Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya kau hulur sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap
Tuhan ku pinta segala terlerai
Walaupun aku tidak pasti
Apakah masih membara dosaku
Di lautan derhaka ku terus berombak
Menghempas taubatku yang kian retak
Oh Tuhan ampunilah daku
Sudi kiranya kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini
Tuhan sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kuasa
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku
Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur di lipatan kenangan
Ku merayu hanya pada-Mu
Ku merayu dan terus merayu
Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu
Hidup matiku hanya untuk-Mu
Saturday, February 20, 2010
Alarm Me - Ku Merayu
Writen By imranulkhalis at 11:53 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, From Shah Alam With Love, LIRIK, LIRIK DAN LAGU, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Renungan, Surat Cinta Allah
Monday, February 15, 2010
Doakan Perjuangan Hamba
Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah..
Esok pagi, hari Selasa pada pukul 7 pagi, hamba dan sahabat-sahabat hamba seramai 9 orang akan bertolak ke Darul Quran bagi menyempurnakan misi terakhir kami iaitu peperiksaan semester enam di Darul Quran selama dua minggu.
Debarannya semakin terasa, air mata seperti mahu menitik deras kerna takutnya akan keadaan di sana. Ini kali kedua hamba mengalami perasaan begini. Pertamanya semasa mahu menduduki peperiksaan SPM dan yang keduanya yang ini. Hamba berasa seakan cuak sedang melanda diri.
Jantung berdetak laju, peluh jantan menitik deras, kepala agak sedikit biol..
Allah, Bantu hambaMu..
Buat anda yang membaca dan senantiasa mengikuti blog Imranulkhalis, hamba cuma pohon doa. Doakanlah agar segala urusan kami dipermudahkan, doakan semoga kami tenang-tenang menjawab soalan dan yang paling penting jangan bagi hafalan kami kering dan tandus saat berhadapan dengan pemeriksan syafawi. Hamba mohon doanya.
Dan selama dua minggu juga blog Imranulkhalis tidak akan diupdate, mungkin ada kelapangan hamba akan cari Cyber Cafe dan mengupdate blog ini. Hamba mohon doanya.
Terima kasih banyak..
Allahu a'lam..
Writen By imranulkhalis at 1:44 PM 1 Orang Bercakap
Labels: TENTANG AKU...., Tinta Dariku
Sunday, February 14, 2010
Entri Ini Untuk Awek-Awekss Sahaja!
Bismillah..
Wahai dikau yang begelar gadis, wanita, awek mahupun cewek, ini ada satu lagu untuk anda. Hamba minat dengan lagu ini dan lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Dehearty. Tajuknya Wanita. Hamba tujukan lagu ini untuk anda.
Jaga dirimu baik-baik!
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindungi
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
P/S : Abaikan gambar aweks-aweks di dalam video ini.
P/S 2 : Moga anda menjadi wanita yang istimewa.
Writen By imranulkhalis at 12:23 AM 1 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, ISU SEMASA, LIRIK DAN LAGU, Motivasi, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Renungan, Sebuah Catatan Hati, SERIKANDI ISLAM, TENTANG CINTA
Saturday, February 13, 2010
Hari Kekasih.. Apa Yang Best Sangat? -Part 1-
Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah.
Tanggal 14 Februari setiap tahun pasti ditunggu oleh setiap pecinta di kalangan muda-mudi seluruh dunia, tak terkecuali kita di Malaysia yang tercinta. Tarikh itu disebutkan sebagai hari kekasih dalam bahasa Melayunya. Dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai Valentine day manakala dalam bahasa arabnya disebut Idul hub. Yang bahasa arab itu hamba main bubuh je. Tak tahu samada betul ataupun tidak. Kalau salah betulkan ok?
Apa yang seronok sangat pada tanggal itu? Sama best ke dengan makan nasi? Rasanya makan nasi lagi best daripada sambut hari kekasih a.k.a hari Valentine tu. Sebab apa makan nasi sboleh kenyang. Kalau sambut hari kekasih tu perut pakwe atau makwe anda yang kenyang sebab kita nak cover ayu, control macho dan berbagai lagi. Hoho~
Oklah! Memgikut sejarah secara ringkasnya, hari Valentine ini sebenarnya disambut bagi memperingati seorang Paderi Kristian yang bernama St. Valentine. Apa yang hamba tahu cerita St. Valentine ini kalau tak silap ada tiga versi. Versi pertama lebih kurang begini, mengikut sejarah, sambutan Hari Kekasih diadakan sempena memperingati Paderi Kristian yang bernama Pedro St. Valentino ketika zaman pemerintahan Raja Claudius II. Oleh kerana Valentino salah seorang penyebar agama kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara dari tahun 268-270.
