Thursday, July 23, 2009

Keistimewaan Baitullah

Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.

Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.

Peristiwa ini disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”.

Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.

Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.

Wednesday, July 1, 2009

Janganlah menangis



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Sunday, June 14, 2009

Selamat Semuanya....

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Dengan nama Allah yang mencipta Adam dan Hawa.Dengan nama Allah yang mencipta matahari dan bulan yang amat indah.Dan dengan nama Allah yang telah menurunkan hujan kepada semua penduduk manusia di muka bumi ini.

Terima kasih wahai tuhanku.Terima kasih wahai tuhan Muhammad saw.Terima kasih wahai yang maha lembut yang lebih lembut dari seorang ibu kepada anaknya.Terima kasih kerna telah menghidupkan kami dan terima kasih kerna telah memberikan sekali lagi nafas kepada kami tanpa perlu kami memabayarnya di mana-mana kaunter cukai kerna telah memberikan nikmat udara kepada kami.

Terima kasih kepada pengunjung setia blog Imranulkhalis.Terima kasih kerna setia menunggu update terbaru dari ana.Terima kasih kerna sentiasa datang ke blog ana.Terima kasih kerna sentiasa berada di blog ana dalam untuk mencari sedikit demi sedikt tentang ilmu tentang kalamNya yang tidak akan pernah luput dan hapus hingga hari kiamat iaitu al-quran.

Baik,setelah panjang lebar ayat berbunga yang telah ana nukilkan di atas maka telah sampai masanya untuk kita terus kepada isi.(Mungkin isi...Mungkin tidak)

Pertama-tamanya...Mari kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan al-fatihah kepada sahabat ana semasa di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin Caw Parit,Allahyarham Mohammad Aidi Bin Darus.Almarhum telah kembali ke rahmatullah pada 8/6/2009 akibat kemalangan jalan raya di Tambun,Ipoh,Perak.Almarhum pada tahun ini akan berangkat ke Yaman untuk melanjutkan pelajaran.Semoga Allah tempatkan almarhum bersama-sama orang yang syahid serta orang-orang yang dekat denganNya.

Setiap yang hidup pasti merasai mati..Begitulah yang telah Allah nukilkan di atas lembaran kalamNya pada surah ali-imran ayat 185.Bagaimanalah nasibku nanti..??

Keduanya..Alhamdulillah,mood ana telah dapat dikembalikan.Namun ada sedikit kekacauan yang sedang melanda diri.Maafkan ana sebab tak dapat nak update lagi.Oh,Sungguh..!!Ana sedang sibuk buat seketika ini kerana terpaksa tumpukan perhatian pada hafazan al-quran.Ana dah masuk ke sem yang kelima.Jadi tinggal satu semester lagi untuk ana berjuang di Maahad Tahfiz Negeri Perak ini.Kemudian ana akan dapat segulung diploma.Doakan ana ye??Insyaallah jika ana ada ruang dan peluan ana akan update pengajian dari kitab tibya seperti biasa.Maafkan kelewatan ana.

Ketiga,ana mohon doa dari semua pengujung blog imranulkhalis supaya doakan kejayaan ana supaya buku tulisan ana yang sedang dalam proses penulisan dapat diterbitkan.Ini adalah salah satu cara untuk ana menyeru serta mengajak manusia kepada kebaikan dan berubah untuk Allah,melalui penulisan.Ana harap moga usaha ini dapat kebaikan disisi Allah.Insyaallah,untuk permulaan ini ana cuba untuk menulis novel.Apa tajuknya?Hehe...Rasanya tak perlu tahu kot.Sebab itu ana katakan tadi,doakan ana supaya buku novel yang ana tulis ini dapat diterbitkan dan dapat dibaca oleh anda semua.Mungkin ada isi dan iktibar yang dapat di dalam novel itu lalu dapat merubah kita ke jalan kebaikan serta mungkin akan mentajdid hidup kita.

Mohon doa dari semua ya!

Akhir kalam,ana terpaksa berhenti..Tiada kata penutup.Tiada kata berbunga dan tiada kata pujangga.Cuma pesanan untuk diri ini dan anda.Sentiasalah memberi maaf kepada orang lain walaupun memberi maaf itu adalah perkara yang paling sukar dalam dunia ini.Sayanglah segala makhluk Allah di muka bumi ini,moga segala makhluk yang ada di muka bumi ini akan sayang kepada anda.

Wallahu A'lam...

Sunday, June 7, 2009

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

10 Sifat Calon Suami Yang Baik untuk dikongsi


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahualam


-Credit To Isuhangat-

Wednesday, May 27, 2009

Lima jenis sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

-Harian Metro Online-

Fantasia Bulan Madu By Search

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Musnah asmara

Sunday, May 24, 2009

Maafkan saya.Afwan.I'm sorry....


Assalamualakum...

Minta ye semua pengujung blog imranulkhalis.Keadaan ana amat tertekan sekarang.Minta maaf ye.Lagipun sekarang ni tengah sibuk untuk mencuba satu projek terbaru ana.Insyaallah,bila tiba masanya dan projek tersebut dapat diterima kemudian diterbitkan,ana akan sampaikan khabar gembira ini kepada anda semua.

Sekali lagi,maafkan ana.I'm not in mood right now.

Selamat Ulang Tahun Sayang

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah,hari ni kita sekali lagi diberikan oleh Allah swt kepada kita tenaga untuk mencari rezeki,mencai sesuap rezeki agar kita dapat dan terus beribadah kepada Dia yang memberi rezki tidak mengira siapa.

Dan alhamdulillah diucapkan kepada Dia yang menciptaku.

Segala puji bagi Allah kerna telah memberikan ana umur yang baru.Tanggal 19hb mei lalu adalah hari jadi ana.Dah tua dah ana ni.Hehehe....

Selamat hari jadi kepada sahabat-sahabat yang tarikh lahirnya sama denganku.

Selamat hari jadi kawan-kawan,ana tetap akan ingat enta-enti semua.

Happy birthday to me and happy bad day to me...

P/S : Senyum Selalu..

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum...

Pada hari ini ana tak nak bercerita tentang ayat yang berbunga,mukadimah yang syahdu.Tapi hari ni ana nak menulis secara bersahaja.Lebih santai,lebih biasa.

Terima kasih kepada Allah SWT yang bagi ana nafas baru pada hari raya setiap umat islam di dunia.

Terus kepada tajuk,Selamat Hari Guru..

Selamat hari guru ana ucapkan kepada semua guru-guru yang ada di muka bumi ini.Terima kasih ana ucapkan kepada kalian semua kerana tanpa kalian kami tidak akan menjadi siapa kami sekarang.

Terima kasih guru kerana mengajar kami tanpa penat lelah,tanpa rasa jemu,menunjukkan kami jalan tika kami dalam kebuntuan.Terima kasih guru.Jasa dan pengorbanan kalian tidak kami lupakan

Selamat hari guru kepada guru-guru ana..Terutamanya kepada Abah Ummi ana.Mereka adalah guru yang tidak pernah jemu dan penat mengajar kami anak-anak mereka dari sekecil tapak tangan sehinggalah ke besar bapak gajah..Oh!Terima kasih Abah.Terima kasih ummi.Ummi Selamat hari ibu..Love you!!

Kepada guru-guru yang tidak pernah rasa lelah mengajarku terima kasih sekali lagi diucapkan.Dari sekolah rendah sehinggalah peringkat kolej ini.

Sekalung Penghargaan diberikan kepada guru-guruku yang mengajar di :

1.Taski Abim Al-Hidayah (Pra Sek) 

2.Sek Ren Iskandar Shah,Parit,Perak Darul Ridzuan (Sek Ren)

3.Maahad Al-Aziz,Jalan Masjid,32800 Parit,Perak  (F.1 & F.5)

4.Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin Caw 2 Parit,Perak (F.2 - F.4)

5.Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak Darul Ridzuan  (Dip)
                   
     Terima kasih Guru..!

Thursday, May 7, 2009

Maafkan Daku........

Assalamualaikum Warahmatullah..

Diharap anda semua dalam keadaan sihat wal afiat wassalamah.

Disini ada beberapa pengumuman yang ingin ana sampaikan.

Pertama

Ana Minta maaf sebab terlalu sibuk waktu kebelakangan ini.Diharap semua pengunjung dapat maafkan ana sebab dah lamam sangat x update pengajian dari kitab tibyan

Kedua

Ana sekarang sedang sibuk untuk program Majlis Jalinan Ukhwah Sesi 2009 - 2012 Bagi pelajar baru Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak yang mana ana adalah setiausaha program tersebut.Ana minta maaf sangat-sangat.Insyaallah ada kelapangan dalam masa terdekat ana akan update dan letak gambar sekitar hari tersebut.

Ketiga

Sekarang ana berada dalam semester yang ke-5 jadi agak sibuk dan kadangkala tak dapat nak datang CC untuk update benda ni semua..Oh!Maafkan daku...

Keempat

Isnin ni insyaallah ana akan pergi ke Perlis Indera Kayangan untuk menghantar adik ana di Kolej Matrikulasi Perlis.

Jadi,minta doakan agar semuanya selamat.

Wassalamualaikum...