau telah memberikan infiniti inspirasi untuk insan-insan lain untuk meneruskan kerja dakwah, melakukan Islah pada diri.
Secara jujurnya, hamba bukanlah manusia yang agak baik. Muka je nampak comel (comel ke?) tapi hantu juga, tetapi bila hamba membaca kisah almarhumah, subhanallah. Jujur hamba katakan, ianya indah! Sangat indah! Pemergiannya seolah dimudahkan, dan beliau sudah bersedia. Tidak dapat hamba bayangkan jika hamba berada disitu dan melihat beliau yang kesakitan. Subhanallah.
Ini kisah yang tidak dipaparkan di media. Ini kisah yang tidak mendapat publisiti murahan kerana pemilik cerita ini sangat mahal harganya.
Almarhumah menjadi inspirasi. Seorang gadis biasa yang berjaya mengubah banyak hati. Tidak salah jika hamba katakan almarhumah seperti sang sufi yang zuhud itu, Rabiatul Adawiyyah. Semoga Allah meletakkan almarhumah bersama para Muqarrabun. Orang-orang yang hampir dengan Allah.
Subhanallah. Semoga Allah merahmatinya.
Allahu a'lam.
P/S : Hamba masih lagi di dalam mood terkesan dengan kisah Siti Hajar Ahmad Sabir. Semoga almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah.
Writen By imranulkhalis at 1:56 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Motivasi, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Sebuah Catatan Hati, SERIKANDI ISLAM, Surat Cinta Allah, Tazkirah
Friday, January 25, 2013
Pengumuman!
Bismillah.
Kepada sesiapa yang mengenali ahli keluarga Siti Hajar Ahmad Sabir, hamba memohon untuk disampaikan hajat hamba iaitu ingin bertemu dengan keluarga insan hebat ini. Ada
sesuatu yang berguna pastinya untuk diri saya sendiri dan orang lain.
Sesiapa yang boleh membantu, saya mohon sampaikan hajat saya ini.
Sangat-sangat mengharap.
Jika ada sesiapa yang mampu untuk hamba berjumpa atau berhubung, sila maklumkan kepada hamba seperti di bawah :
Emel : imranulkhalis@gmail.com
FB : www.facebook.com/Imranalhuffaz
Tel : +6017-5488820 | +6013-4444285
Segala kerjasama yang diberikan oleh anda, hanya Allah yang dapat membalasnya.
Allahu a'lam.
Writen By imranulkhalis at 9:38 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Pengumuman
DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR (Mujahidah yang telah kembali alam sana)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog
yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu
hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana.
Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu
kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita
memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
______________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera
bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu
berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan
ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor
mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula
berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan
dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang
petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan
darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari
hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke
perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan
kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan
berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam
dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh
tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang
je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami
ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan
sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam
biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata
pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap
dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata
sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita
ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati
dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang
mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah
keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol
air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja.
Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang
menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela
lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup
sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus
betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak
bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2
mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2
lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah
malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di
Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada
Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan
pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat
menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi
semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan
pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia
dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan
dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan
menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2
amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan
keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya
terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole
truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada
dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang
mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil
kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya
hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang
dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap
hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan.
Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang
maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir
yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita
mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA
mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu
situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga
pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan,
tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup,
katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi
tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan
bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur.
Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut
SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan,
kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca
sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema,
kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar
semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari
nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan
kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut.
Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang
menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema
mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula.
Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak
membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2
suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan
tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi
bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah
tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami
memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana?
Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu
keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh
bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3
kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan
terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.
SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang
menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia
jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua
tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa
sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak
rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan
kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang
dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih
tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan
kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi.
Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan
berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun
gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba
ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget -
masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade
bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya.
Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang
sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih
terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya.
Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya
bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat
ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke
mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk
diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah,
mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata
“Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam
tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak,
Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia
kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan
tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya
telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa
pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal
semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya
bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu.
Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih
arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah
tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis.
“Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak.
Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive.
Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak
jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu
lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2
doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula
mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya
dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak
dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia
terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2
muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana
muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi…
dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang
takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh
ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti
siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab
“Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia
untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central.
Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg
terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak
cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg
sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang
bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami
saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan
kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak,
Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri.
Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak
je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan
belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak
menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih
sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal
keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak
mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan
rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”.
Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih
tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah
redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup
lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk
beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan
Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan
ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi
pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan
berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya
kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang
banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat
yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang
kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya
nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.”
“Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2
kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak
susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan
apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah
menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut
sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka
Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba
menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan
najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf
tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula
diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik
untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk
semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula
gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut
cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan
berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya ..
mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai
ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga
akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni ,
mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi
Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam
hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong
beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa
bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa
semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak.
Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih
kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa?
Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya
membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2
dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya.
Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh
nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan
berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan.
Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan
tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah
nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib
tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar
segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin
pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk
dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2
lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang
banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor.
Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti
berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya
nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris
teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang
belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu,
kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan
kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan
yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu
terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus
mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk
mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar
diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula.
Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk
ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami
buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu
solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui
pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami
benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon
pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan
kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang
disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih
tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh
bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan
meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami?
Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak
boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil.
Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis.
Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh
berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami
perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci
darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu,
pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan
pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk
dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh
selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH
SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa
bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi.
Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti
lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan
Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar,
saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh ,
saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab,
“Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak
boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami
dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma
pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan
meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi
Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana
Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua
keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2
yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali
terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk
dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon
bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20
pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang
dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih
menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah
meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan
kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia
terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA
ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha
Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat
dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat,
pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan
terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh
alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang
mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,(
tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur
menyayanginya.
P/S : Hamba menitiskan airmata tatkala membaca kisah ini. Kisah yang tidak diambil pusing. Hati hamba menjadi sayu kerana wujud manusia yang begini luar biasa hebatnya. Hati hamba pilu kerana hamba tidak dapat menjadi sepertinya. Al-marhumah benar-benar gadis yang hebat, Semoga Allah menempatkan almarhumah bersama mereka yang beriman dan semoga Syurga ganjaran buatnya.
P/S : Artikel diambil dari sini
Writen By imranulkhalis at 9:14 PM 8 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Hifz Al-quran, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Penawar Duka, Renungan, SERIKANDI ISLAM, Surat Cinta Allah, Tazkirah
Wednesday, May 16, 2012
Entah
Bismillah
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Yang mencipta langi tanpa tiang, yang mencipta bumi teguh di kedudukannya, yang menciptakan cinta tanpa dapat dilihat.
Hari ini hamba malas mahu menulis muqadimah yang panjang-panjang. Cukup sekadar anda tahu betapa hamba tetap terus memuji Tuan Punya Dunia walau hamba sangat-sangatlah jahat.
Alhamdulilah.
Hari ini Allah sekali lagi memberi peluang kepada hamba untuk terus menulis sesuat untuk tatapan sahabat-sahabat pengunjung blog hamba yang serba serbi tiada apa-apa ini. Hanya tulisan kecil yang tak sedap dibaca sahaja yang dapat anda lihat.
Alhamdulillah.
