Bismillah..
Lama betul tak tengok blog sendiri. Entah apa dah jadi dengan blog saya pun saya tak tahu. Berhabuk kaw-kaw. Pengunjung masih tidak ramai, masih seorang dua. Al-maklumlah, hamba ni bukan selebriti, bukan hensem, bukan sesiapa, sebab itu jarang sekali orang nak jenguk blog ataupun mungkin kebanyakkan blogger sudah lari ke alam MukaBuku. Lantak lah! Janji hamba masih lagi seorang blogger dan hamba perlukan waktu untuk mengupdate segala apa yang hamba ingin update.
Oh ya!
Selamat Tahun Baru 2011 wahai penghuni bumi sekelian! Hari ini, 1/01/2011. Haba pasti dan yakin sebentar nanti akan ada majlis kenduri kawen. Biasalah, cuti sekolah. Hoho... Dan apa yang pastinya dengan datangnya tahun yang baru ini umur kita akan meningkat. Dan dengan meningkatnya umur kita maka akan hampirlah kita kepada kematian yang mana datangnya tidak boleh kita sekat dan tidak boleh kita percepatkan. Jangan pulak lepas ni ada yang nak isi borang cepat mati. Takdenye Malaikat Maut nak baca borang permohonan awak tu! Hoho...
Baiklah, sepanjang tahun 2010 yang baru sahaja berlalu semalam pastinya ada kenangan yang tidak boleh dilupakan. Baru-baru ini Pasukan Harimau Malaya kita telah memenangi piala Suzuki dengan mata agregat 4-2 membelasah pasukan dari negara seberang. Oh ya, jika ada pembaca blog hamba dari negara seberang hamba harapkan tulisan hamba ini bukan sebagai penyebab kemarahan anda, bukan hamba provokasi ataupun apa sahaja. Cuma sekadar tulisan dan yang pasti adat dalam permainan ada menang dan ada kalah. Apa yang pasti permainan bola sepak piala Suzuki yang baru sahaja kita lalui adalah sebagai langkah untuk merapatkan kembali silaturrahmi antara kedua negara ini. Hamba yakin!
Baiklah , seterusnya banyak perkara yang dapat kita ambil ibrah dalam tahun 2010 yang lepas ini. Pelbagai macam peristiwa yang telah kita lihat, laluinya sendiri. Ada yang manis, seronok, pahit, duka nestapa dan macam-macam lagi. Namun diharapkan ia akan menjadi ibrah buat kita semua
Hamba yakin, malam ini pastinya ramai yang akan melakukan perkara-perkara yang tidak elok, antaranya pastilah zina, itu yang major ataupun yang paling utama. Nanti akan adalah lebihan-lebihan kondom yang bersepah-sepah di mana sahaja.
Inikah identiti yang kita tunjukkan pada dunia? Makin maju negara makin banyak gejala sosial yang tidak dapat kita bayangkan dan hamba membayangkan berapa ramai anak dara pada malam ini yang akan membawa anak di luar pernikahan. Nauzubillahi min zalik.. Moga-moga Allah melindungi kita dan keluarga kita daripada bencana yang sedemikian rupa. Ameen.
Tahun 2010 telah mencatat pelbagai rentetan, samada peribadi ataupun terbuka, Masing-masing daripada kita mesti punya rentetan masing-masing. Simpanlah ia jika ia menjadi aib buat diri dan berazam untuk menjadi manusia yang lebih hampir padaNya. Itu antara azam hamba.
Hmmm.. Hamba tak larat nak update lagi. Jadi sebagai pengakhiran hamba ingin mengucap selamat tahun baru masihi dan jagalah diri, iman dan islam kita.
Allahu a'lam..
Apa Itu Islam?
11 years ago
0 Orang Bercakap:
Post a Comment