Wednesday, March 17, 2010

Takdir : Apakah Ia Satu Pembalasan Dengan Kejahatan Kita Ataupun Satu Pengampunan Yang Mendidik Jiwa?



Bismillah..

Dengan nama Allah hamba mulakan. Dengan nama Allah hamba menulis. Dengan nama Allah hamba tuliskan untuk anda.

Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam semesta dengan berbagai keindahan. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan. Segala puji bagi Allah yang menjadikan airmata untuk digugurkan. Segala puji bagi Allah yang menciptakan dalam hati anak Adam ini rasa cinta, kasih dan sayang. Segala puji bagi Allah yang menciptakan sakit di jiwa untuk mendekatiNya.

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah kerna hamba masih lagi diberikan kekuatan untuk menulis sesuatu yang boleh dijadikan manfaat untuk anda. Kalau ada tulisan hamba yang tidak dapat memberikan manfaat buat anda maka silalah komen kepada hamba kerana hamba benar-benar mahukan satu teguran supaya hamba tidak lagi perasan bagus di dalam penulisan hamba.

Memandangkan traffic blog hamba tidak ramai yang mengunjung maka hamba dengan berbesar hati ingin memberitahu kepada pengunjung yang selalu berziarah ke blog hamba, maklumlah kepada rakan-rakan blog yang lain agar selalu dapat mengunjungi blog hamba agar anda boleh kemon dengan penulisan hamba, dan agar hamba dapat memperbaiki mutu ilmu yang sedikit sebanyak dapat hamba kongsikan.

Baiklah, hari ini tajuk artikel hamba berkenaan dengan takdir. Semenjak dua menjak ini hamba selalu didatangi dengan perasaan yang tidak enak. Kadangkala ia menguji keimanan hamba sebagai hamba yang amat lemah disisiNya. Dan kadangkala ia benar-benar menguji jiwa.

Apakah itu takdir? Takdir adalah ketentuan suatu peristiwa yang terjadi di alam raya ini yang meliputi semua sisi kejadiannya baik itu mengenai kadar atau ukurannya, tempatnya mahupun waktunya. Dengan demikian segala sesuatu yang terjadi tentu ada takdirnya, termasuk manusia itu sendiri.

Umat Islam memahami takdir sebagai sebahagian dari tanda kekuasaan Allah yang harus diimani sebagaimana dikenal dalam Rukun Iman. Penjelasan tentang takdir hanya dapat dipelajari dari informasi Tuhan, iaitu informasi Allah melalui al-Quran dan Hadis. Secara keilmuan, umat Islam dengan sederhana telah mengerti bahawa takdir sebagai segala sesuatu yang sudah terjadi.

Kita selalu kaitkan takdir dengan perbuatan kita yang lampau. Seolah-olah dalam Islam juga mempunyai konsep karma. Karma seperti yang kita tahu secara asasnya adalah suatu pembalasan buruk terhadap masa silamnya. sebenarnya Islam tidak begitu. Segala apa yang dilakukan semasa lampau kita adalah disebabkan oleh tangan dan diri kita sendiri. Itu sudah tertulis di dalam Lauh Mahfuz. Cuma kita sahaja yang boleh mengubahnya ataupun tidak mahu mengubahnya.

Kita ambil contoh yang mudah. Katakanlah sekarang ini anda sedang hangat bercinta dan pada suatu hari yang tenang, pakwe/makwe anda tiba-tiba mengatakan mahu berpisah dengan anda. Apakah reaksi anda pada masa itu? Bagi yang hatinya sedikit panas pastinya terjadinya pertengkaran di antara kedua mereka. Jika hati mereka jenis yang sejuk sedikit pastinya dia akan bertanya :

"Apa salah i pada you? Apa i tak cukup bagus untuk you? Apa yang you nak semua i dah buatkan, semua i dah lakukan kerana cinta i pada you.."

Jawapannya :

"Awak terimalah! Ini takdir kita. Antara kita tiada jodoh lagi. Saya sudah berjumpa dengan lelaki/perempuan yang lebih baik dan bagus daripada awak. Ini takdir kita. Saya bukan jodoh awak! Lagipun awak seorang yang jahat! Saya tak suka lelaki/perempuan murah macam awak! Huh!"

Sudah tentu kita biasa mendengar dengan perkataan ini bukan? Apakah benar itu takdir? Kalau benar itu takdir maka, ia adalah takdir yang mendidik jiwa kita. Kerana apa? Kerana perkara diatas telah mengajar kita bagaimana tidak meletakkan seratus peratus harapan kepada manusia. Dan ia adalah takdir mendidik jiwa kerana telah berapa lama kita lupakan tuhan kita.

Sebahagian daripada takdir benar-benar mendidik jiwa kita dan sebahagian lagi takdir akan memperlihatkan bahawa disebalik tiap kejadian itu ada hikmah yang besar telah Allah sembunyikan daripada pandangan kita. Jangan sekali pernah mengeluh dengan diri dan takdir ini. Insyaallah dan percayalah pasti ada hikmah kebaikan yang tidak diperlihatkan pada kita.

Pada pandangan hamba, takdir itu bukanlah suatu pembalasan, malahan ia lebih kepada mendidik jiwa kita sendiri.

Hamba ingin bercerita sedikit. Bukan untuk mengaibkan tetapi sebagai iktibar.Baru-baru ini hamba didatangi oleh seorang hamba Allah. Lelaki. Senang cerita pemuda. Hamba dapat mengagak umurnya lingkungan awal 20an. Beliau menceritakan semua kisah hidupnya pada hamba, dan lebih berat kepada soal cinta. Pada pandangan hamba, beliau memang seorang yang benar-benar baik. Dia pemuda baik. Beliau menceritakan pada hamba tentang masalah cintanya.

Menurut beliau, beliau tidak pernah merasakan nikmat mencintai seorang gadis sehinggalah datangnya seorang gadis yang baik, amat baik dalam hidupnya. Dia amat sayang kepada gadis itu. Namun disebabkan sayang itu, tanpa disedari makanya dia hampir terjerumus ke dalam lembah yang gelap. Dia cepat sedar. Beliau tahu apa yang dilakukan adalah berdosa malah hampir kepada kemurkaan Allah. Dia berjanji akan menikahi gadis itu kerana mahu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Namun setelah dia berjanji tiba-tiba gadis itu berubah hati, berubah arah. Gadis itu memutuskan hubungan dengan pemuda itu. Pemuda itu sangat kesal. Hari-harinya ditemani airmata dan kadangkala dia berkata pernah merasakan untuk membunuh diri. Katanya, "Buat apa ana hidup kalau hidup ana sentiasa dilimpahi dengan dosa dan noda??" Kata-katanya itu membuat hati hamba sedih. Hamba tahu perasaan beliau. Hamba tahu apa yang beliau alami. Dia banyak berubah, daripada seorang pemuda yang ceria kin menjadi semakin longlai. Pernah hamba bertanya, "Kenapa enta tak seperti dulu? Enta putus asa dan sedih sebab kehilangan dia?" Dia menjawab " Tidak akhi, ana tidak bersedih sebab kehilangan dia. Tapi ana sedih ana kehilangan dia disebabkan tangan ana sendiri akh..!! Apa Allah itu tidak mendengar suara ana?" Soalnya. Keadaan masa itu sangat parah. Sangat menyedihkan.

Hamba menjawab, "Akh, bukan semua apa yang kita nak Allah kabulkan. Ana percaya dan yakin Allah dengar suara akh, dengar suara kita. Mungkin apa yang terjadi sekarang akan mendidik jiwa akh di masa hadapan. Mungkin apa yang akh mahu sekarang tidak dapat Allah berikan sekarang. Jika benar dia Allah ciptakan untuk akh, Insyaallah. Yakin dan percaya pada ana, dia pasti akan kembali.. Ini takdir kebaikan untuk enta. Ini takdir Allah yang memberikan pegampunan pada enta. Percaya pada ana.."

Hamba dipeluk olehnya. Erat pelukannya. Hanya tangisannya yang sedang berbicara dengan hamba. Airmatanya basah ke bahu hamba. Hamba mengusap lembut belakangnya. Hati orang yang dikecewakan harus dipujuk secara cinta. Harus diusapkan hatinya dengan belaian iman. Bawa hatinya kepada Allah. Ajarkan pada dia bersangka baik dengan Allah. Hati orang yang dikecewakan harus dipujuk dengan husnu zhan kepada Allah.

Itulah takdir seorang sahabat hamba. Takdirnya itu pada hamba, benar-benar mendidik jiwanya. Benar-benar mendidik jiwa hamba.

Ia bukan pembalasan. Ia adalah ilmu. Ilmu yang mendidik jiwa. Tarbiyyah langsung daripada Allah buat hambanya. Jika ada diantara anda yang sedih sekarang ini dan sedang membaca artikel yang hamba tuliskan ini, jangan biarkan airmata anda kering tanpa dibasahi. Allah menciptakan airmata itu untuk menangis. Menangislah, kerana kadangkala manusia terlalu sombong untuk menangis. Lalu untuk apa airmata telah diciptkan? Ingatlah, di dunia ini bukan hanya ada bahagia.

Hamba sedar, tulisan hamba ini agak sedikit conding kepada cinta. Ya! Tapi percayalah, apa yang hamba tulis ini ada sedikit sebanyak berkaitan dengan takdir kehidupan seharian kita.

Hamba rasa hamba tidak mahu berceloteh panjang. Hamba akan menulis lagi. Hamba tidak akan pernah berhenti untuk memperlihatkan kepada anda bahawa agama kita, agama Islam adalah agama yang penuh dengan kasih sayang.

Allahu a'lam..

P/S : Buat sahabat hamba, ini untuk enta. Selalu husnu zhan kepada Allah. Bawa hatimu kepada Allah. Dia adalah tempat mengadu kita. Kalau Dia tidak pernah mendengar kita, maka selalulah mengadu padaNya. Insyaallah, dalam banyak-banyak pengaduan itu mesti ada yang didengar Allah. Menangislah! hamba akan selalu di sisi enta.

P/S : Entri ini ditulis dengan linangan air mata.

P/S : Moga-moga kita semua akan menjadi hamba yang bertaqwa.

0 Orang Bercakap: