Tuesday, April 21, 2009

Kalam Pertama Selepas Menyepi Sekian Lama

Bismillah Walhamdulillah...

Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu wassalamu ala Rasulillah.

Alhamdulillah,hari ni kita diberikan lgi nafas yang baru,jiwa yang baru,diri yang baru,akal yang baru dan segala yang baru selepas seharian berperang dengan sesuatu yang amat sukar dalam hari kita.Tidak kira apakah pekerjaan itu sama ada mengecat langit,mengepam tayar keretapi ataupun menghafal quran.

Alhamdulillah setelah penat seharian kita bekerja keras,membanting tulang namun akhirnya Allah swt menciptakan malam untuk hambaNya berehat meleraikan segala lelah dan kusut yang tertanam di jiwa tiap insan yang bergelar Manusia.

Dan alhamdulillah dirafa'kan kepada tuhan sekelian alam kerana membenarkan ana dan juga anda semua untuk memberikan nikmat yang tidak perlu dibayar yakni nikmat oksigen yang tidak memerlukan kita pergi ke kaunter-kaunter perkhidmatan cukai untuk membayar tiap sedutan udara segar yang kita hirup.

Hmm..Hari ni sebenarnya ana sedikit dalam keadaan tekanan sebab dah dapat result exam sem 4 haritu..Adeh.....Macam mana ye nak gambarkan ekspresi yang dirasaka dalam hati ni ye?Teruk sangat rasanya sem lepas ni.Dapat ciput je....Nak cakap segan plak kan??Hmm....Mana gamaknye silap ana ye?

Sambil tersandar memikirkan kesilapan itu,tangan kanan memegang secawan kopi sejuk yang entah bila punya.Macam sedap....Telan je la...Janji nampak macam "aku dalam blues"..Haha!!(Jiwa kacau)

Syafawi dengan Tahriri ana dapat 0.00.Hebat bukan??

Apa agaknya gambaran anda kalau dapat 0.00 tu?Mesti cakap ana ni tak study..Uishh!!!Study tu.Macam nak pecah otak Murajaah.(Hehe)

Hmm..Mungkin juga silap ana sebab banyak main masa sem 4 tu.Banyak tido.Mungkin tu antara faktor utama kekantoian ini..Oh!

Aduhai....Betapa sedihnya jiwa seorang yang kantoi(nyanyi macam lagu sepi seorang perindu)

Baik,seterusnya..Ana sebenarnya dah menceburkan diri dalam group kat friendster.Group ni dinamakan group anti Kapel...Ops!!Sabor,bukan ana membenci kapel,jua bukan ana menyokong kapel,cuma mahu berusaha kepada mereka yang anti kapel supaya tidak membenci atau anti kepada golongon ini.Sebabnya?Sebab mereka adalah manusia dan mereka perlukan pertolongan oleh orang-orang yang cukup ilmunya.(ana x cukup ilmu..Oh!)

Hmm....Kesian sebenarnya bila melihat para POLIS CINTA ni berdakwah..Kesian juga yang terkena dakwah mereka ni.Ana bukan mengutuk,mengecam,mengugut atau sebaliknya cuma menyatakan kekasihanan ana kepada mereka.

Aiseh...Ana x cukup masa nak tulis panjang-panjang ni.Kitab Tibyan pun tak habis lagi.Insyaallah kalau ada waktu yang diizinkan oleh Allah,ana akan update.Minta maaf ye!!

Jazakallah...

Friday, April 10, 2009

Jangan Menganggu Para Wali Allah

Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi saw sabdanya :
"Telah bersabda Allah azzawajalla : Barangsiapa yang menganggu waliKu(kekasihKu),maka Aku isytiharkan perang terhadapnya"

(Riwayat Bukhari)



Orang yag hafal atau selalu membaca al-quran itu termasuk para kekasih Allah Ta'ala kerana Allah sayangkan kepada mereka sebab itu dilindungiNya serta diisytiharkanNya jangan sampai ada orang yang berani menganggunya.

