Thursday, January 28, 2010

Book Review

Bismillah..

Hamba dah habis baca buku Ketika cinta harus memlih, Cinta di rumah Hassan al-Banna dan Ketika cinta berbuah syurga.

Ok, ini hamba punya komen tentang ketiga-tiga buku tersebut dan hamba mulai dengan ketika cinta harus memilih. Pada hamba tulisan Ust Borhan Sidiq ini lebih kepada suruhan dan bukannya memujuk untuk meninggalkan perkara itu. Hamba boleh bandingkan antara cara tulisan Ust Borhan Sidiq dan Ust Pahrol Mohd Juoi. Kedua-duanya memceritakan perkara yang sama namun tidak sama dari segi pembawakannya. Ya! Hamba akui bahawa manusia ini ada cara masing-masing untuk memerikan idea dan pendapat. Tetapi pada pendapat hamba Ust Borhan Sidiq menulis seakan-akan emosinya memandu. Beliau seakan marah dengan remaja-remaja yang sibuk bercinta di usia persekolahan. Cuba pula baca Tentang Cinta tulisan Ust Pahrol Mohd Juoi, Insyaallah kita akan menemui sesuatu yang lebih indah dan memujuk hati. Hati juga kadang kala perlu dipujuk.

Buku kedua, Cinta di rumah Hassan al-Banna. Pendapat hamba, buku ini sesuai untuk mereka yang ingin mencipta sebuah inviroment keluarga yang harmonis. Sangat sesuai dibaca oleh mereka yang ingin berumahtangga dan sangat sesuai dibaca oleh mereka yang dah ada rumah dan tangga. Rumah dua tingkat la....

Sangat seronok! Seperti berada dalam suasana rumah Hassan al-Banna.

Ketiga pula, Ketika cinta berbuah syurga. Tulisan Habiburrahman el-Shirazy, penulis best seller Ayat-ayat cinta dan Ketika cinta bertasbih. Bukuk ini adalah himpunan kisah-kisah lama dan kisah-kisah yang terdapat dalam hadith nabi. Dengan cara olahan yang mengusik kalbu, ketika cinta berbuah syurga dapat dikatakan sebuah buku yang baik.

Allahu a'lam.

P/S : Semua di atas adalah pendapat hamba secara peribadi. Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan atau yang seaktu dengannya sila tinggalkan komen anda di kotak komen ok?

Jangan Menyayangi Andai Tidak Mampu Mencintai

Bismillah..

Agak lama jari jemari tidak menari dan bermain pantas di atas papan kekunci komputer riba yang di panggil keyboard at laptop. Aduhai.. Bukan sengaja ingin lari dari menyampaikan apa yang dipelajari tetapi masa tidak mengizinkan hamba memblogkan diri kerna keterbatasan waktu untuk menyiapkan sebuah kertas projek.

Tinggal beberapa minggu lagi hamba akan meneruskan perjuangan pada peringkat rendah ini. Hamba akan pergi berjuang habis-habisan, memerah otak dan ingatan mengeluarkan segala hafalan untuk dibacakan di hadapan mereka-mereka yang memberi soalan. Sepertinya sekarang ingin memancung leher agar segala ketakutan ini dapat hilang dengan pantas, tanpa lelah, tanpa air mata.

Balik kita kepada tajuk di atas. Entah kenapa dua tuga hari kebelakangan ini, hati ini berasa tidak berapa tenang meski setiap hari bergelumang dengan al-Furqan, meski diri ini sentiasa sujud padaNya. Tapi hati ini sedang tidak tenang. Sedang memikirkan sesuatu mungkin.

Entah kenapa hamba juga secara tiba-tiba ingin menulis tentang perkara ini. Hamba tidak memaksudkan sesiapa. Cuma hamba terasa ingin menulis tentang ini dengan rasa penuh cinta. Hamba ingin menulis tentang ini dengan penuh rasa sayang yang tiada tepinya.

Jangan menyintai andai tidak mampu menyayangi. Cinta dan sayang adalah dua nama yang berbeza dan dua perkara yang tidak sama dari segi maksud dan perbuatan.

Sayang. Apa itu sayang? Sayang seperti apa yang kita tahu adalah satu bentuk perasaan mengasihi atau mencintai.

Cinta. Apa itu cinta? Cinta adalah sebuah perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada sesuatu.

Nah! Kita sudah lihat di sini. Kedua-dua takrif yang hamba ambil ini diambil di dalam buku Kamus Dewan edisi keempat tahun 2007. Hamba beli Rm60 taw!

