Bismillah..
Malam nanti hamba akan update blog.
Malam nanti..
Tungguuuuuuuuuuuuuuu........
Allahu a'lam.
P/S : Currently listening to Tamer Hosny - Ergaaly.
Saturday, May 28, 2011
Malam. Al-leil. Night.
Writen By imranulkhalis at 7:18 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Nukilanku, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, Tinta Dariku
Sunday, May 22, 2011
Jadilah Orang Yang berilmu Dan Berakhlak Tinggi
Bismillah..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah yang menciptakan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menciptakan Adam & hawa. Segala puji bagi Allah..
Hari ini mungkin kali terakhir untuk hamba menulis bagi bulan ini sebab hamba akan melanjutkan pelajaran di kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah dalam jurusan yang sama semasa hamba diploma dahulu. Insyaallah akan berada di sana pada 6hb Jun ini. Mohn doa dari anda semua ya? Terima kasih.
Duli hamba pernah menerima ucapan yang pada hamba telah menyedarkan hamba siapa hamba dalam dunia ini. Hamba menerima ucapan ini, "Yela.. Kita ni ngaji tak tinggi. Tak macam dia, ngaji tinggi. Sapela kita ni...". Ucapan itu masih terngiang-ngiang di kotak fikiran hamba, di jiwa hamba dan telinga hamba. Ia terkesan di jiwa hamba kerana ia diucapkan oleh seseorang yang hamba pernah kenali dengan indah. Pernah meyelami jiwanya walau tidak dalam. Ia terkesan kerana hamba sayangkan dia kerana Allah, namun kadangkala tersasar. Ia terkesan kerana kita sedar di mana silap kita.
Menyesal?
Menyesal sekarang pun tidak ada gunanya kerana ia terlepas dari hamba. Memandang muka hamba juga mungkin akan mendatangkan kebenciannya. Tak apalah, hamba tahu. Cuma sekarang ayuh kita berbalik kepada perbincangan kita.
Hamba percaya, anda juga pernah menerima ucapan yang sama. Andaikata anda menerimanya, maka beruntunglah kerana Allah telah memberi peluang pada anda untuk menyedarkan diri yang kadangkala terleka dan hanyut dibuai arus duniawi.
Ayuh bersama hamba, mari kita berkira-kira untuk semua ini. Pertama sekali, cuba kita renung, muhasabah kembali, untuk apa kita belajar tinggi-tinggi? Untuk apa kita meraih segenggam sijil, diploma, diploma, master dan PHD? Untuk apa? PAsti akan ada yang menjawab begini :
1. Untuk dapat kerja yang besar.
2. Untuk menyara keluarga.
3. Untuk membantu keluarga.
4. Untuk menunjukkan yang kita belajar tinggi.
5. Untuk mencari redha Allah.
6. Untuk diri sendiri dan Islam.
7. Untuk membantu Negara, bangsa dan agama.
8. Bla...
9. Bla..
10.Bla...
Apa pun jawapan anda, ia pasti ada diantara jawapan di atas bukan? Tetapi kalau anda rasa ia sudah lari dari matlamat asal, makanya hamba mengajak anda semua marilah sama-sama kita memperbetulkan niat kita kenapa kita mahu belajar tinggi. Ilmu yang kita cari sebenarnya membentuk akhlak kita. Tidakkan kita pelik orang yang belajar tinggi tapi akhlaknya kurang sedikit. Tidakkah anda lebih pelik, orang yang belajar ilmu Allah namun akhlaknya lebih pelik daripada orang awam yang belajar ilmu-ilmu biasa? Tidakkah anda pelik? Sudah tentu ya! Kerana apa? Kerana orang yang belajar ilmu-ilmu Allah atau ilmu agama ini lebih banyak godaan dan cobaan yang perlu ditempuhi. Buktinya? Hamba sendiri melalui. Banyak dugaan, godaan dan cobaan yang perlu dilalui. Kadangkala berjaya, kadangkala kecundang di tengah jalan. Bila kecundang di tengah jalan itu, hanya airmata yang menjadi peneman. Hanya airmata yang mampu mengungkaokan rasa bagaimana ketika hilang arah.
Sepatutnya ilmu yang kita pelajari itu yang memandu kita. Jangan jadi orang yang tinggi ilmunya namun rendah akhlaknya. Jadilah orang yang tinggi ilmunya dan tinggi akhlaknya. Jangan jadi orang yang tinggi ilmunya namun rendah akhlakmya.
Kadangkala bila difikirkan kembali, siapalah hamba di sisi Allah. Hamba telah terlepas banyak peluang berharga di depan mata hamba. Hamba banyak terlepas perkara-perkara yang memang tak dapat dikembalikan. Mungkin ini bunyi kekesalan tetapi ya. Memang hamba kesal dengan apa yang berlaku. Walaupun sudah lama namun hamba perlu masa yang lama untuk membina semula diri hamba yang susah jatuh jauh ke dalam jurang. Sukar untuk ditarik semula. Moga-moga akan ada kekuatan itu.
Berbalik semula.
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, "Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat". Allah berfirman lagi, "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?". Lihat, di situ sahaja Allah usah mengangkat martabat orang-orang yang berilmu. Tapi alangkah sedihnya jika orang yang berilmu tinggi tapi rendah akhlaknya. Subhanallah. Moga-moga Allah ampunkan kita.
Kadangkala hamba merasakan orang yang belajar sampai STPM tu lebih baik akhlaknya. Mampu menutup aurat, pandai menjaga diri, mampu menulis dengan baik, mampu melukis dengan mantap, mampu dari segala segi. Kadangkala hamba bersa malu dengan mereka. Kadangakala tersa diri ini lebih kerdil berbanding mereka. Kadangkala mereka yang lebih layak dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding kita yang biasa-biasa.
Hamba mengaku, di tempat hamba ramai yang memanggil hamba dengan pelbagai gelaran. seperti hamba katakan, itu tidak menjamin apa-apa pada hamba. Bukan itu yang Allah akan lihat saat dihisab. Bukan itu yang akan ditanya saat Allah menunjukkan buku amalan kiri dan kanan. Bukan itu, namun iman di dada. Amalan di dunia ini yang nantinya Allah akan lihat. Apalah gunanya segunung Everest ilmu tapi memiliki akhlak yang keji?
Jadi, hamba nasihatkan pada diri hamba, jadilah orang yang berilmu berakhlak tinggi. Ya, jalannya tidak mudah, penuh onak dan duri , tetapi harus kita tempuhi agar kita senantiasa merendah hati, merendah diri. Jadilah seperti resminya padi. Makin berisi, makin tunduk. Makin penuh ilmu di dada, makin kita merendah diri.
Semoga Allah meredhai jalan ini, dan semoga Allah selalu menjaga hati ini.
Allahu a'lam.
P/S : Hamba akan tetap ingat kalam ini : "Yela.. Kita ni ngaji tak tinggi. Tak macam dia, ngaji tinggi. Sapela kita ni..." Ketahuilah, walau kamu belajar tak tinggi, tapi akhlakmu lebih indah dan tinggi dari hamba. Hamba bangga dengan kamu dan semoga Allah merahmatimu selalu. =)
P/S : Anda adalah anugerah yang terindah yang pernah hamba miliki. Moga tetap ada nur di hati. =)
P/S : To Kedah! Ada sesiapa warga KUIN di sini? =)
Writen By imranulkhalis at 2:38 PM 0 Orang Bercakap
Labels: Amalan Best, From Shah Alam With Love, Nukilanku, Penawar Duka, Pengumuman, Sebuah Catatan Hati, Tazkirah, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Thursday, May 19, 2011
Selamat Hari Jadi Buat Hamba Yang ke 23. (Masih kiut lagi)
Bismillah..
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam. Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nafas baru pada kita. Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita rezeki, hadiah dan cintaNya pada kita tanpa henti-henti. Sesungguhnya segala puji bagi Allah..
Alhamdulillah, hari ini 19/05/2011, genaplah umur hamba sebanyak 23. Kalo nak kira dengan jari dah terlebih tiga jari dah. Hehe.. Alhamdulillah. Sepanjang 23 tahun hamba menghirup udara ini secara percuma. Selama 23 tahun ini hamba makan dari rezkiNya. Selama 23 tahun ini hamba menerima rezkiNya dan selama 23 tahun ini juga, bermacam-macam pengalaman telah hamba lalui. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang mendatangkan kemarahan, ada yang mendatangkan kemurungan, ada yang mendatangkan suka. Segalanya ada.
