Sunday, May 22, 2011

Jadilah Orang Yang berilmu Dan Berakhlak Tinggi

Bismillah..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah yang menciptakan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menciptakan Adam & hawa. Segala puji bagi Allah..

Hari ini mungkin kali terakhir untuk hamba menulis bagi bulan ini sebab hamba akan melanjutkan pelajaran di kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah dalam jurusan yang sama semasa hamba diploma dahulu. Insyaallah akan berada di sana pada 6hb Jun ini. Mohn doa dari anda semua ya? Terima kasih.

Duli hamba pernah menerima ucapan yang pada hamba telah menyedarkan hamba siapa hamba dalam dunia ini. Hamba menerima ucapan ini, "Yela.. Kita ni ngaji tak tinggi. Tak macam dia, ngaji tinggi. Sapela kita ni...". Ucapan itu masih terngiang-ngiang di kotak fikiran hamba, di jiwa hamba dan telinga hamba. Ia terkesan di jiwa hamba kerana ia diucapkan oleh seseorang yang hamba pernah kenali dengan indah. Pernah meyelami jiwanya walau tidak dalam. Ia terkesan kerana hamba sayangkan dia kerana Allah, namun kadangkala tersasar. Ia terkesan kerana kita sedar di mana silap kita.

Menyesal?

Menyesal sekarang pun tidak ada gunanya kerana ia terlepas dari hamba. Memandang muka hamba juga mungkin akan mendatangkan kebenciannya. Tak apalah, hamba tahu. Cuma sekarang ayuh kita berbalik kepada perbincangan kita.

Hamba percaya, anda juga pernah menerima ucapan yang sama. Andaikata anda menerimanya, maka beruntunglah kerana Allah telah memberi peluang pada anda untuk menyedarkan diri yang kadangkala terleka dan hanyut dibuai arus duniawi.

Ayuh bersama hamba, mari kita berkira-kira untuk semua ini. Pertama sekali, cuba kita renung, muhasabah kembali, untuk apa kita belajar tinggi-tinggi? Untuk apa kita meraih segenggam sijil, diploma, diploma, master dan PHD? Untuk apa? PAsti akan ada yang menjawab begini :

1. Untuk dapat kerja yang besar.
2. Untuk menyara keluarga.
3. Untuk membantu keluarga.
4. Untuk menunjukkan yang kita belajar tinggi.
5. Untuk mencari redha Allah.
6. Untuk diri sendiri dan Islam.
7. Untuk membantu Negara, bangsa dan agama.
8. Bla...
9. Bla..
10.Bla...

Apa pun jawapan anda, ia pasti ada diantara jawapan di atas bukan? Tetapi kalau anda rasa ia sudah lari dari matlamat asal, makanya hamba mengajak anda semua marilah sama-sama kita memperbetulkan niat kita kenapa kita mahu belajar tinggi. Ilmu yang kita cari sebenarnya membentuk akhlak kita. Tidakkan kita pelik orang yang belajar tinggi tapi akhlaknya kurang sedikit. Tidakkah anda lebih pelik, orang yang belajar ilmu Allah namun akhlaknya lebih pelik daripada orang awam yang belajar ilmu-ilmu biasa? Tidakkah anda pelik? Sudah tentu ya! Kerana apa? Kerana orang yang belajar ilmu-ilmu Allah atau ilmu agama ini lebih banyak godaan dan cobaan yang perlu ditempuhi. Buktinya? Hamba sendiri melalui. Banyak dugaan, godaan dan cobaan yang perlu dilalui. Kadangkala berjaya, kadangkala kecundang di tengah jalan. Bila kecundang di tengah jalan itu, hanya airmata yang menjadi peneman. Hanya airmata yang mampu mengungkaokan rasa bagaimana ketika hilang arah.

Sepatutnya ilmu yang kita pelajari itu yang memandu kita. Jangan jadi orang yang tinggi ilmunya namun rendah akhlaknya. Jadilah orang yang tinggi ilmunya dan tinggi akhlaknya. Jangan jadi orang yang tinggi ilmunya namun rendah akhlakmya.

Kadangkala bila difikirkan kembali, siapalah hamba di sisi Allah. Hamba telah terlepas banyak peluang berharga di depan mata hamba. Hamba banyak terlepas perkara-perkara yang memang tak dapat dikembalikan. Mungkin ini bunyi kekesalan tetapi ya. Memang hamba kesal dengan apa yang berlaku. Walaupun sudah lama namun hamba perlu masa yang lama untuk membina semula diri hamba yang susah jatuh jauh ke dalam jurang. Sukar untuk ditarik semula. Moga-moga akan ada kekuatan itu.

Berbalik semula.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, "Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat". Allah berfirman lagi, "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?". Lihat, di situ sahaja Allah usah mengangkat martabat orang-orang yang berilmu. Tapi alangkah sedihnya jika orang yang berilmu tinggi tapi rendah akhlaknya. Subhanallah. Moga-moga Allah ampunkan kita.

Kadangkala hamba merasakan orang yang belajar sampai STPM tu lebih baik akhlaknya. Mampu menutup aurat, pandai menjaga diri, mampu menulis dengan baik, mampu melukis dengan mantap, mampu dari segala segi. Kadangkala hamba bersa malu dengan mereka. Kadangakala tersa diri ini lebih kerdil berbanding mereka. Kadangkala mereka yang lebih layak dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding kita yang biasa-biasa.

Hamba mengaku, di tempat hamba ramai yang memanggil hamba dengan pelbagai gelaran. seperti hamba katakan, itu tidak menjamin apa-apa pada hamba. Bukan itu yang Allah akan lihat saat dihisab. Bukan itu yang akan ditanya saat Allah menunjukkan buku amalan kiri dan kanan. Bukan itu, namun iman di dada. Amalan di dunia ini yang nantinya Allah akan lihat. Apalah gunanya segunung Everest ilmu tapi memiliki akhlak yang keji?

Jadi, hamba nasihatkan pada diri hamba, jadilah orang yang berilmu berakhlak tinggi. Ya, jalannya tidak mudah, penuh onak dan duri , tetapi harus kita tempuhi agar kita senantiasa merendah hati, merendah diri. Jadilah seperti resminya padi. Makin berisi, makin tunduk. Makin penuh ilmu di dada, makin kita merendah diri.

Semoga Allah meredhai jalan ini, dan semoga Allah selalu menjaga hati ini.

Allahu a'lam.

P/S : Hamba akan tetap ingat kalam ini : "Yela.. Kita ni ngaji tak tinggi. Tak macam dia, ngaji tinggi. Sapela kita ni..." Ketahuilah, walau kamu belajar tak tinggi, tapi akhlakmu lebih indah dan tinggi dari hamba. Hamba bangga dengan kamu dan semoga Allah merahmatimu selalu. =)

P/S : Anda adalah anugerah yang terindah yang pernah hamba miliki. Moga tetap ada nur di hati. =)

P/S : To Kedah! Ada sesiapa warga KUIN di sini? =)

0 Orang Bercakap: