Tuesday, March 9, 2010

Sambung Belajar. Tapi Di Mana?



Bismillah..

Sedang hamba jalan-jalan di alam maya yang serba luas, seluas mata memandang tiba-tiba jari jemari hamba menaip perkataan google.com dan dalam kotak mencari hamba menaip perkataan belajar Ijazah Sarjana Muda Syariah. Kemudian hamba menekan enter, kemudian lagi bermacam-macam yang encik google ni bagi kat hamba. Sampai hamba pun naik pening. Ada yang bagi jawatan pun ada! Huih! Encik google ni.....

Ok. Hamba sekarang sedang layaknya dipanggil penanam anggur yang berjaya kerana hamba tidak lagi terikat dengan kelas dan pakaian rasmi Maahad. Dan kalau ada kelas sekalipun hanya untuk mengulang al-quran dengan Ustaz sahaja. Tidak perlu bangun pagi untuk bersiap ke kelas. Wargghhhhh... Sangat bestnye. Dah boleh tido lambat dan bangun ikut suka hati abah aku! Hoho..... Hotak lu! Bangun awal la.. Ingat tuhan tak nampak ke? Ketuk nak? Nak?

Tahu pun takut!

Ok. Hari ini pada pukul 11 pagi lebih kurang, hamba dan sahabat hamba telah menghadiri satu temuduga di Pusat Pendidikan Al-Barakah sebagai guru Tasme' al-quran dan sekaligus sebagai warden di situ. Warden, memanglah hamba nak sangat, tapi kalau hamba jadi warden, hamba tidak dapat keluar ikut suka hati, pastu tak dapat nak ngorat anak makcik yang jual goreng pisang tu. Puih! Anak dia comel dol..... Umur baru 3 tahun. Lagi, hamba tak boleh nak lepak kat Jaya Jusco Ipoh, tak boleh lagi nak jalan-jalan gi MPH ataupun lepak kat KL. Wargghhh.... Hamba tak nak. Hamba nak keje lain. Ok takpe. Yang itu nanti hamba akan setelkan kemudian. Perkara yang utama sekarang ialah untuk mencari rumah sewa dan sahabat-sahabat yang mahu menyewa. Hamba nak duduk menyewa pulak.

Usai sahaja hamba konvo nanti, hamba nak sambung belajar. Ok! Ni la tajuk utama yang hamba nak ceritakan pun! Adoila... Kenapa leh lari tajuk ni? Dish! Dish!

Usai sahaja konvo hamba di Darul Quran nanti, insyaallah, hamba ingin melanjutkan pelajaran di dalam bidang syariah. Bidang ini hamba selepas beberapa sebab yang tak dapat hamba huraikan di sini kerana jika ia dihuraikan ia akan menjadi satu lembaran yang panjang yang mana jika anda membacanya maka anda akan jadi meluat dan menyampah kerana ia hanyalah semata alasan yang abadi. Hoho....!

Selepas sahaja hanba selesai peperiksaan diploma tempoh harim hamba terus mengisi borang kemasukan ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), tapi yang KUIN ni hamba tak bayar lagi duit RM20 tu. Takpe, nanti hamba bayar ok? Itu yang di dalam negara. Semasa di Darul Quran tempoh hari, hamba telah mengisi borang Sekretriat Menyambung Pelajaran di Timur Tengah (SMUTEM), dah semua hamba isi maka tiba di satu petak yang menyuruh kita untuk meng'tick'kan di mana kita mahu belajar. Kotak yang disediakan ada tiga. Pertama Mesir. Kedua Jordan dan ketiga lain-lain. Hamba tidak menunggu lama, hamba terus tick kan lain-lain dan hamba nyatakan hamba ingin belajar di Madinah Al-Munawarrah. Hamba rindu ke sana, hamba rindu pada seorang yang pernah merindui hamba. Hamba rindu pada harumnya tanah di sana dan hamba rindu pada debunya di sana. Jadi hamba memang mahu ke sana. Ok. Perkara itu sudah selesai. Tetapi yang menjadi masalahnya, bagaimana jika kesemua tempat yang hamba daftar itu tidak ada tempat untuk hamba? Jadi baru sebentar tadi hamba baru menghantar sepucuk email (email dia panggil pucuk ke?) kepada Admin Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Hamba ingin belajar di sana. Hamba ingin belajar di sana yang bila tiba musim sejuknya akan turun salji dan hamba akan menjadi putih akibat salji itu. Hoho!

Bukan, hamba ingin ke sana untuk mendalami ilmu Allah. Hamba mahu merasai bagaimana rasanya belajar di bumi anbiya' itu. Hamba mahu rasa bagaimana rasanya belajar di bumi yang penuh barakah itu. Hamba memang ingin ke sana dan hamba ingin menjejaki sesuatu yang pernah ditinggalkan di sana. Jiwa hamba sudah di sana rasanya.

Hamba memang ingin menyambung pelajaran dalam bidang syariah. Bukan hamba menolak qiraat, tetapi hamba ingin beralih arah kepada sesuatu yang lebih kepada hukum. Jujur hamba katakan hamba tidak tahu dengan mendalam mengenai hukum. Sikit-sikit tu boleh la. Hoho lagi....!

Jadi, hamba mohon doa daripada kalian agar hamba dipermudahkan jalan untuk belajar dan untuk membantu orang tua hamba dan adik-adik hamba yang berada di kampung. Mohon doanya ya! Hamba ingin ke sana. Dan pada sesiapa yang ingin membantu hamba yang sedang belajar ini bolehlah berhubung dengan hamba.

Jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Sekali lagi, mohon doanya.

Allahu a'lam..

1 comment:

  1. Mengembaralah di Muka bumi Allah untuk mencari setitis ilmu buat bekalan ummah....siapa lagi kalau bukan kita...xkisah di mana sahaja berada...ilmu itu hanya untuk yang mencarinya sahaja...semoga berjaya..

    ReplyDelete

Orang cakap-cakap