Thursday, March 18, 2010

Soalan Untuk Para Doktor : Bagaimanakah Caranya Untuk Mengubati JIwa Yang Parah?


Bismillah..

Segala puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah yang menciptakan malam dan siang. Segala puji bagi Allah yang menciptakan air mata. Segala puji bagi Allah yang menciptakan nafsu dan syahwat. Segala puji bagi Allah yang menciptakan segalanya di atas muka bumi ini dengan penuh hikmah dan rahsia yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Sejak semenjak dua menjak ini, hamba agak rajin untuk mengupdate blog. Hamba pun tidak tahu mengapa. Selalunya hamba kena penyakit MUB (rujuk sini) tetapi sekarang ni jadi rajin pula. Entah kenapa hamba pun tidak tahu. Semalam hamba update, hari ini pun pagi-pagi lagi hamba update.

Hari ini entri hamba ditujukan khas kepada para pengamal perubatan moden yakni doktor dan ahli farmasi. Perlu diambil perhatian, tulisan hamba kali ini bukan untuk memperkecikan tugas anda, tetapi untuk menambahluaskkan lagi skopnya. Secara umumnya kita mengetahui bahawa para doktor hanya mengatahui bagaimana cara untuk merawat penyakit yang berkaitan jasad manusia dan bukan perkara yang tersembunyi. Benar bukan? Pesakit bukan sahaja datang berjumpa doktor atas sebab kesakitan fizikal yang dialami, namun ada yang mengalami sakit spiritual. Jangan terkejut dengan apa yang hamba cakapkan. Ia benar sama sekali, terutamanya pesakit di kalangan warga emas atau orang yang agak tua sedikit. Tidak kira apapun sakitnya, samada sakit fizikal atau spiritual, mereka akan cepat-cepat ke klinik.

Ini pengalaman hamba semasa di kampung. Waktu itu kebetulan hamba juga berada di pusat kesihatan tersebut sebab demam. Ini cerita lama la... Hamba kenal orang tua, dia sebenarnya tidak sakit, namun di wajahnya terpancar satu gambaran yang hatinya agak tidak tenang. Hamba tatap wajahnya, dia seperti gelisah. Takpelah, hamba malas nak tanya. Mungkin dia kena buasir atau darah tinggi atau kencing manis atau sakit jantung. Itu pada sekilas pandangan hamba.

Dipendekkan cerita, nombor giliran hamba dipanggil. Biasanya, klinik di kampung hamba mempunyai dua pembantu perubatan di dalam satu bilik. jadi kebetulan pula warga emas itu tadi nombor gilirannya selepas hamba, jadi beliau sebilik dengan hamba. Seperti biasa prosedur seorang doktor memeriksa pesakit demam, hamba melihat warga emas itu tadi. Doktor baru sahaja menanggalkan alat memeriksa sukatan darah. Hamba tak tahu benda apa dipanggil. Ala... Benda yang dia letak kat lengan pastu dia pam-pamkan. Hamba masih lihat di wajahnya ada riak wajah kurang senang. Selepas itu doktor yang memeriksa warga emas tadi berkata, "Makcik takde sakit apa-apa, cuma darah Makcik ni tinggi sikit. Makcik tak makan ubat ye?"

Makcik itu menjawab :

"Eh! Makcik makan le doktor... Hmmm...."

Doktor itu bertanya dengan lembut :

"Betul ke makcik makan?"

Makcik menjawab :

"Iyer doktor, awok udah makan!"

Doktor tanya lagi :

"Ate Makcik, kalau dah makan kenapa darah Makcik naik lagi?"

Makcik jawab :

"Entahle doktor.............."

Dalam hamba sibuk tengok mereka berdialog, hamba sudah habis diperiksa oleh doktor yang memeriksa hamba, jadi tinggal nak kena bebel dengan doktor je lagi. Untuk pengetahuan anda, doktor itu bukan doktor, tetapi pembantu perubatan. Pembantu perubatan yang cek hamba adalah lelaki dan agak sedikit garang. Garang sikit je... Sambil kena bebel tu hamba tengok lagi perbualan antara Makcik itu dan doktor.

