Bismillah....
Musti anda pengunjung-pengunjung imranulkhalis tertanya-tanya sebegini,"Mamat ni buat novel?Macam bagus je!"Ada juga yang berbunyi begini mungkin "Eh...?Tulis novel?Blog pun malas update ada hati tulis novel..."
Apapun soalan anda wahai para pengunjung ana tidak peduli sebab ana tidak makan biawak pasir!Sekian!Woha!hehehe
Sebenarnya apapun soalan anda semua adalah sebagai kekuatan untuk diri ana mencari sesuatu yang berlainan dengan genre yang sudah berlambak di pasaran buku-buku.Sebagaimana yang kita tahu,kita telah kenal dengan Habiburrahman el Shirazi,Taufiqurrahman al azizy dan berbagi lagi.Dan kita juga telah terhidang dengan berbagai cerita yang ala-ala sebegitu.Dan bila ana pergi jalan-jalan di blog-blog penulis maka ana membaca komen-komen yang telah diberikan oleh readers yakni pembaca.Kebanyakan dari pembaca khususnya pembaca karya-karya Faisal Tehrani agak sudah lali dengan novel-novel seperti ayat-ayat cinta dan lain-lain.
Bukan memuji Faisal Tehrani,tapi ana tergoda dengan tulisan beliau yang amat gila!Ya!Beliau adalah seorang yang gila dalam menghasilkan karya-karya yang berkualiti pada ana.Beliau seorang yang boleh dikatogerikan sebagai 'Mat Tahu' umpama si Faruq dalam novel Detektif Indigo Kembali.Sebuah novel awal remaja yang menceritakan tentang bakat-bakat luarbiasa masyarakat Islam.Ana tergoda dengan karya pertamanya pada novel 1511H[Kombat].Walaupun ada unsur-unsur yang agak pelik sedikit seperti Syarifah Nusayba menjadi pemimpin tapi itu tolak ketepi apa yang penting apa yang disampaikan.Beliau ingin menjadikan sastera islami tidak hanya tertumpu pada kisah percintaan semata namun diserapkan semangat jihad,bersatu dan berbagi lagi.Syabas buat Saudara Faisal Tehrani.
Baik,ada apa pada From Shah Alam With Love?From Shah Alam With Love,jika ada rezekinya maka ia akan terbit.Dan ana berharap ia akan terbit secepat yang mungkin.From Shah Alam With Love,seperti biasa.Memaparkan kisah percintaan dua insan yang saling tidak mengenali lalu bernikah.Kemudian diselitkan sedikit unsur humor-kalo ada lawak x jadi janganlah boikot!-kemudian ada diselitkan sedikit tentang perubatan islam,serta asas ilmu dakwah.Itu yang ada dalam From Shah Alam With Love..
Tiada apa.Cuma menulis luahan hati didalamnya...Sedikit fakta,70% daripada isinya adalah kisah benar dan nama-namanya telah diubah.Sahabat semua,berdoalah moga pihak penerbit sudi mengeluarkan From Shah Alam With Love.Tajuknya Bahasa Inggeris tapi isinya Bahasa Malaysia.Ia adalah novel sulung saya jika ia dikeluarkan.
Sekarang sedang dalam proses menulis sebuah lagi novel.Bukan kisah cinta tapi ala-ala power rangers dan X-Men gitu..
Diharap tuan punya dunia dapat menolong ana...
Jumpa lagi dan ada masa anda semua akan membaca sekali lagi mutiara kata dari Imam Nawawi dari salah satu karyanya yang agung iaitu At-tibyan Fi Adabil Hamalatil Quran.
Jazakallah
Assalamualaikum...
Wednesday, October 28, 2009
From Shah Alam With Love
Writen By imranulkhalis at 2:35 AM 3 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Nukilanku, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Friday, October 23, 2009
Akhirnya Sempurna!
Assalamualaikum warahmatullah....
Alhamdulillah.Allahuakbar!
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.Segala kebesaran hanya bagi Allah,tuhan sekelian alam...Segala pujian hanya layak bagiNya.Alhamdulillah..
Setelah beberapa lama berhempas pulas mencari idea,mengkaji,membaca dan berbagai lagi,akhirnya karangan pertama ana atau karya pertama ana telah siap!Sebuah novel.Manuskrip tersebut telah dihantar di sebuah syarikat penerbitan buku yang baru bertapak di Malaysia kalau tak silap.Karnadya Solutions Sdn Bhd.Alhamdulillah,manuskrip tersebut telah berjaya dihantar petang tadi,22/10/09 bersamaan hari Khamis sebelum solat asar.Karya tersebut juga siap ditulis sebelum asar juga..
Mudah-mudahan karya sulung ana akan memberi satu impak yang besar buat para pembaca sekelian.Tajuknya sudah dinyatakan pada dua entri sebelum ini.Insyaallah ana akan menggunakan dua nama pena,iaitu imranulkhalis dan Bilal bin Rabah.
Tidak sabar rasanya menantikan karya pertama ana disiarkan..
Moga-moga Allah akan kabulkan hasrat ini...
Jazakallah....
Writen By imranulkhalis at 12:36 AM 2 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love
Monday, October 12, 2009
Cinta
Orang kata Cinta pertama itu adalah yang paling sukar diganti.Seperti gubahan pertama.Gubahan pertama adalah gubahan yang paing cantik,paling indah.Namun bila kita gubah semula ia tidak seperti gubahan yang pertama tadi.
Benar bukan?
Cinta sesuatu yang amat indah.Cinta sesuatu yang amat suci.Cinta adalah anugerah Allah.Cinta adalah suci.
Memangnya makhluk yang bernama Manusia itu senantiasa melakukan kesilapan.Tidak pernah ada makhluk yang bernama manusia itu tidak pernah melakukan kesilapan.Semuanya pernah melakukan kesilapan.Nabi kita yang maksum juga senantiasa mohon maaf kepada Allah.Inikan pula kita yang biasa-biasa sahaja.Dimanakah timbang rasa kita.
Kadangkala kita rasa Allah itu zalim.Kadangkala kita rasa manusia itu zalim tapi sebenarnya kita menzalimi diri sendiri.Kita tidak memberi peluang kedua kepada makhluk yang bernama manusia itu.Seolah-olah kita terbaik dalam semua hal.Dalam erti kata lain KITA EGO!
Ya!Manusia ini sememangnya mempunyai ego dan sombong.
Kadangkala cinta boleh jadi sesuatu yang kotor.Kadangkala ia boleh menjadi sesuatu yang amat menyakitkan dan kadangkala ia boleh menjadi sesuatu perkara yang tidak diduga.Aduh...kenapa harus jadi begini?
Hamba pun tidak tahu kenapa hamba menulis tentang ini.Apa yang hamba rasa?Hamba tidak mengerti.Namun apa yang pasti hamba telah kehilangannya.
Kata orang cinta tidak datang sekali dalam hidup.Tapi kata hamba,cinta itu datang hanya sekali dalam jiwa hamba.Sebelum ini jiwa hamba belum diusik oleh sebarang cinta.Ya,cinta itu hanya datang sekali dalam jiwa hamba.Cukup!
Hamba tidak mahu lagi.
Cukuplah gubahan pertama itu yang terbaik...
Tidak mahu lagi.
Bisikku pada bulan,
Kembalikan temanku,kekasihku,syurgaku.
Tanpa dia,
Malam menemaniku
Sepi memelukku..
Bulan!!Jangan biar siang...
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepi sepertiku.........
*Dipetik daripada filem sepi*
Writen By imranulkhalis at 11:42 AM 1 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love
From Shah Alam With Love..
Assalamualaikum,
Moga sihat.Moga Aman.Moga Selamat.Moga Allah sentiasa memberikan kepada kita umur yang diberkahi,rezeki yang diberkati dan rahmat yang menggunung tinggi.Sedikit ceritera untuk dikongsi bersama.Pada hari sabtu yang lepas,10/10/2009 bersamaan dengan hari lahir anak saudara ana yang kedua,Nuha Adlina,ana dengan selamat telah sampai ke Shah Alam dengan bantuan abang ana.Menaiki kereta Proton tiara maroon yang sangat buruk tapi laju(Along!Sowi!)dan banyak berjasa pada ana.Ana sampai di Shah Alam tepat orang dah habis solat zohor.Pertama sekali,mencari bateri untuk disumbatkan dalam kamera Nikon Coolpix L16.Kamera digital yang menggunakan kuasa bateri AA.Hebat bukan?Kamera punya mahal tapi guna bateri AA.Cit!Tapi malangnya selepas disumbatkan bateri AA cap Panasonic baru sekali snap gambar terus habis!
Memang geram!
Akhirnya,ana mendapat idea yang kurang bernas mungkin sewel sikit kot.Ana keluarkan bateri cas kamera itu kemudian ana jemurkan di atas dashboard kereta Proton tiara maroon yang sangat buruk tapi laju itu dengan harapan bateri itu akan dicas semula.Selepas beberapa ketika dijemurkan di atas dashboard kereta Proton tiara maroon yang sangat buruk tapi laju itu maka kamera Nikon Coolpix L16 ana boleh berfungsi semula seperti baru!
Hebat bukan?
itupun setelah Along buat corner lipat,bateri terbang ke sana ke sini dan ana jenuh mengejar!
Terima kasih kereta Proton Tiara maroon yang sangat buruk tapi laju itu!
Kami:ana,along dan anaknye si Azizah yang suka nyanyi tapi kantoi mengeja terus ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah a.k.a Masjid Shah Alam.Along tak terus ke dalam Masjid,along duk kat bawah.Manakala ana pula ke tandas.Tandas itu hebat!Banyak toilet dan sangat bersih!Ana Suka!nak o-oih pun selesa.Kemudian di saat ana sedang dalam perjalanan masuk dalam Masjid,along bagi SMS :
"Kamu kat mana? Kat bwh ni ada jamuan raya. Meh mkn dulu."
Makan je keje.Orang tengah eksaited ni,di ajak makan pulak!Masjid pun ada jamuan raya ke?
Ana balas :
"Buang ay0r.."
Sempoi bukan?
Along balas :
"Ok. Jap lg along dengan azzh nk mkn. Lps tu kamu dtg la. Kat blkg kedai yg diorg bukak ni."
Ana balas :
"xpe..mkn dulu.0rg tgh smyg ni.."
Tengah solat leh SMS ke?
Dipendekkan cerita ana buat keje sambil menyelam minum sirap.Selepas solat jamak taqdim zohor dan asar ana terus mengeluarkan kamera ana.Ana terus klik sana,klik sini.Besor juge Masjid ni ye?Ana cakap dalam hati dengan loghat Perak.Ana pegi sana,klik kat sana.Ana pergi sini,klik kat sini.Tengah syok-syok layan klik sana sini along bagi SMS lagi.
"Panjang benor wiridnye. Moh derah, org dah nak angkat nasi ni."
Ana balas lagi sambil klik sana sini.
"Yela2..."
Argghhhh!!!Malas nak cakap panjang dah.Dipendekkan ceritera,ana pun terus turun kat bawah.Ana ingat along dah nak blah dah,rupanya tak lagi.Dia tengah sibuk cari adik dia yang tak ingat nak makan ni.(Along tu lapo sebenarnya..Kan?Kan?).Kemudian ana lalu kat bahagian bawah Masjid tu.Ada ramai anak muda.Aweks-aweks dan balaks-balaks.Ku ingatkan benda apa la diorang buat ni.Sekali diorang kursus Pra Perkahwinan.Jalan punya jalan sekali terlajak sampai kat bilik akad nikah!
Fuh!!Memang terer.
Kat Masjid Parit pun nikah kat dalam Masjid je.Kat sini siap ada bilik lagi nak akad nikah.Memang terer.Sekali lagi ana tak jumpa along.Hilang pula abang aku sorang ni...
Along call.Dia kat belakang ana.Akhirnya ini dialong diantara kami :
"Kamu ke mana?"
"La....Cari along la."
"Kamu pergi makan,along nak semayang jap.Tengokkan Azizah sekali."
"Ok,along gi la.Orang nak makan.Karang along datang sini."
"Ok"
Ana gi makan,along gi semayang.
"Pak Uda!Pak uda kene amek ayam tu satu je taw!"Azizah cakap dengan ana.
"Kenapa pulak?Kalo Pak Uda nak Amek lapan buleh??"
"Ei Pak Uda ni....Nampak tak dia tulis ni?"Sambil menunjukkan buku lima yang tak berapa besor itu.
"Ala....Yela-yela."
Selepas itu kami pun makan dengam gumbira.Gumbira sangat.Air sirap ana habis ditelan Azizah yang rambutnya seperti Alleycats.(Terima Kaseyyyy!!!!)Along datang kat kami dan seterusnya membuat pengakuan.
"Sebenarnya makanan tadi tu untuk orang kursus tu.Kita selamber je bedal."
Kami pun nak balik dah..Sebelum balik along tanya.Dan banyak gambo kamu amek?Ana jawab dengan selamber,"Ada la dalam dua tiga juta keping.."Pastu kami naik kereta Ferarri warna maroon yang buruk tapi sangat laju itu.(Tiara Along ar...)Kami terus ke sekyen 17.Along buat muka konfiden je kat Shah Alam tu.Padahal dah lama tak pegi Shah Alam tu.Yakin je semua jalan tu.Tapi along memang yakin pun.Dalam kereta,along tanya lagi.Along ni banyak benor la soalan.Nasib baik abang....Soalan harus dirahsiakan.Huuhuhuuuuuu....
Lepak kat stesen bas Seksyen 17.Dapat tiket ke Ipoh pukul 3:30 petang.Ada setengah jam lagi.Along ajak lepak minum-minum dulu.Ana rase perut ana nak meletup dah sebab isi macam-macam kat masjid tadi.Sedap weiii......Ni pun duk kecur lidah lagi...Lapo la plak!
Akhirnya setelah merepek itu ini bas pun sampai.Barang diambil dan disumbat dalam bas.Orang tak ramai.Bas Perak Roadway.Warna merah...Rasanya kalo kat Ipoh bas tu buruk giler,tapi nape haritu nampak cam ok sikit je?Along dengan Azizah temankan ana dalam bas.Sayulah plak nak tinggalkan dua beranak tu.
Akhirnya pada pukul 3:45 bas gerak meninggalkan along dan anaknya Azizah.
Dalam bas.
Ana rasa amat sayu dan sedih meninggalkan Shah Alam.Ada 'kenangan' di situ.Ada 'kenangan yang tidak boleh dilupakan dan tidak mungkin akan dilupakan.Di situ ana kenal si cinta.Di situ ana kenal si kasih sayang dan di situ ana kenal erti rindu yang menyakitkan.Semuanya 'kenangan'.Dan tanpa ana sedar ada titis yang keluar dari mata yang rabun ini.Ah..!Apakah ini?Ana menyeka.Sungguh....
Sampai bila harus begini..?
Sampai BILA....?
P/S : Ana ke Shah Alam atas urusan KERJA.Ada Perkara yang harus diselesaikan cepat.Nanti cepatlah anda semua dapat baca.Huhuhu....Smile always.
Writen By imranulkhalis at 1:25 AM 0 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love
Wednesday, October 7, 2009
Semoga Berjaya Wahai Adik-Adikku.
Assalamualaikum...
Kepada pembaca blog Imranulkhalis yang akan menduduki peperiksaan PMR pada hari ini maka di kesempatan ini ana mendoakan semoga kalian semua yakni adik-adikku dapat menjawab dengan tenang.
Jangan cuak!
Jangan study last minit!(broken english a.k.a rojak)
Jangan nak ngumpat time exam.
Jangan tido time exam kalo tak dapat jawab.
Jangan tulis surat cinta kat atas kertas jawapan.
Jangan cuba nak buat ayat kesian kat kertas jawapan tu.(pengalaman)
Jangan cuba nak meniru.
Jangan cuba nak mengorat pengawas peperiksaan.
Jangan cuba buat-buat gi toilet untuk tengok buku.Dah lapuk!
Banyakkan zikir,ingat Allah.
Banyakkan rehat,jangan tido memanjang.
Banyakkan ulangkaji,jangan wat toyol.Bahaya!
Banyakkan tengok skema soalan dulu.
Banyak lagi nak cakap,tapi tak tahu nak cakap apa.Cuma setakat ini yang ana boleh berikan pada anda semua.Moga Allah akan berikan yang terbaik untuk anda semua wahai adik-adikku.
Semoga Berjaya!
Writen By imranulkhalis at 1:54 AM 0 Orang Bercakap
Labels: Tazkirah, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Wednesday, September 30, 2009
Allah berkata dalam al-Quran lebih kurang begini :
"Mungkin kamu benci sesuatu perkara itu tapi sebenarnya ia adalah terbaik untukmu dan mungkin kamu amat suka,menyayangi atau mencintai sesuatu perkara itu namun ia bukanlah yang terbaik untukmu..."
Surah Al-Baqarah.
Sedih!
Ia sebenarnya gambaran di dalam hati hamba.Adakah ini rahmat atau adakah ini sebagai kifarah?Tidak!Sedikit pun hamba tidak mengeluh.Putus asa?Ah..!Apa harusnya hamba berputus asa?Allah menegah perbuatan berputus asa.Bila putus asa syaitan akan tidak putus asa.Maka datanglah syaitan berbondong berbisik pada telinga si anak Adam agar berburuk sangka dengan apa yang Allah turunkan.Sungguh!Jangan begitu.
Hamba bukan manusia yang baik.Hamba juga bukan seorang yang maksum.Hamba banyak khilaf.
Banyak khilaf.Tapi,adakah disebabkan kekhilafan hamba,hamba langsung tiada tempat di sisi manusia?Di hati manusia?Adakah manusia memandang manusia yang berbuat khilaf itu terlalu hina?Oh manusia!Apakah kamu mengira diri kamu mulia?Aku dan kamu sama-sama terbina atas setitis air yang hina.Yang keluar dari tempat yang hina dan beranak dari tempat yang hina!Kita sama-sama hina.Engkau dan aku sama-sama hina.Tapi di sisi Tuan punya dunia kemuliaan itu hanyalah dimiliki jika aku dan kamu berTAQWA!
Hamba berada dalam gelap.
Duhai Allah!Hamba jenis apakah hamba ini??Ampunkan hamba wahai Allahku..
Janji.
Hamba pernah berjanji,akan hamba tunaikan.Cepat atau lambat.
Cinta pernah berjanji,akan cinta tunaikan.
MUNGKIR!
Aduh pedihnya!
Dia yang tahu!
Hamba bukan meratap.Hamba tidak bersedih,kerna hamba adalah hambaNya yang selalu berdosa.Hamba terima.Rahmat atau kifarah soal kedua.Hamba terima wahai Allahku!
Hamba mencintaimu,namun mampukah hamba memiliki cintamu?
Hamba menyayangimu,namun apakah kamu sayang pada hamba?
Setelah madu diberi,setelah nasi disuapkan ke dalam mulut,setelah bersumpah itu ini khatimnya racun diberi.Khatimnya tuba dibalas.Khatimnya berpaling!
Aduh!
Apakah ini??
Kifarah atau rahmat.
Ia adalah rahmat.Dia masih mahu hamba diuji.Dia masih sayang hamba.Terima kasih duhai Allahku.Aku amat sayang padaMu duhai CINTAKU...
Duhai Allahku...
Jagalah hamba.
Peliharalah hamba.
Hamba masih ingin jasad itu.
Hamba masih ingin qalb itu.
Hamba masih ingin mawaddah itu.
Ampuni hamba ya rabb!
Ampuni hamba!
Sungguh Allahku...
Hamba lemah tanpa itu.
Bantulah hamba duhai Allahku....
Aku ingin menggapai dua CINTA.
Ampuni hamba....
Writen By imranulkhalis at 3:21 AM 0 Orang Bercakap
Labels: Munajat Cinta Agung, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Saturday, September 19, 2009
Salam Eidulfitri...
Bismillah....
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.Yang maha pengasih dan yang maha penyayang.Raja di hari pembalasan.KepadaNya kita kita beribadah dan kepadaNya juga kita menyerah diri.Maka wahai Allah kami,tunjukkanlah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan-jalan orang yang Kau beri nikmat keatas mereka daN bukanlah jalan dari orang yang Kau beri seksa keatas mereka dan janganlah Engkau sesatkan kami wahai Allah kami.
Terima kasih kepada Allah yang telah memberikan nikmat kesihatan,kehidupan,udara,air dan makanan.Terima kasih atas segalanya ya Allah.Kami hambaMu tidak dapat pernah membayar walau sedikit pun.
Alhamdulillah....
