Bismillah....
Hari ini malas nak bermadah-madah kerna rasanya tidak perlu dan kerna anda semua malas nak hamba bermadah menyusun kata yang indah bertaburan bak pepasir di pantai yang dibelah oleh pukulan ombak yang besar. Tafsir sendirilah kata-kata itu.
Hamba terdetik di dalam hati bahawa ada segelintir yang datang melawat blog hamba dan mengomen itu ini, lebih-lebih lagi mereka yang rasa diri mereka sepertinya berada di dalam golongan-golongan soleh. Kan hamba dah kata kat tepi blog hamba tu, hamba ni buknlah USTAZ,PAK KIAI,MUFTI atau yang sewaktu dengannya. Hamba ni seorang pelajar kalam Allah.Itu sahaja. Jadi hamba tidak tahu bagaimana mahu menghukum orang itu dan begini. Dan hamba tidak diajar menghukum orang secara semborono. Hamba tidak diajar untuk buat ini dan begini. Hamba diajar untuk menjadi orang yang rendah diri, tidak bangga diri dengan ilmu yang hamba ada dan hamba diajar bagaimana untuk menyeru manusia kepada kebaikan ISLAM. Bukan memaki dan menghukum secara qat'i.
Pada pendapat hamba, serulah mereka dahulu dan hukum diletakkan kemudian walaupun pada asalnya hukum adalah yang nombor satu. Tapi ini cara hamba untuk mengajak sahabat-sahabat hamba ke arah kebaikan.
Mahu kecam hamba?Silakan!
Mahu ejek hamba?Hamba tak report mak hamba!
Mahu ketuk hamba?Sampai ke?
Mahu semahu-mahunya kepada hamba?Tak boleh?Nanti awek hamba si power rangers pink tu marah!
Mahu apa lagi?
Silakan!
Hamba tidak peduli kerna ini adalah cara hamba dan anda tidak boleh mempersoalkan dan yang berhak menyoal adalah Allah. Anda berhak menegur dengan berhikmah! Bak kata Allah dalam Al-Quran surah An-nahl ayat yang 125 juz yang ke 14 yang bermaksud : Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah ( berdebatlah ) dengan mereka dengan ( jalan ) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Anda mahu tahu apa itu hikmah?
Berkata Ibn Jurir, hikmah adalah segala yang diturunkan oleh Allah s.w.t dalam kitabNya, sunnah-sunnah Nabinya, juga peringatan-peringatan yang baik, kerana ia mengandungi tegahan-tegahan, juga mengandungi peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam umat manusia, mengingatkan kepada mereka supaya mereka berhati-hati dengan azab Allah. (Ibn Jurair dalam ulasannya menggabungkan antara hikmah dan mau’izoh hazanah sebagai satu jalan dakwah.)
Pendapat yang sama diberikan oleh Professor Mohd Ali As-Sobuni yang menyatakan bahawa seruan dakwah ke jalan Tuhan perlulah dijalankan dengan ( uslub yang bijaksanana, lemah lembut, dengan sesuatu yang dapat memberi kesan kepada mad’u juga memberi faedah, dan bukannya dengan tengkingan, celaan, atau dengan cara yang keras.)Ini adalah ulasan beliau ketika menerangkan perkataan hikmah yang digabungkan dengan mau’izoh sebagai satu konsep dakwah.
Hamba tertarik untuk mengambil pendapat kedua, di antara lainnya membezakan antara cara berhikmah dan mau’izoh hasanah sebagai dua cara dakwah yang berlainan. Menurut Professor Wahabah Al-Zuhaili, proses dakwah ke jalan agama adalah dengan melalui ( salah satu daripada tiga jalan : cara berhikmah, mau’izoh hasanah ( peringatan yang baik ) dan perdebatan dengan cara yang lebih baik.)
Hikmah menurut beliau adalah (kata-kata yang benar yang mesra mad’u, mengesan dalam diri dengan sebaik-baik kesan) Adapun mau’izoh hasanah adalah (peringatan dan tegahan yang memberi kesan dalam diri mereka, mengingatkan mereka supaya berjaga-jaga dengan azab Allah)
Itu dia yang hamba cuba bawakan. Hamba menulis mungkin dengan cara yang anda tidak sukai. Disebabkan ini hamba terpaksa membuang satu entri yang hamba rasa tidak menepati dengan apa yang hamba hendaki. Malah hamba tahu apa hukumnya dengan soalan hamba tetapi hamba cuma mahu pendapat anda yang gila-gila, bukan nada serius. Tapi hamba menyangka baik, mungkin ada diantara pengunjung blog hamba yang bukan terdiri daripada mereka yang arif tentang agama. Hamba maafkan.
Sekali lagi diingatkan bahwa blog hamba bukan mengajar ilmu agama,tetapi mengajak kepada kebaikan dan keindahan ISLAM. Hamba tidak mahu ISLAM yang selamat maksudnya ini menjadi satu agama yang dipandang serong oleh masyarakat kita hari ini. Hamba sayangkan ISLAM hamba. Tidakkah anda tidak menyayangi ISLAM anda? Jika benar anda sayangkan ISLAM anda buktikan? Bukan dengan bertempik, bukan dengan demo tetapi dengan akhlak! Dengan akhlak! Dengan Akhlak!
Anda tidak malu dengan Sang Pendakwah Kristian yang terus menerus menyebarkan agamanya dengan kasih sayang? Sepatutnya ISLAM adalah agama yang sebenar kasih sayang, bukan agama yang triniti. Sekarang hangat dengan isu penggunaan kalimah ALLAH dalam gereja. Siapa yang patut dipersalahkan? Kalau anda tanya hamba, hamba akan kata yang bersalah adalah kita kerna kita sedikit pun tidak menunjukkan di mana keindahan dan kecantikkan ISLAM sehingga ALLAH kita digunakan dalam gereja mereka. Ya! Isu ini sensitif tapi di mana kekuatan kita untuk menjadikan ISLAM itu tertegak semula?
Sekali lagi diingatkan bahwa blog ini tidak mengajar anda ilmu agama! Tetapi mengajak kepada kebaikkan dan keindahan agama ISLAM.
Moga-moga apa yang hamba karutkan pagi ini menjadi ingatan buat diri hamba serta pengujung yang lain. Jika anda mempunyai sebarang ketidakpuasan hati lalu mahu menegur hamba secara berhikmah, sila klik butang comment dan tinggalkan mesej anda di sana. Insyaallah hamba akan membalasnya.
Allahu a'lam..
No comments:
Post a Comment
Orang cakap-cakap