Bismillah..
Assalamualaikum..
Segala puji bagi ALLAH swt,pemilik mutlak alam ini.Pencipta yang mencipta sesuatu yang tidak mungkin kita mampu untuk menciptakannya.Raja segala Raja yang mentadbir.Pengatur yang paling hebat.Alhamdulillah.
Ana tak tahu nak update apa hari ni sebenarnya sebab kitab tibyan ana tinggal tertinggal kat hostel.Tapi nak buat macam mana kan?Mungkin itu sudah tertulis di
atas sana.Maka jadinya hari ni walaupun tak dapat nak update walau secebis kata
dari kitab tibyan,namun ada perkara yang ingin ana kongsikan bersama anda para pengunjung.
Kenapa islam dikatakan oleh mereka sebagai pengganas??Jeng..jeng...jeng..!!
Bukan ana menyokong mereka.Harap baca dan nilaikan kalau ada apa-apa yang perlu ditegur maka tegurlah kerana ingat memperingati itu akan memberi manfaat kepada orang-orang mukmin dan ini tercatat di dalam al-quran surah Az-zariyat ayat 55.
Selama pemerhatian,pembacaan dan pengkajian secara tidak formal,ana dapati ada suatu sifat yang tidak dimiliki oleh orang Melayu Islam khasnya.Tidak kira dimana sekalipun,mereka di ajar sejak kecil dengan perkara yang indah dalam agamanya.Walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa fahaman mereka betentangan dengan ajaran Islam tetapi di sinilah nampaknya bahawa salah satu cara psikologi pada ana untuk menghancurkan umat islam .Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.Dipetik daripada al-quran surah al-baqarah ayat 119.
Kesilapan orang Melayu islam khasnya adalah tidak menjadikan islam itu INDAH dan CANTIK.Malah ada segelintir daripada umat islam ini di alam Nusantara khasnya menolak kandungan ajaran islam itu sendiri.
Kita ambil contoh yang paling mudah,simple,padat dan tepat.Pernah tak pada bulan ramadhan kita terjumpa dengan orang islam yang tak berpuasa?Mesti pernah kan?Nah..itu dia mengapa umat islam dipandang rendah.Bukan menghina atau mengaibkan islam atau si polan yang tak berpuasa itu,tapi ini adalah hakikat yang perlu kita ketahui.
Ramai yang tidak ambil tahu atau dalam bahasa mudahnya tak amik port tentang masalah ini.Sebabnya?Sebab.....Kubur lu ngan gua lain-lain beb!!Kubur lu,kubur lu.Kubur gua,kubur gua.Hampeh!!Ini adalah salah satu pandangan mereka yang paling menggelikan bulu ketiak ana.(Maaf,terkasar sikit!)
Islam.Maksud islam itu adalah selamat,aman,berserah.Tetapi mengapa tidak selamat?Kerana penganutnya tidak mengamalkan secara baik dan menganggap apa yang ada di dalam adalah BERAT!Berat ke?Tak kan?Tutup aurat berat ke?Tak kan?Apa hikmahnya menutup aurat seperti memakai tudung?Hikmahnya,rambut adalah mahkota wanita.Mahkota adalah barang paling berharga.Sanggupkah kita membiarkan mahkota kota dilihat oleh orang lain dan mana tahu sedang elok kita hias mahkota itu tiba-tiba ada satu permata yang melekat di atas mahkota itu a.k.a tahi burung.Waktu itu bestkah kita rasa?Nah..!!salah satu jawapan.!
berbalik kepada mengapa islam dikatakan pengganas.Kerana diri kita tidak di didik dengan mengatakan islam itu INDAH dan CANTIK.Kerana kurangnya didikan sempurna tentang islam di dalam sesebuah rumah itu.Kalau didikan itu sempurna mungkin tidak akan jadi perkara yang sebegini rupa.
Contoh,kita diajar untuk membenci pada mereka yang busuk hati pada kita.Patutkah itu yang diajar di dalam islam agama yang INDAH ini?Tidak patut ada kerana nabi saw pernah di baling tahi tiap kali langkah kakinya menuju ke masjid.Dahsyat kan?Tapi baginda buat tak tau je,siap mendoakan lagi.Sehinggalah pada suatu hari baginda tidak dibaling dengan tahi pabila hendak ke masjid.Maka bertanyalah baginda pada jiran-jiran disitu,kemana orang tua ini?Rupanya dia sakit.Nabi ada kutuk atau benci orang yang baling tahi tu?Tidak..Bahkan pergi melawat dan bawak buah tangan lagi.(bukan penumbuk ye).Terharu orang tu terus masuk islam.Dahsyat tak?Sepatutnya itu adalah sifat yang sepatutnya dimiliki oleh kita supaya mereka tidak akan menuding kita sebagi pengganas.
Lihat saja pada pertubuhan Al-arqam suatu ketika dahulu di zaman kegemilangan mereka.Sebuah perkampungan al-arqam dibina.Di situ mereka hidup penuh aman dan selamat.Pembangunan ekonomi mereka semua di atas nama islam.Hebat bukan?Tetapi ada yang menyebabkan mereka terkubur.Dikhabarkan,mereka menyebarkan islam dengan hanya botol kicap sahaja.Ya!!Botol KICAP!Tak percaya kan?Percayalah sebab kicap itu bukan sebab mereka masuk islam tetapi akhlak yang baik yang ditunjukkan leh ahli pertubuhan tersebut.
Akhir kalam,ana ingin mengingati diri ana dan anda semua supaya selamatkanlah islam daripada menjadi mangsa-mangsa tohmahan yang tidak tepat.Jika ada sebarang komen atau pembetulan sila bagitahu pada ana,kerana ingat mengingati itu memberi manfaaat kepada orang-orang beriman.
Wallahu a'lam.
Apa Itu Islam?
11 years ago
0 Orang Bercakap:
Post a Comment