Namun sepanjang di dalam penjara, Valentino tetap menyebarkan agama kristian pada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan beliau dan memerintah Valentino dibunuh pada 14 Februari.
Lantaran itu, orang kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupannya mengorbankan nyawa kerana kepercayaannya dan kecintaannya pada agama kristian, malah mereka menyamakan Valentino dengan Nabi Isa a.s.
Sumber lain menyebutkan, ketika di dalam penjara, beliau jatuh cinta dengan anak seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tandatangan "From your valentine." (Daripada Valentinemu)
Sejak peristiwa itu, orang kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati kematian St. Valentino, Paderi kesayangan mereka.
Versi yang kedua pula lebih kurang begini, disebabkan niatnya untuk mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia, St. Valentine dibunuh kerana menghalang pemuda untuk dikerah menjadi tentera. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 masihi.
Versi yang ketiga pula, tanggal 14 Februari dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, sepanyol. St. Valentine adalah orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Dengan jasanya pada masa itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
Itu ceritanya. Jadi bagaimana? Masih lagi mahu menyambutnya? Sebenarnya tak perlu tunggu tanggal 14 Februari ini untuk memperlihatkan, menunjukkan dan membuktikan kasih sayang. Sedarkah kita, agama Islam sebenarnya adalah agama kasih sayang. Setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang. Tapi sayangnya dalam kad pengenalan sahaja yang tertulis agama Islam tetapi membenci agama Islam. Berapa ramai yang mengaku Islam tetapi cara hidup sudah seperti gaya hidup barat. Berapa ramai remaja yang akan mengorbankan dara demi membuktikan kasih sayang dan cinta pada pasangannya? Tanggal 14 februari nanti, kita akan lihat berapa ramai anak-anak Melayu Islam akan membawa perut yang besar. Anak 'valentine'..
Sedih bila melihatkan keadaan ini. Anak muda sekarang terlalu taksub dengan perkara ini. Kita lihat sahaja malam nanti, berapa ramai muda mudi yang naik tenggiling bersama, yang naik kereta kuda bersama. Apakah ini? Aduhai... Sangat sedih.
Bersambung.....
Writen By imranulkhalis at 10:43 PM 1 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, Nukilanku, Perkahwinan, Tazkirah, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Wednesday, February 10, 2010
Tanpa Kata..
Bismillah..
Pagi ini ingin menyusun kata nan indah agar satu hari nanti hamba diingati.
Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini dengan indah. Segala puji bagi Allah yang menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Segala puji bagi Allah yang menjadikan Adam dan Hawa untuk saling mencintai. Segala puji bagi Allah yang memberikan udara yang segar yang tanpa perlu dibayar.
Sesungguhnya! Segala puji bagi Allah dan sesungguhnya! Maha suci Allah.
Pertamanya ingin hamba ucapkan terima kasih kepada anda semua yang tidak jemu-jemu menziarahi teratak hamba. Tanpa jemu-jemu datang ke teratak hamba menunggu sesuatu untuk dikongsikan bersama untuk dijadikan ibrah. Sesungguhnya anda adalah sahabat hamba walaupun follower hamba tak ramai. Takpe, hamba tak kisah. Apedehal??
selama hampir tiga tahun hamba memblogkan diri di blogger ini, pelbagai jenis macam blogger yang hamba temu. Ada sahabat-sahabat yang bertemu jodoh dengan blog, ada yang menjadi kaya dengan blog, ada yang berbagai lagi dengan blog. Sekarang fenomena dengan Facebook atau dalam bahasa Malaysianya mukabuku atau dalam bahasa arabnya, wajhukitab. Sangat inovatif.
Selama hamba jadi blogger ini kadangkala ada entri-entri hamba yang membuat sesetengahnya terguris hati. Hamba akuim kadangkala tulisan hamba agak pedas dan sedikit kurang ajar. Kalau anda ada rasa entri yang kerek tu sila beritahu hamba, hamba nak tengok balik tulisan hamba yang membuatkan hati anda terguris.
Sebenarnya hamba tidak tahu kenapa hamba menaip entri ini. Tanpa tajuk, hamba pun rasa pelik. Hamba tidak tahu. Mungkin hamba sedang serabut. Entah! Hamba tak tahu.
Apa yang ingin hamba sampaikan ialah maafkan hamba dan terima kasih hamba ucapkan kerna sudi menjadi sahabat hamba. Jasa baik kalian, budi baik kalian, gelak tawa kalian, senda gurau kalian benar-benar meruntun jiwaku.. Moga apa sahaja yang kalian lakukan, Allah akan sentiasa lindungi dan redhai. Hamba cinta kalian.
Itu yang ingin hamba katakan.
Hamba sayangkan anda.
Hamba sayang anda. Anda selalu di sisi hamba. Anda selalu ada di jiwa hamba. Doakan moga nanti kita jumpa di akhirat. Doakan moga nanti hamba akan bersama-sama anda di dalam syurga, mengecap nikmat Allah yang tidak dapat didustakan lagi.
Andai ini kalam terakhir hamba, ketahuilah bahawasanya anda adalah yang terbaik buat hamba. Gelak tawa anda, senyum manis anda, senda gurau anda adalah penawar buat hamba.
Terima kasih atas kebesaran jiwa anda! Maafkan hamba.. =)
Allahu a'lam..
Writen By imranulkhalis at 1:09 AM 1 Orang Bercakap
Labels: Amalan Best, From Shah Alam With Love, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Renungan, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Tuesday, February 9, 2010
Serabut Sedang Melanda!
Bismillah..
Insyaallah, pada 16hb februari ini hamba dan rakan-rakan hamba semester enam di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri perak akan berangkat ke Darul Quran, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.
Yang sedang menjadi keserabutan di jiwa dan otak hamba adalah tentang masalah kewangan. Memang pada bayarannya nampak sikit, tapi bagi hamba yang sedang belajo ni memang menggugatkan poket hamba. Hoho~
Setiap dari kami perlu membayar sebanyak RM3+0. Aduhai... Sangat serabut kepala ini. Tapi takpelah! Moga-moga kami akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini. Mohon doanya ya! =)
Kepada pembaca yang sudi menghulurkan sumbangan, beritahu ye! Hoho.. Dekat sebalah tu ada YM,just buzz ok?
Hehe!
Writen By imranulkhalis at 12:53 PM 1 Orang Bercakap
Labels: TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak Banyak Kuceng Cumel!
Bismillah..
Di tempat hamba belajar sekarang nia, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak ada banyak kuceng yang cumel-cumel. Baru-baru ini, kucing si psikopat tu melahirkan anak sebanyak 5 ekor sahaja. Anak-anak si psikopat ini asyik berkeliaran di dewan makan.
Sedang hamba dalam perjalanan menuju ke dewan makan Maahad Tahfiz tadi, hamba terkejut dan hampir memijak anak-anak si psikopat yang sangat cumel-cumel ini.
Nampaknya Maahada Tahfiz Negeri Perak akan menjadi zoo menternak kuceng-kuceng yang sangat cumel.. Hoho~ hamba suka! =)
ini ada gambar anak-anak si psikopat yang sangat cunmel itu. Gambar mak mereka yang si psikopat itu tak dapat hamba tangkap sebab dia sedang sibuk mencari makanan.
Hoho!
Writen By imranulkhalis at 12:45 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Bukan Manusia, Si Comel
Monday, February 8, 2010
Mari Kira Mengira!
Bismillah...
Sedikit pelajaran hisab untuk renungan anda dan hamba.
Soalan 1 : Berapa banyakkah anda dan hamba telah menyakitkan hati orang yang sayang kepada anda?
Soalan 2 : Berapa kalikah anda dan hamba menyakiti hati orang yang anda dan hamba sayang?
Soalan 3 : Berapa kalikah orang yang anda sayang menyakiti hati anda dan hamba?
Selamat menjawab. Sila jawab dengan betul dan jujur.
Bitawfeeq wannajah!
Writen By imranulkhalis at 10:37 PM 1 Orang Bercakap
Labels: Amalan Best, From Shah Alam With Love, ISU HANGAT, Motivasi, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Renungan, Sebuah Catatan Hati, TENTANG CINTA
Saturday, February 6, 2010
Kertas Projek Hampir Siap
Bismillah..
Kertas Projek hampir siap...
Tak sabor rasenye.....
Cepatlah pagi!!!
Writen By imranulkhalis at 1:14 AM 0 Orang Bercakap
Labels: Tinta Dariku
Thursday, February 4, 2010
I Think aa...
Bismillah..
Memulakan minggu dengan demam dan batuk-batuk dan selsema yang berpanjangan. Harapnya tidak akan menjadi begini sehingga hari peperiksaan nanti.
Ah! Sudah lama... Apa khabar agaknya anda semua yang membaca blog hamba? Adakah anda sihat-sihat sahaja? Hamba rindukan anda semua. Maaflah sebab hamba kebelakangan ini terlalu sibuk untuk menyiapkan kertas projek hamba. Dan Alhamdulillah segalanya hampir siap. Ada sedikit lagi yang perlu di touch-up. Insyallah, hari sabtu ini akan siap segalanya.
Doakan hamba....
Writen By imranulkhalis at 10:29 PM 0 Orang Bercakap
Labels: TENTANG AKU...., Tinta Dariku