Terima kasih Allah atas pemberian yang tidak terhingga ini.
Selama 23 tahun ini, hamba telah bertemu dengan berbagai insan. Ada yang datang, ada yang pergi. Ada yang lenyap kemudian timbul semula. Ada yang pergi, tidak kembali. Ada yang pergi, meninggalkan diri. Ada yang datang bagi chipsmore pastu mintak bayaran. Dey! itu bukan bagi, tu jual namanya. Baik tak payah bagi.. Cit!
Terlalu banyak yang hamba lalui selama 23 tahun ini. Terlalu banyak memori yang telah hamba simpan di dalam kotak fikiran hamba. Terlalu banyak kenangan yang hamba simpan, jauh di lubuk hati hamba. Terlalu banyak yang hamba lalui selama 23 tahun ini. Umur yang benar-benar berharga bagi seorang hamba seperti hamba yang lemah dan hina di samping hamba-hambaNya yang lain.
Terima kasih Allah atas pemberian umur ini.
Selama 23 tahun ini, hamba telah Allah berikan peluang untuk bertemu dengan seorang insan yang benar-benar telah berjaya menyentuh jiwa hamba. Benar-benar berjaya melembutkan jiwa hamba. Terima kasih wahai Allah yang maha pemurah kerna menemukan hamba dengan dia walaupun tidak lama. Walau terasa kekesalan, namun ia tiada guna lagi keran semuanya telah berlalu. Kadangkala kita harus lakukan kesilapan agar dengan silap itu kepada kita terhantuk lalu bangkit dari mimpi-mimpi yang lalai. Agar dengan kita melakukan kesilapan kita akan sedar yang Allah sebenarnya menegurkan kita yang sudah jauh tersasar dari cintaNya. Begitulah Allah mengajar kita. Dia adalah satu anugerah Allah yang sebenarnya telah hamba siakan. Subhanallah. Semoga Allah merahmati beliau. Semoga ada Nur di jiwa hamba yang tidak akan padam selamanya.
Terima kasih Allah kerna memberikan hadiah itu.
Selama 23 tahun ini, berbagai onak dan duri ditempuhi. Berbagai cabaran dan ujian telah hamba lalui. Selama 23 tahun ini hamba tidak pernah menyesal menjadi hamba walaupun entah di mana pandangan Allah pada hamba. Hamba tidak pernah menyesal menjadi hamba kerana walaupun di dalam saat-saat sedih, hadir Allah menyambut tangan hamba.
Terima Kasih Allah yang maha penyayang.
Selama 23 tahun ini, Abah ummi hamba tidak pernah merungut. Terima kasih Allah atas hadiah yang tidak akan ada gantinya.
Terima Kasih Allah.
Selama 23 tahun ini, ada hadiah yang sangat bermakna buat hamba. Pada hari ini akan ditayangkan Nur Kasih The Movie yang mana akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia dan hamba tidak akan pergi menontonnya di pawagam bahkan hamba akan tunggu DVD aslinya keluar. Dan selama 23 tahun ini, Insyaallah pada 6hb Jun ini hamba akan mendaftarkan diri hamba di Kolej Universiti Insaniah (KUIN)di Alor Star, Kedah, dalam bidang yang sama dengan diploma hamba.
Terima Kasih Allah atas hadiah ini. =)
Terima Kasih Allah...
Allahu a'lam..
P/S : Hamba akan tetap ingat kalam ini : "Yela.. Kita ni ngaji tak tinggi. Tak macam dia, ngaji tinggi. Sapela kita ni..." Ketahuilah, walau kamu belajar tak tinggi, tapi akhlakmu lebih indah dan tinggi dari hamba. Hamba bangga dengan kamu dan semoga Allah merahmatimu selalu. =)
P/S : Hamba akan tetap ingat kalam ini : Bertukar! Hoho...
P/S : Cahaya.. Kamu penuh dengan keikhlasan.
P/S : Hamba masih lagi kiut walaupun berumur 23 tahun. Hoho... Hensem gitu! Ahaks!
