Wednesday, January 23, 2013

Tribute Untuk al-Marhumah Siti Hajar Ahmad Sabir. (Pelajar Ftmk UTeM)


Biar biasa di luar, luar biasa di dalam.
Itu sukar dicari,
Itu sukar ditemui

Biasa sahaja, namun punya hati yang besar
Allah mengambil dia
Kerna dia rindu Allah.
Itu sudah pasti
Dari bait kalimah bicaranya
Tika disoal :
"Kakak tak takut mati?"
Lalu dijawab :
"Tak, kakak sudah sedia."
Sambungnya lagi :
"Maafkan kakak, kerna dakwah kakak
tidak banyak umpama Sayyidina Muhammad"

Doa aku,
Semoga kamu ditempatkan
Bersama para ummahatul mukminin
Bersama para muqarrabun
Bersama para ahlul jannah
Bersama mereka yang Allah janjikan Syurga yang membahagiakan.

2 Orang Bercakap:

Siti Asiah said...

semoga dikau ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

Zahratunnur said...

Ya ALLAH, tidak mampu untuk aku menjadi sepertinya kerana diriku bukanlah sebaik yang disangka..Ya ALLAH, Engkau bantulah diriku ini untuk menjadi sepertinya...matikanlah aku sebagaimana mudahnya Engkau menarik roh dari jasadnya..