Bismillah.
Oh ya, hamba terlupa pula.
Nama kamu senantiasa ada dalam jiwa.
Dirimu senantiasa ada dalam diri hamba.
Dan, pulanglah.
Masih ada ruang untuk dirimu dalam jiwa ini.
Asalkan setia, jujur dan paling cinta pada hamba.
Terima kasih.
Selamat malam.
Assalamualaikum.
Friday, March 28, 2014
Terlupa Pula.
Writen By imranulkhalis at 1:24 AM 0 Orang Bercakap
Labels: TENTANG CINTA
Mohon Sekali Lagi
Bismillah.
Hamba duduk di sini diam-diam tanpa sepatah bicara.
Lama termangu, melangut tentang dirimu yang jauh,
-Yang jauh entah bisa pulang atau tidak-
Kamu tahu?
Kadang-kadang tidak sedar ada airmata membasahi pipi gebu ini.
Sumpah, demi Allah,
Hamba rindukan kamu,
Hamba benar-benar cintakan kamu.
Tapi hamba tahu, sudah terlambat dan tak boleh ulang lagi.
Kadangkala.... Entahlah.
Hamba tiada kata untuk diucap lagi.
Benar-benar terasa,
Benar-benar kecewa,
Benar-benar rindu,
Benar-benar cinta.
Pulanglah. Pulanglah. Pulanglah.
Andai nanti ada peluang kedua,
Mohon hamba bertakhta di jiwamu
Syurga.
Writen By imranulkhalis at 1:18 AM 0 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Nukilanku, Perkahwinan, Sebuah Catatan Hati, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Thursday, March 27, 2014
Pulanglah
Bismillah.
Ini coretan buatmu.
Khas, untukmu sahaja.
Syurgaku,
Hamba tak pernah lelah menunggumu,
Malah setiap malam, hamba menunggu tanpa jemu.
Hamba di sini, tersilap.
Mohon pada kamu, kembalilah.
Jangan gusar,
Insyaallah, hamba sudah berubah.
Demi Allah, jangan ragu.
Segeralah pulang.
Pulanglah,
Hamba menunggu.
Writen By imranulkhalis at 10:30 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Munajat Cinta Agung, Nukilanku, Penawar Duka, Perkahwinan, Sebuah Catatan Hati, SERIKANDI ISLAM, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Wednesday, March 26, 2014
Keterkecewaan
Bismillah
Benar, memang kecewa.
Sepatutnya cincin yang disarung itu, adalah pemberianku.
Namun apa daya,
Hamba ini hamba Allah.
Hamba tiada daya, Allah punya segala upaya.
Hamba hanya mampu sedih, menangis dan berdoa.
Kalau-kalau taubat hamba diterima,
Kalau-kalau ada peluang kedua.
Tapi hamba rasa mustahil.
Bagaimana orang kotor macam hamba dimahu semula?
Allahurabbi. Allahurabbi. Allahurabbi.
Menangis airmata darah sekalipun,
Tidak mampu membawanya semula.
Berserah sahajalah.
Writen By imranulkhalis at 2:38 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Perkahwinan, Sebuah Catatan Hati, Surat Cinta Allah, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Monday, March 24, 2014
Kelebihanku
Bismillah.
Syurga,
Mahu tahukah kamu?
Allah berikan hamba satu kelebihan yang sangat hebat.
Pertama, hamba menghafal al-Quran, tapi hamba banyak berdosa, izinkan hamba baiki diri. -Wallahi-
Kedua, hamba dikurniakan rupa yang tidak menarik, hitam, buruk, gemuk dan sebagainya.
Ketiga, ini yang paling hamba bangga. Hamba dibekali dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada insan yang hamba cintai. -Itulah kamu, Syurga-
Syurga, kekuatan cinta hamba terletak pada kesetiaan hamba.
Benar, dulu hamba pernah bercinta, tapi sudah pudar dek masa.
Kini?
Takkan! Hamba yang dahulu bukanlah yang sekarang.
Dahulu jika dikecewa, hamba mencari lain.
Kini, hamba sudah tua, malas mencari, hamba setia menanti.
Wallahi! Wallahi! Wallahi.
Syurga,
Jika nanti di sana ada peluang kedua buat hamba
Izinkan sekali lagi hamba bertakhta dalam jiwa
Memenuhi tuntutan agama, memenuhi fitrah jiwa
Dan yang pasti takkan buat kamu terluka.
Allah menjadi paksi hubungan kita,
Rasul menjadi ikutan hubungan kita,
Syurga tertinggi menjadi idaman buat kita
Kerna hamba tidak akan biarkan kamu dalam neraka,
Hamba akan bawa kamu ke dalam syurga bersama
Menjadi pasangan sekali lagi bersama.
Writen By imranulkhalis at 11:47 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Penawar Duka, Perkahwinan, Sebuah Catatan Hati, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Bagaimana?
Bismillah.
Bagaimana mahu lupa,
Sedang namamu banyak terukir dalam surat cinta Allah - al-Quran-,
Dan aku pula setiap hari membacanya.
Bagaimana?
Writen By imranulkhalis at 7:04 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, From Shah Alam With Love, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Perkahwinan, Renungan, Sebuah Catatan Hati, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Thursday, March 20, 2014
Untukmu, Syurga.
Bismillah.
Ini mungkin berlebihan sedikit ya,
Namun apa daya,
Tetap hamba teruskan jua.
Syurgaku,
Tahukah kamu bahawa cintaku hanya satu?
Tahukah kamu bahawa sayangku hanya satu?
Tahukah kamu bahawa tiada siapa di hatiku
Melainkanmu?
Syurga,
Hari ini Allah pisahkan kita,
Atas silap lalu hamba.
Hadiah cukup bermakna,
Allah ambil semula.
Syurga,
Dalam blog ini banyak kisah cinta dan duka,
Bukan kamu, tapi yang dahulu, dia.
Tetapi Syurga,
Hari ini, Segala coretan yang ada dalam blog ini,
Hanya untuk engkau.
Syurga,
Pernahkah kau baca kisah Qaisy dan Laila?
Hamba duga mesti pernah baca atau sekurangnya dengar cerita.
Jadi hari ini,
Biar kamu tahu,
Aku akan kekal jadi Qaisy yang terluka
Menunggu bunganya di tepi pusara.
Syurga,
Aku akan menunggu setia,
Tiada dua mahupun tiga,
Yang ada cuma kamu sahaja.
Ya,
Demi Allah,
Demi Allah,
Demi Allah,
Kali ini sangat berbeza.
Hanya kamu bertakhta di jiwa.
Syurga,
Jika nanti ada terbuka peluang kedua,
Izin aku bertakhta menjadi raja dalam jiwa,
Kerna peluang kedua
Takkan ku buang dengan sia-sia.
Yang Ikhlas,
Hamba.
Writen By imranulkhalis at 8:31 AM 0 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Munajat Cinta Agung, Penawar Duka, Perkahwinan, Sebuah Catatan Hati, SERIKANDI ISLAM, TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Sunday, November 17, 2013
Buat Kamu Yang Keletihan
Bismillah..
Kamu bilang penat
Memikirkan segala yang kau lalui
Memikirkan segala yang kau tempuhi
Aku tiada apa untuk membantumu
Cuma aku ada satu pesan,
"Sabarlah, semoga ada kejayaan di akhir semua ini."
Kamu bilang "sampai bila?"
Aku cuma mampu jawab,
"Sehingga akhirnya."
Kamu mengeluh.
Aku bicara lagi,
"Andai kamu lelah, penat dalan ujian panjang ini,
Kamu pulanglah ke ribaan Tuhan, Allah.
