Wednesday, February 10, 2010

Tanpa Kata..



Bismillah..

Pagi ini ingin menyusun kata nan indah agar satu hari nanti hamba diingati.

Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini dengan indah. Segala puji bagi Allah yang menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Segala puji bagi Allah yang menjadikan Adam dan Hawa untuk saling mencintai. Segala puji bagi Allah yang memberikan udara yang segar yang tanpa perlu dibayar.

Sesungguhnya! Segala puji bagi Allah dan sesungguhnya! Maha suci Allah.

Pertamanya ingin hamba ucapkan terima kasih kepada anda semua yang tidak jemu-jemu menziarahi teratak hamba. Tanpa jemu-jemu datang ke teratak hamba menunggu sesuatu untuk dikongsikan bersama untuk dijadikan ibrah. Sesungguhnya anda adalah sahabat hamba walaupun follower hamba tak ramai. Takpe, hamba tak kisah. Apedehal??

selama hampir tiga tahun hamba memblogkan diri di blogger ini, pelbagai jenis macam blogger yang hamba temu. Ada sahabat-sahabat yang bertemu jodoh dengan blog, ada yang menjadi kaya dengan blog, ada yang berbagai lagi dengan blog. Sekarang fenomena dengan Facebook atau dalam bahasa Malaysianya mukabuku atau dalam bahasa arabnya, wajhukitab. Sangat inovatif.

Selama hamba jadi blogger ini kadangkala ada entri-entri hamba yang membuat sesetengahnya terguris hati. Hamba akuim kadangkala tulisan hamba agak pedas dan sedikit kurang ajar. Kalau anda ada rasa entri yang kerek tu sila beritahu hamba, hamba nak tengok balik tulisan hamba yang membuatkan hati anda terguris.

Sebenarnya hamba tidak tahu kenapa hamba menaip entri ini. Tanpa tajuk, hamba pun rasa pelik. Hamba tidak tahu. Mungkin hamba sedang serabut. Entah! Hamba tak tahu.

Apa yang ingin hamba sampaikan ialah maafkan hamba dan terima kasih hamba ucapkan kerna sudi menjadi sahabat hamba. Jasa baik kalian, budi baik kalian, gelak tawa kalian, senda gurau kalian benar-benar meruntun jiwaku.. Moga apa sahaja yang kalian lakukan, Allah akan sentiasa lindungi dan redhai. Hamba cinta kalian.

Itu yang ingin hamba katakan.

Hamba sayangkan anda.

Hamba sayang anda. Anda selalu di sisi hamba. Anda selalu ada di jiwa hamba. Doakan moga nanti kita jumpa di akhirat. Doakan moga nanti hamba akan bersama-sama anda di dalam syurga, mengecap nikmat Allah yang tidak dapat didustakan lagi.

Andai ini kalam terakhir hamba, ketahuilah bahawasanya anda adalah yang terbaik buat hamba. Gelak tawa anda, senyum manis anda, senda gurau anda adalah penawar buat hamba.

Terima kasih atas kebesaran jiwa anda! Maafkan hamba.. =)

Allahu a'lam..

1 Orang Bercakap:

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

suke je cakap camtu... =(