Monday, January 12, 2009

Keutamaan membaca al-quran dan pembacanya

Pembacaan al-quran itu sangat diutamakan oleh agama islam,dan para pembacanya juga turut dimuliakan.Maka tidaklah wajar kiranya kalau ada orang muslim atau muslimah yang tidak memberikan perhatian kepada pembacaan al-quran setiap hari meskipun hanya beberapa ayat sahaja padahal dia terus membaca buku-buku cerita dan sebagainya. Jika dia tidak tahu membaca al-quran maka wajiblah dia belajar atau mencari guru untuk mengajarnya. Tidak ada uzur sama sekali bagi dirinya untuk mendakwa dia tidak tahu membaca al-quran padahal dia boleh belajar,tetapi dia cuaikan dirinya untuk belajar.

Telah sabit daripada Abu Mas'ud Al-ansari Al-badri r.a daripada Rasulullah saw bahawa beliau pernah bersabda yang bermaksud :


"orang yang menjadi Imam pada suatu jemaah mestilah orang yang terpandai membaca Al-quran dari antara mereka" -Riwayat Muslim-



1.orang yang ditugaskan menjadi Imam mestilah dipilih daripada orang-orang yang pintar membaca al-quran dan baik bacaannya.Jadi apabila sesebuah masjid hendak menugaskan seorang untuk menjadi imam hendaklah diutamakan orang yang memenuhi syarat ini bukan dengan tangkap muat sahaja.ini adalah penting sekali supaya dia boleh mengajarkepada yang lain dan menjadi tauladan dalam bacaan buat yang lain.

2.Begitu pula Imam di masjid,bila menemui ada diantara makmumnya seorang yang lebih fasih dan alim daripadanya maka sebaiknya dikedepankannya untuk menjadi imam walaupun hak menjadi imam itu tetap di tangannya.Ini semata-mata menurut maksud daripada sabdu yang telah disebutkan di atas.

No comments:

Post a Comment

Orang cakap-cakap