Bismillah..
Segala puji bagi Allah yang memberikan kesihatan yang sempurna dan yang kurang sepurna. Segala pujibagi Allah yangt telah memberi hidup dan memberi kematian setiap maklukNya yang bernama Manusia. Segala puji bagi Allah yang sentiasa murah dan peniuh kasih sayang memberi rezeki kepada setiap insan yang bernyawa, tidak kira Islam atau kafir. Segalanya Dia berikan tanpa meminta untuk dibalas.
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah. Sudah sebulan rasanya hamba tidak menulis di blog hamba ni. Semuanya gara-gara Facebook yang sepertinya ada sesuatu yang agak susah untuk diterjemahkan. Mengapa, apakah yang ada di dalam dunia Facebook itu atau lebih dikenali sebagai FB. Dalam bahasa Melayunya dipanggil Muka Buku.
Alhamdulillah, sebulan lepas hamba pernah memberitahu bahawa hamba akan menjalani pembedahan bukan? Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan baik walaupun hamba sendiri tidak baik. Segala kesakitannya masih hamba rasai sehingga sata ini. Mulai dari memotong, membius lalu me'repair' kaki hamba. Tepatnya lagi di tapak kaki hamba. Sakitnya ini dinamakan "Corn". Dalam bahasa Malaysianya dimaksudkan dengan maksud "Jagung". Hebat bukan? Ada jagung yang besar sedikit daripada syiling 50 sen berada di tapak kaki hamba, bila pijak terasa sakit.
Hamba menjalankan pembedahan di Pusat Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, atau lebih dikenali dengan Hospital Besar Ipoh. Sebelum memulakan rawatan yang dilakukan hanya pada hari Jumaat, hamba rasa mungkin pembedahn ini kecil sahaja sebab doktor cina yang akan membedah hamba mengatakan dengan slumbernya dalam bahasa inggerisnya : "Mr Imran! Don't worry, your problem is very simple. It's so bored. I'm so sorry to say it, but it's true. No need to worry ok?" Sejurus hamba mendengar perkataan doktor tersebut hamba berasa sedikit lega kerana bersandarkan pada kata-kata beliau. Oh ya! Doktor itu daripada Jabatan Ortopedik. Masih lagi hamba ingat, pada hari itu 1 Malaysia. Ya, 1 Malaysia. Kerana pada hari itu ada 3 orang pesakit termasuk hamba. Hamba maksudkan dengan 1 Malaysia ialah ada pesakit Melayu, sudah tentu hamba. Pesakit Cina, makcik cina yang ibu jari tangan kirinya tidak boleh dibengkokkan langsung, senang cerita, tidak berfungsi. Pesakit India, makcik India yang mana buku lali kanannya ada ketumbuhan sebesar penutup botol air mineral. Hebat bukan? Memang hebat.
Dan waktu yang ditunggu dengan debaran telah tiba, hamba diiring masuk ke dewan bedah dengan pakaian dewan bedah. Tanpa memakai pakaian kasual. Ingatkan hari tu dah duduk hospital, rupanya tidak. Baring kat katil dewan bedah. Hoho! Ok! Balik kepada cerita. Hamba diiring, dalam masa yang sama hamba rasa macam nak lari balik rumah je. Hamba rasa tidak keruan, hamba rasa nak lari 100 meter laju dari situ. Hamba sempat lagi mintak kat Makcik Nurse tu : "Makcik, saya nak ubat bius yang kuat punya buleh tak? Kalau buleh tak nak rasa apa-apa. Bagi pengsan pun takpe." Dalam jantung hamba ni rasa macam nak meletup je. Nurse tu bantai gelak kat hamba, kenapa? Hamba buat lawak ke? Tapi hamba dapat respon yang agak memuaskan hati la jugak. Kata Nurse tu : "Nak bagi pengsan tak boleh la dik. Tapi nak bagi tak rasa tu boleh. tapi adik kena tahan la sikit ye?" Tanpa banyak cakap, hamba terus diorang buat sekarang. Hamba tak nak tunggu, kalo boleh lepas operation hamba nak balik rumah terus. Tak nak tengok dah muka-muka mereka, tapi apakan daya. Kena tunggu jugak. Dan akhirnya upacara merepairkan kaki hamba pun bermula.
Pada mulanya hamba rasa sangat sakit yang amat sangat kuasa dua. Fuh!! Susah nak cakap macam mana dia punya sakit. Hamba sempat jerit jugak lah! Ceh! Badan je taf, tapi jerit. Tak percaya? Tryla amek jarum pastu cucuk kat tapak kaki anda. Baru anda tahu betapa sedapnya kena cucuk secara 'live'. Masa tu hamba mampu untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Mana tahukan, tengah-tengah dia opret tu hamba menemui Ilahi. Huhuuu... Hehe.
