Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan
Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan
Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir
Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu
Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu
Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti
Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku
P/S : Kamu adalah serikandi cintaku... Sampai bila pun!
Thursday, April 29, 2010
Serikandi Cintaku!
Writen By imranulkhalis at 12:09 AM 0 Orang Bercakap
Labels: SERIKANDI ISLAM
Wednesday, April 21, 2010
Selamat Ulang Tahun Sayang.... =)
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Writen By imranulkhalis at 12:21 AM 0 Orang Bercakap
Thursday, April 15, 2010
Menulis Semula...
Bismillah...
Segala puji bagi Allah yang menciptakan. Segala puji bagi Allah yang menjadikan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menjadikan Adam dan Hawa. Segala puji bagi Allah yang menjadikan kasih dan cinta serta nafsu dan syahwat. Segala-galanya hanya puji bagi Allah yang menciptakan segalanya.
Maafkan hamba kerna sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam teratak hamba ini. Maafkan hamba. Hamba agak sibuk semenjak dua menjak ini. Hamba sekarang sedang sibuk untuk melanjutkan pelajaran. Buat masa ini hamba sudah mengisi empat borang untuk melanjutkan pelajaran.
Pertama di KUIS, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam jurusan Syariah.
Kedua di KUIN, Kolej Universiti Insaniah di Kedah dalam jurusan Syariah.
Ketiga di Jordan, mana-mana universiti di Jordan dalam jurusan Syariah.
Terakhir di Madinah al-Munawwarah di Universiti Islam Madinah, juga dalam jurusan Syariah.
Minggu hadapan, hamba kembali semula ke Kuala Lumpur atas urusan ini. Hamba mohon doa dari anda. Hamba mohon doakan semoga hamba antara yang terpilih untuk belajar di Madinah. Hamba ingin kembali ke sana.
Hamba mohon dengan sangat!
Writen By imranulkhalis at 12:01 AM 0 Orang Bercakap
Friday, April 2, 2010
Selamat Bertemu Allah
Bismillah..
Pagi ini selepas hamba berjalan mencari rumah sewa di Taman Cempaka, Ipoh, hamba membeli akhbar Harian Metro. Tajuk hadapannya 'Bernafas Dalam Lumpur' . Dah macam lagu Awie la pulak! Sekali hamba tengok orang tertimbus di dalam lumpur. Lebih menyayat hati, si mati itu almarhum di dalam keadaan rukuk. Menyayat hati ke? Rasanya, beruntunglah beliau kerana meninggal dalam keadaan solat. Moga-moga solat beliau yang terakhir diterima Allah.
Keduanya, pelawak dan juga DJ Radio Era, Din Beramboi meninggal dunia akibat denggi berdarah selepas empat hari di dalam keadaan kritikal yang mana kondisinya pada waktu itu sangat teruk. Moga-moga Allah tempatkan beliau di dalam kelompok hamba-hambaNya yang paling hampir denganNya.
Setiap hari pabila hamba membuka akhbar mesti ada orang yang meninggal. Mengikut bahasa yang agak 'kerek' sikit, mungkin sekarang ini sedang musim orang meninggal dunia. Meninggal dunia ada musim ke? Macam musim demam gitu? Mana ada.. Maut itu setiap hari berada dengan kita. Malaikat maut itu sentiasa memerhatikan gerak geri kita dan menunggu masa bilakan arahan untuk mengambil nyawa diberikan.
Sungguh, kematian itu pasti. Kita tidak boleh untuk minta kepada Allah agar dipercepatkan kematian kita atau dilambatkan beberapa saat.
Hamba merasa hairan, ada satu waktu dahulu seorang yang dikenali mengatakan boleh menangguhkan kematian. Makna kata, beliau lebih hebat daripada Malaikatul maut. Boleh minta ditangguhkan kematian. Kalau macam itu, hamba juga mahu menemui beliau dan minta dipercepatkan kematian hamba kerna hamba tidak sanggup lagi untuk hidup di dunia yang penuh dengan kesakitan. Boleh macam itu?
Apa yang pasti dan seperti mana kita tahu, kematian itu pasti ada dan hampir dengan kita cuma belum tiba lagi saatnya Allah mengutuskan malaikat maut untuk dicabutkan nyawa kita. Tunggulah saatnya. Sementara menunggu saat itu, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan amalan kita. Berbaik-baik sesama kita. Senangkan hati orang-orang yang kita kasihi. Cepat-cepatlah bayar hutang, (pesanan untuk diri hamba nih!)
Akhir kalam, Selamat Bertemu Allah.
Allahu a'lam..
Writen By imranulkhalis at 11:14 AM 0 Orang Bercakap
Labels: AGAMA, Amalan Best, Dari Akhbar Tempatan, ISU SEMASA, Munajat Cinta Agung, Renungan, Sebuah Catatan Hati, Surat Cinta Allah, Tazkirah, Tinta Dariku