Saturday, June 18, 2011

Mencari Mardhatillah




Bismillah

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Segala puji bagi Allah yang tidak putus-putus menyebarkan cintaNya pada kita. Segala puji bagi Allah yang tidak putus-putus memberikan rezqiNya. Segala puji bagi Allah senantiasa mencintai kita. Segala puji bagi Allah. Maha suci Allah dan hanya Allah, tuhan yang maha agung.

Selawat dan salam ke atas cahaya seluruh alam, cahaya pembawa rahmah dan penutup segala nabi, Muhammad SAW. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda yang tidak pernah lelah menyebarkan Islam untuk kebahagiaan kita. Selawat dan salam ke atas baginda yang tidak pernah jemu menyintai kita yakni ummatnya. Selawat dan salam ke atas baginda.

Alhamdulillah, Sekali lagi Allah yang maha cinta masih lagi memberikan peluang dan ruang kepada kita untuk terus beribadat, untuk terus bernafas, untuk terus memiliki rezqi yang dikurniakanNya dan seterusnya merasi nikmat cinta yang diberikan olehNya.

Alhamdulillah, setelah beberapa lama tidak menjenguk blog, hari ini Allah sekali lagi memberikan kesempatan kepada hamba dan jari jemari hamba untuk terus menulis secara maya di teratak hamba. Blog inilah tempat hamba meluahkan rasa yang kadangkala terbuku di jiwa dan minda. Mungkin pada entri kali ini akan sedikit serius, atau mungkin seperti entri-entri yang lepas. Seperti orang gila. Hoho~. Ok, sudah mula kembali. Nampaknya tak boleh nak tulis dengan serius. Harus menjadi seperti dahulu juga.

Alhamdulillah lagi, setelah hampir sebulan hamba berada di KUIN, menempuh berbagai suasana, melalui pelbagai rasa dan berdepan dengan bermacam masalah akhirnya Alah telah meminjamkan secebis dari kekuatanNya untuk hamba terus berjuang dan berjuang. Mungkin sehingga syahid sebagai hamba Allah.

Entri kali ini bertajuk mencari mardhatillah. Mesti anda mahu tahu apa itu yang dipanggil Mardhatillah dan ada juga yang sudah maklum tentang apa itu mardhatillah. Mardhatillah bermaksud Redha Allah ataupun Restu Dari Allah. Mengapa restu dari Allah itu sangat penting? Kerana tanpa restu atau redha dariNya segala apa yang kita lakukan sepertinya sia-sia. Hidup ini perlu kepada redha Allah, dengan redha Allah segala apa yang akan kita lalui akan tenang. Segala apa yang akan kita lakukan akan mendapat keberkatan Allah. Segala apa yang kita lakukan akan mendapat pahala di sisiNya dan ganjaran yang baik.

Sebenarnya entri ini sudah lama disimpan dan sengaja hamba keluarkan pada masa ini kerana sesuai dengan keadaan yang hamba lalui sekarang. Hamba kini bergelar pelajar, suasana pembelajaran yang kini hamba lalui sungguh berbeza dengan apa yang hamba lalui dahulu. Sangat-sangat berbeza. Di sini biahnya ada. Di sini suasananya sangat berbeda dengan apa yang hamba lalui semasa zaman sekolah dan diploma. Subhanallah. Inilah yang hamba cari selama ini. Inilah suasana yang benar-benar mendidik hamba. Setelah sekian lama mencari dengan jiwa yang kosong, akhirnya Allah telah mentakdirkan hamba untuk berada di sini. Merasai bagaimana nikmatnya sebuah nikmat yang Allah telah berikan pada hamba cuma hamba yang tidak tahu bersyukur. Kita sebenarnya adalah hamba-hambaNya yang tidak mengenal erti syukur. Bukankah Allah telah berfirman dalam al-Quran dalam surah Saba' pada ayat yang ke 13 yang bermaksud :" Dan sangat sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur..". Itulah kita, hamba yang kurang rasa syukurnya.

