Showing posts with label Bicara tentang ahli-ahli al-quran dan melarang menganiayai mereka. Show all posts
Showing posts with label Bicara tentang ahli-ahli al-quran dan melarang menganiayai mereka. Show all posts

Friday, April 10, 2009

Jangan Menganggu Para Wali Allah

Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi saw sabdanya :
"Telah bersabda Allah azzawajalla : Barangsiapa yang menganggu waliKu(kekasihKu),maka Aku isytiharkan perang terhadapnya"

(Riwayat Bukhari)



Orang yag hafal atau selalu membaca al-quran itu termasuk para kekasih Allah Ta'ala kerana Allah sayangkan kepada mereka sebab itu dilindungiNya serta diisytiharkanNya jangan sampai ada orang yang berani menganggunya.

Orang Yang Selalu Solat Subuh Pada Waktunya Berada dalam Benteng Allah

Telah sabit dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim,Bahawa Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa yang bersolat subuh pada waktunya maka dia adalah dalam benteng Allah Ta'ala dan Allah tidak akan menuntut sesuatu dari orang yang berada dalam bentengNya"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam setiap solat mesti ada bacaan al-quran,kerana setengah ulama menentukan surah-surah yang dibaca pada setiap solat supaya meliputi yang panjang dan yang pendek kerana kelebihannya.

Wallahu a'alam.

Tuesday, March 17, 2009

Berbicara Dengan Manusia Mengikut Tingkatan Kefahamannya

Daripada Siti Aisyah r.a berkata yang bermaksud :

"Rasulullah saw telah menyuruh kita untuk mengukur manusia dengan tingkatannya masing-masing(yakni dalam pemikiran)

(Riwayat Abu Daud dan Bazzar)

Maksuudnya luas sekali,yakni apabila berbicara atau menyampaikan sesuatu berita maka gunakanlah ungkapan-ungkapan yang sesuai dengan kefahaman masing-masing.Jangan gunakan kata-kata yang berat pabila berbicara dengan orang umum yang pengetahuannya dangkal sehingga boleh menimbulkan kekeliruan atau salah faham.Begitu pula dengan orang yang berkedudukan dalam masyarakat,jangan disamakan dengan orang umum yang biasa dan sebagainya melainkan diberikan setiap peribadi haknya lakukan sempurna dan wajar.

Daripada Jabir Bin Abdullah ra bahawasanya Nabi saw pernah mengumpulkan dua mayat dari para syahid di perang Uhud di dalam satu kuburan.Kemudian beliau berkata : Siapa diantara keduanya lebih banyak hafal al-quran?Apabila ditunjukkan kepada seorang diantara keduanya maka disuruhnya mayat itu didahulukan masuk ke dalam lahadnya (Riwayat Bukhari)

Orang yang hafal al-quran itu didahulukan masuk ke kuburnya daripada yang lain-lain.Dia diumpamakan lebih dahulu memasuki syurga kerana semua mati syahid dalam perang uhud itu.

Tuesday, February 10, 2009

Memuliakn Orang Yang Suka Membaca Al-Quran

Daripada Abu Musa Al-Asy'ari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda
yang bermaksud

"Sesungguhnya termasuk membesarkan syiar Allah Taala iaitu memuliakan orang yang
sudah tua bangka,memuliakan orang yang suka membaca al-quran tidak secara keterlaluan atau yang terus membelakanginya sama sekali dan memuliakan penguasa yang adil"
(Riwayat Abu Daud)


1.Orang yang sudah lanjut usia harus diberikan penghormatan apatah lagi kalau orang
tua itu Ibu Bapa kita sendiri,maka wajiblah menghormati mereka

2.Mengaji al-quran itu hendaklah diukur dengan daya dan upaya masing-masing,jangan
sampai keterlaluan sekali sehingga merasa jemu lalu akan meninggalkan sama sekali.
ataupun membelakanginya sama sekali sehingga berat dan malas ketika hendak membaca
al-quran.Yang paling baik adalah pertengahan,aturlah masa-masa yang tertentu untuk
membacanya.

3.Kita memnag diminta untuk memuliakan penguasa yang adil kerana keadilan itu adalah
dari sifat Allah dan manusia harus bersyukur kepada Allah bila DIA telah
mengurniakan kepada kita seorang atau beberapa orang penguasa yang adil yang selalu
menjaga kepentingan rakyatnya,tidak kira siapa sahaja walaupun dia bukan seorang
muslim


Wallahu a'lam...

Monday, February 9, 2009

Bicara tentang ahli-ahli al-quran dan melarang menganiayai mereka


Apabila ALLAH Taala telah memuliakan ahli al-quran yakni orang-orang yang fasih membaca al-quran ,yang faham tatatertib membaca al-quran serta memahami makna dan maksud ayat-ayat al-quran,maka kita pun patut juga memuliakan mereka dan tidak wajar merendahkan martabat mereka,apatah lagi sampai kita menghinakan mereka atau menganiaya diri mereka kerana yang demikian itu bertentangan dengan kehendak ALLAH Taala.

ALLAH Taala telah berfirman yang bermaksud :

"Barangsiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah maka yang demikian itu datang dari hati yang bertaqwa" (Surah Al-Haj : 32)

ALLAH Taala berfirman lagi yang membawa maksud :

"Barangsiapa yang membesarkan peraturan-peraturan suci Allah maka itu adalah lebih baik di sisi tuhanNya" (Surah Al-Haj :30)



Pandai dan didiklah diri kita supaya fasih membaca al-quran dan memahami maksudnya termasuk syiar-syiar Allah dan kehendakNya yang tidak boleh dilengahkan maka orang yang melengkapkan dirinya dengan sikap ini mestilah diutamakan dan tidak boleh dipersiakan,lebih-lebih lagi diganggu dan dianiaya,kelak akan ditimpa oleh Allah bala dan bencana ke atas dirinya.

Firman Allah :

"Dan rendahkanlah sayapmu kepada sesiapa yang mengikutmu dari kaum mukminin"
(Surah As-Syu'ara : 215)

Firman ini menyuruh Nabi SAW supaya menghormati orang-orang yang beriman yang mengikutinya dan sudah jelas seoramng mukmin yang sebenar-benarnya mestilah tahu dan mengenal al-quran.

Firman Allah lagi :

"Dan orang-orang yang menganiaya kaum mukminin dan mukminat tanpa sebab kesalahan yang mereka lakukan maka orang-orang ini telah memikul dusta dan dosa yang jelas"
(Surah Al-Ahzab : 58)

Pada akhir zaman ini ramai orang yang suka menganiayai ahli-ahli al-quran dengan menyusahkan mereka apabila mereka berkata benar dan menunjukkan hukum allah taala,padahal pada zaman dahulu meskipun ramai penguasa masih banyak membuat kezaliman kepada orang ramainamun mereka masih takut kepada ahlul quran.Akan tetapi sekarang para penguasa lebih senang kepada ahli quran yang sanggup menjual agamanya untuk mendapat keuntungan dunia.

Wallahualam..