Saturday, February 13, 2010

Hari Kekasih.. Apa Yang Best Sangat? -Part 1-

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah.

Tanggal 14 Februari setiap tahun pasti ditunggu oleh setiap pecinta di kalangan muda-mudi seluruh dunia, tak terkecuali kita di Malaysia yang tercinta. Tarikh itu disebutkan sebagai hari kekasih dalam bahasa Melayunya. Dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai Valentine day manakala dalam bahasa arabnya disebut Idul hub. Yang bahasa arab itu hamba main bubuh je. Tak tahu samada betul ataupun tidak. Kalau salah betulkan ok?

Apa yang seronok sangat pada tanggal itu? Sama best ke dengan makan nasi? Rasanya makan nasi lagi best daripada sambut hari kekasih a.k.a hari Valentine tu. Sebab apa makan nasi sboleh kenyang. Kalau sambut hari kekasih tu perut pakwe atau makwe anda yang kenyang sebab kita nak cover ayu, control macho dan berbagai lagi. Hoho~

Oklah! Memgikut sejarah secara ringkasnya, hari Valentine ini sebenarnya disambut bagi memperingati seorang Paderi Kristian yang bernama St. Valentine. Apa yang hamba tahu cerita St. Valentine ini kalau tak silap ada tiga versi. Versi pertama lebih kurang begini, mengikut sejarah, sambutan Hari Kekasih diadakan sempena memperingati Paderi Kristian yang bernama Pedro St. Valentino ketika zaman pemerintahan Raja Claudius II. Oleh kerana Valentino salah seorang penyebar agama kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara dari tahun 268-270.

Namun sepanjang di dalam penjara, Valentino tetap menyebarkan agama kristian pada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan beliau dan memerintah Valentino dibunuh pada 14 Februari.

Lantaran itu, orang kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupannya mengorbankan nyawa kerana kepercayaannya dan kecintaannya pada agama kristian, malah mereka menyamakan Valentino dengan Nabi Isa a.s.

Sumber lain menyebutkan, ketika di dalam penjara, beliau jatuh cinta dengan anak seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tandatangan "From your valentine." (Daripada Valentinemu)

Sejak peristiwa itu, orang kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati kematian St. Valentino, Paderi kesayangan mereka.


Versi yang kedua pula lebih kurang begini, disebabkan niatnya untuk mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia, St. Valentine dibunuh kerana menghalang pemuda untuk dikerah menjadi tentera. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 masihi.

Versi yang ketiga pula, tanggal 14 Februari dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, sepanyol. St. Valentine adalah orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Dengan jasanya pada masa itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.

Itu ceritanya. Jadi bagaimana? Masih lagi mahu menyambutnya? Sebenarnya tak perlu tunggu tanggal 14 Februari ini untuk memperlihatkan, menunjukkan dan membuktikan kasih sayang. Sedarkah kita, agama Islam sebenarnya adalah agama kasih sayang. Setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang. Tapi sayangnya dalam kad pengenalan sahaja yang tertulis agama Islam tetapi membenci agama Islam. Berapa ramai yang mengaku Islam tetapi cara hidup sudah seperti gaya hidup barat. Berapa ramai remaja yang akan mengorbankan dara demi membuktikan kasih sayang dan cinta pada pasangannya? Tanggal 14 februari nanti, kita akan lihat berapa ramai anak-anak Melayu Islam akan membawa perut yang besar. Anak 'valentine'..

Sedih bila melihatkan keadaan ini. Anak muda sekarang terlalu taksub dengan perkara ini. Kita lihat sahaja malam nanti, berapa ramai muda mudi yang naik tenggiling bersama, yang naik kereta kuda bersama. Apakah ini? Aduhai... Sangat sedih.

Bersambung.....

1 Orang Bercakap:

nurqaseh said...

betul la tu...yg bhse arab tu.. kan da tanye semalam...ekekeke.. (sje nk bg kantoi)