Perjalanan Mencari Mardhatillah ini terlalu banyak liku-likunya. Sebelum didatangi ke sini, terlalu banyak kenangan yang amat manis, pahit, masam mencuka dan kadangkala airmta menjadi peneman. Terpaksa melepaskan orang yang disayangi demi kebahagiaan dia. Terpaksa merelakan dia pergi kerana pabila dengan hamba lebih banyak airmta dia yang gugur akibat kejahilan diri ini. Moga-moga Allah ampunkan salah silap hamba dan hamba doakan dia bahagia. Pasti Allah sudah ketemukan dia dengan insan yang lebih baik daripada hamba. Walau sukar untuk dilepaskan namun kenyataan harus diterima. Hamba tidak sebaik mana walau kadangkala ada yang menggelarkan diri ini dengan berbagai gelaran, namun gelaran tidak menjanjikan sorga buat hamba. Ia adalah gelaran semata.

Perjalanan Mencari Mardhatillah ini terlalu banyak onak dan durinya. Berbagai cara yang perlu hamba tempuhi untuk mendapat tempat di sini. Bukan gelaran yang hamba cari tapi redha Allah. Bukan status graduasi yang dicari tapi ilmu Ilahi yang ingin dicari. Redha Allah itu penting. Sudah masanya hamba tinggalkan dunia hamba yang penuh dengan mainan dan angan-angan. Kini hamba perlu lebih serius yang tak serius sangat sampai nak bergurau pun tak boleh. Hoho~.. Insyaallah, hamba tetap seperti hamba yang dahulu. Hoho lagi.. ~

Peluang

Peluang ini adalah peluang kedua yang terbesar dalam hidup hamba. Banyak sudah peluang-peluang kedua yang kecil yang telah Allah berikan pada hamba namun semuanya telah hamba siakan. Terlalu banyak yang Allah berikan pada hamba. Diberikan pada hamba akan seorang yang betul-betul boleh menjadi suri terbaik, namun telah hamba siakan. Diberikan hamba banyak peluang yang kebanyakkannya juga telah hamba siakan. Benarlah, hamba adalah hamba yang tidak bersyukur. Semoga dengan kedatangan hamba di bumi Jelapang padi ini akan membuatkan hamba menjadi hambaNya yang selalu bersyukur. Tidak dinafikan, di sini suasananya ada. Sangat seronok. Akan hamba lakukan sebaik mungkin untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Biarkanlah kali ini hamba lebih menundukkan diri dan jiwa hamba. Takut untuk menggalas ilmu Allah ini. Amanahnya amat berat dan itu yang akan ditanyakanNya di hadapan Dia kelak yang mana tiada siapa pun akan membantu. Sunguh, hamba adalah hamba yang lemah, sungguh, hamba adalah hamba yang hina. Allah, ampunkan hamba ini.

Peluang ini akan hamba gunakan dengan sebaik mungkin. Setelah beberapa lama berperang dengan rasa dan jiwa yang celaru dan tidak menentu arah tujuannya. Begitulah Allah menyiksa dengan siksaan yang ringan. Namun kini segala telah pulih sediakala walaupun ada secebis lagi yang perlu dicuci. Perjalanan Mencari Mardhatillah ini adalah jalan yang paling sukar ditempuhi, banyak airmata yang gugur namun ia adalah bentuk sebuah motivasi yang indah, yang menguatkan jiwa dan menguatkan iman hamba.

Setiap insan akan diuji dan pasti akan diuji kerna Dia berhak untuk menguji kita. Kita ini milik dia, badan kita milik Dia dan keseluruhan apa yang ada pada kita adalah milik Dia dan Dia ada hak untuk lakukan semua perkara pada kita. Dialah al-Hafeez, Maha menjaga. Ar-Rahim, Maha penuh kasih sayang. Dialah al-Ghaffar, yang Maha pengampun. Dialah segalanya. Dialah tempat kita meminta pertolongan dan pergantungan. Inilah peluang yang perlu untuk kita hargai sebaik mungkin. Inilah peluang kedua yang terbesar yang hamba dapat dariNya yang penuh Kasih dan sayang. Inilah Allah yang kita sembah dan puja.