Orang Yang Selalu Solat Subuh Pada Waktunya Berada dalam Benteng Allah

Telah sabit dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim,Bahawa Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa yang bersolat subuh pada waktunya maka dia adalah dalam benteng Allah Ta'ala dan Allah tidak akan menuntut sesuatu dari orang yang berada dalam bentengNya"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam setiap solat mesti ada bacaan al-quran,kerana setengah ulama menentukan surah-surah yang dibaca pada setiap solat supaya meliputi yang panjang dan yang pendek kerana kelebihannya.

Wallahu a'alam.

Tuesday, April 7, 2009

Assalamualaikum

Bismillah,Walhamdulillah,Wassolatu ala rasulillah.

Alhamdulillahi rabbil alamin,Segala puji bagi ALLAH swt yang mentadbir alam dengan penuh kekuasaan,dengan penuh ajaib sehingga tiada siapa yang mampu mencipta sesuatu yang indah seumpama ciptaanNya.

Alhamdulillah,hari ini kita diberi peluang untuk menghirup lagi udara segar yang dibekalkan kepada kita melalui pokok-pokok yang mengeluarkan oksigennya kepada setiap insan yang hidup diatas muka bumi ini tanpa mengira bangsa,agama,warna kulit dan kepercayaan.

Alhamdulillah.Maafkan ana wahai pembaca imranulkhalisalhuffaz.blogspot.com sebab akhir-akhir ni ana tak berpeluang untuk mengupdate sikit pun dari kitab Tibyan dari karangan Imam Nawawi.Maafkan kelalaian diri ini...oh!

Sebenarnya ana baru je masuk semester baru yakni sem 5.Semester yang penuh cabaran dan dugaan kerna sem ni memerlukan ana berkorban lebih dari apa yang sepatutnya.wargh...!!!Agak sedikit tekanan.

Hmm...dihimpit pula dengan bebanan yang semakin membebankan mata,hati dan jiwa..Waduh,Waduh..


Baiklah,Hari ini ana nak luahkan sedikit rasa yang wujud di hati merangkumi satu dua perkara...

Perkara yang ingin disentuh ialah berkenan dengan dakwah.Tapi ana ingin tegaskan disini bahawa ana bukan seorang da'ie,bukan seorang pendakwah,bukan ahli majlis fatwa kebangsaan.Cuma sekadar memberikan pendapat sahaja.Diulangi,PENDAPAT.

AKU SEORANG YANG HEBAT

Ana cukup tak berapa suka jenis golongan yang macam ni sebab rasa diri dah best.Meletakkan hukum sesuka hati.Kalau yang ada ilmu tu ana serender la,tapi bukan yang penuh ilmu di dada tapi yang gayanya "baru pulang dari jalan yang benar".Puak-puak ni kadangkala buat ana sakit hati.Sebab apa?Sebab ana pernah berlagak seperti orang yang hilang akhlaknya.Contoh,"Couple Secara Islam".Tak lama lepas tu ada sorang minah "Polis Cinta" ni datang dekat bagi ceramah perdana kat ana secara TIDAK BERHIKMAH...Ini yang ana nak tekankan,hikmah itu penting dalam setiap kerja dakwah.Nanti takdela kita dicop sebagai "mamat @ minah alim yang hebat dari setiap sudut".

Sepatutnya kita lebih mencontohi Nabi saw dalam berdakwah,penuh hikmah dan sabar dalam setiap ujian.Jangan menjadi terlalu bangga diri dalam aktiviti dakwah kerna pabila secebis kebanggaan muncul dalam hati maka Syaitan akan merasuk diri agar menjadi para da'ie yang menyesatkan manusia lain serta membawa para pengikutnya ke dalam api ciptaan Allah swt.