Writen By imranulkhalis at 1:30 AM 0 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Nukilanku, Penawar Duka, Pengumuman, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Monday, May 16, 2011
Tasbih Cinta
Bismillah..
Ini tasbih cinta
Bentuknya bulat, bujur adakalanya bundar
Bak dua matanya
Indah ditatap
Indah digenggam
Indah..
Ini tasbih cinta
Ku belikan untuk diriku
Ku belikan untuk dirimu
Di tanah itu,
Tanah penuh cinta
Tanah penuh darah syuhada' uhud
Tanah yang akan diangkat Allah ke surga..
Ini tasbih cinta
Buat kamu
Buat aku
Agar tidak lalai kamu dan aku mengingati Tuhan kita..
Ini tasbih cinta
Warnanya indah
Warna cantik
Seperti kamu
Seperti kamu, penghuni surga..
Ini Tasbih cinta
Ku belikan untuk daku
Ku belikan untuk kamu
Agar kita sama-sama bertemu Tuhan
Dalam cinta, dalam CintaNya yang maha Agung..
Ini tasbih cinta
Genggam erat-erat
Seperti tuhan memegang jiwamu..
Ini tasbih cinta..
Writen By imranulkhalis at 11:29 AM 0 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Nukilanku, Penawar Duka, Renungan, Sebuah Catatan Hati, SERIKANDI ISLAM, Si Comel, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Tuesday, May 10, 2011
Saya Teringin Belajar Di Universiti Islam Madinah Ataupun Universiti Umm al-Qura
Universiti Umm al-Qura, Mekah al-Mukarramah
Universiti Islam Madinah, Madinah al-Munawwarah
Bismillah...
Hamba teringin untuk belajar di Universiti Islam Madinah ataupun Universiti Umm al-Qura, Mekah al-Mukarramah. Hamba teringin sangat untuk belajar di sana bersama isteri Hamba. (Saya belum berumahtangga, nikah pun belum, kahwin pun belum.)
Jika ada sesiapa di luar yang terbaca, membaca dan dibacakan entri hamba dan juga tahu dan mempunyai cara bagaimana untuk hamba belajar di sana, maka sila-silalah jenguk hamba di facebook hamba
Sekian, terima kasih.
Allahu a'lam
P/S : Hamba tahu, tak sesiapa pun yang membaca entri hamba. Jadi hanya tinggal angan-anganlah sahaja. Hoho..
P/S : rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.........
Writen By imranulkhalis at 1:42 PM 1 Orang Bercakap
Labels: From Shah Alam With Love, Hifz Al-quran, Motivasi, Mutiara Hikmah, Nukilanku, Penawar Duka, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku
Monday, May 9, 2011
Terima Kasih. =)
Bismillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam raya. Segala puji bagi Allah yang menciptakan cinta. Segala puji bagi Allah yang menciptakan rindu. Segala puji bagi Allah yang menciptakan bumi dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah yang terhindar dari segala kekurangan.
Segala puji sesungguhnya layak untuk Allah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah.
Semalam, 8hb Mei 2011, hamba dan kakak serta abg ipar hamba berada di Alor Star, Kedah untuk sessi temuduga pengambilan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran & al-Qiraat du Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Alhamdulilah segala berjalan dengan lancar walaupun ada rasa macam nak muntah disebabkan kecuakkan yang dialami. Perut rasa nak buang air dan bermacam lagi. Namun dengan perasaan selamber dan agak mereng hamba teruskan juga dengan harapan dapatlah hamba sambungb belajar lagi. Hoho.
Mudah-mudahan begitulah, dapatlah sambung belajar.
Terima kasih kepada anda-anda yang tidak henti-henti mendoakan hamba. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih kepada anda-anda yang tidak pernah lelah mendoakan hamba di sini dengan penuh cinta dan kasih sayang, Terima kasih sekali lagi hamba ucapkan.
Allahu a'lam..
Writen By imranulkhalis at 11:35 AM 0 Orang Bercakap
Labels: Nukilanku, Pengumuman, Sebuah Catatan Hati, TENTANG AKU...., TENTANG AKU....Pembuka Kalam, TENTANG CINTA, Tinta Dariku