Subhanallah.

Semoga hamba akan kuat dan terus kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Bukan mudah bernafas dalam jiwa yang bergelar hamba Allah.

Mungkin setakat ini sahaja hamba menulis. Seperti hamba katakan, entri ini telah diperam selama beberapa ketika. Hamba tulis, hamba padam. Hamba tulis, hamba simpan. Belum jumpa kekuatan lagi pada masa itu. Mungkin sukar, berdepan dengan waktu yang sukar adalah perkara yang paling membuatkan airmata hamba menitis. Bukan manja tapi jiwa ini dididik sebegitu. Allah masih sayangkan hamba mungkin. Terima kasih Allah.

Terima kasih Allah

Terima kasih Allah


Allahu a'lam..

P/S : Terima kasih kerna memberikan aku kesempatan untuk mencari Cahaya dan mengenalnya. Mohon supaya maafkan dia. Aku mohon ya Allah. =)

P/S : Cahaya... Moga aku tidak terlepas dari Nur milikMu Allah.

P/S : Di KUIN. Moga Allah selalu berikan aku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.

P/S : Miss u panda! =)

Sunday, June 12, 2011

Berkata Sang Sifu

Bismillah..

Hari ini hari yang kurang indah. Mendung cuaca dalam hati. Mendung juga cuaca di KUIN ini seperti tahu akan keadaan hati ini.

Hari ini juga menerima SMS daripada sifu fotografi saya, begini bunyinya :

"Allah 'berbicara' dengan kita melalui ujian-ujian yang diberiNya.."


Allahu a'lam.



P/S : FUTUR.. Cahaya.

Sunday, June 5, 2011

Sifat Seorang Lelaki Yang Makin Pudar

Bismillah..

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad SAW, yang tidak pernah jemu menyebarkan cintaNya dan cintanya.

Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis, hamba berada di teratak ibu saudara hamba di Sungai Petani, Kedah. Bermalam di sini untuk meneruskan perjalanan ke Alor Star, Kedah. Bermukim di Alor star untuk beberapa ketika. Insyaallah jika tiada aral dan balak melintang, hari isnin ini hamba akan mendaftar sebagai pelajar semula di KUIN.

Pagi ini seusai solat subuh hamba teringat akan kata-kata sifu hamba dalam bidang fotografi. Beliau seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat rendah diri, mempunyai fikrah islami dan seorang bapa dan suami yang hebat! Beliau belajar di England dulu. Baru-baru ini kami berjumpa. Ya, berjumpa sebab rumah dia belakang rumah hamba je. Hoho~

Kami berjumpa, borak panjang. Isu-isu semasa, isu fotografi, penulisan, politik, walaupun hamba sebenarnya muak dengan politik di Malaysia. Terlalu banyak kecabulan. Kemudian secara tiba-tiba terpacul dari mulut hamba akan cerita tentang abang Salleh Yaakob kita yang baru sahaja mendapat isteri yang baharu, melengkapkan kuota memilki isteri yang dibenarkan dalam islami. Dengan selamba hamba cakap kepada sifu hamba begini, "bini baru dia cun worr! Muda lak tu. Tua setahun je dari saya. Cis sungguh!" Hamba menyatakan kekesalan hamba pada beliau sambil di tangan ada sebungkus choki-choki susu dan coklat. Beliau pada masa itu hanya sedang menyepak-nyepak batu kecil di jalan raya yang diberikan oleh kerajaan yang luasnya hanyalah dua kangkang kera. Dengan selamba dan tenang juga beliau memberikan jawapan yang agak mengejutkan buat hamba, "Elok la dia kawen dengan abg jem tu daripada kawen dengan orang muda yang sekarang ni rata-ratanya agak keparat.." Jawapan beliau benar-benar menyentak hati hamba. Bukan terkejut dengan jawapan yang diberikan, tetapi terkejut dengan kenyataan yang diceritakan. Mengapa hamba tidak berfikir tentang perkara itu.

