Sunday, March 7, 2010

Aku Bukan Nabi

Bismillah..

Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam. Segala puji bagi Allah yang memberi kita semua makan dam minum. Terima kasih pada Allah yang menciptakan cinta untuk kita saling mencintai dan mengasihi antara satu sama lain.

Alhamdulillah... Agaknya sudah hampir sebulan hamba tidak updatekan blog hamba ini. Dah bersawang rupanya. Sawang alam maya. Seperti yang hamba maklumkan, hamba sibuk dengan peperiksaan semester akhir di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Selama menghadapi peperiksaan itu, berbagai halangan dan ujian telah hamba harungi.

Penuh air mata.

Ditemani air mata yang tidak berhenti mengalir.

Tak siapa yang tahu.

Namun takdir Allah itu tak siapa yang diantara kita mengetahui. Semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz, Segalanya telah tercatat di sana, segalanya ada di sana.

Hamba tidak tahu menngapa tajuk yang hamba tulis hari ini agak pelik sikit. Mungkin teringat akan bait-bait puisi dari lagu Takdir Cinta yang dinyanyikan oleh Rossa untuk filem Ayat-ayat cinta yang ditulis oleh novelis yang menggemparkan Asia dengan tulisannya.

Aku bukan nabi. Ya benar! Hamba, anda dan semua yang ada sekarang ini bukan nabi, termasuklah mereka yang mengaku sebagai Nabi bagi Bangsa Melayu.

Hamba dan anda bukan nabi yang bisa sempurna kerana hamba dan anda tidak pernah luput dari dosa.

Jadinya, hamba ingin mengajak anda untuk sama-sama memperbaiki diri.

Erm.. Esok, hari Isnin. 8 Mac 2010, hamba akan menghadiri temuduga di Pusat Pendidikan Barakah, di Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh. Doakan hamba ya! Hamba ingin kerja untuk sementara waktu sahaja sebelum melanjutkan pelajaran. Mencari sedikit sumber kewangan agar dapat belajar dengan tenang. Mohon doa dari kalian.

Hamba nak keluar dulu, nak siap-siap barang sikit.

Hamba sayang anda semua.

Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment

Orang cakap-cakap