Hari ini 16 mei. Setiap tahun jika datangnya tarikh ini kita tidak lupa untuk mengucapkan, menghantar sms atu memberikan hadiah kepada orang yang banyak berjasa kepada kita. Tentu anda tahu bukan? Sudah tentu kepada guru kita yang banyak mengajar dan menjadikan siapa kita pada hari ini. Baik atau buruknya guru kita, mereka tetap guru kita. Jalan yang baik dan buruk telah diajarkan mereka kepada kita, cuma kita sahaja yang salah memilihnya jika jalan yang ditunjuk itu salah.
Jika anda-anda semua mahu tahu, hari ini adalah Hari Guru Sedunia. Seluruh dunia menyambut hari 16 mei ini. Hari yang memperingati semua guru-guru yang wujud di atas muka bumi ini. Tanpa guru kita tiada apa.
Siapakah sebenarnya guru kita selain daripada guru yang mengajar kita di sekolah?
Jawapannya, Nabi Muhammad SAW adalah guru yang terbaik yang patut dijadikan contoh bagi semua pendidik yang ada di muka bumi ini. Kedua ibubapa kita juga adalah pendidik yang mendidik kita sehingga kita dewasa. Hatta kita sudah berkahwin juga, mereka adalah tetap guru kita.
Dikesempatan ini hamba ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada :
Guru-guru tadika di Taski ABIM al-Hidayah, Parit, guru-guru hamba di Sekolah Rendah Iskandar Shah Parit, guru-guru hamba di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN Cawangan 2, guru-guru hamba di Maahad Al-Aziz, Parit, guru-guru hamba di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Perak dan juga guru-guru hamba di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Hari ini seperti tidak ada mood untuk menulis tentang ini.
Terasa lelah sangat-sangat hari ini. Entah kenapa.
Maafkan hamba.
Allahu a'lam.
P/S : Ana mushtaq.
Writen By imranulkhalis at 1:08 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Nukilanku, Pengumuman, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Saturday, May 12, 2012
Pelita
Bismillah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menjadikan siang dan malam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan cinta. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kita lagi nafas untuk kita hirup di atas bumiNya.
Alhamdulillah.
Waaahh!!! Sudah agak lama meninggalkan dunia blog ini. Bak kata pepatah yang hamba cipta sendiri yang berbunyi, "Blog lain diupdatekan, blog sendiri menangis tidak diupdatekan." Ingat, kalau anda-anda semua nak copy pepatah hamba ini silalah kreditkan kepada hamba. Hoho!
Sedar atau tidak sudah hampir lima tahun hamba menceburkan diri dalam dunia blogger ini. Bermula daripada 29 May 2008 sehinggalah kini. Alhamdulillah, dah besar blog hamba ini. Tahun depan boleh masuk tadika dah. Hoho lagi!
Dalam blog ini banyak yang telah hamba coretkan, luahkan, kongsikan. Ada yang panas, ada yang menjadi bahan bualan, ada yang menjadi rujukan (ada ke?) dan berbagai lagi. Selama hampir lima tahun ini jugalah, blog hamba telah mencapai rating yang amat tinggi. Dalam sehari tidak kurang daripada 100,000 pengunjunga yang melawati laman blog hamba. Alhamdulillah, kalau jual blog ini dah boleh nikah dah. Blog hamba mahal tahu? Cuba anda semua lihat di sebelah kiri atas, boleh tengok berapa harga blog hamba. Blog anda ada harga mahal yang begitu? Hoho!
Di blog ini juga banyak kenangan yang tercipta. Dari mula indahnya perhubungan yang pernah dicipta sehingga putusnya ia kerna asbab yang tertentu. Sekarang masa untuk beliau bahagia dan senyum kembali terukir. Ok, kita tinggalkan cerita itu kerna sememangnya tidak layak hamba untuk menagih bahagia daripada tuhan kerna hamba adalah hambaNya.
Ok, nak cerita sikit. Pada 28 April yang lalu hamba dan famili telah ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa dan untuk pengetahuan anda, ini adalah program tahunan kami. Alhamdulillah, banyak juga buku-buku yang hamba borong tetapi ada juga buku yang hamba tidak dapat dan ada la benda-benda yang hamba tidak dapat. Oh ya! Kebetulan pada tarikh itu telah diadakan satu perhimpunan yang dinamakan Bersih 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. Pada hari itu banyak jalan yang ditutup dan disekat atas faktor-faktor tertentu.
Sebelum sampai di Kuala Lumpur, hamba bertoak daripada Stesen Keretapi Ipoh pada pukul 5.30 pagi. Pepagi buta lagi kami dah bertolak ke Ipoh daripada teratak hamba di Kampung Tanjung Ara, Parit, Perak. HAHA!
Kami naik tren apa? Sudah tentu kami naik tren ETS. Laju bapak tak ingat pastu cerita yang sama diulang-ulang dalam tren tu. Hoho. Apa yang hamba nak ceritakan di sini ialah semasa perjalanan kami ke Kuala Lumpur pagi itu, hamba dapat melihat kumpulan manusia yang agak ramai. Sebelum-sebleum ini hamba tidak pernah lihat situasi seperti ini. Agak ramai dan mungkin kebetulan juga ada yang mahu pergi ke PWTC atas niat yang sama seperti hamba.
Di dalam gerabak yang sama dengan hamba dan cuma selang beberapa tempat duduk, wajah yang hamba kenal semasa menuntut di Ipoh suatu ketika dahulu. Beliau adalah YB Nga Kor Ming, Setiausaha Agung DAP kalau tidak silap hamba. Dengan senyuman yang tidak putus-putus dari bibirnya beliau bersalaman dengan semua orang yang ada dalam tren itu. Kecuali wanita. Ok? Ada apa dengan beliau? Ya! Mestilah ada apa-apa masakan kenapa hamba mahu menceritakan tentang hal in dalam blog hamba. Hal politik pula tu.
Baik, secara terus terangnya hamba dapat simpulkan yang keseluruhan undi akan dapat kepada beliau la. Kenapa? Sebab dia seorang Cina yang mungkin beragama Buddha atau Kristian tetapi beliau mampu memberi salam dengan lafaz yang begitu tepat, menyebut perkataan Insyaallah dan sebagainya lagi dan alangkah bagusnya jika beliau seorang muslim? Tentu beliau akan lebih hebat lagi bukan?
Terbaharu hamba melihat gambar beliau dan seorang lagi Ahli DAP yang menghadiri kuliah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan. Hebat bukan? Bagaimana seorang yang bukan muslim mendengar kuliah tentang Islam! Kita? Masih jauh dengan kuliah dan masih tidak mahu lagi menerima kebenaran-kebenaran yang ada dalam Islam serta masih mahu lagi duduk menegakkan yang batil. Kita masih tidak mahu mendekatkan diri kita dengan orang-orang yang membawa kita kepada Allah.
Namun perlu hamba ingatkan, ramai yang membawa kita kepada Allah tetapi dengan cara yang sesat. Contoh? Ajaran sesat la.. Apa lagi? Hoho. Dan juga pasangan-pasangan yang salah. Owh Yeah!
OK. Hamba malas tulis lagi. Nak bersiap-siap ke Ipoh, beli jubah.
Oh ya, sebelum terlupa hamba sedang dalam proses membikin buku tentang fotografi. Doakan hamba berjaya ya?
Allahu a'lam.
P/S : Sumpah rindu!
Writen By imranulkhalis at 9:20 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, From Shah Alam With Love, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Nukilanku, Penawar Duka, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Thursday, April 12, 2012
Terima Kasih Allah Kerana Sayangkan Kami, hambaMu.