Beliau menyambung lagi, "Cuba awak tengok, berapa ramai anak muda yang sebaya awak yang baik? Yang boleh diharap? yang betul-betul ada sifat seorang lelaki. Bukan sifat lelaki yang batin tu, tapi sifat seorang lelaki yang budiman atau didalam bahasa penjajahnya digelar gentleman?" Hamba mendengar dengan penuh minat. Beliau menyambung, "Tak ramai yang ada sifat macamtu sekarang. Yang ada cuma lelaki-lelaki keparat yang kononnya baik tetapi suka mengambil kesempatan ke atas kebaikkan wanita, mungkin juga bini baru Salleh Yaakob itu rasa tidak ada seorang pun lelaki muda yang dapat menjadi pelindung buat dia." Bila hamba dengar sahaja perkataan pelindung dari mulut beliau, lagi sekali hamba tersentak. Kali ini lebih hebat lagi. Rasa seperti berada di bawah taklukan seorang gergasi sambil kepala hamba diketuk-ketuk dengan tukul besi dan dismack secara paksa. Subhanallah!! Ini adalah sifat yang makin pudar dalam diri seorang lelaki zaman sekarang. Beliau berkata lagi, "Daripada 10 orang lelaki yang seumur awak, mungkin hanya 2 ataupun 3 sahaja yang memiliki akhlak yang baik, akhlak yang bersih, peribadi yang bersih, selebihnya hanyalah keparat-keparat yang memalukan kaum Adam ini."

Subhanallah.. Hamba tertunduk. Diam. Tidak mampu bicara. Sepertinya terkena pada batang hidung sendiri. Memang benar apa yang diucapkan oleh sifu hamba. Sudah berapa malam hamba tidak tidu memikirkan perkara ini. Mengapa dan mengapa?? Soalan ini terus menerjah kotak fikiran hamba. Lalu secara jujurnya ingatan hamba teringat kepada seseorang yang pernah hamba sayangi dan cintai, sehabis hati. Cuma hamba bersangka baik dengan Allah. Ini bukan jodoh hamba, mungkin bila dengan hamba dia tidak akan pernah mengenal erti bahagia. Mungkin dengan orang lain dia mengenal erti bahagia. Bila ditegur secara sirr begitu, hati hamba mula berdetak, bagaimana mahu menjadi lelaki yang lebih baik.

Allah bercakap dengan kita melalui al-Quran. Dalam al-Quran surah annisa yang bermaksud : Lelaki itu lebih kuat daripada wanita. Baiklah, pada pandangan hamba, pada kajian dan pembacaan hamba, kuat di sini yang Allah sebutkan bukan sahaja terletak pada kekuatan fizikal semata, ia meliputi kekuatan untuk melindungi, menjaga, kewangan dan berbagai lagi. Jika sebagai seorang lelaki tidak tahu bagaimana untuk menghargai seorang Hawa, maka ranaplah semuanya. Daripada situlah lahirnya anak-anak yang dibuang di jalanan, lahirlah anak-anak yang dibuang dari tingkat atas rumah, lahirlah anak-anak yang diletakkan di pagar masjid lalu dihurung semut dan semut itu menggigitnya dan berbagai lagi. Bagaimana mahu menjadi pelindung bagi seorang wanita? Jawapan itu sudah ada, cuma kita buta. Jawapan ada pada sosok junjungan kita Muhammad SAW. Lihat bagaimana baginda menghargai seorang makhluk yang bernama wanita. Cuma baginda diberi keizinan oleh Allah SWT untuk berkahwin lebih daripada satu. Itu adalah kelebihan yang Allah berikan.

