Bismillah wal hamdulillah...
Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam dalam masa enam hari. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan kasih sayang. Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan cinta. Segala puji bagi Allah, tuhan yang yang terhindar daripada segala kekurangan. Segala puji bagiNya.
Alhamdulillah setelah kian lama tidak menulis, hari ini hamba diberi kekuatan Tuan punya dunia untuk menulis kembali di teratak hamba. Alhamdulillah, segala puji bagiNya.
Sesungguhnya bukan sengaja hamba mahu begini, kekangan kerja, tugas dan jiwa yang membantutkan segalanya. Jika dahulu hamba bergelar seorang pelajar yang kerja menghafal mushaf, lalu kini hamba sedang bergelar karyawan. Masa hamba terlalu terhad untuk menaip penjang lebo. Tapi di Facebook buleh je kan? Cait!
Baiklah, hari ini hamba mahu jiwang sedikit. Semenjak dua menjak ini jiwa terasa jiwang. Haha... Ya! Hamba manusia normal yang mana yang dalam jiwanya ingin rasa disayangi, dicintai dan berbagai lagi. Semenjak dua menjak ini juga hamba terlalu kerap mengingati seseorang yang jauh di mata hamba dan hamba sayang. Pernah sayang. Kini tidak lagi, dan hamba masih berharap akan adanya pertalin sah antara kami. Hamba berharap semoga pencipta cinta memberikan peluang itu kepada hamba.
Hamba tidak malu untuk meceritakan perihal beliau, tetapi biarlah namanya hamba rahsiakan untuk menjaga sensitviti semua orang. Hamba tahu, ada dikalangan blogger yang suka pada hamba, tapi maaflah, hamba sudah dimiliki oleh power rangers pink. Maaf.. Hoho!
Baik, ke tajuk semula.
Beliau seorang yang baik. Memandang wajahnya menyejukkan mata, hati dan jiwa. Hamba sangat beruntung kerana mengenali dengan beliau. Beliau comel, macam panda. Panda comel kan? kan? Haha.. Tapi beliau tak tau yang hamba cakap dia comel macam panda. Biorkan.. Mudah-mudahan beliau tidak tahu. Eh, hamba pun comel pe. Macam teddy bear. Itu ummi hamba yang cakap. Jangan main-main.
Beliau seorang yang penyayang, itu tergambar di balik sayangnya beliau pada anak-anak saudara beliau. Comel-comel belaka dan banyak cakap. Hehe.. Petah berkata-kata anak kecil itu. Bila terlihat anak-anak kecil yang petah berkata-kata, ingatan hamba berputar pada beliau dan anak saudaranya.
Kesabaran beliau benar-benar meruntun jiwa hamba. Beliau benar-benar calon isteri yang baik dan solehah. Hamba yakin jika dia menjadi isteri belahan jiwa hamba, itu adalah suatu hadiah yang paling berharga dari Allah buat hamba.
Namun kita harus berpijak di bumi nyata, tidak selamanya kita harus berkhayal. Bukan selamanya kita berada di awangan. Bukan selamanya dunia itu indah dan bukan selamanya kita dapat bersama selamanya. Itu sunnatullah. Kita merancang namun perancangan Allah maha hebat. Kita tidak pernah tahu apa yang Allah aturkan untuk kita di dunia ini. Yang pastinya Dia mahukan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Begitulah, hamba merancang namun Allah merancang rencana yang lebih hebat. Kita tidak elak mahupun lari. Itulah takdir. Namun walau berat dan pedih, hamba tetap terima. Ini adalah ujian Allah buat hamba. Allah menguji kita kerana sayangNya dia pada kita. Jika kita tidak diuji, maka paham-pahamlah kalian. Ujian Allah itu kadangkala satu bentuk tarbiyyah, didikan, kasih sayang dan berbagai lagi. Hamba tetap bersangka baik dengan Allah. Tiada suatu perkara pun yang Allah jadikan untuk menyusahkan hambaNya.
Semakin kerap kita diuji, semakin dekatlah kasih sayang Allah pada kita.
Dulu hati hamba tertutup rapi, namun setelah kedatangan beliau, hati hamba berjaya dibuka. Alhamdulillah... Itu adalah kenangan yang segar dalam ingatan hamba. itu selalu berada dalam jiwa dan hati hamba.
Lalu sekarang, biarlah hamba keseorangan. Itu lebih hamba sukai buat masa ini. Hamba tidak mahu menyerabutkan lagi jiwa hamba. Cuma kita diizinkan Allah, ingin sekali lagi hamba hidup bersamanya, memiliki cahaya mata, anugerah dari syurga. Karya yang maha indah, hadiah daripada Allah. Jika diizinkan Allah, ingin sekali hamba membawa bahtera menuju ke cintaNya. Indah sekali saat itu.
Seperti hamba katakan, biarlah hamba sendiri dahulu. Ini lebih hamba sukai buat masa ini.
Buat beliau, jika mampu untuk baca tulisan ini. Ketahuilah, kamu adalah sebaik-baik anugerah yang telah Allah ciptakan. Kamu adalah sebaik-baik wanita yang pernah aku kenali. Kamu cantik, bukan di luar tapi di batinnya. Semoga Allah senantiasa merahmatimu. Semoga Allah senantiasa memberi cintaNya pada kamu. Kamu adalah ciptaan yang paling baik, paling indah.
Allahu a'lam...
P/S : Maaf, entri ini jiwang. Kalau nak kutuk sila ke page lain.
P/S : Ishtaq. Uhibbuki. =)
Apa Itu Islam?
11 years ago
0 Orang Bercakap:
Post a Comment