Ana akui,ana bukan hebat dalam perjuangan sebagimana sahabat-sahabat di luar sana yang memperjuangankan islam dengan lantang serta motivasi diri yang tinggi.Tapi dengan keadaan dunia sekeliling kita yang semakin mencabar maka kita sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengerjakan kerja dakwah.

Mengapa Mereka Murtad??

Mengapa ramai yang murtad?Nah.....Jawapannya boleh kita cari dari dalam diri kita sebenarnya.Ingin ana tegaskan disini sekali lagi bahawa ana bukan da'ie,pendakwah,dan bukan juga ahli majlis fatwa kebangsaan.Ana cuma lontarkan secebis pendapat dan sekiranya ada sahabat-sahabat yang lebih alim daripada ana dan lebih tinggi ilmunya dari ana dipersilakan untuk menegur diri ana yang serba kekurangan...Oh!!

Berbalik kepada persoalan di atas.Mengapa mereka murtad.Mereka disini yang ana ingin tuju ialah para syabab(Remaja/Muda Mudi) dan mereka yang miskin.

-Para Syabab(Remaja/Muda Mudi)

Mengapa golongan ini selalu menjadi sasaran bagi para paderi?Kerana dakwah mereka terhadap golongan ini terlalu dalam,terlalu indah.Apa yang ana faham dari pembacaan dan kajian secara tidak formal,mereka tertarik dengan agama tersebut kerana mereka disajikan dengan hiburan hati yang tidak perlu ditakut-takutkan seperti segelintir golongan pendakwah kita lakukan.Dan ana tidak kata ana menyokong dan menganut agama tersebut cuma menyatakan pendapat sebagai seorang yang mahu islam itu ditegakkan dengan CANTIK dan INDAH.

Apa yang dikesalkan pada hari ini adalah para pendakwah kita tidak pernah menunjukkan jalan dan cara bahawa islam itu CANTIK dan INDAH.Padahal sejak zaman Nabi saw lagi baginda telah menunjukkan bahawa betapa islam itu CANTIK dan INDAH tanpa perlu menghukum sesuka hati dan menuding jari kepada mereka yang kesalahannya/kesilapnnya seperti tiada lagi tempat di muka bumi ciptaan Allah ini.Sungguh sedih...!Ohh.....

Kasihan mereka yang baru berhasrat ingin pulang ke jalan Allah.

Kita lihat seperti sebuah pertubuhan islam di Malaysia suatu ketika dahulu,iaitu Al-Arqam.Ana ada Pakcik dalam Al-Arqam dan beliau sebenarnya boleh dikategorikan sebagai orang yang selalu berdamping dengan Abuya Ashaari.Beliau adalah jurukamera untuk Abuya Ashaari.

Tapi bukan ana nak ceritakan mengenai beliau iye?Tapi bagaimana mereka menyebarkan islam melalui akhlaknya yang hebat.Kita mengaku sebagai islam,tetapi di mana akhlak islami yang kita banggakan itu?Cukupkah dengan bersorak lantang tetapi secebis jalan dakwah tak dilakukan?Ana tak kata ana hebat dalam berdakwah tapi cukup kesal dengan sikap pendakwah muda yang lupa adab dan akhlak sebagai seorang da'ie yang menyebarkan agama yang CANTIK dan INDAH ini.

Sepatutnya golongan syabablah kita patut dekati dengan penuh hikmah.Kita harus dekati mereka dengan jalan akhlak yang baik.Tapi apa sekalipun kita harus membetulkan akhlak diri kita dulu.Sedikit peringatan untuk diri ini juga.

Bagaimana kita mahu mencontohi baginda yang begitu sayangkan umatnya sehingga dibaling tahi pun baginda buat tak tau je?bersama kita renungkan.