Ramadhan sekali lagi ingin meninggalkan kita.Kemudian muncul pula fajar syawal.Hari di mana kita meraikan kemenangan kita.Setelah sebulan kita berpuasa melawan segala nafsu dan bermujahadah.Sebulan sudah kita beribadat kepada Allah SWT.Sebulan sudah kita menjamu orang-orang makan dan pada hari itu jugalah kita sempat untuk membayar zakat kepada mereka-mereka yang lebih memerlukan.
Adakah ramadhan depan akan kita ketemu?
Selama sebulan kita berpuasa menahan itu dan ini,apakah hasilnya yang kita dapat dalam masa sebulan?Selama sebulan kita berpuasa,adakah di bulan-bulan yang lain juga kita akan mampu menjadi seperti ramadhan ini?Membaca al-quran,bertadarus,mengeluarkan sedekah,solat malam dan lain-lain?Adakah amal ini hanya dapat kita rasakan di dalam bulan ramadhan sahaja?Sebelum kita meninggalkan segala yang fana ini marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan jadikan amalan semasa di bulan ramadhan berterusan di bulan-bulan lainnya.
Ok!Khalas!
Ini satu bab yang lain pula(Macam dalam kitab dulu2,hehe)
Alhamdulillah,ana dapat meyempurnakan solat terawih ana di Masjid Jamek Taman Kledang Jaya di Silibin,Ipoh Perak.Alhamdulillah dapat juga ana dan kawan ana Saudara Muhammad Zahir Bin Zamziba menjadi Imam jemputan terawih di sana.Alhamdulillah,orang-orang di sana sangat baik hati dan sentiasa murah dengan senyuman(Dan sempat ada makcik yang ingin berkenalan denganku)Alhamdulillah.
Rakan-rakan yang lain juga ada yang mendapat tawaran menjadi imam terawih jemputan di Petaling Jaya,Selangor dan Johor.Alhamdulillah.Ini semua rezeki dari Allah.Mudah-mudahan atas nikmat ini Allah tidak akan membuatkan kami lupa atas nikmatNya.
Di kesempatan ini,ana dan seluruh ahli keluarga ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan Maaf Zahir dan Batin(Ada ke??).Moga segala amalan kita akan diterima Allah.
Allahu a'lam.....
Salam Eidulfitri dari ana dan sekeluarga :
-Haji Mior Burhanuddin Bin Alias Bin Ibrahim.
-Hajjah Norliah Binti Haji Abdullah.
-Mior Redzuan Bin Haji Mior Burhanuddin dan Isteri,Raihanah Binti Mahmood serta
Anak,Azizah Aini Binti Mior Redzuan.
-Norliana Binti Haji Mior Burhanuddin dan Suami,Tajul Arifin Bin Haji Abdul Ghani
serta Anak,Nuha Adlina Binti Tajul Arifin.
-Haji Mior Imran Bin Haji Mior Burhanuddin.
-Nordayana Binti Haji Mior Burhanuddin.
-Nurfatimah Binti Haji Mior Burhanuddin.
-Nurnajiah Binti Haji Mior Burhanuddin.
Salam......
Writen By imranulkhalis at 1:25 AM 0 Orang Bercakap
Labels: Familiku, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Wednesday, August 19, 2009
Ramadhan:Bulan Menjamu Anda.
Bismillah wal hamdulillah..Segala puji bagi Allah tuhan yang telah menciptakan Adam dan Hawa.Yang menciptakan langit dan bumi.Yang menciptakan sayang dan benci.Yang menciptakan bulan dan matahari.
Terima kasih kepada tuan punya dunia kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya,kita sekali lagi diberikan umur yang panjang walaupun kesihatan kita mungkin ada yang terjejas.Seperti ana.
Alhamdulillah.Ana tidak ingin memanjangkan celoteh ana.Sekadar ingin berkongsi sesuatu.Mungkin boleh dijadikan sebagai ilmu atau mungkin juga boleh dijadikan sebagai sampah!
Ramadhan akan datang lagi.Tahun ini mungkin ada diantara kita yang sempat menyambut ketibaan ramadhan kareem.Ada yang telah pergi dijemput ilahi,ada yang terpaksa berada di perantauan dan ada yang sedang kesakitan dalam menyambut ramadhan kareem.Alhamdulillah,semua ini adalah rezeki daripada Allah yang telah menciptakan kita.Syukur padaNya keran telah memberi peluang pada kita untuk menyempurnakan ramadhan kali ini.
