Tuesday, December 23, 2008

Assalamualaikum....Ahlan Wa Sahlan Bikum..

Bismillah Wal Hamdulillah..
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam.Yang maha pengasih lagi penyayang.Yang memiliki hari Akhirat.Kepada Dia(Allah) kita menyembah dan kepada Dialah kita memohon pertolongan.Segala selawat dan salam dipanjat kepada junjungan Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wassalam.Kepada para sahabatnya dan juga ahli baitnya.Rasanya dah lama tak update blog ana ni.Dan agaknya dah lama juga ana tak tulis pengajian Kitab At-tibyan fi adabi hamalatil quran.Ada banyak lagi tajuk yang ana nak postkan,tapi keadaan tak mengizinkan.Mohon maaf kepada semua pengunjung blog Imranulkhalis ni.Insyaallah,kalau diizinkan allah ana akan tulis balik pengajian kitab tu.Ermm..kalau diperhatikan dari traffic yang ada kat blog ana sekarang ni makin ramai pengunjung blog ana ni.Terima kasih ana ucapkan kepada yang sudi singgah ke blog ana yang tak seberapa ni.Terima kasih juga ana ucapkan kerana sudi memberi sokongan kepada blog ana.Cuma ana minta pada pengunjung semua,kalau boleh sila tinggalkan komen anda semua.Beri pendapat tentang blog ana yang dhaif ni.Kalau ada yang perlu dipertingkatkan lagi bagitau je,komen je kat ana.Insyaallah ana akan buat yang sebaik mungkin.Sejak seminggu dua ni kesihatan ana sering terganggug disebabkan dengan keadaan cuaca yang kurang menentu ni.Hehehe.(dalam bahasa mudahnya cuaca x elok,Batuk2 dan sakit kepala sikit2.hehehe)Dalam x sedar kita dah menghampiri ke tahun baru islam.yakni Bulan Muharram.Bulan dimana nabi dan sahabatnya abu bakar assiddiq telah berhijrah ke kota Madinah Al-munawwarah untuk menyebarkan agama yang suci lagi murni setelah diperintahkan oleh Allah swt.Bayangkan betapa sukarnya perjalanan nabi kita bersama sahabatnya untuk menyebarkan agama Allah.Terpaksa keluar di tengah malam meredah kesejukan yang menusuk hingga ke tulang.Terpaksa menyelamatkan diri dari menjadi buruan kaum kafir musyrik di Mekah sehingga ada yang membuat tawaran kepada sesiapa yang mendapat membunuh jasad mulia itu.Maka suraqah,si pemburu yang hebat itu memulakan pemburuannya untuk membunuh jasad mulia itu demi untuk mendapatkan selonggok harta yang amat banyak itu.Jom kita sama-sama merenung pejuangan hebat Baginda Nabi saw.Mari kita sama-sama memperjuangkan agama ini kembali daripada ditindas semula oleh tangan-tangan yang ingin menghancurkan islam.Jangan lupa.ketika sakaratul mautnya,baginda sering megucapkan "Ummati,Ummati,Ummati".Betapa sayangnya baginda kepada Ummatnya.Jadi sempena Bulan Muharram ini marilah kita bersama menghayati keindahan islam dan juga menghayati perjuangan baginda.Selalulah kita menghargainya dengan memberikan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad.Sampai setakat ini saja yang mampu ana nukilkan.(mata pun dah naik mengantuk sebenarnya ni.Saja je nak tulis jugak.jari dah gatal nak menulis.hehe)Akhir kata sila-silalah komen blog ana ni ye.Ana minta sangat pandangan jujur dari anda semua.Sekian.Jazakallahu khairan Kathira.Wassalamualaikum Jami'an..

No comments:

Post a Comment

Orang cakap-cakap