Bila kita jatuh, ingat,
Dia yang akan membangukan kamu,
Dia yang akan memimpin kamu
Sehingga kamu tuju ke arah jayamu.
Sedikit sahaja lagi.
Teruskanlah.
Jangan terhenti separuh jalan.
Aku selalu di belakangmu."
Writen By imranulkhalis at 12:43 AM 0 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Sebuah Catatan Hati, Surat Cinta Allah, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Sunday, September 22, 2013
Berduka? Patah Hati Dan Juga Semangat? Mahu Ubat? Ini Dia.
Bismillah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang tidak henti-henti menyayangi kita. Segala puji hanya layak bagi-Nya.
Alhamdulillah, hari ini kita bangun lagi, meneruskan cita-cita sebagai hambaNya di atas muka bumi ini. Menghirup udara segar walau ada sedikit kekotoran hasil daripada kerosakan tangan manusia yang berlumba membina bangunan tinggi gila yang tak sudah-sudah mahu mengejar dunia sehingga lupa ada dunia lain menanti kita.
Alhamdulillah, hari ini kita sedia untuk menerima segala macam bentuk ujian daripadaNya, Tuhan yang maha cinta.
Oh ya persoalan. Mengapa jika Dia Tuhan yang Maha Cinta, Dia menguji kita sehingga kita tidak mampu untuk bangun meneruskan hari muka?
Jawapannya kerana Dia cintakan kita. Ayuh kita semak semula surah al-Ankabut ayat yang kedua. Dia berbicara, "Apa manusia mengira mereka sudah beriman sedang mereka belum diuji?"
Ujian adalah tanda cinta Dia kepada kita. Ujian adalah tanda Dia ingin kita dekat denganNya. Ujian merupakan tarbiyyah secara langsung dari Dia kepada kita. Tahukah siapa dia?
Dialah Allah. Tuhan yang Maha Cinta.
Baiklah, muqadimah hamba pada kali ini sudah macam isi. Hamba pasti tiada siapa yang merindui hamba. Akhir tulisan hamba pada hari pilihanraya. Kemudian? Hamba bergiat aktif di MukaBuku. Di sana katanya leih seronok.
Oh ya, dan hamba juga sedang menstruktur semula manuskrip hamba. Bagai nak gila hamba.
Balik kepada tajuk. Hamba yakin, ada di kalangan kita hari ini yang sedang bermuran durja, berduka lara dan sebagainya. Mengapa?
Pasti ada sesuatu bukan? Kalau bukan kerana sesuatu sudah tentu anda tidak berdukacita, bermuram durja bukan? Hoho!
Baik, ada yang bertanya hamba bagaimana mengubat jiwa yang lara. Ada yang mengetahui yang hamba pernah berduka akibat cinta. Ada juga yang mengetahui lebih daripada hamba sendiri. Pada mereka yang sangat rajin mengikuti hamba, ingin hamba ucapkan tahniah kerana sering mengikuti blog ini dan juga menyelami apa yang berada di dasar hati hamba.
Sebenarnya seperti yang telah hamba ceritakan semasa muqadimah, ujian, cabaran sebenarnya salah satu daripada jentikan manja Allah kepada kita. Mengapa? Pasti ada sebabnya.
Tidak satupun Allah jadikan tidak bersebab.
Yang putus cinta, pasti berduka, patah hatinya, nyanyi lagu duka seakan tidak bisa dirawat jiwanya. Ya, seperti hamba beberapa tahun yang lalu. Lalu bagaimana hamba dapat meneruskan hidup dengan selesa?
Jika yang sedang atau baru putus cinta, ini jawapan hamba. Sila lalui hari duka anda dengan sabar dan gembira. Ya, fasa-fasa pertama ini hamba percaya, tidur pun dengan airmata. Malah solat juga dengan airmata. Betul bukan? Mahu masa menyendiri, mahu masa untuk tenangkan diri, tidak mahu mengurus diri dan lain lagi. Itu juga pernah terjadi pada hamba.
Ya, bagaimana tidak gila, kononnya cinta pertama. Haha.
Ya, ramai mengatakan cinta pertama sukar dilupa. Itu hamba akui, sesetengah manusia sangat tidak mampu untuk melupakan cinta pertama. Ubatnya, semua tertanggung pada diri kita. Ada yang kata cari lain dan berkahwin.
Persoalan mula timbul, apa dengan berkahwin serta merta akan melupakan cinta pertama? Tidak, tak semua begitu. Ada yang memakan masa sehingga bertahun-tahun untuk melupakan cinta pertama.
Lalu bagaimana?
Seperti yang hamba kata, semua tertanggung pada diri sendiri. Ada yang bertanya tips hamba, bagaimana hamba boleh lalui
semua kisah duka?
Hamba jawab mudah sahaja. Jika kita terus dibuai dengan duka maka kita sampai mati tidak gembira, sampai mati berduka, bersendiri dan lebih memalukan bertemu Allah dalam keadaan bujang tidak mengembangkan umat Nabi kita, Muhammad SAW.
Benar, hamba mengambil masa hampir tiga ke empat tahun untuk melupakan cerita sakit, perit dan duka. Semasa di fasa pertama, setiap hari hamba ditemani airmata, hampir setiap hari boleh dikatakan hamba menangis, kecuali waktu makan. Itu waktu yang hamba gembira.
Memasuki fasa yang kedua, hamba cuba untuk bersangka baik dengan Allah. Mana mungkin ujian yang diberikanNya adalah untuk membebankan hambaNya. Mana mungkin sebegitu kejam Allah terhadap kita? Tidak! Kita yang mengejami diri kita sendiri. Kita sendiri yang merosakkan diri kita sendiri. Mencari penyakit yang tiada ubatnya.
Selalu hamba bisikkan pada diri sendiri bahawa ujian ini adalah diri hamba sendiri. Sekian lama hamba lalai dek cinta. Sekian lama hamba jauh dari Allah dek cinta, sekian lama hamba lupa tanggungjawab sebagai hamba. Jadi inilah masanya untuk memperbaiki hubungan dengan Allah. Inilah masanya untuk hamba bawa hati berjumpa Allah, mohon Allah rawatkan hati hamba. Inilah masanya hamba berbaring di ribaanNya.
Alhamdulillah, memasuki fasa yang ketiga hamba sudah boleh menerima kenyataaan. Hari-hari yang dahulunya hanyalah duka, kini bertukar ceria. Alhamdulillah, Allah mengubat hati luka hamba. Alhamdulillah, ternyata Allah itu benar-benar Maha Cinta.
Lalu apa alasan untuk kita sentiasa berduka? Pintu cinta Allah itu senantiasa terbuka menerima hambaNya yang tersasar jauh dan berduka.
Ada juga di kalangan kita yang hamba percaya sedang mengalamai dipresi yang amat tinggi dek tekanan yang melampau dari pelbagai pihak ke atas diri sehingga menyebabkan ramai yang ambil keputusan melakukan pekerjaan yang diluar kemampuan dan diluar dugaan serta bukan dalam bidang masing-masing. Akibatnya kerja yang dilakukan tidak ikhlas, tidak menepati piawaian dan sambil lewa. Sedangkan kerja adalah suatu amanah, jika tidak melakukannya dengan baik maka amanah itu akan bertukar menjadi suatu yang akan dipersoalkan kelak.
Jadi bagaimana? Berbahagialah pada mereka yang bekerja bukan di dalam bidangnya. Lakukannnya dengan sebaik mungkin. Ada beribu lagi insan yang tidak dapat pekerjaan yang menginginkan pekerjaan. Jika apa yang kalian rasakan itu adalah beban dan tidak mahu menampung lagi beban yang ada, maka dengan rela hati, lepaskan pekerjaan itu kerana masih ramai lagi yang mahu dan percayalah, ada rezeki yang baik menanti.
Namun, jangan menyesal di kemudian hari ya? Hee~
Ada yang tidak bersemangat? Apa sahaja yang dilakukan rasa tidak bersemangat? Biasa.
Kita ini manusia, pasti akan mengalami saat naik dan turunnya. Kita tidak terlepas daripada semua itu kerana itulah lumrah kehidupan dan itulah yang mencorakan kehidupan ini. Cuba andai dan bayangkan jika dunia ini hanya ada kegembiraan. Lalu untuk apa air mata diciptakan? Cuba kita bayangkan lagi, jika dunia ini hanya dipenuhi dengan kesakitan, kesedihan, lalu untuk apa gigi diciptakan? Pastinya ia untuk diperlihatkan dengan ketawa.
Tapi ingat, bukan ketawa yang berdekah-dekah dan sangat buruk ya? =)
Hiburkan hati dengan surat cinta dari Allah, al-Quran. Ia sangat menghiburkan hati. Hamba tidak mahu bersuara seperti ustaz-ustaz, kiai-kiai, mufti, ulama dan sebagainya, tetapi kebiasaannya jika hamba berasa putus semangat, tidak berdaya, tidak kuat, hamba akan membaca al-Quran dan tafsir. Sangat menghiburkan.
Banyak hamba baca buku motivasi Islami lebih-lebih lagi daripada tulisan Dato Dr Ust Muhammad Asri Zainul Abidin (Dr MAZA), Ust Pahrol Md Joui dan beberapa orang ustaz lagi. Sangat menyenangkan.
Pada hamba, kuliah dan tulisan daripada Dr Maza dan Ustaz Pahrol sangat memujuk jiwa. Lebih -lebih lagi di saat kita memerlukan.
Apa yang harus dilakukan seandainya jalan itu tidak berjaya? Macam biasa, kembali pada Allah dan mohon Allah peluk diri kita. Insyaallah, Allah akan membantu kita. Allah akan membantu, memeluk kita. Bukankah kasih sayang Allah itu lebih daripada seorang ibu yang mengasihi anaknya?
Jadi bagaimana? =)
Akhir kalam, semoga perkongsian hamba kali ini dapat memujuk sedikit sebanyak jiwa-jiwa yang sedang lelah dan tidak berdaya. Semoga Allah senantiasa merahmati kita, memayungi kita dengan rahmatNya dan menutup segala cela yang terdapat pada diri kita.
Allahu a'lam.
Writen By imranulkhalis at 10:25 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Amalan Best, From Shah Alam With Love, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Tazkirah, Tinta Dariku
Monday, May 6, 2013
Satu Muhasabah Dan Pesanan Buat Pemimpin Baru Malaysia (PRU13)
Bismillah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah,
tuhan yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah, tuhan yang
menciptakan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang tidak henti-henti
menyayangi kita. Segala puji hanya layak bagi-Nya.
Alhamdulillah. Hari ini kita masih lagi diberikan nafas yang baru,
diberi peluang untuk menghirup udara yang segar milik Allah tanpa kita
perlu membayarnya di mana-mana kaunter.
Alhamdulillah, hari ini kita bangkit dengan satu azam, satu harapan, satau cita-cita untuk membuktikan bahawa rakyat punya kuasa yang mutlak dalam menentukan siapa pemimpin yang akan memimpin Malaysia dengan baik pada masa yang akan datang.
Alhamdulillah, hari ini hamba percaya, rata-rata rakyat Malaysia keluar mengundi. Alhamdulillah, hamba juga keluar mengundi buat pertama kali dan sangat awal hari ini. Pukul 7:45am hamba sudah terpacak di pusat mengundi bersama keluarga. Alhamdulillah, hari ini telah ditakdirkan oleh Allah untuk kita memilih secara bijak, siapa yang akan kita pilih untuk menjadi pemimpin akan datang.
Pilihanraya umum kali ini melihatkan betapa sengitnya pertarungan. Ujian serta rintangan yang datang dari pelbagai arah. Mendesak, diuji dengan lambang bendera tidak dibenarkan penggunaannya, siri serangan ke atas peserta flashmob, siri kutukan ke parti-parti belah sana dan sini, siri laporan polis ke atas SPR kerana dakwaan yang mengatakan dakwat yang dicalit tidak kekal seperti mana yang dicanangkan.
Alhamdulillah, kini dan saat entri ini ditulis banyak dan sangat ketara perubahan yang sedang berlaku.
Ops! Sebelum itu, hamba ingin ingatkan bahawa blog hamba bukan blog politik dan hamba tidak sekali-kali mewakili mana-mana parti politik untuk menulis entri ini. Ini cuma pandangan peribadi hamba.
Baik, teruskan kepada penulisan.
Di tajuk entri hamba menulis tentang muhasabah. Apa kena mengena muhasabah dan juga PRU 13 ini? Pada yang memandang remeh dan sebelah mata, memang ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Masakan boleh masuk akal? Apa yang boleh dimuhasabahkan dengan PRU13 ini? Ia hanya sebuah undian untuk menentukan pemimpin dan ianya adalah normal.
Ya, benar. Tetapi ada banyak perkara yang harus dan wajib kita ambil ibrah dan muhasabah daripada apa yang telah kita lalui sepanjang perjalanan ini.
Rata-rata ramai yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memerintah melihatkan dari segi jumlah nombor yang dikecapi. Manakala Barisan Nasional sedang bersiap siaga untuk menjadi sebuah pakatan Pembangkang. Pertama kali dalam sejarah Malaysia hamba kira. Masakan tidak? Sudah hampir 56 tahun Barisan Nasional memerintah bumi Malaysia dan tiba-tiba pada PRU kali ini Barisan Nasional seakan mahu mengalah, memberi ruang kepada Pakatan Rakyat.
Jadi di mana muhasabahnya? Baik, ini yang perlu kita muhasabahkan serba sedikit :
1. Barisan Nasional, di dalam barisan parti itu para ulama' seumpama dipinggirkan. Suara Ulama Muda Umno terutamanya daripada al-Fadhil Ustaz Fathul Bari seakan disenyap. Itu dibuktikan dengan pernah wujud satu kenyataan yang mana beliau pernah menegur beberapa orang besar di dalam Barisan Nasional namun mereka tidak mengendahkannya.
2. Banyak desas-desus mengatakan tentang skandal pemimpin parti daripada Barisan Nasional. Baik daripada isteri kepada PM kita, skandal itu dan ini, salah laku dan sebagainya.
3. Isu kalimah Allah, Hudud, skandal video lucah oleh beberapa orang pemimpin barisan Pakatan Rakyat.
4. Dan beberapa lagi isu yang hamba kira para pembaca banyak mengetahuinya.
Kami adalah rakyat, yang melihat segala tindak tanduk pemimpin di hadapan kami. Apa yang kalian lakukan menjadi cerminan di masa akan datang bagaimana bentuk pemimpin yang bakal menerajui bumi Malaysia yang tercinta ini. Bumi Malaysia yang tercinta ini adalah bumi yang hamba kira dirahmati kerana duduknya pelbagai bilang kaum di dalamnya tanpa wujud perselisihan faham yang kronik dan melebar seperti di sesetengah negara luar. Malaysia adalah negara yang harmoni yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen walaupun terdapat beberapa pihak yang menyalahgunakan kuasanya untuk meraih undi dan simpati. Ini adalah perkara yang tidak baik.
Wujud beberapa perkara yang tidak enak didengar oleh kita sebagai rakyat. Berita tentang pemborosan yang berlaku, ketirisan akhlak pemimpin dan kerabatnya dan lain-lain lagi. Jika kerajaan pimpinan parti yang lalu tidak lagi memimpin pada hari esok, hamba ingin berpesan kepada kalian, bahawa tidak selamanya kita berada di atas. Kadangkala Allah menegur kita kerana kelalain kita sewaktu kita berada di atas sana. Dengan kuasa yang kita miliki, kita dengan sesuka hatinya mengarah untuk dilakukan atau dijalankan tindakan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang tidak kita sukai. Wahai pemimpinku, itu bukan akhlak yang sepatutnya ditonjolkan. Kata-kata kalian menjadi iktikad kepada penyokong tegar dan fanatik kalian.
Tidak kira siapa yang akan memimpin Malaysia pada hari esok, pesan hamba perbanyakkanlah Istighfar kerana kalian dibebankan dengan tugas yang maha berat dan sudah pasti ianya akan disoalkan saat kalian berada di mahsyar nanti. Amanah merupakan suatu perkara yang paling berat sekali. Ini dinukilkan di dalam al-Quran di dalam surah an-Nisaa' ayat ke 58. Nak tahu? Bukak sendiri mushaf anda ye. Hehe.. ^^,
Bercerita tentang amanah, sehingga esok belum tentu akan tamat ceritanya, namun diringkaskan cerita. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud : "Sekiranya Kami turunkan
Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu
khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah),
misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya
mereka memikirkannya."
Anda nampak betapa beratnya al-Quran? Anda nampak betapa beratnya sesuatu yang bernama amanah? Al-Quran itu diibartakan sebagai amanah. Jika gunung boleh pecah belah, lalu bagaimana kita yang sanggup untuk menerima amanah. Bukan yang kecil, ia adalah amanah yang besar. Memimpin sebuah negara.
Hamba selalu berdoa supaya Malaysia yang dicintai ini akan menjadi sebuah negara yang moden disamping tidak mengabaikan apa yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Jika disoroti, banyak cerita di dalam al-Quran dan al-Hadith yang menceritakan tentang betapa beratnya sebuah perkara yang digelar amanah ini. Pesan hamba kepada pemimpin yang bakal memimpin kerajaan pada esok hari, ini adalah amanah rakyat buat kalian. Jangan penuhkan dada kalian dengan balas dendam, jangan penuhkan minda kalian dengan rencana jahat, jangan penuhkan poket anda dengan perkara yang bukan sepatutnya, jangan sesekali menyusahkan rakyat kerana tanpa rakyat kalian tidak berada di atas sana mengecapi nikmat yang Allah beri, jangan sesekali mengabaikan rakyat dan sekali lagi, jagalah rakyat dan jangan susahkan rakyat anda. Kami berkuasa kerana kami yang menaikkan kalian di atas sana. Jangan bangga dengan apa yang kalian miliki, kelak Allah akan mengambilnya bila-bila yang disukainya.
Akhir kalam, hamba mengharapkan Malaysia yang ada pada hari Isnin ini akan lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Kami memberikan ruang dan peluang untuk kalian berkhidmat kepada kami dengan sebaiknya. Jangan letakkan Allah di hujung perkiraan kalian, jangan letakkan nafsu menjadi kiblat haluan kalian.
Kayakanlah diri kalian dengan sifat tawadhuk. Di dalam pimpinan kalian nanti akan ada mereka yang tidak memahami Islam dengan sebaiknya, inilah masanya untuk kalian memperlihat serta menonjolkan keindahan, kesucian dan kebenaran Islam kepada mereka.
Semoga kalian senantiasa diredhai Allah. Jangan gadaikan negara ini kepada tangan yang bukan ahlinya.
P/S : Kepenatan dan kerinduan.
Writen By imranulkhalis at 12:24 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Anwar Ibrahim, Blog, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Najib Razak, Nukilanku, PAS, Pengumuman, PKR, Politik Malaysia, PR, PRU13, Renungan, Tazkirah, Umno