Sebenarnya ramadhan adalah bulan untuk menjamu.Pasti kita sudah biasa mendengar bahawa ramadhan ialah bulan ibadah,bulan keberkatan dan bulan keampunan.Di sini,di blog Imranulkhalis ana ingin mengajak para pembaca untuk mengubah presepsi ini.Mari sama-sama kita menjamu iman dan taqwa kita.Ya..Menjamu iman dan taqwa.Menjamu iman dan taqwa kita ke dalam kebaikan.Menjamu iman dan taqwa kita ke arah syurga.Menjamu iman dan taqwa supaya lebih takut kepadaNya.
Ramadhan juga adalah disebut sebagai bulan al-quran kerana di bulan itulah al-quran diturunkan.Seperti firman Allah SWT di dalam surat cintaNya pada surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).
Maka sehubngan dengan itu marilah kita bersam-sama menjadikan bulan ramadhan kali ini sebagai bulan untuk kita menjamu iman dan taqwa kita semahunya.Penuhilah iman dan taqwa kita dengan sebaiknya.Mana tahu jika ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita,maka sekurang-kurangnya kita telah mempersiapkan diri kita ke arah kebaikan itu.
Bulan ramadhan juga adalah pentas ibadah bagi kita.Dalam bulan ramadhan kita boleh lihat ramai manusia membuat kebajikan dan kebaikan.Di sana sini ada sahaja program.Baik bagi ahli politik,badan kerajaan,badan bukan kerajaan berkumpulan atau orang perseorangan.Maka janganlah jadikan bulan ramadhan ini sahaja sebagi bulan untuk kita menabur bakti dan menunjukkan keprihatinan kita,tetapi hendaklah ia diteruskan walaupun selepas ramadhan.
Dalam kesempatan ini ana ingin mengajak para pengunjung untuk muhasabah diri kita.Ramadhan ini adalah bulan muhasabah,maka renunglah di mana silap kita,di mana kekurangan kita.Taubatlah kita dari segala bentuk dosa yang telah kita lakukan.Ana akui ana bukan manusia yang hebat dan bukan manusia yang maksum.Ana manusia biasa yang mana selalu berbuat salah dan silap.Marilah kita muhasabah diri ini moga-moga Allah akan ampuni dosa kita.Perbanyakkanlah ibadat kita di bulan ramadhanini dan hendaklah ia berterusan.
Ampun dan maaf seandainya empunya diri ini mempunyai salah dengan anda semua.
Allahu A'lam....
Writen By imranulkhalis at 9:45 PM 1 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Renungan, Tazkirah, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Monday, August 17, 2009
Ana dah kahwin!

KUALA KUBU BHARU: “Ana harap semua kemelut dan gosip dinoktahkan dengan ijab kabul. Ini (pernikahan) juga doa daripada kalian semua (wartawan),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai atau lebih dikenali sebagai Akhil Hayy selepas selamat diijab kabulkan dengan penyanyi Waheeda, semalam.
Akhil, 40, menganggap pernikahan mereka sebagai ketentuan Allah selepas berdepan dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.
“Sebelum ini ana ada menyatakan senang dengan sikap dia (Waheeda) dan tuan punya dunia membuka pintu hati ana untuk kembali berumah tangga selepas berstatus duda.
“Ana tidak boleh kata tiada perasaan cinta (kepada Waheeda) kerana Allah mencampakkan ke hati setiap manusia rasa kasih sayang dan ini satu amanah berat kepada ana, bukan saja untuk membimbing Waheeda malah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah mereka di Majlis Jamek Ar-Rahimah di sini, semalam.
Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah dan Cerai Pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid dan dengan sekali lafaz, Akhil dan Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab, 31, sah sebagai suami isteri tepat jam 12 tengah hari.
Turut menyaksikan majlis ijab kabul itu ialah bapa Waheeda, Abdul Wahab Yusuf, 58, ibunya, Asri Othman, 58, ibu Akhil, Azizah Daud, 72, dan dua anak Akhil, Siti Nur Maisarah, 12, dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.
Pada majlis pernikahan yang dihadiri saudara terdekat itu, tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya pihak lelaki menyediakan senaskhah al-Quran. Rombongan lelaki juga memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.
