Tuesday, January 12, 2010

Bila Hamba Menulis Dan Akhirnya Manuskrip Ke Tong Sampah

Prolog

Hamba dah menulis sebanyak 2 manuskrip. Yang pertama, From Shah Alam With Love. Dan yang Kedua, Tuhan! Jangan Hukum Dia. Manuskrip yang pertama dihantar pada tahun lepas selepas raya dan ditolak dalam masa sebulan selepas itu atas alasan tidak logik. OK hamba terima.

Manuskrip kedua, Tuhan! Jangan Hukum Dia, ditolak semalam dan atas sebab bercampur aduk diantara sunnah nabi dan sikap yang buruk iaitu meminum wain. Setakat ini tiada kesalahan bahasa dan tatabahasa, tetapi ditolak atas alasan tersebut.

Tiada kesalahan bahasa dan tatabahasa!

Wa... Memanglah! Sebab masa SPM dulu Bahasa Malaysia hamba dapat 4B taw. Siap karangan tu tulis dalam tulisan jawi. Heh! Dalam dewan periksa tu hamba seorang je yang tulis jawi taw.

Bangga sikit!

*********

Hamba dah rasa penat untuk menulis lagi, penat untuk memerah otak untuk menghasilkan sebuah karya dakwah yang lebih menjurus ke arah kebaikkan dan kecantikan Islam. Hamba dah rasa seperti putus asa. Rasanya tidak mahu berharap apa-apa lagi dalam dunia penulisa. Rasanya mahu membiarkan mereka yang sedia ada menyediakan cara-cara dakwah mereka tersendiri walaupun terdapat kecabulan dalam tulisan yang mereka hasilkan. Hamba merujuk kepada penulis yang menulis entah apa-apa. Bukan mereka yang bergiat dalam industri sastera islami ataupun penulisan kreatif. Mereka yang selain dari itu.

Tulisan hamba yang lebih menjurus ke arah realiti kehidupan tidak dapat diterima atas sebab tidak masuk akal. Ini adalah pengalaman hamba sendiri. Hamba yang melihatnya, hamba yang melaluinya. Jadi apakah salah jika hamba titipkan kisah mereka yang telah diubah suai agar menjadi iktibar dan ibrah bagi mereka yang mahu berfikir.

Ah... Hamba benar-benar sudah kecewa dan putus asa jika diikutkan. Hamba sudah tidak mahu berharap apa-apa lagi dalam penulisan. Biarlah mereka dunia mereka dengan cara yang tidak akan membawa perubahan dalam diri masyarakat. Menulis adalah salah satu jalan dan cara untuk menunjukkan kebaikkan dan keindahan Islam. Biarpun dicoretkan dengan indah namun masih ada yang tidak mahu menerima. Agaknya memang orang yang menulis tentang agama akan sentiasa tidak disenangi. Lihat sahaja Faisal Tehrani, berapa ramai yang mengecamnya dengan berbagai tuduhan hanya kerana membawa fikrah islam.

Gila! Orang yang membawa mesej yang baik dianggap tidak tahu apa-apa.

Tapi disebabkan semangat yang meluap-luap serta sakit yang mendalam, hamba akan kuatkan hati dan semangat dan akan terus menulis sehingga satu hari nanti hamba akan dapat membawa mesej keislaman yang baik untuk seluruh penduduk dunia..

(Berdiri di atas bukit sambil mencekak pinggang dengan kain yang diikat di belakang bada seperti superman sambil memakai topeng Power Rangers warna merah jambu. Eh Silap! Warna merah.. Diiringi muzik latar yang menaikkan semangat.)

**********

Epilog


Ah... Malas nak tulis lagi.

Allahu a'lam.

2 Orang Bercakap:

Faarihin said...

jangan malas2.. jadikan ia satu cabaran.. usaha lagi selepas ini yer.. (^__^)

NUR QASEH HJ. MUHAMAD said...

aja-aja!! fighting!!