Bismillah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Segala puji bagi Allah yang menciptakan siang dan malam dan peraturan yang tidak pernah disalahkan. Segala puji bagi Allah yang menciptakan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang menciptakan segalanya tanpa ada cacat cela.
Alhamdulillah, pada pagi ini mula menulis semula setelah diberikan kekuatan yang dipinjamkan olehNya. Alhamdulillah, hamba menulis semula setelah beberapa lama hamba tidak menulis lantaran kekangan waktu semasa berada di KUIS dan kesibukan semasa menghadapi peperiksaan akhir semester pertama di KUIS. Alhamdulillah, segala berjalan dengan baik dan lancar. Saat ini, sudah hampir sebulan hamba berada di rumah, membantu apa-apa yang patut, bertugas semula di tempat lama secara sementara, menghabiskan beras yang banyak di rumah, menghabiskan makanan yang ada di rumah, menghadap laptop, berfotografi dan mencari idea untuk menulis semula.
Alhamdulillah, Kita masih lagi diberikan nafas yang panjang untuk menghirup udara segar yang dibekalkan oleh Allah SWT kepada hidup kita tanpa perlu kita membayarnya di mana-mana kaunter yang dibuka Allah.
Petang semalam, lebih kurang pada pukul 4:00 - 4:45 petang, Malaysia digemparkan dengan gegaran di Pulau Pinang, Perak, Indonesia, India dan sebahgian lagi tempat. Gegaran itu mencecah 8.9 Skala ritcher. Agak kuat berbanding semasa Tsunami 24/12/2006 yang lalu. Kali ini gegaran itu turut dirasi di kampung hamba, tapi yang peliknya hamba tak rasa goyang pun, mungkin sebab faktor berat badan yang agak bertambah buat masa ini kerana menghabiskan beras di rumah? Tapi di Perak, Manjung dan Teluk Intan adalah tempat yang dirasai pada petang itu. Hamba juga mempunyai sahabat yang belajar di Banda Acheh, Indonesia dan mengikuti perkembangan mereka. Alhamdulilah semuanya selamat. Rata-rata di Facebook juga ramai yang berbicara dan menulis status tentang kejadian ini. Banyak status-status yang menulis tentang meminta untuk solat hajat dan lain-lain lagi perkara yang dilihat sebagai positif.
Apa hikmah atas kejadian yang berlaku ini? Pada pandangan hamba, Allah punya asbab tertentu mengapa kejadian ini berlaku. Hikmahnya, Allah menegur kita secara terus. Mungkin terlalu banyak kelalain yang telah kita lakukan atas muka bumi ini dan juga ia mungkin sebagai tanda amaran Allah kepada kita.
Jadi apa yang harus kita lakukan?
Terserah pada anda semua dan yang pasti hamba sangat takut sebab hamba orang yang banyak dosa dan takut nak jumpa tuhan dalam keadaan yang sangat-sangat sikit amalnya. Ayuh sahabat-sahabat, perbanyakkanlah amalan kita. =)
Allahu a'lam.
Writen By imranulkhalis at 12:43 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Mutiara Hikmah, Surat Cinta Allah, Tazkirah, Tinta Dariku
Sunday, February 5, 2012
Edisi Lama Tidak Update Dalam Bulan Rabiul Awal.
Bismillah..
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam tanpa bantuan sesiapa. Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa dengan cinta. Segala puji bagi Allah tuhan yang menjadikan alam dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah dan sesungguhnya segala puji hanya layak bagi Allah.
Rasanya masih tidak terlambat bagi hamba untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua pengunjung blog hamba yang serba serbi dhaif ini. Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung dan sahabat-sahabat yang selalu menunggu post terbaru daripada hamba. Maafkan hamba kerana tidak dapat selalu update blog hamba. Rasanya ini update pertama pada tahun 2012. Lama juga hamba tidak menulis. Maklumlah, agak sibuk dengan pembelajaran di KUIS ini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan agak lancar walaupun terbit kepayahan yang kadangkala membuatkan terfikir untuk tidak meneruskan lagi perjuangan hamba di bumi KUIS ini.
Alhamdulillah.
Sekali lagi Allah telah memberikan nafas yang tidak perlu kita bayar di mana-mana kaunter di dunia ini. Kita menghirup udara yang telah Allah beri kepada kita dan membayarnya dengan melakukan apa yang telah disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala yang telah dilarangNya.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Hampir menghabiskan satu semester di bumi KUIS ini, segalanya berjalan dengan lancar. Berjumpa dengan sahabat yang baru dan lama, merasai pengalaman baru di tempat baru. Menambah fikir dan zikir di bumi KUIS ini yang ternyata banyak bedanya sewaktu berada di sebuah Kolej Universiti di utara semenanjung satu ketika dahulu.
Baiklah, alang-alang sudah lama tidak menulis hari ini hamba akan menulis sesuatu buat tatapan, bacaan dan kalau ia tidak merepek, jadikan ia bahan zikir dan fikir bagi kita semua jika apa yang bakal hamba sampaikan akan memberi manfaat.
Kita sudah sampai dalam bulan Rabiul Awal. Sudah semesti ramai yang tahu apa yang berlaku dalam bulan rabiul awal. Anda juga tahu bukan? Ya, tepat sekali, Maulidurrasul. Kita menyambutnya pada setiap tahun walaupun ada yang mengatakan bahawa sambutan maulidurrasul adalah bidaah, pada hamba walaupun ia bidaah ia adalah bidaah hasanah. Mengapa? Sebab kita mengajak sahabat-sahabat. keluarga dan yang lain-lain untuk mengingati Rasulullah SAW. Tapi, disebalik kita mengajak mereka untuk mengingati Nabi SAW, adakah kita menghayati sejarah hidupnya? Pernah kita tahu bagaimana susahnya Baginda menyampaikan Islam? Penuh dengan airmata, darah, hina, cacian dan berbagai lagi. Pernah kita terfikir bagaimana sejuknya Rasulullah dan Abu Bakr as-Siddiq ketika berhijrah ke Kota Madinah? Pernahkah kita menangis saat kita berfikir tentang itu?
Soalan untuk anda, pernahkah anda menangis rindukan jasad yang berada di bawah kubah Hijau di Masjid Nabawi seperti kita menangis rindukan keluarga, ibu bapa, kekasih? Jika ya, maka tahniah dan jangan riya' ataupun bangga. Jika tidak pernah, maka cuba-cubalah untuk rasa menrindui Kekasih Allah yang mulia itu.
Jarak kita dengan Baginda adalah 1400 tahun, sudah 1400 tahun Baginda meninggalkan kita, tapi kesan peninggalannya masih tidak pudar dan tidak padam sehingga kiamat nanti. Masih ingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud lebih kurang begini, "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara ini. Jika kamu mengikutinya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Ia adalah al-Quran dan Sunnah Nabi." Masih kita ingat bagaimana kasihnya Saidina Ummar al-Khattab terhadap Baginda sehingga beliau mengatakan : "sesiapa yang bahawa Muhammad telah mati, akan aku pancungkan setiap kepala daripada kamu.". Sambil tangannya menghunuskan pedang. Datanglah Saidina Abu Bakr al-Siddiq mententeramkan para sahabat selepas mengucup jenazah baginda. Abu Bakr berkata : Selepas itu, Abu Bakar keluar menemui para sahabat yang seakan hilang akal itu. Mereka umpama pasukan yang telah ditinggalkan komandannya. Lalu Abu Bakar pun berucap ” Wahai para sahabat, sesiapa yang menyembah Muhammad, kini Muhammad telah tiada. Dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tetap hidup dan tidak mati."