Dan akhirnya, pembedahan berjaya dilakukan dengan enam jahitan. Ini rupa kaki hamba sejurus pembedahan dan memakai seluar untuk pulang ke rumah..jpg)
Ok! besor yang amat bukan. Hampir sebulan hamba tidak dapat membuat apa-apa. Berjalan dengan menggunakan tongkat dan sebelah kaki. Mandi tak boleh basahkan kaki. Ambil wudhu tak rasa tak best dan yang paling tragis sekali adalah bila nak buang air besar. Tak boleh cangkung. Seksa sangat. Ok, peringatan ni bukan cerita lucah ok? Ni cerita pengalaman hamba. Hoho!
Selepas melalui pelbagai sakit dan deritanya di tapak kaki, inilah rupanya selepas seminggu membuka jahitan. Hamba membuka jahitan pada 1hb oktober yang lalu dan pada hari tersebut hamba ada jamuan hari raya. Inilah rupanya, hebat bukan? Kalau anda lemah semangat, jangan tengok. Karang pitam pulak, susah hamba!
Hmm.. Jadinya inilah yang hamba dapat kongsikan. Sebelum tu, dalam pemerhatian hamba dalam bulan ini terlalu banyak kematian. Apakah tandanya itu? Renung-renungkan dan selamat beramal.
Allahu a'lam..
P/S : Kepada Beliau, Uhibbuki! Isytaqi!
P/S : Takziah buat sahabat hamba, Kamil Bin Kamal, atas pemergian ayahanda beliau yang sangat banyak berjasa buat kami di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin. Moga-moga almarhum ditempatkan bersama para solehin.
P/S : Musim haji telah tiba. Hati ini membara. Rindu pada tanah suci itu.
Saturday, October 30, 2010
Alhamdulillah.. Sudah agak pulih. Ada gambar selepas pembedahan. Sikit je! =)
Writen By imranulkhalis at 10:51 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Nukilanku, TENTANG AKU...., Tinta Dariku
Friday, September 17, 2010
Salam Idulfitri, Salam Penghabisan Ramadhan
Bismillah..
Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam dengan indah. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Segala puji bagi Allah yang tidak pernah berhenti memberi rahmatNya serta kasih sayangNya kepada kita. Segala puji bagi Allah yang tidak pernah berhenti memberi rezeki serta kasih sayangNya kepada kita.
Sesungguhnya, segala puji bagi Allah!
Allahuakbar..! Allahuakbar..! Allahuakbar..! Walillahilhamd..!
Alhamdulillah, masih tidak terlambat lagi rasanya untuk hamba ucapkan Selamat hari raya Idulfitri, mohon maaf zahir dan batin jika ada sesiapa di kalangan anda yang mengenali hamba dan hamba pernah berbuat salah dan silap selama perkenalan hamba dengan anda. Sesungguhnya hamba manusia biasa. Tidak pernah lepas dari khilaf. Tidak pernah lepas dari dosa yang selalu datang.
Alhamdulillah..!
Allahuakbar..! Allahuakbar..! Allahuakbar..! Walillahilhamd..!
Ramadhan telah meninggalkan kita sekali lagi. Entah akan berjumpa atau tidak dengan ramadhan yang akan datang. Moga-moga Allah memberikan kita umur yang panjang untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang untuk menambah amalan untuk ke syurga yang kekal abadi serta maha indah.
Allahuakbar..! Allahuakbar..! Allahuakbar..! walillahilhamd..!
Kita telah hampir sepuluh hari di dalam bulan Syawal ini. Harap-harapnya kita masih belum lagi meninggalkan segala amalan yang telah kita lakukan di bulan ramadhan yang lalu. Masuk sahaja bulan Syawal ini hamba pasti, ramai yang gembira, sedih, sayu dan berbagai emosi lagi. Gembira biasanya akan dikaitkan dengan kanak-kanak. Baju serba baru, duit raya penuh di tangan serta poket. Bisa berjalan-jalan bersama-sama kawan-kawan mengutip atau mengumpul atau mengepau duit raya. Itu biasa.
Sedih.
Biasanya pada mereka yang kehilangan orang yang disayangi. Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga orang lagi. Dan kesudahannya, jutawan tersebut dikhabarkan telah bertemu rabbnya. Sungguh! Kajadian itu benar-benar tidak perikemanusiaan. Ditahan, dipukul lalu dibakar! Begitu kejam! Subhannallah. Nauzubillah min zalik. Ahli keluarga mereka pastinya sedih. Pagi satu Syawal hanya ditemani airmata kesedihan.
Sedih.
Biasanya pada mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Isteri, suami. Anak-anak mungkin. Sangka mereka Syawal kali ini akan dirai bersama yang tersayang. Namun jodoh tidak panjang. Allah lebih sayangkan mereka. Mungkin diambil nyawanya, mungkin jarak memisahkan dan lain-lain.
Sedih.
Syawal kali ini juga hamba bersedih. Sangat sedih. Entahlah, mungkin ada hikmah di balik semua ini. Tapi hamba masih berharap dan ia tidak pernah putus.
Sedih.
Syawal kali ini juga hamba berasa sangat sedih, pagi ini hamba akan beraya di Hospital Raja Permaisuri Bainun a.k.a Hospital besar Ipoh. Hamba terpaksa menjalani satu pembedahan. Pembedahan kecil mungkin, di kaki. Ermmm.. Sudah lama menanggung derita. Sejak 2003, tapi tahun ini baru terasa sakitnya. Untuk mengelakkan ia terus sakit, makanya hamba terpaksa melakukan ini. Untuk hamba kerna tidak mahu mudarat.
Mohon doa dari anda semua.
Maafkan hamba kerana sudah lama tidak memblogkan diri. Nampaknya seperti hamba dalam kekeliruan. Hamba pada mulanya aktif dengan blog, namun sejak kegilaan dunia Facebook, hamba seperti sudah lebih terarah ke sana. Entahlah, sepertinya ada racun yang sangat berbisa di sana.
Maafkan hamba juga kerna sudah lama tidak menulis di blog. Sejak dari hari itu, hamba seperti sudah hilang kekuatan. Separuh jiwaku pergi, bak kata Anang di dalam Nada dering panggilan seseorang itu.
Maafkan hamba juga, hamba sudah lama tidak menulis di blog kerana sudah bertemu dengan hobi baru. Mungkin juga dengan hobi ini hamba akan menjana pendapatan untuk menanggung perbelanjaan menyambung belajar. Insyaallah jika ada diantara anda yang ingin mengambil jurugambar untuk perkahwinan atau lain-lain, boleh hubungi hamba di talian 017-5488820 atau email hamba di aku_mior@yahoo.com
Insyaallah, mungkin selepas hamba akan update lagi blog ini, mungkin cepat atau lambat kerana buat masa ini hamba menjadi guru di teratak pengajian hamba sewaktu umur menengah dahulu. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-qiraat Addin 2, cawangan Parit, Perak serta bertugas di Masjid Radhiatul Mardhiah Parit, Perak. Jika ada apa-apa atau mahu bertemu dengan hamba, cari hamba di sana. Hamba bertugas pada Hari khamis dan Jumaat.
Terima kasih kerana masih setia menunggu tulisan dari hamba. Moga-moga Allah memayungi kita dengan rahmat kasih sayangNya.
Allahua'lam
P/s : Ishtaq Ilaiki..
Writen By imranulkhalis at 1:35 AM 0 Orang Bercakap
Labels: TENTANG AKU...., Tinta Dariku
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan Datang Lagi Dab Blog Ini Insyaallah Akan Berjalan Seperti Biasa Semula.
Bismillah..
Segala puja dan puji bagi Allah, yang hanya layak menerima puja dan puji serta kebesaran dan keagungan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan udara, yang memberikan nyawa serta tidak pernah Dia minta untuk dibayar semula setelah berpuluh tahun kita hidup di atas muka bumiNya. Subhanallah...
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan kita rakus menjamah itu dan ini, kini tiba masanya untuk kita mengikat perut ini selama 12 jam. 12 jam ini bukanlah sebagai tanda Allah menyiksa diri kita, tetapi sebagai peringatan kepada kita serta Dia menyuruh kita mencari keampunan serta kekuatan agar nanti kita dapat mendiami Syurga yang abadi, tidak ada orang tua, tidak ada yang buruk-buruk. Yang ada cuma keindahan yang maha indah. Amalan yang kita lakukan sekarang inilah dinamakan sebagai "Puasa". Dalam bahasa Arabnya dipanggil "Al-Saum". Bulan ini hanya Allah berikan sebulan sahaja dalam setahun. Dan tahukah anda, yang dalam sebulan itu terdapat satu hari di mana hari itu dipanggil "Lailatul Qadr". Malam ini adalah malam yang penuh dengan keberkahan. Malam itu lebih baik dari seribu bulan jika kita beribadah dengan khusyuk pada waktu itu.
Kenapa Allah berikan malam itu kepada Manusia? Yela.. Dah Allah menciptakan manusia, sudah tentu Allah nak bagi kita beramal pada waktu itu. Bukan pada waktu itu je. Pada waktu-waktu lain pun kita harus beramal ibadah. Kenapa Allah bagi pada Manusia plak ye? Sebab Allah sayangkan kita. Allah masih lagi memberikan peluang pada kita agar sempat berbuat kebaikan sebelum tiba hari kiamat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Insyaallah, akan ada entri terbaru..
Wallahu a'lam..
Writen By imranulkhalis at 11:31 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA
Wednesday, June 16, 2010
Sekian Lama Sepi! Kini Kembali...
Bismillah..
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan bumi dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah yang meniupkan ruh dalam setiap jasad kita. Segala puji bagi Allah yang menciptakan cinta dan kasih. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan segalanya yang ada di muka bumi dengan cukup sempurna dan pastinya tidak ada sesiapa pun dari kalangan kita yang mampu menciptakan ciptaan seperti ciptaan Allah.
Sudah lama meninggalkan laman blog sendiri. Rasanya sudah hamper berbulan lamanya. Jika tak salah hamba, kali terakhir hamba memblogkan diri pada bulan mei yang lepas. Aduhai… Sekarang sudah pertengahan bulan jun. Sudah sebulan. Dan dalam masa sebulan yang hamba lalui itu, terdapat berbagai ragam. Jiwa hamba masih lagi berada di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak. Hati hamba masih di sana. Suasananya masih segar di jiwa hamba. Hamba masih tidak dapat melupakan segalanya itu. Di sana hamba belajar banyak perkara. Dari urusan duniawi hatta ukhrawi. Dari urusan hati sehinggalah urusan jiwa. Di sana hamba banyak mengenal manusia. Di sana hamba banyak belajar menjadi agak matang dari pelbagai aspek. (Mungkin kot!) Hoho..
Sekarang, hamba sudah berada di kampung hamba sendiri. Tanah tempat hamba berpijak, bermain, jatuh dan bangun dengan kesan luka jatuh basikal. Dan Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kepandaian hamba mengipas bapak hamba, hamba akhirnya telah memiliki sebiji broadband dengan pakej RM68 yang mana hamba telah mendaftarkan ia di bawah syarikat telekomunikasi yang mula-mula memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar a.k.a broadband ni. Berbaloi-baloi walaupun agak lambat. Biasalah, benda murah. Hoho lagi… (^_^)
Sudah lama tidak menulis, rasanya ini adalah entri yang agak panjang. Sepanjang hamba berada di kampung hamba, telah banyak yang hamba lalui. Suka, duka, pelik, dan berbagai lagi. Pada hari pertama hamba sampai di rumah sendiri hamba berasa agak pelik. Kenapa hamba boleh berada di sini? Ini kat mana? Cis! Sungguh tak mengenang budi punya manusia. Tempat jatuh lagi dikenang, tapi hamba tempat jatuh pun buleh lupa! Apa punya manusia daa… Sahabat-sahabat seperjuangan hamba cakap duduk di rumah best! Boleh buat apa saje. Haah.. itu rumah dia. Rumah hamba ni? Wa… Eh! Sepanjang keberadaan hamba di rumah, hamba telah mempunyai hobi baru, iaitu jogging seusai solat subuh. Waa… Best wor.. (Ini nada terpaksa ok?). Sebenarnya hamba telah dipaksa oleh pak aji a.k.a ayah hamba untuk berjoging sesudah subuh. Kata beliau “ Joging ni baik untuk kesihatan kamu! Kamu kena kurus! Baru la nanti bertambah ramai orang pompan giler kat Tanjung Rambutan tu..” Kata beliau dengan tenang sambil mencicah roti canai di dalam oatnye. Eh Silap! Ke dalam kuah dhal mamak Restoran Tawakkal Parit, Perak. (Restoran Usaha takde ke?). Jadinya tiap-tiap pagi hamba dengan rasa malas + menyampah + boring + tilam memanggil dengan terpaksa meninggalkan semua itu untuk mendapatkan ayah hamba lalu jogging bersama sambil menghirup udara segar di sekitar bendang di kawasan rumah hamba. Tapi kan hamba rasa hamba takdelah gemok sangat. Boroi? Mana ada boroi. Buncit jauh sekali. Tapi hamba menyahut seruan ayah hamba jugak la untuk memastikan selepas ini makin ramai orang perempuan terutamanya aweks-aweks, anak dara-anak dara dan yang sewaktunya akan menghuni Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Dan hamba pasti, selepas hamba telah mendapat seperti apa yang diinginkan oleh ayah hamba, hamba akan membuat mereka-mereka itu menjadi histeria kerana melihat seorang jejaki tampan, kacak dan hensem berjalan melintasi mereka. Hoho..!
Ok Baik! Kita tinggalkan cerita di atas. Bye-bye cerita atas. Hoho. Pada hari jadi hamba baru-baru ini, yakni pada 19/5/2010, hamba telah mendapat satu hadiah yang amat istimewa hamba kira. Hadiah itu ialah surat Tawaran Kemasukan ke Kolej Universiti Insaniah(KUIN) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian. (Sila lihat rajah di bawah untuk membuktikan dakwaan hamba benar).
Ok? Sudah percaya? Kenapa? Tak Percaya? Haha.. Ya benar! Hamba telah menerima surat tawaran ini. Kalau anda semua tak percaya, anda boleh klik pada imej di atas dan zoomkan beliau dan simpan imej ini untuk kenang-kenangan. Kot-kot la ada yang gila bayang dengan hamba. Hoho. Nak Tahu adakah hamba menerimanya atau tidak? Sudah tentu tidak,! Ya! Hamba menolaknya. Kenapa? Hamba menolaknya atas alasan yang munasabah. Hamba ingin mencari sumber kewangan. Lagi pula hamba kesiankan dengan orang tua hamba. Adik hamba yang baru tamat matrikulasi jugak nak masuk universiti. Jadi hamba fikir, biar hamba mengalah dulu dan hamba akan usahakan dengan berbagai cara untuk memastikan sumber kewangan hamba akan mencukupi sebelum bulan September atau oktober ini. Hamba ingin menyambung pelajaran lagi. Hamba sedang ketagih ilmu buat masa sekarang ini.
Untuk memastikan hamba dapat mencari sumber kewangan, hamba secara tidak sengaja telah dilantik di Masjid kariah hamba untuk menjadi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan masjid. Senang ceritanya hamba menjadi pemimpin untuk memimpin solat bagi Masjid di kariah hamba. Sudah sebulan hamba bertugas di sana dengan gaji yang bolehlah.. Hamba harus berjimat, broadband harus dibayar, hutang harus dibayar. Hoho… Dan Alhamdulillah, semuanya rezeki datang dari Allah.
Ok, kita tinggal lagi cerita di atas. Selamat tinggal cerita di atas. Tata! Hehe.. Ya! Hamba sekarang sudah punyai kekuatan semula untuk mengarang novel. Buat masa sekarang hamba telah menulis menuskrip baru. Hamba tidak akan berhenti menulis. Hamba akan cuba menyampaikan perkara kebaikan tentang agama Islam. Ini tanggungjawab hamba. Hamba ingin menyampaikan Islam dengan cara ini. Hamba berharap dengan sangat agar dalam masa terdekat ini tulisan hamba yang tak logik itu dapat diterima oleh pihak penerbitan yang ada di Malaysia ini. Hamba harap sangat. Buat masa ini ada dua manuskrip yang hamba sedang tulis. Manuskrip From Shah Alam With Love telah lama hilang dengan kenangan-kenangan yang berada di dalam laptop hamba. Oh ya! Sudah tentu anda semua sudah lupa mengapa ia hilang. Ini disebabkan virus-virus yang jahat telah memasuki ruang folder D hamba. Cis! Sungguh kurang ajar virus tersebut. Apa dia tidak tahu dengan siapa mereka membuat perhitungan? Cit!
Sekarang sudah mulai masuk bulan Jun. Dan memang sekarang bulan Jun. Kebiasaannya, di pertengahan tahun akan ada cuti sekolah panjang. Ala.. Yang cutinye sampai dua minggu tu. Aih? Takkanla tak taw kot? Dulu-dulu anda kemain seronok lagi bile cuti kan? Boleh bangun lambat, tengok katun puas-puas, mandi sungai, curi itik ayam orang, lastik burung, panjat pokok kelapa pastu gi kenduri kawen kan? Ala… jangan tipula… Hamba taw.Hehe… Oh Ya! Sebut pasal kenduri kawen ni sangat best pulak rasenye kan? Hari-hari ada makan free. Hari-hari makan ayam masak merah je. Diserikan dengan air sirap. Air sirap? Ala.. tak heranlah, kami kat Maahad dulu pun dah biasa dengan air sirap. Minuman wajib. Dah nak naik muak tengok air sirap tu. Silap-silap air sirap tu pun dah boring tengok muka kami. Hahaha…. Kata air sirap tersebut “ Alahai.. Apasal muka mamat tak hensem ni yang minum aku?” . Perhatian, mamat muka tak hensem tersebut bukanlah hamba, tapi muka pak guard kat Maahad Tahfiz tu.. Hahaha… Kantoi!
