Bismillah..
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan bumi dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah yang meniupkan ruh dalam setiap jasad kita. Segala puji bagi Allah yang menciptakan cinta dan kasih. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan segalanya yang ada di muka bumi dengan cukup sempurna dan pastinya tidak ada sesiapa pun dari kalangan kita yang mampu menciptakan ciptaan seperti ciptaan Allah.
Sudah lama meninggalkan laman blog sendiri. Rasanya sudah hamper berbulan lamanya. Jika tak salah hamba, kali terakhir hamba memblogkan diri pada bulan mei yang lepas. Aduhai… Sekarang sudah pertengahan bulan jun. Sudah sebulan. Dan dalam masa sebulan yang hamba lalui itu, terdapat berbagai ragam. Jiwa hamba masih lagi berada di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak. Hati hamba masih di sana. Suasananya masih segar di jiwa hamba. Hamba masih tidak dapat melupakan segalanya itu. Di sana hamba belajar banyak perkara. Dari urusan duniawi hatta ukhrawi. Dari urusan hati sehinggalah urusan jiwa. Di sana hamba banyak mengenal manusia. Di sana hamba banyak belajar menjadi agak matang dari pelbagai aspek. (Mungkin kot!) Hoho..
Sekarang, hamba sudah berada di kampung hamba sendiri. Tanah tempat hamba berpijak, bermain, jatuh dan bangun dengan kesan luka jatuh basikal. Dan Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kepandaian hamba mengipas bapak hamba, hamba akhirnya telah memiliki sebiji broadband dengan pakej RM68 yang mana hamba telah mendaftarkan ia di bawah syarikat telekomunikasi yang mula-mula memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar a.k.a broadband ni. Berbaloi-baloi walaupun agak lambat. Biasalah, benda murah. Hoho lagi… (^_^)
Sudah lama tidak menulis, rasanya ini adalah entri yang agak panjang. Sepanjang hamba berada di kampung hamba, telah banyak yang hamba lalui. Suka, duka, pelik, dan berbagai lagi. Pada hari pertama hamba sampai di rumah sendiri hamba berasa agak pelik. Kenapa hamba boleh berada di sini? Ini kat mana? Cis! Sungguh tak mengenang budi punya manusia. Tempat jatuh lagi dikenang, tapi hamba tempat jatuh pun buleh lupa! Apa punya manusia daa… Sahabat-sahabat seperjuangan hamba cakap duduk di rumah best! Boleh buat apa saje. Haah.. itu rumah dia. Rumah hamba ni? Wa… Eh! Sepanjang keberadaan hamba di rumah, hamba telah mempunyai hobi baru, iaitu jogging seusai solat subuh. Waa… Best wor.. (Ini nada terpaksa ok?). Sebenarnya hamba telah dipaksa oleh pak aji a.k.a ayah hamba untuk berjoging sesudah subuh. Kata beliau “ Joging ni baik untuk kesihatan kamu! Kamu kena kurus! Baru la nanti bertambah ramai orang pompan giler kat Tanjung Rambutan tu..” Kata beliau dengan tenang sambil mencicah roti canai di dalam oatnye. Eh Silap! Ke dalam kuah dhal mamak Restoran Tawakkal Parit, Perak. (Restoran Usaha takde ke?). Jadinya tiap-tiap pagi hamba dengan rasa malas + menyampah + boring + tilam memanggil dengan terpaksa meninggalkan semua itu untuk mendapatkan ayah hamba lalu jogging bersama sambil menghirup udara segar di sekitar bendang di kawasan rumah hamba. Tapi kan hamba rasa hamba takdelah gemok sangat. Boroi? Mana ada boroi. Buncit jauh sekali. Tapi hamba menyahut seruan ayah hamba jugak la untuk memastikan selepas ini makin ramai orang perempuan terutamanya aweks-aweks, anak dara-anak dara dan yang sewaktunya akan menghuni Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Dan hamba pasti, selepas hamba telah mendapat seperti apa yang diinginkan oleh ayah hamba, hamba akan membuat mereka-mereka itu menjadi histeria kerana melihat seorang jejaki tampan, kacak dan hensem berjalan melintasi mereka. Hoho..!
Ok Baik! Kita tinggalkan cerita di atas. Bye-bye cerita atas. Hoho. Pada hari jadi hamba baru-baru ini, yakni pada 19/5/2010, hamba telah mendapat satu hadiah yang amat istimewa hamba kira. Hadiah itu ialah surat Tawaran Kemasukan ke Kolej Universiti Insaniah(KUIN) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian. (Sila lihat rajah di bawah untuk membuktikan dakwaan hamba benar).
Ok? Sudah percaya? Kenapa? Tak Percaya? Haha.. Ya benar! Hamba telah menerima surat tawaran ini. Kalau anda semua tak percaya, anda boleh klik pada imej di atas dan zoomkan beliau dan simpan imej ini untuk kenang-kenangan. Kot-kot la ada yang gila bayang dengan hamba. Hoho. Nak Tahu adakah hamba menerimanya atau tidak? Sudah tentu tidak,! Ya! Hamba menolaknya. Kenapa? Hamba menolaknya atas alasan yang munasabah. Hamba ingin mencari sumber kewangan. Lagi pula hamba kesiankan dengan orang tua hamba. Adik hamba yang baru tamat matrikulasi jugak nak masuk universiti. Jadi hamba fikir, biar hamba mengalah dulu dan hamba akan usahakan dengan berbagai cara untuk memastikan sumber kewangan hamba akan mencukupi sebelum bulan September atau oktober ini. Hamba ingin menyambung pelajaran lagi. Hamba sedang ketagih ilmu buat masa sekarang ini.
Untuk memastikan hamba dapat mencari sumber kewangan, hamba secara tidak sengaja telah dilantik di Masjid kariah hamba untuk menjadi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan masjid. Senang ceritanya hamba menjadi pemimpin untuk memimpin solat bagi Masjid di kariah hamba. Sudah sebulan hamba bertugas di sana dengan gaji yang bolehlah.. Hamba harus berjimat, broadband harus dibayar, hutang harus dibayar. Hoho… Dan Alhamdulillah, semuanya rezeki datang dari Allah.
Ok, kita tinggal lagi cerita di atas. Selamat tinggal cerita di atas. Tata! Hehe.. Ya! Hamba sekarang sudah punyai kekuatan semula untuk mengarang novel. Buat masa sekarang hamba telah menulis menuskrip baru. Hamba tidak akan berhenti menulis. Hamba akan cuba menyampaikan perkara kebaikan tentang agama Islam. Ini tanggungjawab hamba. Hamba ingin menyampaikan Islam dengan cara ini. Hamba berharap dengan sangat agar dalam masa terdekat ini tulisan hamba yang tak logik itu dapat diterima oleh pihak penerbitan yang ada di Malaysia ini. Hamba harap sangat. Buat masa ini ada dua manuskrip yang hamba sedang tulis. Manuskrip From Shah Alam With Love telah lama hilang dengan kenangan-kenangan yang berada di dalam laptop hamba. Oh ya! Sudah tentu anda semua sudah lupa mengapa ia hilang. Ini disebabkan virus-virus yang jahat telah memasuki ruang folder D hamba. Cis! Sungguh kurang ajar virus tersebut. Apa dia tidak tahu dengan siapa mereka membuat perhitungan? Cit!
Sekarang sudah mulai masuk bulan Jun. Dan memang sekarang bulan Jun. Kebiasaannya, di pertengahan tahun akan ada cuti sekolah panjang. Ala.. Yang cutinye sampai dua minggu tu. Aih? Takkanla tak taw kot? Dulu-dulu anda kemain seronok lagi bile cuti kan? Boleh bangun lambat, tengok katun puas-puas, mandi sungai, curi itik ayam orang, lastik burung, panjat pokok kelapa pastu gi kenduri kawen kan? Ala… jangan tipula… Hamba taw.Hehe… Oh Ya! Sebut pasal kenduri kawen ni sangat best pulak rasenye kan? Hari-hari ada makan free. Hari-hari makan ayam masak merah je. Diserikan dengan air sirap. Air sirap? Ala.. tak heranlah, kami kat Maahad dulu pun dah biasa dengan air sirap. Minuman wajib. Dah nak naik muak tengok air sirap tu. Silap-silap air sirap tu pun dah boring tengok muka kami. Hahaha…. Kata air sirap tersebut “ Alahai.. Apasal muka mamat tak hensem ni yang minum aku?” . Perhatian, mamat muka tak hensem tersebut bukanlah hamba, tapi muka pak guard kat Maahad Tahfiz tu.. Hahaha… Kantoi!
Baiklah.. Hamba rasa cukup setakat ini perkembangan hamba. Insyaallah dalam masa terdekat ini hamba akan terus menulis lagi. Jangan risau, hamba tidak akan berhenti berblogging. Hamba akan terus menyebarkan keindahan Islam dengan cara hamba sendiri. Jutaan terima kasih buat anda kerana setia menunggu perkembangan blog hamba. Jutaan terima kasih juga diucapkan buat anda kerana terus menunggu tulisan hamba…
Allahu a’lam
0 Orang Bercakap:
Post a Comment