Bagaimana agaknya kita jika berada di zaman itu. Bagaimana agaknya kita jika hampir dengan nabi. Bagaimana agakanya kita akan menerima berita tentang kehilangan seorang Kekasih Allah? Bagaimana kita menghadapi wahyu terakhir yang diturunkan kepada baginda?
Allahu Rabbi. Jika hamba tak buleh wor. Sanggup ganti nyawa hamba dengan baginda.
Berapa banyak dalam sehari kita berselawat ke atas baginda?
Berapa banyak dalam sehari kita ingat pada baginda?
Hitunglah diri kita.
Selamat menyambut Maulidurrasul dan Selamat berselawat selalu.
Ayuh! Malaysia berselawat. Sampaikan pesan ini kepada sahabat-sahabat lain dan jika perlu share atau kongsi mesej ini di mana-mana laman sosial supaya kita dapat menjadikan amalan selawat adalah amalan seharian seperti solat. Sampaikan nota ini di mana sahaja. Semoga hamba dan juga anda mendapat manfaat. Jadikan selawat sebagai zikir harian kita kerana Baginda pernah bersabda dengan maksud yang lebih kurang begini :"Orang yang hampir denganku di akhirat nanti adalah orang yang banyak berselawat ke atasku.". Maka berselawatlah kita.
Allahu a'lam.
P/S : Hamba bukan syiah, tapi hamba mencintai ahlul bait Rasulullah. =)
P/S : Selamat membaca.
P/S : Mushtaq. =)
Writen By imranulkhalis at 12:34 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Tazkirah, TENTANG CINTA
Tuesday, August 30, 2011
Tiada Yang Lebih Indah Dari Menjadi Hamba Di Bulan Ramadhan
Bismillah..
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..
Allhuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..
La Ilaha Illallah Huwallahu Akbar..
Wa Lillahil Hamd..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita setiap hela nafas tanpa perlu dibayar. Segala puji bagi Allah tuhan yang mengusai alam ini dengan tanganNya tanpa perlu berhajat. Segala puji bagi Allah yang maha suci daripada sebarang kekotoran.
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Muhammad SAW, nabi yang ummiy, yang tidak tahu menulis dan membaca. Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad SAW yang kepadanya diutuskan kitab al-Quran melalui perantaraan Jibril AS.
Alhamdulillah, selepas solat maghrib tadi kita semua telah berada di bulan baru, bulan eid, bulan kemenangan, Syawal. Bukan Syawal anak abah dalam cerita Ahmad Albab ye. Ini Syawal, bulan syawal, bulan selepas ramadhan.
Alhamdulillah, sekali lagi kita diberikan nikmat untuk merasa dan menikmati raya dalam tahun ini. Alhamdulillah, tidak putus-putus bibir kita mengucap puji dan syukur kepada Allah yang telah menyampaikan kita di bulan yang mulia ini.
Syukur kepada Allh SWT.
Sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya kita muhasabah kembali, apakah yang telah kita lakukan di dalam bulan ramadhan yang baru sahaja berlalu.
Berapa banyakkah airmata kita mengalir saat malam mulai berlabuh? Berapa banyak not-not wang yang telah kita keluarkan pada mereka yang memerlukan? Berapa banyak sujud yang telah kita lakukan pada malam harinya? Berapa banyak sabar kita menahan lapar, dahaga dan nafsu sepanjang separuh hari kita berpuasa? Berapa banyak mata kita menahan sabar dari gelora jiwa yang tidak tertahan?
Semua itu mungkin ada kita lakukan, tetapi adakah rasa itu akan berkekalan? Adakah kita menghayatinya sepenuh jiwa.
Sekali lagi, ingin hamba bertanya dan jawapannya ada pada anda. Tepuk dada, tanyalah iman.
Adakah sedih ketika ramadhan meninggalkan kita? Adakah kita melompat girang saat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh hari raya Eidulfitri di televisyen? Adakah keseronokkan itu kita sambutnya dengan bermain bunga api di halaman rumah sambil mendengar lagu hari raya? Tidakkah kita berasa sedih?
Berapa ramai dikalangan kita yang merasakan sedih bila tibanya syawal? Hanya orang-orang mukmin, soleh dan beriman sahaja yang mengetahui. Namun hamba percaya, pelawat-pelawat blog hamba adalah mereka-mereka yang berasa sedih saat tibanya syawal. Sekali lagi, bukan syawal anak abah dalam cerita Ahmad Albab ye? Hoho~
Baiklah, pagi nanti kita semua akan menunaikan solat sunat Eidulfitri. Sebelum pergi menunaikan solat, jamahlah sedikit makanan sebagai alas perut dan ia adalah sunnah. Bangunlah dengan awal, tunaikan solat fardu subuh dan mohonlah kepada Allah supaya hari ini mendatangkan keberkatan dan pahala.
Alhamdulillah, kita bertemu dengan syawal lagi. Pagi nanti selepas usai menunaikan solat sunat Eidulfitri, jumpalah kawan-kawan, sahabat-sahabat, teman, yang disayangi, yang dicintai, mohonlah kemaafan daripada mereka atas kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran. Bersalamlah tetapi harus diingatkan hanya yang haram nikah sahaja yang boleh bersalaman, yang halal nikah jangan nak menggatal pulak ek? Pagi-pagi raya dah buat dosa. sit! Hoho~
Dikesempatan ini juga, hamba Mior Imran B Hj Mior Burhanuddin memohon infiniti kemaafan atas kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran sepanjang mengenali diri ini. Mungkin ada yang pernah mengenali diri ini dengan rapat, hamba mohon maaf dan kamulah perkara terbaik yang pernah hamba ada.
Kamulah membuat hatiku gembira sepanjang masa. Terima kasih Allah kerana pernah mempertemukan kami.
Ramadhan sudah cabut mulai malam tadi, buat terawih bulan syawal pun takde guna. Banyak amalan takkan digandakan, para syaitan & iblis kembali ke dunia melompat-lompat girang, maka bersedihlah mereka yang Soleh, dan bergembiralah mereka yang Ingkar. Hari kemenangan yang mendatangkan kesedihan dalam jiwa-jiwa Mukmin. Moga berkesempatan berjumpa dengan ramadhan lagi.
Akhir kalam, eid mubarak. Kullu am wa antum bikheir.
P/S : Terima kasih Allah. Mata ini tidak henti mengeluarkan air. ='(
Writen By imranulkhalis at 12:14 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, Munajat Cinta Agung, Nukilanku, Penawar Duka, Renungan, Sebuah Catatan Hati, Tazkirah, Tinta Dariku
Thursday, August 25, 2011
Perjalanan
Bismillah...
Moga dengan izin Allah, ini akan menjadi sumber kekuatan hamba. Hamba lepaskan mazmumah dalam diri pada malam ini untuk sampai kepadaNya. Mungkin ini ramadhan terakhir untuk ia berada di sini. Selamat tinggal mazmumah.
Perjalanan menjadi lelaki yang lebih baik. Moga Allah bantu.
Allahu a'lam.
P/S : En route to become a good man. Insyaallah.
Writen By imranulkhalis at 2:47 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Motivasi, Munajat Cinta Agung, Nukilanku, Penawar Duka, Sebuah Catatan Hati, Tazkirah, TENTANG AKU...., Tinta Dariku
Monday, August 1, 2011
Ramadhan. Ia Datang Lagi Dan Pesta Ibadat
Bismillah.