Majlis itu menjadi hiba apabila Waheeda menitiskan air mata ketika bersalaman dengan ibu bapanya selepas selamat diijab kabulkan.
Akhil berkata, dia bersyukur kerana majlis itu berjalan lancar selepas banyak perkara ditempuhi, malah tidak menyangka ia dihadiri ramai saudara terdekat kerana cadangan asal mahu melaksanakannya secara kecil-kecilan.
“Mulanya kami mahu melangsungkan majlis ini pada 21 Ogos bagi mendapat keberkatan Ramadan, tapi keluarga mahu ia diawalkan.
“(Selepas ini) saya berharap semua peminat Waheeda dapat mendoakan kebahagiaan kami. Kami mahu menutup buku lama dan membuka buku baru,” katanya.
Akhil bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, dan terpulang kepadanya untuk berkata apa saja.
Sementara itu, Waheeda pula menegaskan dia tetap meneruskan hasrat bersara dari dunia seni dan hanya akan menumpukan perhatian kepada anak serta keluarga.
“Sebelum ini (pakar motivasi) Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah ada menasihatkan saya bahawa dugaan yang lebih berat akan membuahkan ganjaran lebih besar daripada Allah.
“Biarlah selepas ini orang nak cakap apa pun kerana banyak lagi perkara lebih penting dalam hidup ini. Saya hanya mahu menghabiskan masa dengan keluarga,” katanya.
Mengenai hantaran senaskhah al-Quran, Waheeda berkata ia permintaan bapanya kerana itu pemberian paling lengkap.
Mengulas penyakit yang menimpanya, Waheeda berkata, keadaannya teruk sejak tiga bulan lalu, namun ia kini beransur pulih.
Pasangan itu akan mengadakan majlis persandingan pada 31 Oktober ini di Dewan Orang Ramai Bukit Jelutong, Shah Alam dan di tempat asal Akhil di Gopeng, Perak, seminggu kemudian.
Kontroversi mengenai keretakan rumah tangga Akhil mendapat liputan meluas media massa akhir Mei lalu berikutan Maizawati membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen.
Pasangan itu akhirnya bercerai pada 15 Julai lalu selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.
www.hmetro.com.my
Writen By imranulkhalis at 9:02 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Dari Akhbar Tempatan, Perkahwinan
Sunday, August 16, 2009
Persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra

Sebut pasal hantaran pada zaman ini, seakan dianggap macam value seseorang perempuan itu. Kalau yang graduate tu biasanya hantarannya lebih mahal dari yang setakat SPM. Ini belum dikira paras rupa, kedudukan keluarga dan sebagainya.
Saya tidak tau value market sekarang ini tapi rasanya purata dalam RM8,000 hingga RM10,000. Hantaran di tentukan oleh pihak pengantin perempuan kononnya untuk cover kenduri kahwin. Belanja kenduri kahwin, jika di bandar yang saya mendapat info dari teman yang berpengalaman ialah dalam RM20,000 ke atas. Ini majlis yang biasa-biasa jer bukannya grand sangat.
Memang tiada untung pun pasal kita bukan nak berniaga anakkan? Tujuan majlis perkahwinan pun sebenarnya untuk menghebahkan anak lelaki / perempuan tu dah kahwin.
Tetapi tahukan anda persiapan majlis perkahwinan untuk puteri Rasulullah SAW?
Seorang gadis yang terlalu istimewa, cantik paras rupanya, mulia akhlaknya, terjaga maruahnya oleh iman dan taqwa kepada Allah SWT, mempunyai nasab yang paling bersih, suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan disisi Tuhannya. Anak perempuan seorang nabi. Dialah Fatimah al-Zahra', puteri Rasulullah SAW, wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.
Tahukah awak apakah persiapan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abi Talib?
* alat menggiling gandum
* bantal yang di isi daun-daun kering & biji kurma
* alat penumbuk
* sebuah bekas air
* kulit yang di samak
* sebiji pinggan
Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.
Beliau bertanya, "Ini sajakah bekalan untuk Fatimah?"
Nabi SAW menjawab : "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."
Wallahualam...
Writen By imranulkhalis at 9:33 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Motivasi, Mutiara Hikmah, Perkahwinan, Renungan, SERIKANDI ISLAM, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA