Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lagi lima:
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Tuesday, October 21, 2008
Mabuk Cinta
Writen By imranulkhalis at 10:02 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, ISU HANGAT, ISU SEMASA, Mutiara Hikmah, Renungan, Tazkirah, TENTANG CINTA
Munajat Cinta Agung

Hatiku bergetar
Bila nama-Mu disebut, dialun
Alangkah sayunya hati
Alangkah pilunya hati
Kenangan dosa-dosaku yg menggunung
Engkau bisa saja menghukumku
Tapi Engkau hulurkan rahmat-Mu
Menggerakkan aku mencari taubat-Mu
Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
Jangan Engkau tinggalkan aku
Walau sesaat, atau waktu yang lebih singkat dari itu…
Writen By imranulkhalis at 9:20 PM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Munajat Cinta Agung, Mutiara Hikmah, Renungan, Tazkirah, TENTANG CINTA
Jangan Terlalu Memilih Cinta
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...
Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......
TAMAT
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
Copyright From www.isuhangat.blogspot.com
Writen By imranulkhalis at 9:04 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Mutiara Hikmah, Renungan, Tazkirah, TENTANG CINTA
Monday, October 20, 2008
Assalamualaikum..
Alhamdulillah...hari ni 20/10/08,ana akhirnya dapat gak selesaikan masalah lam diri ana ni.hari ni ana dapat gak habiskan Surah Al-Hijr.surah yg ke 15 dalam Al-quran,Juzu' yg ke 14 dalam al-quran.habis gak akhirnya.masuk plak surah An-Nahl..Juzu' yg same gak..tp senang sikitla daripada surah al-hijr tu.ayat dalam surah al-hijr tu kan pendek-pendek jadi memang memerlukan kekuatan hafalan yg luar biasa.hehe..kena kerah otak sekuat mungkin utk surah ni.belum lagi masuk surah Maryam tu..lagi pening.tp ana amik ni sebagai ujian allah kepada ana sebagai hamalatul quran.insyaallah...kepada para pengunjung blog ana.ana harap tolong doakan ana dpt jadi seorang penghafal al-quran yg baik serta beriman kepada allah dan rasulnya.Surah Al Hijr adalah surah ke-15 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 99 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Ini disebabkan oleh surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Al Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pegunungan itu. Surah ini berkisar mengenai kaum Tsamud yang diceritakan pada ayat 80sampai dengan 84 yang telah dibinasakan oleh Allah SWT, kerana tidak mempercayai Nabi Soleh a.s. dan berpaling daripada ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth A.S. dan kaum Syuaib A.S.. Secara kesimpulannya, pengajaran yang dapat diungkapkan ialah orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.
Isi Kandungan
Keimanan: Kepastian nasib suatu bangsa hanya di tangan Allah; Allah menjamin kemurnian Al Quran sepanjang masa; alam malaikat (langit) sentiasa dipelihara daripada syaitan; kadar rezeki yang diberikan kepada manusia sesuai dengan hikmah kebijaksanaan Allah; Allah memelihara hambaNya yang mendapat taufiq dan Hidayah daripada godaan syaitan; Allah di samping bersifat pengampun dan penyayang juga mengazab orang-orang yang ingkar; manusia dihimpun pada hari kiamat.
Hukum-hukum: Larangan terhadap homoseksual; kewajipan melakukan ibadah seumur hidup; larangan menginginkan harta orang kafir; perintah kepada Nabi Muhammad SAW agar melakukan dakwah secara terang-terangan; larangan berputus asa terhadap rahmat Allah.
Kisah-kisah: Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya; Nabi Luth a.s. dengan kaumnya; kaum Syuaib dan kaum Soleh a.s. (Tsamud).
Dan lain-lain: Kejadian-kejadian dalam alam ini menunjukkan kebesaran Allah; kejadian alam dan isinya mengandungi seribu satu hikmah; asal kejadian Nabi Adam a.s.
Writen By imranulkhalis at 8:36 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Hifz Al-quran, Tazkirah, TENTANG AKU....
Kelahiran Nuhaa Adlina -10/10/2008-
.jpg)