Segala puji bagi Allah. Puja puji hanya bagi Allah yang maha kaya, maha suci, maha agung dan maha hebat.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang datangnya membawa cahaya. Cahaya seluruh alam. Yang datangnya dinantikan dan yang datangnya menandakan baginda adalah utusan yang terakhir untuk menyampaikan Islam di muka bumi.
Alhamdulillah, sebentar tadi kita melakukan solat terawih untuk malam yang pertama. Dan alhamdulillah, Tuan Punya Dunia sekali lagi telah memberikan kesempatan kepada kita untuk sampai ke bulan ramadhan untuk tahun ini. Alhamdulillah.
Segala puji hanya bagi Allah.
Sebelum hamba pergi lebih jauh lagi, izinkan hamba berkata-kata walaupun hamba tahu kata-kata hamba banyak tak boleh pakai. Hoho.
Baik, ramadhan kali ini pasti ada yang mendatangkan suka dan pasti ada yang mendatangkan duka. Secara peribadinya ramadhan hamba kali ini mendatangkan sedikit rasa duka buat hamba. Kerana apa? Kerana hamba kali ini menyambut ramadhan tanpa seseorang yang istimewa buat hamba, istimewa tiada dua. Ya, sedikit jiwang. Akhir-akhir ini agak jiwang. Hoho. Tapi apakan daya, hamba tidak mampu untuk melawan takdir Allah yang menyatakan inilah buat hamba. Takkan la nak gi cekak pinggang tengah padang pastu dongak langit pastu cakap kat Allah camni :"Ya Allah, pehal Kau putuskan hubungan aku dengan minah mata bulat tu? Apasal Kau amek bla.. bla.. bla.. Apasal ha?" ye tak? Itu bukan bijak, itu bangang namanya. Sekali kau kena sambar pettir baru ada akal. Cit, tuih2! Lalu apa yang harus kita lakukan? Pertamanya, ok kasar sikit. Pertamanya, kita harus sedar, apa salah kita dan di mana salah kita. Kedua, muhasabah kembali diri kita. Konon dulu kita alim tapi kitalah kepala iblis yang bertopengkan manusia. Ketiga, konon dulu kau bangga orang panggil kau imam, ostat dan bla bla bla. Tapi kau kena sedar yang pangkat kau atas dunia ni tak membawa ke dalam kubur. Takde nanti dalam kubur bila kena soal dengan dua malaikat yang otai tu nak jawab camni kan : " Der, lu kenal tak wa sape atas kulit dunia dulu? Wa dulu imam besar kat masjid der. Orang panggil gua ostat der. Gua penah masuk program realiti, err.. Apa nama, imam.. imam.. ala, yang tu la. Lu taw tak? Lu tak layak soal gua soalan camni der.."
Perghh.. Hebat kau cakap camtu dengan malaikat ye? Mau malaikat tu jawap camni kat kau : "wak lu!" Hoho!
Itu adalah selingan. Tatabahasa tonggang langgang.
Baik, kembali kita kepada tajuk. Ramadhan, ia datang lagi dan pesta ibadat. Di bawah ini hamba lampirkan lirik Amalam Ramadhan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan NadaMurni.
Pesta beribadah telahpun bermula
Bersama tibanya Ramadhan yang mulia
Rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
Nikmat Allah mengalir mencurah-curah
Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
Tingkatkan amal dan mujahaddah
Banyakkanlah berzikir dan baca Al-Quran
Muhasabah dan sucikan hati..
Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhalak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya
Jagalah lidah dan tutur kata jangan sampai
Mengumpat dan berkata-kata dusta
Pelihara mata dan jagalah telinga
Agar berbuat yang diredhoi Allah
Langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah
Ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban kekancah kehinaan
Di dunia lagi beroleh pembalasan
puasa sekadar lapar dan dahaga
Ok. Nanti anada boleh cari lagunya di laman Youtube.com atau boleh download di mana-mana sahaja anda suka. (Pesanan ikhlas : Jangan selalu donlod. Belilah yang original! Sekian. Hoho)
Seperti yang kita maklum melalui adat kita, ramadhan amat terkenal dengan bulan di mana kita semua berkejar-kejar mahu melakukan pahala, mengkhatamkan quran, bersedeqah dan berbagai lagi amal kebaikkan dan kebajikan yang ingin kita lakukan dan kejarkan. Tetapi sedarkah amalan-amalan yang hamba sebutkan di atas juga boleh dilakukan di luar bulan ramadhan? Lalu apakah istimewanya kita mengejar kesemuanya di bulan ramadhan? Tepuk dada tanya iman. Tapi jangan tepuk dada kuat sangat takut nanti pecah pulak paru-paru. Hoho lagi.
Ramadhan juga kita sedia maklum yang segala syaitan, iblis dan yang sewaktu dengannya telah diikatkan dan dibelenggu oleh Allah di dalam neraka yang paling dalam. Tetapi mengapa bila syaitan, iblis dan sewaktu dengannya telah diikat namun masih ada yang melakukan kemungkaran seperti makan tengahari di McD, melakukan maksiat, tengok blue dan yang sewaktu dengannya? Lalu siapakah yang setan sebenarnya di sini?
Ramadhan juga kita sedia maklum yang rata-rata kita ingin menjaga kesihatan antaranya kesihatan perut dan tidak kurang juga ada yang ingin kurus, Tetapi mengapa bila tiba waktu berbuka puasa perut kita yang kempis pada separuh hari tadi kembali kembung? Adakah ia disebabkan bengkak yang disebabkan anda terhantuk apa-apa?
Ramadhan juga kita sedia maklum yang biasanya kita boleh berjimat. Tetapi mengapa tidak juga kita berjimat? Kita kata mahu berjimat dan kalau pergi bazaaaaaaaaar ramadhan kita nak beli sikit je. Mungkin ayam daripada Mail yang menjual ayam goreng, ayam bakar dan ayam percik dengan harga dua seringgit. Kita masuk ke bazar dengan tangan kosong lalu keluar daripada bazar dengan berbungkus-bungkus beg plastik. Belum kira yang dibeli di kedai runcit Ah chai sahabat kepada Mail Lambung. Di manakah berjimatnya?
Ya! Kita harus muhasabah. Ramadhan adalah bulan ibadah, bulan kerahmatan dan keampunan. Para malaikat merendahkan sayapnya untuk menghitung pahala amal yang kita lakukan. Ramadhan juga adalah bulan berpuasa, bulan kesabaran dan bulan keinsafan.
Tetapi..
Tetapi kita lupa semua itu. Kita lupa asal niat kita untuk apa. Tidak dinafikan ramai yang menunggu ketibaan bulan ramadhan ini. Bagi orang yang soleh, bulan ini adalah bulan untuk mereka bertenang-tenang dan lakukan ibadat sebanyak mungkin bagi mengejar redha Allah.
Bagi orang awam/biasa, ramadhan ini ada yang bertujuan menyimpan wang yakni berjimat cermat lantaran tidak ada makan pagi atau tengahari yang ada hanyalah berbukan puasa dan lebih menjimatkan jika berbuka puasa di masjid-masjid yang berdekatan. Ada juga yang menjadikan ramadhan medan untuk menambah kewangan bagi persiapan eidulfitri seperti menjual meriam buluh dan mercun papan. Eh? Bukan! Bukan! Menjual air soya (kenapa air soya?) menjual taufufah, menjual fong sai yuk(?), menjual yong taufu, menjual yong peng(pun ada?), menjual kuih muih dan berbagai lagi. Ramadhan bagi orang awam/biasa ada yang begini. Tidak juga dinafikan ada yang ingin menambah pahala seperti memberi makan kepada orang ramai terutamanya faqir miskin dan lain-lain lagi.
Bagi orang yang luar biasa pula, (Luar biasa di sini adalah jenis2 kerak setan), mereka akan tidak bersahur dan seterus tidak makan apa-apa sehinggalah mereka terasa lapar, lalu mereka mencari kedai makan yang buka dan berpura-pura mengaku bukan orang Islam. Contohnya, jika seseorang itu bernama Ikhwan Husni B Ali(Bukan nama sebenar) tidak puasa, lalu pada hari itu pada pukul 2:30pm dia berasa lapar sedangkan sekarang adalah bulan puasa lalu dia pun pergi ke kedai makan cina yang buka di tengahari dan tidak disangka-sangka ramai pulak orang islam yang tidak puasa pada hari itu.
Dia mengambil tempat duduk dan memesan nasi ekonomi dan air sirap. Secara tiba-tiba segerombolan pasukan dari Jabatan Agama Islam membuat serbuan tiba-tiba Encik Ikhwan Husni B Ali itu menukarkan bahasa pertuturannya daripada dialek kelantan kepada bahasa Thailand sepenuhnya. Dan dia mengaku dia bukan orang islam. Apabila disoal dia tidak menjawab dalam bahasa melayu kelantan lalu terjadilah dialong seperti di bawah ini.
Ikhwan Husni B Ali (IKBA) : Waditukun! (bermakna "hello!" dalam bahasa thai)
Pegawai JAIslam : I/C mu mano? Tubek I/C mu.
IKBA : Waditukun! Medai! Medai! (Mu oyak gapo dio? Kawe x pahe! (ok, ini terjemah tipu namanya sebab hamba tak tahu bahasa thai, cuma tahu hello = waditukun & sawadikap) )
Pegawai JAIslam : Mu toksah gedebe, tubek mende aloh nim (sambil menunjukkan kad pengenalan)
IKBA : Oo.. Sat. Sat. (Buleh plak cakap melayu?)
IKBA mengeluarkan sesuatu dari dompetnya dan ia adalah kad pengenalan Malaysia. Dia tidak sedar yang dia telah menipu pegawai tersebut dan membangangkan dirinya sendiri.
Pegawai JAIslam : Ooo.. Mu ni Islam,ore Malaysia pulok tuh tapi mu nyamor jadik ore thai? Nate beghuk mu! Tangkap beghuk nim.
IKBA : Waditukun! Kawe dok bohong. Sumpoh cegu! Ambe tok bohong!
Pegawai JAIslam : (tanpa mempedulikkan) Wak lu!
Itulah antara contoh ramadhan bagi orang luar biasa. (Luar biasa di sini adalah jenis2 kerak setan).
Jadi apakah yang perlu kita lakukan pada bulan ramadhan ini. Baiklah, dalam bulan ramadhan ini yang Allah masih beri kita kesempatan untuk hidup, ayuh bersama-sama kita cuba untuk menjadi hambaNya yang faham erti ramadhan dan bersama-sama menjadi hambaNya yang bertaqwa, merendah diri dan tawadhu'. Bukankah kita diciptakan di atas muka bumi hanya kerana menyembah Allah?
Jika kita berkerja, jadikan kerja kita di bulan ramadhan sebagai ibadat. Betulkan niat kita yang mahu duit banyak dan digantikan dengan niat beribadat. Insyaallah kita tidak akan berasa letih di samping kita niatkan juga kerana Allah.
Jika kita sedang belajar atau masih belajar dan terpaksa jalan jauh untuk menghadiri kuliah, jadikan semua ini sebagai mehnah dari Allah untuk memantapkan iman dan ketaqwaan serta jadikan ia sebagai teguran dari Allah kepada kita dalam menjadikan kita hamba yang selalu bersyukur kepada Allah. Bukankah kita adalah hamba diantara hamba-hambaNya yang tidak bersyukur?
Jadikan ramadhan ini sebagai medan untuk kita menambahkan pahala. Jadikan ramadhan ini sebagai medan untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Jadikan ramadhan ini sebagai bulan untuk kita muhasbah diri kita. Kita telah dilahirkan dalam negara yang aman damai dan kestabilan politik yang baik (?) tanpa perlu survive dan bunuh membunuh satu sama lain hanya kerana setitik air. Jadikan ramadhan ini sebagai titik permulaan kita menuju ke arah yang dicintai Allah.
Semoga ramadhan kali ini mendatangkan pahala yang baik di sisi Allah swt.
Hamba tinggalkan anda dengan lirik Muhasabah Ramadhan nyanyian UNIC. Anda boleh mendengarnya di laman Youtube.com dan juga boleh memuatturun di mana sahaja. (Pesanan Ikhlas : Jangan selalu donlod. Belilah yang original!)
Hari Raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki
Pada nafsu yang dilenturkan lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki
Puasa mengajar erti kepayahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama
Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara
Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama
P/S : Salam ramadhan Cahaya. Aku rindu kamu.
P/S : PANDA! Hoho~
P/S : Kamu sakit, aku risau dan makanlah ubatmu. ='(
P/S : Semoga Allah memaafkan aku.
P/S : Currently listening to Hafiz Hamidun - Andai Aku Di SisiMu
P/S : Warga KUIS! Ada di sini?
P/S : Semoga Allah selalu memberikan hidayahNya kepada kita. =)
P/S : Nama-nama di atas adalah rekaan semata-semata. Tiada kena mengena dengan hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada ia adalah kebetulan.
P/S : Kali ni lagi banyak giler P/S! Hoho~ (^_^)v
Writen By imranulkhalis at 12:57 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Nukilanku, Penawar Duka, Sebuah Catatan Hati, Tazkirah, TENTANG AKU...., Tinta Dariku
Sunday, July 3, 2011
Marah
Bismillah..
Ada apa hari ini? Rasanya seperti mahu marah. Rasanya seperti mahu menjerit. Rasanya seperti mahu bermacam. Sakit hati dan jiwa dengan apa yang hamba nampak hari ini. Hamba tidak tahu untuk katakan bagaimana, tetapi bait di bawah ini mewakili rasa hamba. Hamba punya peluang untuk selamatkan seseorang namun saat itu hamba tidak kuat. Allah..... Allah..... Allah....
Hamba mulakan.
Bismillah..
Di wajahmu tampak keterpaksaan
Kesakitan dan penuh kebencian
Saat dirimu berada di belakangnya
Aku nampak, segalanya aku nampak
Aku menebak dari wajahmu yang bersih
Lalu aku berkata : "Kamu terpaksa! Ya, kamu terpaksa!"
Aku berkata lagi : "Betapa bangsatnya sahabatmu! Sahabatmu itu merosakkan kamu!"
Andai aku punya kekuatan tika itu, akan aku halangmu
Mungkin akan ada yang makan penendangku
Penendangku ke rusuk kiri dan kanan mereka itu
Bangsat!
Sungguh bangsat!
Namun, saat itu aku tidak berdaya
Iman aku masih lemah
Aku hanya mampu berdoa pada tuhan moga Allah selamatkan kamu
Lindungi kamu
Maafkan kamu..
Tika bait ini ditulis
Hatiku masih lagi mengharapkan yang kamu selamat
Tidak diapa-apakan oleh sang bangsat itu.
Celakalah kamu wahai sahabat yang tak berguna!!
Kamu mengheret dia ke jalan kemurkaan Allah
Kamu sudah rosak, jangan rosakkan dia!
Aku marah, marah dengan sahabatnya
Aku marah, marah kerna diriku tidak menghalangnya.
Allah..
Allah..
Allah..