-Golongan Fakir Dan Miskin

Nabi saw bersabda yang bermaksud lebih kurang begini :

"sesungguhnya kefakiran itu membawa kepada kekufuran"

Lagi satu golongan yang harus kita dekati secara hikmah.Sebenarnya para da'ie kristian senantiasa mencari jalan untuk mengeluarkan mereka dari islam,kerana mereka tahu bahawa orang yang miskin dan melara sanggup melakukan apa sahaja demi mencari kesenangan hidup.Tapi mereka lupa bahawa mereka sedang menggadai maruah mereka.

Baik,kita lihat.Dimana silapnya kita?Kita selalu silap bila mereka memerlukan pertolongan.Kita lupa mereka sebenarnya menagih bantuan yang banyak.Mereka memerlukan bantuan yang sekurang-kurangnya boleh membuatkan mereka bernafas seperti sedia kala.kebanyakan mereka mempunyai tanggungan yang ramai.Cuba kita bayangkan jika dalam sebuah rumah itu mempunyai 20 orang ahli keluarga termasuk suami isteri.Katakanlah anak yang bersekolah ada 10 orang.Maka cukupkah bantuan sebanyak RM150 setiap bulan?????????????Fikirkanlah.....Rasakan bila anda berada di tempat mereka.

Sebab itu mereka sentiasa menunggu bantuan dari luar.Maka ketika itu datanglah para paderi yang rela menghulurkan bantuan dengan syarat menggadaikan islam.Mereka sangup lakukan kerna sudah tak larat dengan beban yang dihadapi.

Renug-renungkan......

P/S:Kalau ada salah silap ana sila betulkan secara Hikmah.Sila Emailkan sebarang
anda di aku_mior@yahoo.com atau di imranulkhalis@gmail.com

Tuesday, March 24, 2009

11 jenis manusia didoa malaikat

Tazkirah Remaja: 11 jenis manusia didoa malaikat
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

(Copyright From Harian Metro)

Tuesday, March 17, 2009

Berbicara Dengan Manusia Mengikut Tingkatan Kefahamannya

Daripada Siti Aisyah r.a berkata yang bermaksud :

"Rasulullah saw telah menyuruh kita untuk mengukur manusia dengan tingkatannya masing-masing(yakni dalam pemikiran)

(Riwayat Abu Daud dan Bazzar)

Maksuudnya luas sekali,yakni apabila berbicara atau menyampaikan sesuatu berita maka gunakanlah ungkapan-ungkapan yang sesuai dengan kefahaman masing-masing.Jangan gunakan kata-kata yang berat pabila berbicara dengan orang umum yang pengetahuannya dangkal sehingga boleh menimbulkan kekeliruan atau salah faham.Begitu pula dengan orang yang berkedudukan dalam masyarakat,jangan disamakan dengan orang umum yang biasa dan sebagainya melainkan diberikan setiap peribadi haknya lakukan sempurna dan wajar.

Daripada Jabir Bin Abdullah ra bahawasanya Nabi saw pernah mengumpulkan dua mayat dari para syahid di perang Uhud di dalam satu kuburan.Kemudian beliau berkata : Siapa diantara keduanya lebih banyak hafal al-quran?Apabila ditunjukkan kepada seorang diantara keduanya maka disuruhnya mayat itu didahulukan masuk ke dalam lahadnya (Riwayat Bukhari)

Orang yang hafal al-quran itu didahulukan masuk ke kuburnya daripada yang lain-lain.Dia diumpamakan lebih dahulu memasuki syurga kerana semua mati syahid dalam perang uhud itu.

Memuliakan Orang Yang Suka Membaca Al-quran

Daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a dia berkata,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya termasuk membesarkan syiar Allah Taala iaitu memuliakan orang yang sudah tua bangka,memuliakan orang yang suka membaca al-quran tidak secara keterlaluan,atau yang terus membelakanginya sama sekali dan memuliakan pemimpin yang adil"

(Riwayat Abu Daud,hadis ini hasan)

-Orang yang sudah lanjut usianya harus diberikan penghormatan apatah lagi kalau
orang itu adalah ibu bapa kita sendiri.Maka wajib menghormati mereka lebih-lebih
lagi.

-Mengaji al-quran itu hendaklah diukur dengan daya dan upaya masing-masing.Jangan
sampai keterlaluan sehingga merasa jemu lalu akan meninggalkan al-quran itu sama
sekali.Yang bak adalah pertengahan,aturlah masa-masa yang tertentu untuk membacanya

-Kita sememangnya diminta untuk memuliakan pemimpin yang adil kerana keadilan itu
adalah sifat Allah swt dan manusia seharusnya bersyukur kepada Allah pabila
dikurniakan kepada kita seorang atau beberapa orang pemimpin yang adil yang selalu
menjaga kepentingan rakyat.Tidak kira siapa walaupun dia bukan seorang muslim.

Thursday, March 5, 2009

Jangan Menikah Kerana....

Hampir menjelang bulan Jun, bermakna cuti panjang untuk sekolah, dan lebih panjang untuk mahasiswa institut pengajian tinggi. Banyak kad-kad jemputan nikah yang diterima, senang kata memang penuh bulan 6 ni. Berhampiran, banyak terdengar suara-suara kecil keinginan para ikhwahku untuk menikah, dan yang masih berkira-kira untuk menikah tentang itu dan ini. Di bawah mungkin sedikit tips yang pasti! adalah dari orang yang masih belum mempraktikkannya, dan untuk dirinya sendiri dan juga orang-orang yang ingin memahami konsep yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam memilih untuk menikah:


1. Harta

Tidak ada gunanya hidup bergelimpangan harta tanpa cinta. Harta dapat datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta..


2. Perasaan Asmara

Rasa tertarik, simpati, naksir, yang merupakan asmara yang sering disalahertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.


3. Rupa Saja

Kecantikan yang diluar memang indah, tapi dapat luntur termakan umur.Utamakanlah kecantikan yang di dalam.


4. Rasa Iba

lba (rasa kasihan) memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pernikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan...


5. Untuk Kepuasan Sex Saja

Memang sex suci dan penting dalam hubungan suami - istri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pernikahan. Sex hanyalah salah satu bagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan sex akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.


6. Paksaan Keluarga

Seorang anak harus patuh kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.


7. Desakan Usia

Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "asal ada". Hindarilah tindakan tersebut. Sabarlah dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda.


8. Untuk Membalas Jasa

Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi jangan dengan pernikahan.

Salah satu hal lain yang tidak boleh dilupakan,dan merupakan yang terpenting adalah jangan menikah tanpa pengertian dan persiapan dengan tindakan yang nyata.Menikahlah menurut pola rencana Allah daripada salah dan mengundang derita, lebih baik tidak menikah.Jika tidak diteguhkan oleh Allah. Karena Allahlah yang menciptakan manusia sepasang -sepasang.Tanpa persetujuan Allah, tidak mungkin manusia dapat bersatu !

(Copyright From www.antamuslim.blogspot.com)

Monday, March 2, 2009

Kesepian a.k.a kesan sampingan selepas peperiksaan di MTQ Perak

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah..

Setelah kian lama tak update blog,alhamdulillah hari ni Allah yang maha pemurah bagi lagi kesempatan pada ana untuk mengupdate.Maafkan ana sebab dah lama sangat tak update kitab tibyan.Untuk makluman semua,ana baru je habis exam final sem 4.Hmmm...rasa-rasanya sem ni banyak yang hancur daripada yang elok.Janganlah tanya seab apa ye..(hehehe..malu i)

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam dan tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa dan tuhan yang menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian.Segala puji bagiNya,teristimewa tiada dua kerna itulah bicara hatiku dari lubuk qalbi terdalam.

Rasanya dah hampir setahun ana menceburkan diri ana dalam dunia blog ni.Mesti ada yang tertanya apa yang ana dapat dengan memblogkan diri di dalam dunia blog yang serba......Serba apa ye?Hehehe...