Bagaimana untuk menjadi pelindung yang baik bagi seorang wanita. Ini adalah beberapa rumusan yang telah hamba buat pagi ini untuk lelaki dan juga hamba :

1. Menjaga hati terlebih dahulu. Jangan benarkan diri kita melalui perkara maksiat.
2. Selalu berdoa kepada Allah agar diberikan keimanan yang mantap, jiwa yang teguh.
3. Mohon Allah lindungi kita dari berlakunya perkara maksiat. Sekecil-kecil maksiat hinggalah sebesar-besar maksiat.
4. Bina kekuatan dalam diri, jadilah pelindung untuk diri kita dahulu.
5. Jadikan Rasulullah SAW sebagai uswatun hasanah yakni contoh tauladan untuk diri kita.
6. Belajarlah menghargai seorang makhluk bernama wanita. Percayalah, dalam dirinya ada Nur yang tak mungkin padam.
7. Jadilah seorang lelaki yang bertaqwa. Insyaallah, Allah permudahkan jalan.

Insyaallah, kita sama-sama mencuba. Entri ini juga buat hamba. Mana tahu mungkin satu hari nanti hamba terlupa dan bila hamba buka blog ini semula hamba akan ingat. Ini juga teguran buat hamba, mudah-mudahan Allah permudahkan jalan buat hamba. Menyesal sekarang tiada gunanya, ianya sudah terjadi. andai boleh diundurkan waktu, memang hamba akan pergi dan memperbaiki segalanya.

Ah! Kuat berangan la lu! Hoho~

Allahu a'lam..

P/S : Mood rindu. Cahaya...... (T_T)

P/S : Esok daftar KUIN. Malas-malas rasanya. Balik umah tido agak-agak boleh tak? Belajar tinggi-tinggi tp bengong gak. Hohooo....~ (^_^)v

P/S : lalala~

Friday, June 3, 2011

Siapakah Saya??

Bismillah..

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW.

Alhamdulillah, hari ini hamba diberikan lagi nafas secara percuma untuk hidup.

Terlebih dahulu hamba ingin memohon ampun dan maaf sebab dah lama tak update blog. Hamba sebenarnya sedang sibuk menguruskan urusan untuk menyambung pelajaran di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Alor Setar, Kedah. Dalam bidang yang sama seperti diploma dolu-dolu.

Baiklah, siapakah saya. Siapakah hamba? Mesti ramai yang tertanya-tanya. mengapa soalan itu yang ditanya. Soalan itu berlegar-legar dalam fikiran kita yang mana jika kita sedikit jatuh dalam kealpaan makanya yang bertanduk yang telah berjanji dengan Allah SWT akan menghasut anak adam ini akan menghasut kita supaya kita lari, lalai dan leka dari Allah SWT.

Jadi, siapa sebenarnya kita? Kita adalah hamba Allah SWT, yang hina, selalu berdosa, selalu khilaf. Itu adalah kita. Tiada sebab untuk kita berasa bangga dengan status yang kita miliki, sekalipun pada sosok tubuh hamba, hamba digelar berbagai gelaran yang boleh membuatkan jika mak-mak awek tak kenal dengan perangai hamba akan setuju membuat hamba sebagai menantu mereka. (Mereka? Ramai tu!)Jadi, hakikatnya, hamba ni bukanlah baik sangat. Biasa-biasa je. Selalu buat salah, selalu buat dosa.

Hoho~

Baik, ayat skema pulak.

Dewasa kini, kita terlalu banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Anak dibuang merata, seperti sampah. Ibu dijadikan seperti hamba dan berbagai lagi. Ini cuma beberapa jenis contoh sahaja, realitinya anda juga mengetahui. Kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dalam hidup. Cuma dalam perkiraan hamba, hamba berfikir begini, manusia tidak akan berubah selagi tidak buat silap. Dah terhantuk baru tergadah. Kata pepatah. Selalunya kita begitu..

Siapakah kita? Kita tidak punya apa-apa kecuali Allah yang punya cinta.

Allahu a'lam..

P/S : Entri pendek sahaja sebab sibuk nak ke Kedah.

P/S : Buat yang jauh, rindu kamu! Hoho...