Moga Dikau selamatkan dia
Berilah sahabatnya itu hidayahMu yang maha agung dan suci
Ampunkan aku
Ampunkan dia
Ampunkan kami Ya Allah..
Allahu a'lam
Writen By imranulkhalis at 1:06 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Familiku, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Mutiara Hikmah, Sebuah Catatan Hati, Tazkirah, Tinta Dariku
Saturday, June 18, 2011
Mencari Mardhatillah
Bismillah
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah yang tidak putus-putus menyebarkan cintaNya pada kita. Segala puji bagi Allah yang tidak putus-putus memberikan rezqiNya. Segala puji bagi Allah senantiasa mencintai kita. Segala puji bagi Allah. Maha suci Allah dan hanya Allah, tuhan yang maha agung.
Selawat dan salam ke atas cahaya seluruh alam, cahaya pembawa rahmah dan penutup segala nabi, Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda yang tidak pernah lelah menyebarkan Islam untuk kebahagiaan kita. Selawat dan salam ke atas baginda yang tidak pernah jemu menyintai kita yakni ummatnya. Selawat dan salam ke atas baginda.
Alhamdulillah, Sekali lagi Allah yang maha cinta masih lagi memberikan peluang dan ruang kepada kita untuk terus beribadat, untuk terus bernafas, untuk terus memiliki rezqi yang dikurniakanNya dan seterusnya merasi nikmat cinta yang diberikan olehNya.
Alhamdulillah, setelah beberapa lama tidak menjenguk blog, hari ini Allah sekali lagi memberikan kesempatan kepada hamba dan jari jemari hamba untuk terus menulis secara maya di teratak hamba. Blog inilah tempat hamba meluahkan rasa yang kadangkala terbuku di jiwa dan minda. Mungkin pada entri kali ini akan sedikit serius, atau mungkin seperti entri-entri yang lepas. Seperti orang gila. Hoho~. Ok, sudah mula kembali. Nampaknya tak boleh nak tulis dengan serius. Harus menjadi seperti dahulu juga.
Alhamdulillah lagi, setelah hampir sebulan hamba berada di KUIN, menempuh berbagai suasana, melalui pelbagai rasa dan berdepan dengan bermacam masalah akhirnya Alah telah meminjamkan secebis dari kekuatanNya untuk hamba terus berjuang dan berjuang. Mungkin sehingga syahid sebagai hamba Allah.
Entri kali ini bertajuk mencari mardhatillah. Mesti anda mahu tahu apa itu yang dipanggil Mardhatillah dan ada juga yang sudah maklum tentang apa itu mardhatillah. Mardhatillah bermaksud Redha Allah ataupun Restu Dari Allah. Mengapa restu dari Allah itu sangat penting? Kerana tanpa restu atau redha dariNya segala apa yang kita lakukan sepertinya sia-sia. Hidup ini perlu kepada redha Allah, dengan redha Allah segala apa yang akan kita lalui akan tenang. Segala apa yang akan kita lakukan akan mendapat keberkatan Allah. Segala apa yang kita lakukan akan mendapat pahala di sisiNya dan ganjaran yang baik.
Sebenarnya entri ini sudah lama disimpan dan sengaja hamba keluarkan pada masa ini kerana sesuai dengan keadaan yang hamba lalui sekarang. Hamba kini bergelar pelajar, suasana pembelajaran yang kini hamba lalui sungguh berbeza dengan apa yang hamba lalui dahulu. Sangat-sangat berbeza. Di sini biahnya ada. Di sini suasananya sangat berbeda dengan apa yang hamba lalui semasa zaman sekolah dan diploma. Subhanallah. Inilah yang hamba cari selama ini. Inilah suasana yang benar-benar mendidik hamba. Setelah sekian lama mencari dengan jiwa yang kosong, akhirnya Allah telah mentakdirkan hamba untuk berada di sini. Merasai bagaimana nikmatnya sebuah nikmat yang Allah telah berikan pada hamba cuma hamba yang tidak tahu bersyukur. Kita sebenarnya adalah hamba-hambaNya yang tidak mengenal erti syukur. Bukankah Allah telah berfirman dalam al-Quran dalam surah Saba' pada ayat yang ke 13 yang bermaksud :" Dan sangat sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur..". Itulah kita, hamba yang kurang rasa syukurnya.
Perjalanan Mencari Mardhatillah ini terlalu banyak liku-likunya. Sebelum didatangi ke sini, terlalu banyak kenangan yang amat manis, pahit, masam mencuka dan kadangkala airmta menjadi peneman. Terpaksa melepaskan orang yang disayangi demi kebahagiaan dia. Terpaksa merelakan dia pergi kerana pabila dengan hamba lebih banyak airmta dia yang gugur akibat kejahilan diri ini. Moga-moga Allah ampunkan salah silap hamba dan hamba doakan dia bahagia. Pasti Allah sudah ketemukan dia dengan insan yang lebih baik daripada hamba. Walau sukar untuk dilepaskan namun kenyataan harus diterima. Hamba tidak sebaik mana walau kadangkala ada yang menggelarkan diri ini dengan berbagai gelaran, namun gelaran tidak menjanjikan sorga buat hamba. Ia adalah gelaran semata.
Perjalanan Mencari Mardhatillah ini terlalu banyak onak dan durinya. Berbagai cara yang perlu hamba tempuhi untuk mendapat tempat di sini. Bukan gelaran yang hamba cari tapi redha Allah. Bukan status graduasi yang dicari tapi ilmu Ilahi yang ingin dicari. Redha Allah itu penting. Sudah masanya hamba tinggalkan dunia hamba yang penuh dengan mainan dan angan-angan. Kini hamba perlu lebih serius yang tak serius sangat sampai nak bergurau pun tak boleh. Hoho~.. Insyaallah, hamba tetap seperti hamba yang dahulu. Hoho lagi.. ~
Peluang
Peluang ini adalah peluang kedua yang terbesar dalam hidup hamba. Banyak sudah peluang-peluang kedua yang kecil yang telah Allah berikan pada hamba namun semuanya telah hamba siakan. Terlalu banyak yang Allah berikan pada hamba. Diberikan pada hamba akan seorang yang betul-betul boleh menjadi suri terbaik, namun telah hamba siakan. Diberikan hamba banyak peluang yang kebanyakkannya juga telah hamba siakan. Benarlah, hamba adalah hamba yang tidak bersyukur. Semoga dengan kedatangan hamba di bumi Jelapang padi ini akan membuatkan hamba menjadi hambaNya yang selalu bersyukur. Tidak dinafikan, di sini suasananya ada. Sangat seronok. Akan hamba lakukan sebaik mungkin untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Biarkanlah kali ini hamba lebih menundukkan diri dan jiwa hamba. Takut untuk menggalas ilmu Allah ini. Amanahnya amat berat dan itu yang akan ditanyakanNya di hadapan Dia kelak yang mana tiada siapa pun akan membantu. Sunguh, hamba adalah hamba yang lemah, sungguh, hamba adalah hamba yang hina. Allah, ampunkan hamba ini.
Peluang ini akan hamba gunakan dengan sebaik mungkin. Setelah beberapa lama berperang dengan rasa dan jiwa yang celaru dan tidak menentu arah tujuannya. Begitulah Allah menyiksa dengan siksaan yang ringan. Namun kini segala telah pulih sediakala walaupun ada secebis lagi yang perlu dicuci. Perjalanan Mencari Mardhatillah ini adalah jalan yang paling sukar ditempuhi, banyak airmata yang gugur namun ia adalah bentuk sebuah motivasi yang indah, yang menguatkan jiwa dan menguatkan iman hamba.
Setiap insan akan diuji dan pasti akan diuji kerna Dia berhak untuk menguji kita. Kita ini milik dia, badan kita milik Dia dan keseluruhan apa yang ada pada kita adalah milik Dia dan Dia ada hak untuk lakukan semua perkara pada kita. Dialah al-Hafeez, Maha menjaga. Ar-Rahim, Maha penuh kasih sayang. Dialah al-Ghaffar, yang Maha pengampun. Dialah segalanya. Dialah tempat kita meminta pertolongan dan pergantungan. Inilah peluang yang perlu untuk kita hargai sebaik mungkin. Inilah peluang kedua yang terbesar yang hamba dapat dariNya yang penuh Kasih dan sayang. Inilah Allah yang kita sembah dan puja.
Subhanallah.
Semoga hamba akan kuat dan terus kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Bukan mudah bernafas dalam jiwa yang bergelar hamba Allah.
Mungkin setakat ini sahaja hamba menulis. Seperti hamba katakan, entri ini telah diperam selama beberapa ketika. Hamba tulis, hamba padam. Hamba tulis, hamba simpan. Belum jumpa kekuatan lagi pada masa itu. Mungkin sukar, berdepan dengan waktu yang sukar adalah perkara yang paling membuatkan airmata hamba menitis. Bukan manja tapi jiwa ini dididik sebegitu. Allah masih sayangkan hamba mungkin. Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah
Terima kasih Allah
Allahu a'lam..
P/S : Terima kasih kerna memberikan aku kesempatan untuk mencari Cahaya dan mengenalnya. Mohon supaya maafkan dia. Aku mohon ya Allah. =)
P/S : Cahaya... Moga aku tidak terlepas dari Nur milikMu Allah.
P/S : Di KUIN. Moga Allah selalu berikan aku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.
P/S : Miss u panda! =)
Writen By imranulkhalis at 2:49 PM 4 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, Motivasi, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Renungan, Sebuah Catatan Hati, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Thursday, April 28, 2011
Pengorbanan - Nowseeheart
Telah lama
Aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia
Pedih
Luka meresah jiwa
Memusnahi impian indah
Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa
Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia
Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita
Iringilah sayangku
Semua pengorbanan dengan doa
Harapan yang bermakna
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada
Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia
Tempatkan Ya Tuhanku
Di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada
Writen By imranulkhalis at 7:20 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Motivasi, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Renungan, Sebuah Catatan Hati, Surat Cinta Allah, Tazkirah, TENTANG CINTA
Tuesday, November 9, 2010
Selamat Bercinta Untuk Mendapat Cinta yang Maha Cinta Sahabatku!
Bismillah..
Segala puji bagi Allah yang maha cinta. Segala puji bagi Allah yang menciptakan cinta. Segala puji bagi Allah yang memberikan cinta. Segala puji bagi Allah yang melebarkan cintaNya untuk manusia saling mencintai dan dicintai sertai mencintaiNya.
Tulisan kali ini mungkin berunsur jiwang sedikit. Tengok pada tajuknya sahaja sudah tahu bukan? Serta panda yang comel.. Hoho!
Bukan apa, kali ini entri hamba agak emosi, syukur dan bermacam-macam lagi. Entahlah, mungkin sudah sampai masanya hamba telah sewel sedikit dek penangan anak-anak murid hamba yang memangnya happening-happening belaka.
Selamat Bercinta Untuk Mendapat Cinta Yang Maha Cinta. Itulah tajuk entri hamba kali ini. Hari ini hamba telah membuka blog-log yang hamba selalu singgah dan salah seorang pemilik blog itu pernah singgah di teratak hamba. Mungkin lebih daripada itu.
Salah seorang sahabat hamba, pemilik blog Pamiesz.com. Bila terbaca tulisan di blognya hamba agak tidak percaya, pertamanya dia dikenali sebagai seorang yang tidak pandai bermain cinta, senang ceritanya jenis lelaki takde hati nak pikir ke arah alam pernikahan lagi sebab dia agak gila-gila sedikit. Namun hari ini hamba agak terkejut dengan Jemputan Walimatul Urusnya. Pernikahan akan diadakan pada hari sabtu ini, 13 November.
Haih! Pamie! Bila ko tunang ni?? Haha...
Sebab itulah antara sebabnya hamba tidak percaya beliau ingin mendirikan rumah tangga. Namun semua ini kehendak Allah. Allah telah menemukan beliau dengan seorang wanita yang terbaik buatnya. Tahniah buat sahabat hamba, Muhammad Fahmi Muhamed Amin. Hamba doakan anda berbahagia abadan abada bersama pasangan anda, Zulfa.
Barakallahu lakuma wa baraka alaika wa jama'a bainakuma fil khair.. Ameen ya Rabb! Hamba doakan anda akan mencapai cintaNya dengan cinta anda.
Tahniah sekali lagi Ustaz Fahmi. Nanti aku datang aku sponsor gambo kawen ko ye! Tu pun kalo jadi! Hahaha....
Ok, Kita tinggalkan beliau dengan cintanya.
Tidak mudah untuk kita mencapai cintaNya dengan cinta kita. Jalannya penuh liku dan beduri. Jalan untuk menuju ke arah cintaNya selalu disertai dengan pelbagai ujian yang kekadang akan membuatkan kita tewas untuk menuju cintaNya.
CintaNya adalah cinta yang tiada bertepi. CintaNya apabila sudah meresapi terasa sangat indah, pada masa itu Cahaya Kasih akan sentiasa berada di dalam jiwa kita.
Kadang kita terlupa, dalam percintaan kita sesama manusia adakalanya boleh membawa kita bertemu dengan cinta Allah dan adakalanya jika tidak menjaganya akan membuatkan terasa jauh, bahkan lebih jauh dari cintaNya. Tetapi percayalah, selangkah kita rapat kepadaNya seribu langkah Dia merapati kita dengan CintaNya.
Kadangkala kita boleh melihat dengan mata kita sendiri, bagaimana cinta yang tidak bersandarkan cintaNya akan terkulai layu. Berapa ramai manusia hari ini yang mengalir airmatanya akibat cinta yang jauh dari Allah. Berapa ramai? Ops! Jangan kita cepat menuduh! Itu tidak bagus...
Hitungkan diri kita, seberapa rapat kita dengan Allah? Seberapa dekat kita dengan cintaNya? Berhargkah cinta kita pada nialaiNya? Adakah kita mulia di sisiNya? hitungkan diri kita saudara.. Jangan lekas menuding jari menuduh itu ini, mengata itu ini seperti kita adalah yang terbailk sedangkan mungkin dalam padanganNya kita dalah yang paling buruk sedangkan orang yang kita burukkan itu lebih rapat cintanya kepada cinta Allah.
Kita lihat, berapa ramai manusia yang mengalirkan airmatanya kerana Allah?
Carilah cintaNya!
Allahu a'lam..
P/S : Maafkan hamba kalau apa yang hamba tulis pada hari ini buat anda tidak faham. Biasalah, mood pening sebab terima banyak surat cinta daripada anak murid yang inginkan markah lebih. Cis!
P/S : Miss my Panda!
P/S : Tahniah buat Saudara Muhammad Fahmi Muhamed Amin dan pasangannya Zulfa Muhd Suhimi.
=)
Writen By imranulkhalis at 1:05 AM 1 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, From Shah Alam With Love, Munajat Cinta Agung, Nukilanku, Penawar Duka, Pengumuman, Perkahwinan, Sebuah Catatan Hati, TENTANG CINTA, Tinta Dariku