Baiklah.. Hamba rasa cukup setakat ini perkembangan hamba. Insyaallah dalam masa terdekat ini hamba akan terus menulis lagi. Jangan risau, hamba tidak akan berhenti berblogging. Hamba akan terus menyebarkan keindahan Islam dengan cara hamba sendiri. Jutaan terima kasih buat anda kerana setia menunggu perkembangan blog hamba. Jutaan terima kasih juga diucapkan buat anda kerana terus menunggu tulisan hamba…
Allahu a’lam
Writen By imranulkhalis at 12:06 AM 0 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Pengumuman, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Saturday, May 1, 2010
Selamat tinggal teratak pengajianku. Selamat tinggal sahabat-sahabat.
Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang hamba mulakan kalam pada hari ini. Dengan nama Allah yang menciptakan cinta dan maha cinta hamba mulakan kalam. Dengan nama Allah yang maha tahu setiap apa yang ada di dalam benak hamba-hambaNya. Dengan nama Allah.
Alhamdulillah, setelah sekian lama hamba menyepikan diri di blog hamba, hamba kini datang semual dengan menulis. Sudah lama hamba tidak menulis sesuatu di blog hamba sendiri. Maafkan hamba kerana membuat anda semua tertunggu tulisan dari hamba. Hamba tidak berniat untuk menyepikan diri selama ini. Hamba menyepikan diri kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi.
Sudah agak lama hamba tidak memberi cerita tentang itu dan ini, dan hari ini dengan kekuatan yang masih ada lagi hamba ceritakan segalanya.
Alhamdulillah, pada hari ini, 1hb mei 2010, Majlis Perasmian Penutup Program Minggu Tautan Kasih Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak telah diadakan dengan meriah sekali walaupun tidak ramai yang hadir. Program ini diadakan sempena pengambilan pelajar baru Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak bagi sesi 2010-2014. Alhamdulillah, tahun ini seramai tujuh orang yang mendaftar sebagai warga Maahad.
Dengan masuknya pelajar-pelajar baru di Maahad ini, bermakna hamba harus keluar dari Maahad ini juga. Yela, dah hamba habis belajo takkanlah hamba nak duduk sini lagi ye tak? Takkanlah hamba nak menyibuk lagi jadi pelajar baru ye tak?
Hmm.. Bila menyebutkan tentang perkara ini hati hamba jadi sayu. Rasanya baru sebentar tadi hamba jadi pelajar tahun pertama pengajian. Rasanya seperti masih baru lagi berada di teratak pengajian ini. Hamba tidak sangka yang hamba sudahpun menghabiskan pelajaran di Maahad ini. Sekejap sahaja hamba rasa di sini. Seperti semalam rasanya. Pagi tadi, usainya majlis penutup, ada jawatankusa penggerak program Minggu Tautan Kasih memainkan slide show dengan lagu daripada kumpulan nasyid Brothers yang bertajuk Selamat Berjuang dan Doa Perpisahan. Seketika itu juga airmata hamba menitis. Lantas terus hamba buka facebook dan menulis status di sana. Sempat lagi berfacebook. Hebat bukan?
Ya, memang hamba menangis. Standardla kan? Dalam hati ada taman! Hoho! Hamba tidak tahu mengapa airmata hamba mengalir di saat lagu itu dipasangkan. Terlalu banyak kenangan di sini. Terlalu banyak sejarah di sini. Terlalu banyak perkara-perkara indah yang tercipta di sini. Terlalu banyak, jika mahu disenaraikan memang hamba tak larat nak menulis tapi apa yang penting di teratak inilah hamba belajar segalanya. Dari urusan duniawi sehingga ke urusan ukhrawi. Di teratak inilah juga hamba belajar menjadi nakal dan berubah menjadi baik... kot? Hehe..
Saat ini lagu Selamat Berjuang nyanyian kumpulan nasyid Brothers sedang menemani hamba. Memang lagu ini benar-benar mengusik jiwa hamba.
Sebenarnya, jarak antara kediaman hamba dan teratak pengajian tidaklah jauh mana. Cuma memakan masa sejam.. Tak jauh sangatlah. Tapi entah kenapa hati ini terlalu sayu dan pilu mengenangkan suka dan duka dalam perjuangan hamba di Maahad ini. Meninggalkan Maahad, meninggalkan sahabat-sahabat. Aduhai... Berat rasanya jiwa ini.
Hamba pasti akan mengenangkan semua ini. Pasti......
Buat sahabat-sahabat hamba yang membaca tulisan hamba ini, izinkan hamba luahkan satu perkara buat antum...
