Tuesday, October 18, 2011

Orang Marah Pada Hamba Sebab Perasan Hensem

Bismillah..

Tak mahu bermukadimah, terus kepada isi ye? Hoho..


Begini, hamba baru je kenal Facebook itu apa, dan selalunya bila dah kenal facebook makanya selalulah juga hamba tulis status kt wall hamba. Biasalah, orang baru kenal facebook tu apa. Dulu-dulu tahu nama sahaja, sekarang dah ada akaun sendiri. Teruja bagai. Hoho~

Jadi bila hamba dah selalu tulis status, mestilah hamba tulis pada diri hamba. Tapi takdelah selalu sangat. Kadang-kadang saja mahu hiburkan diri hamba. Kadangkala hamba tulis hamba hense,. Yelah, memang hamba hensem pun. Ala-ala muka Siwon, ahli super junior. Haha..

Yela, takde orang tahan nak baca status yang selalu perasan hensem. Orang yang baca pun meluat gak kan? Tapi fesbuk kan tempat awam? Kita ada akaun, suke hati la nak tulis ape kan? Ye, ye.. Itu hak individu, tak boleh nak salahkan jugak. Tapi tak perlulah hamba bebel lama-lama cerita pasal hak orang tu dan hak orang ni. Biar hamba cerita mengapa hamba tulis status camtu.

Ok, begini ceritanya. Hamba dilahirkan dalam suasana keluarga yang sederhana. Kewangan yang sederhana, hidup yang sederhana tetapi keluarga yang hepi selalu walaupun kena rotan dengan abah hamba.

Hamba tidak minta dilahirkan dengan keadaan wajah yang tidak hensem, hitam dan buruk. Itu Allah yang jadikan. Hamba tidak minta pun pada Ummi hamba agar dilahirkan buruk, dan Ummi hamba juga tidak minta hamba dilahirkan buruk. Bukankah semua daripada kita begitu? Kita tidak minta, tapi Allah yang beri. Semua itu ada hikmah. Mengapa Allah jadikan kita begitu, jawapannya ada dalam diri kita.

Sejak kecil hamba mempunyai kulit yang gelap, mungkin sama dengan bangsa India. Tapi apa masalahnya? Hamba tetap beragama Islam dan solat lima waktu. Seaktu hamba masih dibangku sekolah rendah dan menengah rendah, hamba selalu diejek oleh rakan-rakan hamba yang mengatakan hamba ini hitam macam india. Haha.. Hamba selalu menangis bila diejek begitu, kadang-kadang selalu ada budak lain letak 'tambi' kat dahi hamba. Hamba melawan dan yang pastinya dalam perlawanan itu hamba akan kalah sebab mereka bawak geng manakala hamba sorang-sorang. Tak aci sungguh macam tu.

Hamba mengalami dipresi yang amat sangat, sehinggalah pada suatu petang hamba telah terjatuh daripada basikal. Muka hamba mencium jalan raya, bila bangun tengok cermin dalam beg sekolah mengaji da jadi hensem sikit. Haha. Gurau je. Bila tengok cermin, muka hamba dah berdarah, muka hamba berseret di jalan raya lalu mengakibat parut yang sangat panjang. Maka pada hari itu bermulalah sejarah yang muka hamba sudah cacat. Kawan-kawan panggil misai panjang sebab parut itu bermula daripada misai sehingga ke pipi hamba. Mulai dari hari itu hamba selalu hilang keyakinan, malu untuk bercakap, prestasi pelajaran menurun dan yang pastinya hamba suka duduk seorang diri. Malu dengan keadaan diri. Tidak sama dengan kawan-kawan lain. Kawan lain walaupun sengau tapi hensem. Namun tidak pada hamba, sudahlah hitam, hodoh, cacat di muka pula.

Tapi hamba terhutang budi dengan guru bahasa inggeris hamba. Hamba rahsiakan nama beliau. Satu pagi dia memanggil hamba dalam bilik kaunseling dan dia bertanya kenapa prestasi pelajaran hamba menurun? Adakah disebabkan parut yang ada di muka hamba? Hamba menjawab ya. Disebabkan parut di wajah hamba.

Beliau senyum dan menjawab,

"Mulai hari ini kamu harus bercakap dalam diri kamu yang kamu adalah manusia yang paling kacak dalam dunia ini. Biar seribu orang berkata tentang kehodohan kamu, tetapi kamu harus percaya yang kamu adalah insan yang paling kacak dalam dunia ini. Semua ini akan membantu kamu untuk kuat semula. Parut di wajahmu? Jangan risau, Allah yang jadikan parut itu, dan Allah juga yang akan hilangkan parut itu. Ingat, biar seluruh dunia mengutuk tentang hodohnya kamu, tapi jamu harus yakin yang kamu adalah kacak. Tak ada sesiapa yang akan puji kecantikan diri kita melainkan kita sendiri, tapi ingat semua ini adalah Allah yang punya."

Mulai dari saat itu hamba sudah punya kekuatan diri. Dan inilah sebab mengapa hamba selalu perasan kacak. Jangan marah kalo hamba perasan lagi.

Insyaallah entri ini akan disambung.

Allahu a'lam.


P/S : Maaf kalau anda tidak faham isi kandungannya sebab mata dah mengantuk. =)

2 Orang Bercakap:

Hanna Sue said...

yup...kite kene hargai diri kite...baru nanti bdn kita akan bg aura yg luar biasa..InsyaAllah :)

Anonymous said...

Lelaki ada parut kat muka, MACHO kot...