Cinta seperti yang kita tahu adalah satu perasaan yang amat mendalam berlainan denngan sayang. Sesiapa pun bisa mampu mengungkapkan kalimat sayang tetapi tidak mampu untuk mengungkap kalimat cinta. Kerana apa? Kerana kalimat cinta ini sungguh bermakna.

Kita tanya diri kita semula, kembali pada asas. Adakah kita sayang atau cinta pada Rasulullah? Cinta baginda pada kita dapat dilihat pada akhir hayatnya dengan bibir baginda tidak henti menyebut ummati, ummati, ummati.. Itulah sebenar cinta.

Kita lihat dalam konteks perhubungan pula. Kita dapat lihat ramai pemuda pemudi kini dengan senangnya mengungkapkan rasa cinta, rasa sayang. Tetapi adakah mereka benar-benar menghayati 'roh' cinta dan sayang itu? Sukar. Semakin hari diungkapkan semakin jauh rasanya hubungan. Bukan itu yang disuruh Allah. Sedangkan Allah memberikan cinta dan sayang pada kita untuk menjadikan kita sebagai hamba yang bersyukur, hamba yang beriman, hamba yang melakukan kebaikkan.

Kata mentor saya dalam dunia penulisan. Love is verb, cinta itu perbuatan (betulkan hamba jika salah). Ya! Cinta itu soal rasa, bukan rasa fikiran. Cinta itu datang dari dalam. Cinta itu sesuatu yang suci yang lahir dari dalam hati. Dari cinta itu timbullah rasa sayang dan dari rasa sayang itu timbullah tanggungjawab.

Entah kenapa sejak akhir-akhir hati ini seakan memberontak. Tidak tahu apa yang dicari, tidak tahu apa yang digali. Seakan hati ini ingin berkata sesuatu tetapi tidak dapat diluahkan. Mungkin ini luahan hamba.

Jangan sesekali menjalinkan hubungan tanpa ras cinta dan sayang kerana pernikahan yang menyakitkan pasangan itu haram hukumnya. Jika tidak mampu, serahlah kepada Allah. Jangan disakiti hati kerana pada hamba perbuatan menyakiti hati itu adalah sesuatu yang dikira zalim dan doa orang yang dizalimi adalah makbul.

Kadangkala kita dapat lihat berapa ramai pasangan yang menikah di atas nama cinta semata. Benar! Tidak dinafikan, pernikahan pada asasnya mesti pada ras cinta, kalau tidak cinta ertinya tidak ada perasaan. Tetapi, berapa ramai yang kita lihat bercerai kerana rasa cinta? Rasa cinta semata tidak cukup untuk mempertahankan sebuah keluarga. Mesti diikuti rasa sayang dan tanggungjawab.

Sekali lagi pesan hamba, jangan mencintai andai tidak mampu menyayangi.

Hamba tidak mahu menulis panjang. Hamba rasa biar setakat ini sahaja kerana hamba tidak pandai menulis tentang cinta dan sayang. Hamba tidak pandai untuk mengungkapkan rasa cinta dan sayang.

Hamba ingin undur diri. Maafkan hamba andai selama ini perkataan hamba banyak menusuk jiwa kecil anda dan membuat hati anda disakiti. Hamba tidak bermaksud untuk melakukan hal yang demikian. Maafkan hamba. Sebarkan salam dan saling bermaafanlah..

Allahu a'lam.

P/S : Mentor hamba di dunia penulisan adalah Ust Pahrol Mohd Juoi dan Ust Hasrizal Abdul Jamil. Tulisan mereka benar-benar memujuk dan penuh kasih sayang.

Sunday, January 24, 2010

Hikayat Si Kurang Cerah, Menaip Kertas Kerja dan Novel Ketiga Yang Mungkin Akan Ditolak lagi Serta Buat Kawan-Kawan Sekolah Rendah Dulu.





Bismillah..

Hari ini hari ahad. Yela, takkanlah hari ini hari isnin kot kan? Jadi hari ahad ni nak tido je keje.

Hoi...!! Jangan nak tido je keje. Buat kertas kerja tu. Bulan depan nak kena hantar. Jangan malas! Ketuk kepala kang! Jangan nak ngada-ngada ok?

Ok-oklah. Balik kepada tajuk. Siapa pula yang si kurang cerah itu? Lah... Siapa lagi kalo bukan hamba? Hambalah orangnye. Kenapa kurang cerah? Yela...Dah hamba dilahirkan ke atas dunia ni dengan kulit yang cerah lalu mengikut hikayat bonda hamba, hamba banyak sangat main panas kat luar rumah, lalu kesan daripada pancaran ultra ungu itu telah membuat kulit hamba menjadi kurang cerah. Tapi hamba peduli hape? Si Obama yang kurang cerah tu pun jadi Presiden US gak kan? Iklan rokok Perilys dulu pun cakap "Hitam itu emas" kan? So, hamba peduli pe? Hamba bangga hamba kurang cerah. Tapi kan, ada sorang Ustaz hamba kat sini dia panggil hamba dengan nama Menteri Besar Perak yang sekarang ni? Ada rupa ke hamba dengan dia? Rasanya hamba lagi hensem dari dia.

Ah! Peduli pe hamba. Hamba tetap hensem. Hoho~

Hamba minta maaf sebab dah lama tak merapu kat blog Imranulkhalis. Al-maklumlah, hamba sekarang sedang sibuk menaip kertas kerja. Tak lama lagi hamba akan jadi doktor sebab hamba menulis kertas kerja tentang sains dan al-quran, kajian terhadap perubatan. Jadi selepas ini anda semua kena panggil hamba dengan nama Dr. Imranulkhalis. Siapa yang memberi tauliah kepada hamba untuk menjadi doktor?

Warghhh!!! Nak jadi doktor kena ada tauliah ke? Betul ni.. Hamba tak tahu.

Dalam sela kesibukan hamba menulis kertas kerja ini, hamba juga sedang perasan sibuk untuk menulis manuskrip ketiga hamba. Berdasarkan novel Di Bawah Lindungan Kaabah, hamba menulis dengan berlatarkan kota Makkah sekitar tahun 2006/2007.

Poyo kan hamba? Ada macam Pocoyo tak? Hoho~ lagi..

Dan juga kepada rakan-rakan hamba yang dahulunya bersekolah di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Parit Perak. Hamba rindu pada kamu semua. Dah lama hamba kita tidak bertemu. Kalau bertemu sekalipun mesti menjadi malu-malu kambing dan malu-malu biawak. Aduhai... Sangat rindu dengan keadaan di Sekolah rendah dulu. Kena pukul dengan cikgu, kantoi bawak yoyo kat sekolah... Hahaha...

Aduhai.. Maaflah jika apa yang hamba tulis buat and tak paham sebab hamba rasa hamba pun tak berapa paham dengan apa yang hamba tulis. Maafkan hamba. Hoho~

Jom Solat Asar...

Allahu a'lam...

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Sedang membaca buku :





Tuesday, January 19, 2010

My Wish List


Sunday, January 17, 2010

Harga Diri Ditentukan Oleh Takwa, Iman

APAKAH perbezaan taraf hidup menentukan harga atau nilai kehidupan manusia. Itulah persoalan sering dibincangkan secara serius oleh banyak pihak. Walau apa sekalipun keputusannya, taraf hidup tetap mempunyai pengaruh besar dalam menentukan nilai kehidupan manusia.

Hari ini, secara mudahnya, darjat kehidupan manusia dibahagikan kepada beberapa golongan iaitu kaya, pertengahan, miskin dan terpinggir.

Berdasarkan pemerhatian, sudah menjadi adat kehidupan, golongan berpendapatan tinggi serta berpangkat mendapat sanjungan manakala yang miskin juga terpinggir sering mendapat laluan sukar dan terpaksa berhempas pulas mencari kesenangan hidup.

Akhirnya, ada golongan mengambil kesempatan terhadap yang terkebelakang lalu mereka ditindas, dianiaya, dizalimi dan pelbagai perkara negatif lain.

Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 42: “Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar.

“Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya,”. Hakikatnya, Allah SWT memberikan kita banyak kesempatan dan pelbagai lagi tanpa kita pinta tetapi jarang mensyukurinya kerana segelintir daripada kita merasakan ia hasil penat lelah sendiri.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat,” (Hadis Riwayat at-Tabrani).

Oleh itu, walau setinggi mana darjat seseorang atau semewah mana mereka, jika tidak bersyukur, memandang hina golongan yang dianggap tidak setaraf dan sebagainya, ia tetap tidak bererti di sisi Allah SWT.

Kita bertanggungjawab dan perlu bersifat amanah sepenuhnya terhadap kehidupan manusia atau nasib diri kita sendiri. Harga dan nilai sebenar kemuliaan seseorang tidak terletak pada taraf kekayaan atau kebesaran pangkat kerana ia hanya sementara.

Dalam Islam, harga diri adalah berdasarkan ketakwaan dan keimanan. Sifat ketakwaan itu akan menentukan nilai dan harga diri seseorang mulia di sisi masyarakat dan Allah SWT sepanjang masa.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa,” (Hadis Riwayat Ahmad)

-Harian Metro-

Lama Gila...



Bismillah....

Hmm... Agak lama hamba tidak membuka blog, membaca blog dan mengemaskinikan blog Imranulkhalis ini. Bukan apa, sibuk dengan kertas kerja sampaikan tak sempat nak beramah mesra dengan orang yang tersayang (?) apatah lagi dengan roommate tersayang.. (Sayangla sangat..)

Minta maaf la bebanyak ye. Oh Ya! Insyaallah, pada 16hb februari ini hamba akan ke Darul Quran, Kuala Kubu Bharu untuk menduduki peperiksaan semester 6 di sana. Peperiksaan final ini memang diadakan di DQ setiap tahun dan hamba dan sahabat-sahabat akan ke sana. Maka, harapan hamba pada anda semua yang membaca blog hamba sudilah kiranya jika dapat mengutus beberapa kuntum doa ikhlas supaya hamba dan sahabat yang lain dapat menempuhi ujian ini dan lulus dengan cemerlang. Doakan ya!

Erm... Buat masa ini mungkin hamba tidak akan mengupdatekan blog hamba, tapi apapun terpulang pada kerajinan hamba untuk mengupdate blog. Moga-moga hamba akan diberikan kekuatan untuk mengongsikan secebis ilmu buat anda semua.

Doakan hamba ya!

Hamba out dulu.

Allahu a'lam..


Wednesday, January 13, 2010

"Saya Tinggal Di Planet Nameck....."

Bismillah..

"Saya tinggal di Planet Nameck bersama-sama goku dan pikor."


Sila bincangkan pernyataan ini dengan segila yang mungkin. SEGILA YANG MUNGKIN! Anda dibenarkan untuk menambahkan ayat di atas, selagi ayat itu boleh dikategorikan sebagai gila-gila dan tak masuk akal.

Jika ayat yang disambung tidak mendatangkan faedah, sila jangan jawab.

Boleh menjawab sekarang.

Tuesday, January 12, 2010

Bila Hamba Menulis Dan Akhirnya Manuskrip Ke Tong Sampah

Prolog

Hamba dah menulis sebanyak 2 manuskrip. Yang pertama, From Shah Alam With Love. Dan yang Kedua, Tuhan! Jangan Hukum Dia. Manuskrip yang pertama dihantar pada tahun lepas selepas raya dan ditolak dalam masa sebulan selepas itu atas alasan tidak logik. OK hamba terima.

Manuskrip kedua, Tuhan! Jangan Hukum Dia, ditolak semalam dan atas sebab bercampur aduk diantara sunnah nabi dan sikap yang buruk iaitu meminum wain. Setakat ini tiada kesalahan bahasa dan tatabahasa, tetapi ditolak atas alasan tersebut.

Tiada kesalahan bahasa dan tatabahasa!

Wa... Memanglah! Sebab masa SPM dulu Bahasa Malaysia hamba dapat 4B taw. Siap karangan tu tulis dalam tulisan jawi. Heh! Dalam dewan periksa tu hamba seorang je yang tulis jawi taw.

Bangga sikit!

*********

Hamba dah rasa penat untuk menulis lagi, penat untuk memerah otak untuk menghasilkan sebuah karya dakwah yang lebih menjurus ke arah kebaikkan dan kecantikan Islam. Hamba dah rasa seperti putus asa. Rasanya tidak mahu berharap apa-apa lagi dalam dunia penulisa. Rasanya mahu membiarkan mereka yang sedia ada menyediakan cara-cara dakwah mereka tersendiri walaupun terdapat kecabulan dalam tulisan yang mereka hasilkan. Hamba merujuk kepada penulis yang menulis entah apa-apa. Bukan mereka yang bergiat dalam industri sastera islami ataupun penulisan kreatif. Mereka yang selain dari itu.

Tulisan hamba yang lebih menjurus ke arah realiti kehidupan tidak dapat diterima atas sebab tidak masuk akal. Ini adalah pengalaman hamba sendiri. Hamba yang melihatnya, hamba yang melaluinya. Jadi apakah salah jika hamba titipkan kisah mereka yang telah diubah suai agar menjadi iktibar dan ibrah bagi mereka yang mahu berfikir.