Doktor bertanya :

"Makcik ada masalah apa? Makcik ada masalah kan?"

Makcik menjawab :

"Mana doktor tahu? Saya tak kabo pun!"

Doktor menjawab :

"Saya doktor Makcik, saya tahu le..."

Makcik menjawab :

"Iye doktor, awok ada masalah.... " Dan Makcik itu terus menceritakan masalahnya kepada doktor sambil tangannya turut sama diangkat bagi menguatkan lagi jalan ceritanya. Satu yang paling seronok hamba lihat ialah, doktor itu khusyuk mendengar tiap butir bicara Makcik itu. Sedikit pun tidak ada rasa jemu yang diperlihatkan pada riak wajahnya. Setelah selesai, doktor itu menasihati Makcik itu dengan begitu lembut. Benar-benar lembut. Dipegang lengan Makcik itu dan digenggam tangan Makcik itu. Makcik itu kelihatan tenang selepas puas dia menceritakan masalahnya dan setelah diberikan nasihat oleh doktor itu. Wajah yang suram tadinya kini kelihatan ceria.

Nah! Lihat! Betapa hebatnya kuasa seorang doktor! Doktor bukan sahaja boleh mengubati penyakit fizikal, bahkan penyakit spiritual seseorang pesakit. Hebat bukan kuasa doktor? Begitu hebat ciptaan Allah. Dia menurunkan sedikit daripada ilmuNya untuk para doktor supaya para doktor bukan sahaja boleh mengubati penyakit fizikal, malahan spiritual. Itu kuasa seorang doktor.

Doktor seharusnya mempunyai sikap kasih sayang. Bukankah kesembuhan penyakit seseorang bergantung kepada sikap seorang pengamal perubatan? Cuba kita bayangkan, jika yang mendengar masalah Makcik itu seorang doktor yang tidak mahu mengambil tahu tentang masalah spiritual yang dihidapi seseorang pesakit, apakah yang akan jadi?

Makcik menjawab :

"Iye doktor, saya ada masalah. Masalah saya bla bla bla...."

Doktor menjawab :

"Wak lu le Makcik!! Itu masalah Makcik! Apa kene mengena dengan saya?? Saya ni ubat orang sakit tu boleh le. Tapi kalau nak ubat masalah orang Makcik cari la orang lain! "

Bayangkan kalau seorang pengamal perubatan menyergah Makcik itu seperti di atas, sudah pastinya Makcik itu mati terus! Haha..! Bunyi lawakkan? Tapi itulah hakikatnya. Jadi, para pengamal perubatan moden, harus ada sikap kasih sayang, berlembut. Doktor itu membantu menyembuhkan bukan?

Jadi, hamba ada soalan buat para doktor : Bagaimanakah caranya untuk mengubati jiwa yang parah. Anda para doktor harus menjawab dengan cara psikolgi dengan pesakit.

Oklah! Hamba beri situasi. Ada seorang pesakit yang sudah meminum sebotol racun akibat kecewa/putus cinta/kehilangan/putus asa atau lain-lain. Pesakit ini sempat diselamatkan dengan bantuan para doktor yakni anda. Pada suatu hari anda sedang melawat wad dan tiba di katilnya anda lihat dia sedang duduk dengan baju hospital dan termenung jauh. Anda memberikan salam dan bertanya khabarnya. Dia menjawab seperti biasa, secara tiba-tiba dia menangis. Menangis dengan amat sangat, dan yang pasti dia bukan seorang gila. Apakah yang anda lakukan sebagai seorang doktor? Jika anda benar-benar seorang doktor, anda pasti akan dapat menjawab soalan hamba.

Seperti hamba katakan, jawab soalan ini dengan menggunakan psikolgi anda dan pesakit.

Selamat menjawab soalan.

Allahu a'lam

P/S : Semoga anda menjadi doktor yang baik!

P/S : Doktor yang cek Makcik tu pompan.

P/S : Awok dalam loghat perak piornya membawa maksud saya.

No comments:

Post a Comment

Orang cakap-cakap