.jpg)
.jpg)
Assalamualaikum..Pada 10/10/2008 pada jam lebih kurang 11.30am,hari jumaat bersamaan dengan 10 syawal 1429h lahirlah seorang lagi serikandi di dalam keluargaku yg sederhana.Anak kakakku,setelah menunggu selama 3 tahun,dengan izin ALLAH SWT serta kasih sayangNya pada hambaNya maka lahirlah seorang bayi yg diberi nama Nuhaa Adlina Bt Tajul Ariffin B Haji Abdul Ghani serta mama kepada Nuhaa Adlina iaitu kakak ana Nurliana Bt Haji Mior Burhanuddin B Haji Alias B Ibrahim.seronok kemain ana dapat anak sedara baru.tp asyik tido je beliau ni.boring tol..hehehe...ni antara gambar2 yg sempat dirakam semasa hari kelahiran Nuhaa..gamba abah dia tgh azan pon ade..hehehe.
Writen By imranulkhalis at 3:05 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Baby, Familiku, Nuhaa Adlina
Thursday, October 9, 2008
Usia Bumi
Assalamualaikum. ..
Mesti korang tkejut kan ..neway, just bace dulu n evaluate it later...
Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran.
Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000
tahun gambar itu diambil oleh NASA.]
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...
sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahui
kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan
kiamat pada tahun 2066
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi
yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan
orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam
bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan
musnah pada tahun 2065....
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan
bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat
pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada
tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066
Wallahu'alam. ..
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan
sendiri...
Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh
artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini
dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil
lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan
rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan
risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk
semua umat Islam.
-Copyright From Isuhangat.blogspot.com-
Writen By imranulkhalis at 11:31 AM 0 Orang Bercakap
Labels: ISU HANGAT, ISU SEMASA, Renungan, Tazkirah
Wednesday, October 8, 2008
Doa untuk yang Bercinta

Bingkisan Doa.
Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
-Tentangcinta.com-
Writen By imranulkhalis at 10:14 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Amalan Best, TENTANG CINTA
Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
-Tentangcinta.com-
Writen By imranulkhalis at 9:50 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Mutiara Hikmah, Renungan, TENTANG CINTA
Thursday, September 18, 2008
Salam Ramadhan
Assalamualaikum semua pengunjung blog ana ni..Hmm..minta maafla sebab tak dapat nak update blog ana ni.ana sibuk sikit.Sibuk dgn exam,pastu sibuk dgn jadi imam terawih.alhamdulillah tahun ni rezeki nampak macam murah sikit.dapatla jadi imam kat tempat org ni..seronok dapat jadi imam ni,byk pengalaman dapat bile jadi imam terawih ni.perasaan yang macam2 la...cuak ade,seronok ade,hiba ade,sebak ada..macam2 ada..ahaks!hmm..hari ni da mula exam.pagi tadi subjek Hifz Al-Quran Qism Tahriri..
hmm payah jugak.sebenarnye xsusah pun..tapi tadi bertarung dgn sakit perut terus xboleh nak fokus pada exam,asyik nak pegi toilet je...pastu kena marah.hahaha!pengalaman pertama exam dgn keadaan perut senak yang amat..hehe.memang rase cam nak marah je..jadi bagi penunjung blog ana yang masih bersekolah atau study ana nasihatkan jaga kesihatan.sebab itula kita disuruh jaga kesihatan pada hari peperiksaan.baru la ana tahu hikmahnye disuruh jaga kesihatan pada hari exam..memang azab betul rasenye..hehehe..so,ramadhan telah masuk hari yang ke-18..semalam kita menyambut hari Nuzul Al-Quran hari di mana al-quranulkarim di turunkan..so,trak boleh nak celoteh lama-lama lagi sebab ada orang lain lagi nak guna PC ni.hehe..almaklumla kat CC je ni.hmm..ada masa dan kesempatan ana akan update blog ni.salam ramadhan dan salam eidulfitri...
Writen By imranulkhalis at 10:58 PM 0 Orang Bercakap
Labels: TENTANG AKU....
Wednesday, September 10, 2008
Tatap wajah tersayang diwaktu tidurnyer

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang yang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut putih.......... mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal kan perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Kulitnya mulai keriput dan jemari! yang dulu halus membelai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita,yang sanggup berkorban jiwa dan raga. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya,.....ingatan dan teguran itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang tersayang : Suami,.... wajah di antara lelaki-lelaki yang hadir....dialah lelaki pilihan yang Allah jodohkan,
yang hanya perlu dibahagiakan barulah kita dapat menikmati erti kebahagiaan yang sebenar. Renunglah wajah perempuan yang bergelar isteri,
yang masih setia,namun kesetiaan dan ketabahannya sering kita uji. Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat........ Semuanya. Rasakanlah sensasi yang
timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah-wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta
yang mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ....... untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang
kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar.Pengorbanan yang melelahkan namun tidak diungkapkan..... Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan
hari, orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, buat selama-lamanya... .
Renungkan......
Kasih sayang adalah rahmat Allah......Apabila kita merasakannya bermakna
hidup kita sentiasa dirahmati......Kadang-kadang kita perlu berkorban
untuk kasih sayang itu....bukan untuk dihargai tetapi sebab kita percaya
dan tahu erti kasih sayang yang sebenarnya........
-Isuhangat.blogspot.com-
Writen By imranulkhalis at 4:44 PM 0 Orang Bercakap
Labels: ISU HANGAT, TENTANG CINTA