Ah... Hamba benar-benar sudah kecewa dan putus asa jika diikutkan. Hamba sudah tidak mahu berharap apa-apa lagi dalam penulisan. Biarlah mereka dunia mereka dengan cara yang tidak akan membawa perubahan dalam diri masyarakat. Menulis adalah salah satu jalan dan cara untuk menunjukkan kebaikkan dan keindahan Islam. Biarpun dicoretkan dengan indah namun masih ada yang tidak mahu menerima. Agaknya memang orang yang menulis tentang agama akan sentiasa tidak disenangi. Lihat sahaja Faisal Tehrani, berapa ramai yang mengecamnya dengan berbagai tuduhan hanya kerana membawa fikrah islam.

Gila! Orang yang membawa mesej yang baik dianggap tidak tahu apa-apa.

Tapi disebabkan semangat yang meluap-luap serta sakit yang mendalam, hamba akan kuatkan hati dan semangat dan akan terus menulis sehingga satu hari nanti hamba akan dapat membawa mesej keislaman yang baik untuk seluruh penduduk dunia..

(Berdiri di atas bukit sambil mencekak pinggang dengan kain yang diikat di belakang bada seperti superman sambil memakai topeng Power Rangers warna merah jambu. Eh Silap! Warna merah.. Diiringi muzik latar yang menaikkan semangat.)

**********

Epilog


Ah... Malas nak tulis lagi.

Allahu a'lam.

Hari Ini Memang Sangat Tertekan!

Bismillah...

Sesungguhnya, hari ini hamba memang sangat tertekan. Banyak sebab yang membuatkan hamba tertekan. Antaranya :

  • Rambut tak cukur lagi.
  • Kertas kerja a.k.a thesis tak siap lagi.
  • Manuskrip ditolak lagi tanpa alasan yang kukuh dan logik.
  • Elaun tak masuk lagi. Duit dah kering.
  • Bla....
  • Bla...
  • Bla..
Hoho~

Allahu a'lam.

Kenapa Kita B*****g Sangat??



Bismillah..

Cantikkk! Pagi-pagi lagi dah kena soalan macam tu kan? Hamba sejak dari post yang terdahulu tu memang rasa berbulu sikit dengan golongan-golongan yang rasa dirinya sebegitu maksum.

Ehem-ehem, about the hukum yang hamba minta anda semua bagi pendapat tu ingat hamba tak tahu ke? Ingat hamba ni jahil sangat ke sampai minta pandangan sebegitu rupa? Rasanya ada dikalangan kita ni yang rasa dirinya sebegitu bagus sampai lupa apa yang hamba tulis besar-besar kat awal post tu.

Dengar sini!

Islam tidak pernah ajar penganutnya untuk berasa diri dah bagus sangat! Baru ada ilmu seluas lautan tapi sombong mengalahkan tuhan! Baru tahu hukum macam tu tapi berdebat, mengeluarkan fatwa umpama dah mengaji berjuta-juta tahun.

Hari ini, pagi ini, memang hamba nak selar golongan-golongan agama yang rasa diri dah cukup sempurna.

Soalan hamba pada anda. Kenapa kita rasa yang kita ni dah cukup ilmu sampai kita nak menghukum sesuka hati? Ya, hamba maklum tentang hukum itu,tapi tak baca ke apa yang hamba tulis? Disebabkan terlalu sakit hati dengan jawapan yang hamba terima akhirnya ke tong sampah juga post tersebut.

Oklah! Post tu berbunyi "Apakah hukum berkapel dengan superhero?"

Hamba tulis lagi, "Sila jawab dengan idea anda yang gila-gila itu. Hoho~"

Kenapa perlu bahas sampai rasa diri dah cukup best??? Atau memang anda dah cukup best? Banyak mana best anda sehingga mata tu tak tumpu pada apa yang hamba tulis? Begitukah Islam mengajar anda? Begitukah ilmu anda yang seluas lautan mendidik anda?

Bukankah mulut kita setiap hari bercakap"Ikut resmi padi,makin berisi makin tunduk." Tapi kita? Makin berisi makin angkuh? Begitu Islam mengajar jiwa? Tak hairanlah jika sekarang makin ramai yang berdakwah membawa kepada neraka. Bukan berdakwah membawa ke syurga. Aduhai... Ei! Hamba tidak pernah berkompromi dengan soal hukum. Yang mana qat'ei adalah qat'ei. Inna halalun bayyinun wa inna haramu bayyinun. Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. (Aukama qal). Tapi hari tu memang niat hamba nak lihat macam mana pandangan anda. Cuma seorang je yang paham dengan soalan hamba dan jawab ikut apa yang hamba minta. Mekasih zairey.. Sayang hang. Balik nanti jagan lupa bawak ole-ole yaman untuk aku ok? Hoho~

So? Kenapa kita rasa diri kita bagus sangat? Yang muda, jawab soalan hamba tu macam dialah yang paling suci nak mam***. Yang belia, jawab soalan hamba tu macam dialah paling b***s sangat. Ayoyo.... Selagi kita ni namanya hamba, selagi itulah kita tak pandai, tak cerdik dan segala-segalanya tak. Pernah didik hati untuk rasa lebih rendah diri? Rasanya tak pernah kot sebab masing-masing rasa diri dah cukup bagus untuk menghukum. Pendapat hamba, kalau dah boleh menghukum orang kira hebatlah. Sebab apa? Sebab yang menentukan hukum orang yang pandai-pandai je. Orang yang rendah diri dia kembali pada asalnya.

Hamba tolak ulama'?

Sori sikit!

Ulama', mereka dah memang sedia pandai, plus rendah diri lagi. Tapi hamba bercakap dikalangan kita. Jadi, disebabkan pagi-pagi lagi dah kena tanya soalan macam tu, bawak-bawaklah cermin hati tu sikit. Jangan rasa kita ni dah bersih hati. Jangan rasa kita dah cukup ilmu. Jangan rasa kita ni bla bla bla....

Buat si Suara Pemuda, enta/i dah cukup ilmu untuk sedihkan nasib bangsa sendiri? Enta/i dah cukup iman untuk tangisi jahil manusia? Ataupun enta/i sendiri masih jahil tapi perasan cukup ilmu?

Ok! Untuk menutup bicara hamba pada pagi buta selepas subuh ini, hamba nak ajak anda semua renung kalam dari Syeikh Hassan Al-Banna "Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak orang lain kepada kebaikan."

Allahu a'lam..

Hoho~

Monday, January 11, 2010

Entah!

Bismillah...


Nak apa sebenarnya ni? Bukan marah anda, marah diri hamba.

Entah!

Kenapa?

Kenapa blurr sangat ni?

Entah!

Cis!

Saturday, January 9, 2010

What's On Your Mind? -Stail Facebook Jap-



Bismillah...

Anda mahu tahu apa yang sedang ada dalam kepala hamba? Hamba sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan kertas projek a.k.a thesis untuk semester akhir ini untuk mendapatkan segulung Diploma In Tahfeez Al-Quran And Al-Qiraat. Hamba sedang mengejar cita-cita hamba yang sedang menunggu di depan mata.

Anda mahu tahu apa yang sedang ada dalam kepala hamba? Hamba sedang memikirkan, kenapa lama sangat exam final sem kat Darul Quran a.k.a DQ? Lama wor..... Hampir 3 minggu. Hama tak nak duduk sana lama-lama. rindu kat MTQN Perak.

Anda mahu tahu apa yang sedang ada dalam kepala hamba? Hamba sedang mencari, bertungkus lumus lagi untuk menyiapkan manuskrip hamba yang kedua selepas FSAWL itu ditolak oleh penerbit. Jadi hamba memohon ehsan dan jasa baik anda yang pakar dalam bidang arkitek untuk menyumbang sedikit info kepada hamba. Jika diizinkan Allah, novel ini berkisar tentang pembinaan, arkitek, tidak lupa juga cintan cintun a.k.a jiwang leleh, dan yang paling penting agama dan sejarah akan diselitkan.

Oleh yang demikian, hamba memohon jasa baik mereka yang tahu tentang dunia arkitek dapat memberikan info kepada hamba.

Anda mahu tahu apa yang sedang ada dalam kepala hamba? Hamba sedang batuk-batuk. Hamba sedang gila! Wargggghhhhh...!!!!!

Hoho~

Thursday, January 7, 2010

Sebuah Pesanan Ulama'

Berkata Sang Ulama' :


" Tidak ada yang boleh mengusir syahwat atau kesenangan duniawi kecuali dengan rasa takut kepada Allah yang memutarkan hati dan rasa rindu kepada Allah yang membuat hati kita merana.."

-Ibn Athoillah-

Apa Itu Cinta?

Bismillah..

Menurut kata Habiburrahman El Shirazy dalam novelnya Ketika Cinta Bertasbih yang difilemkan, ada babak di dapur di antara Abdullah Khaerul Azzam dan ahlul baitnya, Fadhil yang sedang kesakitan dan menyesal akibat tidak segera menikahi Tiara yang akan dinikahi bapanya dengan sahabat Fadhil semasa mengajar di Madrasah dahulu.

Antara ayat-ayat yang keluar dari mulut Abdullah Khaerul Azzam adalah "Cinta sejati itu menyembuhkan, bukan menyakitkan."