Apa yang ana dapat?Alhamdulillah walaupun tak ramai pengunjung blog ana dan seperti ana yang bergerak sendiri tapi ana dapat sedikit sebanyak mengulangkaji balik apa yang telah ana pelajari dalam kitab At-tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran.Insyaallah

Menjadi seorang pembawa bukan perkara yang senang.Tak semua orang diberi peluang untuk menjadi pembawa al-quran.Ia seperti kita menanggung sebuah gunung yang maha hebat beratnya.Al-quran adalah sebuah mukjizat Allah swt yang tidak akan pupus sehingga hari kebangkitan.Al-quran adalah sebuah kitab yang membezakan antara haq dan batil,halal dan haram dan berbagai lagi.Maka beruntunglah mereka yang diberi peluang untuk menjadi seorang pembawa al-quran dan rugilah mereka yang menjadi pembawa al-quran yang tidak menjaga al-quran itu.

Benar..!!Menjadi seorang pembawa al-quran memang banyak dugaan dan cabaran.Ia sentiasa datang dari pelbagai arah.Adakalanya dugaan itu mampu kita tempuhi dan adakalnya dugaan itu akan membuat kita jatuh terduduk dan tersungkur.

Ana pun tak terlepas dari semua tu.Kadang-kadang dugaan amat berat datang pada diri ana.Adakalanya dugaan tu membuatkan ana terlupa yang ana ni seorang pembawa al-quran.
Sedih..Kadang-kadang sampai tahap rasa nak bunuh diri.Tapi bila difikirkan balik untuk apa buat macamtu kan?Dah confirm lepas bunuh diri tu terus lepak kat JAHANNAM..Lalala~

Kadang-kadang bila fikir balik ujian tu,boleh buat sampai menangis.Bukan nak bangga,tapi ni hakikat.Takdela rasa diri ni best bila nangis ingat dosa.Tu dah jadi riya' plak kan?Tak pasal-pasal je dapat dosa kering kan?

Banyak faktor yang boleh menyebabkan ana menangis.Baru-baru ni,takdela baru sangat cuma nak nampak cam baru jadi la.Hehe..Baru-baru ni ana terpaksa berdepan suatu kehilangan yang agak besar dalam diri ana.Walaupun tak hilang abah umi lagi tapi ada satu perkara yang tak boleh kita elakkan.Ana pun manusia biasa.Ana bukan wali,ana bukan nabi.Ana cuma seorang pelajar tahfiz yang masih "hijau".Kadang-kadang takmampu nak lawan semua tu.

Hati adalah raja.Jika baik hati itu maka baiklah seluruhnya,kalau rosak hati itu maka rosaklah seluruhnya.Mesti tak paham kan apa yang ana nak bagitahu ni kan?Tak payah paham la ye?Malu i...Hehehe...(Kesan sampingan selepas peperiksaan,harap maklum)

Macam mana nak cakap ek?Hurm...Malu la puleekk.Takpelah,lagi elok tak payah cakap.Takut nanti jadi kontroversi.Hehehe...(Kesan sampingan lagi,harap maklum)

Jadi ana dah rasa mim alif lam sin(eja sendiri) untuk menulis dan tak berhajat nak tulis panjang-panjang.Cuma buat "seseorang" yang berada di sana,insyaallah kalau Allah mudahkan rezeki ana,ana nak sambung apa yang pernah terputus di tengah jalan dahulu.Harap dapat terima diri yang tak seberapa.Ana ikhlas lillahi taala dan ana berniat untuk menyempurnakan agama ana dan ingin menjadi muslim yang sempurna.

Wallahu 'alam

(P/s : kalau ada yang x paham tu harap maaf ye.Ini adalah disebabkan kerja pengubahsuaian di dalam minda penulis.Dan ini juga disebabkan kesan sampingan semasa exam.Harap maklum)

Saturday, February 28, 2009


Dengarkan Segalanya - Hafiz Hamidun


Walau nanti kau kan menghilang pergi
Kan ku tetap menanti
Walau lautan kan kering selamanya
Kan ku terus setia bersamamu

Dengarkanlah lagu rindu
Kunyanyikan hanya untuk mu
Dengarkanlah segalanya
Dengarkanlah kata cinta
Dengarkanlah bicara hati ini
Oh Kasih

Kan ku setia
Menanti kepulangan mu
Cintaku takkan pudar
Takkan bisa kelak hatiku berubah
Bila dirimu bisa indah di jiwa

Dengarkanlah diri ini
Dengarkanlah puisi setia
Dengarkanlah segalanya
Dengarkanlah kata cinta
Dengarkanlah bicara hati ini
Oh Kasih

Kanku sanjung cintamu
hingga ke hujung dunia
Oh....

Dalam sepi yang menyapa diriku
bayangmu hadir di hati
Dalam kelam kau terangi duniaku
Bak sang rembulan di malam yang sepi

Dengarkanlah lagu rindu
Kunyanyikan hanya untuk mu
Dengarkanlah segalanya
Dengarkanlah kata cinta
Dengarkanlah bicara indah di dada
Di jiwa
Yang kan indah selamanya
Di jiwa...

Di jiwa
---------------------------------------------------------------------------------

Lagu ini ditujukan khas untuk seseorang yang amat lama ana kenali.Menghilang diri kot dia ni.Hehehe..Ana manusia biasa.Ada perasaan,tetapi insyaallah selagi hati ini masih boleh dikawal maka ana akan minta pertolongan dari yang maha kuasa supaya diberikan kekuatan untuk menjaga hati ini.

Moga ada titik pertemuan antara kami suatu hari nanti dalam suasana penuh redha Allah swt dan penuh kegembiraan.

Insyaallah.

Monday, February 16, 2009

Secebis Pandangan Jujur Tulus Dari Hatiku

Bismillah..

Assalamualaikum..

Segala puji bagi ALLAH swt,pemilik mutlak alam ini.Pencipta yang mencipta sesuatu yang tidak mungkin kita mampu untuk menciptakannya.Raja segala Raja yang mentadbir.Pengatur yang paling hebat.Alhamdulillah.

Ana tak tahu nak update apa hari ni sebenarnya sebab kitab tibyan ana tinggal tertinggal kat hostel.Tapi nak buat macam mana kan?Mungkin itu sudah tertulis di
atas sana.Maka jadinya hari ni walaupun tak dapat nak update walau secebis kata
dari kitab tibyan,namun ada perkara yang ingin ana kongsikan bersama anda para pengunjung.


Kenapa islam dikatakan oleh mereka sebagai pengganas??Jeng..jeng...jeng..!!
Bukan ana menyokong mereka.Harap baca dan nilaikan kalau ada apa-apa yang perlu ditegur maka tegurlah kerana ingat memperingati itu akan memberi manfaat kepada orang-orang mukmin dan ini tercatat di dalam al-quran surah Az-zariyat ayat 55.

Selama pemerhatian,pembacaan dan pengkajian secara tidak formal,ana dapati ada suatu sifat yang tidak dimiliki oleh orang Melayu Islam khasnya.Tidak kira dimana sekalipun,mereka di ajar sejak kecil dengan perkara yang indah dalam agamanya.Walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa fahaman mereka betentangan dengan ajaran Islam tetapi di sinilah nampaknya bahawa salah satu cara psikologi pada ana untuk menghancurkan umat islam .Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.Dipetik daripada al-quran surah al-baqarah ayat 119.

Kesilapan orang Melayu islam khasnya adalah tidak menjadikan islam itu INDAH dan CANTIK.Malah ada segelintir daripada umat islam ini di alam Nusantara khasnya menolak kandungan ajaran islam itu sendiri.

Kita ambil contoh yang paling mudah,simple,padat dan tepat.Pernah tak pada bulan ramadhan kita terjumpa dengan orang islam yang tak berpuasa?Mesti pernah kan?Nah..itu dia mengapa umat islam dipandang rendah.Bukan menghina atau mengaibkan islam atau si polan yang tak berpuasa itu,tapi ini adalah hakikat yang perlu kita ketahui.

Ramai yang tidak ambil tahu atau dalam bahasa mudahnya tak amik port tentang masalah ini.Sebabnya?Sebab.....Kubur lu ngan gua lain-lain beb!!Kubur lu,kubur lu.Kubur gua,kubur gua.Hampeh!!Ini adalah salah satu pandangan mereka yang paling menggelikan bulu ketiak ana.(Maaf,terkasar sikit!)

Islam.Maksud islam itu adalah selamat,aman,berserah.Tetapi mengapa tidak selamat?Kerana penganutnya tidak mengamalkan secara baik dan menganggap apa yang ada di dalam adalah BERAT!Berat ke?Tak kan?Tutup aurat berat ke?Tak kan?Apa hikmahnya menutup aurat seperti memakai tudung?Hikmahnya,rambut adalah mahkota wanita.Mahkota adalah barang paling berharga.Sanggupkah kita membiarkan mahkota kota dilihat oleh orang lain dan mana tahu sedang elok kita hias mahkota itu tiba-tiba ada satu permata yang melekat di atas mahkota itu a.k.a tahi burung.Waktu itu bestkah kita rasa?Nah..!!salah satu jawapan.!

berbalik kepada mengapa islam dikatakan pengganas.Kerana diri kita tidak di didik dengan mengatakan islam itu INDAH dan CANTIK.Kerana kurangnya didikan sempurna tentang islam di dalam sesebuah rumah itu.Kalau didikan itu sempurna mungkin tidak akan jadi perkara yang sebegini rupa.

Contoh,kita diajar untuk membenci pada mereka yang busuk hati pada kita.Patutkah itu yang diajar di dalam islam agama yang INDAH ini?Tidak patut ada kerana nabi saw pernah di baling tahi tiap kali langkah kakinya menuju ke masjid.Dahsyat kan?Tapi baginda buat tak tau je,siap mendoakan lagi.Sehinggalah pada suatu hari baginda tidak dibaling dengan tahi pabila hendak ke masjid.Maka bertanyalah baginda pada jiran-jiran disitu,kemana orang tua ini?Rupanya dia sakit.Nabi ada kutuk atau benci orang yang baling tahi tu?Tidak..Bahkan pergi melawat dan bawak buah tangan lagi.(bukan penumbuk ye).Terharu orang tu terus masuk islam.Dahsyat tak?Sepatutnya itu adalah sifat yang sepatutnya dimiliki oleh kita supaya mereka tidak akan menuding kita sebagi pengganas.

Lihat saja pada pertubuhan Al-arqam suatu ketika dahulu di zaman kegemilangan mereka.Sebuah perkampungan al-arqam dibina.Di situ mereka hidup penuh aman dan selamat.Pembangunan ekonomi mereka semua di atas nama islam.Hebat bukan?Tetapi ada yang menyebabkan mereka terkubur.Dikhabarkan,mereka menyebarkan islam dengan hanya botol kicap sahaja.Ya!!Botol KICAP!Tak percaya kan?Percayalah sebab kicap itu bukan sebab mereka masuk islam tetapi akhlak yang baik yang ditunjukkan leh ahli pertubuhan tersebut.

Akhir kalam,ana ingin mengingati diri ana dan anda semua supaya selamatkanlah islam daripada menjadi mangsa-mangsa tohmahan yang tidak tepat.Jika ada sebarang komen atau pembetulan sila bagitahu pada ana,kerana ingat mengingati itu memberi manfaaat kepada orang-orang beriman.

Wallahu a'lam.