Sahabat-sahabat,
Antum semua amat ana sayangi. Antum semua amat ana kasihi. Ana pasti dan ana jamin ana tidak akan bertemu dengan orang sebaik antum. Dengan antum, ana dapat mengenal erti nilai sebuah persahabatan. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat bersahabat. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat sebuah keluarga. Terima kasih banyak ana ucapkan buat antum kerana sudi menjadi sahabat ana sepanjang pengajian. Terima kasih sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat,
Ana maafkan andai kata selama perkenalan ini dan selama persahabatan ini terjalin ada salah tutur dari ana. Maafkan ana andai selama perkenalan ini hamba ada salah laku dengan antum. Maafkan ana sahabat-sahabat. Entah bila lagi ana akan dapat bertemu dengan antum semua.
Sahabat-sahabat,
Andai panjang umur ana, ana harap kita akan bertemu lagi. Sahabat-sahabat, percayalah tulisan ini ditulis dengan airmata yang berlinangan tiada henti. Percayalah bahawa ana benar-benar menghargai antum semua sebagai sahabat yang paling baik. Maafkan ana andai pada diri ana ini terlalu banyak kekurangan. Maafkan ana andai pada diri ana ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik.
Ana doakan moga-moga kita semua berada di dalam lindungan Allah. Hamba doakan semoga nanti antum semua akan menjadi Huffaz yang memberi manfaat kepada semua manusia di luar sana. Ana doakan moga-moga satu hari nanti kita semua dapat bertemu semula.
Selamat tinggal teratak pengajian, selamat tinggal sahabat-sahabat hamba!
Allahu a'lam
Writen By imranulkhalis at 10:45 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Familiku, From Shah Alam With Love, Hifz Al-quran, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Thursday, April 29, 2010
Serikandi Cintaku!
Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku
P/S : Kamu adalah serikandi cintaku... Sampai bila pun!
Writen By imranulkhalis at 12:09 AM 0 Orang Bercakap
Labels: SERIKANDI ISLAM
Wednesday, April 21, 2010
Selamat Ulang Tahun Sayang.... =)
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Writen By imranulkhalis at 12:21 AM 0 Orang Bercakap
Thursday, April 15, 2010
Menulis Semula...
Bismillah...
Segala puji bagi Allah yang menciptakan. Segala puji bagi Allah yang menjadikan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menjadikan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang menjadikan kasih dan cinta serta nafsu dan syahwat. Segala-galanya hanya puji bagi Allah yang menciptakan segalanya.
Maafkan hamba kerna sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam teratak hamba ini. Maafkan hamba. Hamba agak sibuk semenjak dua menjak ini. Hamba sekarang sedang sibuk untuk melanjutkan pelajaran. Buat masa ini hamba sudah mengisi empat borang untuk melanjutkan pelajaran.
Pertama di KUIS, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam jurusan Syariah.
Kedua di KUIN, Kolej Universiti Insaniah di Kedah dalam jurusan Syariah.
Ketiga di Jordan, mana-mana universiti di Jordan dalam jurusan Syariah.
Terakhir di Madinah al-Munawwarah di Universiti Islam Madinah, juga dalam jurusan Syariah.
Minggu hadapan, hamba kembali semula ke Kuala Lumpur atas urusan ini. Hamba mohon doa dari anda. Hamba mohon doakan semoga hamba antara yang terpilih untuk belajar di Madinah. Hamba ingin kembali ke sana.
Hamba mohon dengan sangat!
Writen By imranulkhalis at 12:01 AM 0 Orang Bercakap
Friday, April 2, 2010
Selamat Bertemu Allah
Bismillah..
Pagi ini selepas hamba berjalan mencari rumah sewa di Taman Cempaka, Ipoh, hamba membeli akhbar Harian Metro. Tajuk hadapannya 'Bernafas Dalam Lumpur' . Dah macam lagu Awie la pulak! Sekali hamba tengok orang tertimbus di dalam lumpur. Lebih menyayat hati, si mati itu almarhum di dalam keadaan rukuk. Menyayat hati ke? Rasanya, beruntunglah beliau kerana meninggal dalam keadaan solat. Moga-moga solat beliau yang terakhir diterima Allah.
Keduanya, pelawak dan juga DJ Radio Era, Din Beramboi meninggal dunia akibat denggi berdarah selepas empat hari di dalam keadaan kritikal yang mana kondisinya pada waktu itu sangat teruk. Moga-moga Allah tempatkan beliau di dalam kelompok hamba-hambaNya yang paling hampir denganNya.
Setiap hari pabila hamba membuka akhbar mesti ada orang yang meninggal. Mengikut bahasa yang agak 'kerek' sikit, mungkin sekarang ini sedang musim orang meninggal dunia. Meninggal dunia ada musim ke? Macam musim demam gitu? Mana ada.. Maut itu setiap hari berada dengan kita. Malaikat maut itu sentiasa memerhatikan gerak geri kita dan menunggu masa bilakan arahan untuk mengambil nyawa diberikan.
Sungguh, kematian itu pasti. Kita tidak boleh untuk minta kepada Allah agar dipercepatkan kematian kita atau dilambatkan beberapa saat.
Hamba merasa hairan, ada satu waktu dahulu seorang yang dikenali mengatakan boleh menangguhkan kematian. Makna kata, beliau lebih hebat daripada Malaikatul maut. Boleh minta ditangguhkan kematian. Kalau macam itu, hamba juga mahu menemui beliau dan minta dipercepatkan kematian hamba kerna hamba tidak sanggup lagi untuk hidup di dunia yang penuh dengan kesakitan. Boleh macam itu?
Apa yang pasti dan seperti mana kita tahu, kematian itu pasti ada dan hampir dengan kita cuma belum tiba lagi saatnya Allah mengutuskan malaikat maut untuk dicabutkan nyawa kita. Tunggulah saatnya. Sementara menunggu saat itu, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan amalan kita. Berbaik-baik sesama kita. Senangkan hati orang-orang yang kita kasihi. Cepat-cepatlah bayar hutang, (pesanan untuk diri hamba nih!)
Akhir kalam, Selamat Bertemu Allah.
Allahu a'lam..
Writen By imranulkhalis at 11:14 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Dari Akhbar Tempatan, ISU SEMASA, Munajat Cinta Agung, Renungan, Sebuah Catatan Hati, Surat Cinta Allah, Tazkirah, Tinta Dariku
Wednesday, March 24, 2010
Maafkan Hamba Dan Laptop Hamba
Bismillah..
Seminggu yang lepas, antivirus hamba sudah tamat tempoh selama setahun digunakan perkhidmatannya. Jenama antivisu hamba adalah Bitdefender. Pada hamba ia adalah sebuah antivirus yang sangat hamba akrab dengannya. Hamba amat selesa dengan penggunaan antivirus ini. Hamba selesa di sisi ia.
Tetapi sejak ia sudah tamat tempoh perkhidmatannya dengan hamba, hamba rasa dunia seperti ada yang tidak kena. Hampir separuh gila hamba dibuatnya. Hamba biarkan laptop hamba tanpa penjaga yakni antivirus Bitdefender selama beberapa hari. Dan selama beberapa hari itu secara sembunyi, si virus-virus jahat telah mendiami harddisk hamba dengan banyak sekali. Hamba tidak perasan akan hal itu. Jadi hamba biarkan dulu sebab laptop hamba belum lagi buat hal. Cuma semalam dan kelmarin tiba-tiba laptop hamba padam dan buka dengan sendiri. Hamba dah syak ini tentunya perbuatan si virus-virus jahat yang tidak berpuas hati dengan laptop hamba. Hamba kemudian dengan pantasnya terus meninstall antivirus NOD yang telah lama ada di dalam harddisk D hamba yang sekian lama hamba tidak menggunakan khidmatnya. Seingat hamba sudah 2 tahun hamba tidak menggunakan khidmat ia. Dan setelah hamba installkan antivirus tersebut, hamba berasa senang hati kerana si virus-virus jahat itu telah lari, tapi hamba salah tafsir. Rupanya virus-virus jahat itu telah mendiami harddisk D hamba pula. Untuk pengetahuan anda, di dalam folder D itu terdapat berbagai-bagai kerja hamba. Termasuklah manuskrip baru hamba yang akan dihantar tidak lama lagi.
Aduhai....!!! Hamba dah pening kepala...
Tapi nasib baik hamba ada sahabat yangboleh membantu hamba menyelesaikan masalah. Terima kasih kepada sahabat hamba Muhammad Ikram Lim Bin Abdullah. Beliau baru beberapa bulan memeluk islam dan pada beliaulah hamba membeli laptop ini sebelum beliau islam.
Alhamdulillah, dengan bantuan ikhlas daripada beliau, laptop hamba berjaya diformatkan namun segala kerja-kerja hamba di dalam folder D terpaksa hamba lupakan kerna ia sudah tidak kekal lagi. Yang kekal hanyalah Allah. Hoho~
Kepada anda yang menantikan tulisan daripada hamba, hamba harap bersabarlah. Insyaallah dalam sedikit masa lagi hamba akan update blog hamba dan menyambung kisah valentine yang part II tu. Insyallah...
Maafkan hamba.
Allahu a'lam....
Writen By imranulkhalis at 11:42 PM 0 Orang Bercakap
Labels: TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
+-+Copy.jpg)
.jpg)