Setakat ini.

Allahu a'lam..

Wednesday, January 6, 2010

Apa Tugas Kita?

Bismillah..

Memetik kata-kata Al-Fadhil Ust Hasrizal Abdul Jamil,pemilik blog Saifulislam.com yang berbunyi : Tugasmu bukan memaksa perubahan tetapi sebagai penyampai pesan.

Sekadar menulis untuk hari ini. Terdetik untuk mengingatkan diri hamba dan anda semua. Itu sahaja, tidak lebih. Sebagai peringatan. Anda semua boleh membacanya di blog Saifulislam pada entri yang ini.

Allahu a'lam...

Hamba Belanja Makan!

Haaa.... Sila-sila. Jangan memalu. Tambah kalau tak cukup!

Hoho~

Hari ini hamba belanja anda semua makan,tapi dengan gambar je.

Hoho~




Roti Canai


Teh Tarik



Nasi Lemak


Air Sirap


Nasi Ayam


Nasi Goreng Spesel




Makan-makan!

Jangan malu-malu ye!

Hoho~

Blog Ini Bukan Mengajar Anda Ilmu Agama!

Bismillah....

Hari ini malas nak bermadah-madah kerna rasanya tidak perlu dan kerna anda semua malas nak hamba bermadah menyusun kata yang indah bertaburan bak pepasir di pantai yang dibelah oleh pukulan ombak yang besar. Tafsir sendirilah kata-kata itu.

Hamba terdetik di dalam hati bahawa ada segelintir yang datang melawat blog hamba dan mengomen itu ini, lebih-lebih lagi mereka yang rasa diri mereka sepertinya berada di dalam golongan-golongan soleh. Kan hamba dah kata kat tepi blog hamba tu, hamba ni buknlah USTAZ,PAK KIAI,MUFTI atau yang sewaktu dengannya. Hamba ni seorang pelajar kalam Allah.Itu sahaja. Jadi hamba tidak tahu bagaimana mahu menghukum orang itu dan begini. Dan hamba tidak diajar menghukum orang secara semborono. Hamba tidak diajar untuk buat ini dan begini. Hamba diajar untuk menjadi orang yang rendah diri, tidak bangga diri dengan ilmu yang hamba ada dan hamba diajar bagaimana untuk menyeru manusia kepada kebaikan ISLAM. Bukan memaki dan menghukum secara qat'i.

Pada pendapat hamba, serulah mereka dahulu dan hukum diletakkan kemudian walaupun pada asalnya hukum adalah yang nombor satu. Tapi ini cara hamba untuk mengajak sahabat-sahabat hamba ke arah kebaikan.

Mahu kecam hamba?Silakan!

Mahu ejek hamba?Hamba tak report mak hamba!

Mahu ketuk hamba?Sampai ke?

Mahu semahu-mahunya kepada hamba?Tak boleh?Nanti awek hamba si power rangers pink tu marah!

Mahu apa lagi?

Silakan!

Hamba tidak peduli kerna ini adalah cara hamba dan anda tidak boleh mempersoalkan dan yang berhak menyoal adalah Allah. Anda berhak menegur dengan berhikmah! Bak kata Allah dalam Al-Quran surah An-nahl ayat yang 125 juz yang ke 14 yang bermaksud : Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah ( berdebatlah ) dengan mereka dengan ( jalan ) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Anda mahu tahu apa itu hikmah?

Berkata Ibn Jurir, hikmah adalah segala yang diturunkan oleh Allah s.w.t dalam kitabNya, sunnah-sunnah Nabinya, juga peringatan-peringatan yang baik, kerana ia mengandungi tegahan-tegahan, juga mengandungi peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam umat manusia, mengingatkan kepada mereka supaya mereka berhati-hati dengan azab Allah. (Ibn Jurair dalam ulasannya menggabungkan antara hikmah dan mau’izoh hazanah sebagai satu jalan dakwah.)

Pendapat yang sama diberikan oleh Professor Mohd Ali As-Sobuni yang menyatakan bahawa seruan dakwah ke jalan Tuhan perlulah dijalankan dengan ( uslub yang bijaksanana, lemah lembut, dengan sesuatu yang dapat memberi kesan kepada mad’u juga memberi faedah, dan bukannya dengan tengkingan, celaan, atau dengan cara yang keras.)Ini adalah ulasan beliau ketika menerangkan perkataan hikmah yang digabungkan dengan mau’izoh sebagai satu konsep dakwah.

Hamba tertarik untuk mengambil pendapat kedua, di antara lainnya membezakan antara cara berhikmah dan mau’izoh hasanah sebagai dua cara dakwah yang berlainan. Menurut Professor Wahabah Al-Zuhaili, proses dakwah ke jalan agama adalah dengan melalui ( salah satu daripada tiga jalan : cara berhikmah, mau’izoh hasanah ( peringatan yang baik ) dan perdebatan dengan cara yang lebih baik.)

Hikmah menurut beliau adalah (kata-kata yang benar yang mesra mad’u, mengesan dalam diri dengan sebaik-baik kesan) Adapun mau’izoh hasanah adalah (peringatan dan tegahan yang memberi kesan dalam diri mereka, mengingatkan mereka supaya berjaga-jaga dengan azab Allah)

Itu dia yang hamba cuba bawakan. Hamba menulis mungkin dengan cara yang anda tidak sukai. Disebabkan ini hamba terpaksa membuang satu entri yang hamba rasa tidak menepati dengan apa yang hamba hendaki. Malah hamba tahu apa hukumnya dengan soalan hamba tetapi hamba cuma mahu pendapat anda yang gila-gila, bukan nada serius. Tapi hamba menyangka baik, mungkin ada diantara pengunjung blog hamba yang bukan terdiri daripada mereka yang arif tentang agama. Hamba maafkan.

Sekali lagi diingatkan bahwa blog hamba bukan mengajar ilmu agama,tetapi mengajak kepada kebaikan dan keindahan ISLAM. Hamba tidak mahu ISLAM yang selamat maksudnya ini menjadi satu agama yang dipandang serong oleh masyarakat kita hari ini. Hamba sayangkan ISLAM hamba. Tidakkah anda tidak menyayangi ISLAM anda? Jika benar anda sayangkan ISLAM anda buktikan? Bukan dengan bertempik, bukan dengan demo tetapi dengan akhlak! Dengan akhlak! Dengan Akhlak!

Anda tidak malu dengan Sang Pendakwah Kristian yang terus menerus menyebarkan agamanya dengan kasih sayang? Sepatutnya ISLAM adalah agama yang sebenar kasih sayang, bukan agama yang triniti. Sekarang hangat dengan isu penggunaan kalimah ALLAH dalam gereja. Siapa yang patut dipersalahkan? Kalau anda tanya hamba, hamba akan kata yang bersalah adalah kita kerna kita sedikit pun tidak menunjukkan di mana keindahan dan kecantikkan ISLAM sehingga ALLAH kita digunakan dalam gereja mereka. Ya! Isu ini sensitif tapi di mana kekuatan kita untuk menjadikan ISLAM itu tertegak semula?

Sekali lagi diingatkan bahwa blog ini tidak mengajar anda ilmu agama! Tetapi mengajak kepada kebaikkan dan keindahan agama ISLAM.

Moga-moga apa yang hamba karutkan pagi ini menjadi ingatan buat diri hamba serta pengujung yang lain. Jika anda mempunyai sebarang ketidakpuasan hati lalu mahu menegur hamba secara berhikmah, sila klik butang comment dan tinggalkan mesej anda di sana. Insyaallah hamba akan membalasnya.

Allahu a'lam..

Monday, January 4, 2010

Blogger Awards Untuk Sahabat Imranulkhalis + Selamat Tahun Baru Hijrah Dan Masihi

Bismillah..

Agak lama jari jemari gemuk dan gebu tidak menari riang di atas papan kekunci atau dalam bahasa penjajahnya disebut sebagai keyboard. Aduhai..Sangat rindu pada anda semua yang terus menerus menjejakkan langkah di blog Imranulkhalis.

Pertama-tamanya ingin hamba ucapkan selamat tahun baru hijrah dan masihi yang baru beberapa hari menguak pintunya. Semoga hari ini akan lebih baik dari hari esok. Semoga azam bukan azam semata tetapi janji kepada diri sendiri.

Cakap banyak pun tak guna sebenarnya,di sebelah kiri anda terdapat awards yang pertama kali hamba ciptakan untuk anda. Ambillah ia walau tak sekadar mana, cuma itu yang hamba mampu lakukan. Cuma itu yang terbaik yang hamba mampu berikan. Cuma itu yang hamba mampu tunjukkan pada anda setelah sekian lama menjadi sahabat hamba. Percayalah, anda adalah yang terbaik buat hamba. Moga nanti di akhirat hamba dapat ketemu dengan anda semua lagi sebagai sahabat.

Sayang anda semua.

Terima Kasih Menjadi Sahabat Imranulkhalis!