Kita pohon kekuatan,tetapi ALLAH beri kesulitan untuk menjadikan kita kuat.Kita pohon keteguhan hati,tetapi ALLAH beri masalah untuk diatasi.Kita pohon keyakinan,tetapi ALLAH beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.Kita pohon cinta,ALLAH berikan insan yang tulus untuk didampingi.Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini,namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan...
Saturday, May 1, 2010
Selamat tinggal teratak pengajianku. Selamat tinggal sahabat-sahabat.
Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang hamba mulakan kalam pada hari ini. Dengan nama Allah yang menciptakan cinta dan maha cinta hamba mulakan kalam. Dengan nama Allah yang maha tahu setiap apa yang ada di dalam benak hamba-hambaNya. Dengan nama Allah.
Alhamdulillah, setelah sekian lama hamba menyepikan diri di blog hamba, hamba kini datang semual dengan menulis. Sudah lama hamba tidak menulis sesuatu di blog hamba sendiri. Maafkan hamba kerana membuat anda semua tertunggu tulisan dari hamba. Hamba tidak berniat untuk menyepikan diri selama ini. Hamba menyepikan diri kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi.
Sudah agak lama hamba tidak memberi cerita tentang itu dan ini, dan hari ini dengan kekuatan yang masih ada lagi hamba ceritakan segalanya.
Alhamdulillah, pada hari ini, 1hb mei 2010, Majlis Perasmian Penutup Program Minggu Tautan Kasih Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak telah diadakan dengan meriah sekali walaupun tidak ramai yang hadir. Program ini diadakan sempena pengambilan pelajar baru Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak bagi sesi 2010-2014. Alhamdulillah, tahun ini seramai tujuh orang yang mendaftar sebagai warga Maahad.
Dengan masuknya pelajar-pelajar baru di Maahad ini, bermakna hamba harus keluar dari Maahad ini juga. Yela, dah hamba habis belajo takkanlah hamba nak duduk sini lagi ye tak? Takkanlah hamba nak menyibuk lagi jadi pelajar baru ye tak?
Hmm.. Bila menyebutkan tentang perkara ini hati hamba jadi sayu. Rasanya baru sebentar tadi hamba jadi pelajar tahun pertama pengajian. Rasanya seperti masih baru lagi berada di teratak pengajian ini. Hamba tidak sangka yang hamba sudahpun menghabiskan pelajaran di Maahad ini. Sekejap sahaja hamba rasa di sini. Seperti semalam rasanya. Pagi tadi, usainya majlis penutup, ada jawatankusa penggerak program Minggu Tautan Kasih memainkan slide show dengan lagu daripada kumpulan nasyid Brothers yang bertajuk Selamat Berjuang dan Doa Perpisahan. Seketika itu juga airmata hamba menitis. Lantas terus hamba buka facebook dan menulis status di sana. Sempat lagi berfacebook. Hebat bukan?
Ya, memang hamba menangis. Standardla kan? Dalam hati ada taman! Hoho! Hamba tidak tahu mengapa airmata hamba mengalir di saat lagu itu dipasangkan. Terlalu banyak kenangan di sini. Terlalu banyak sejarah di sini. Terlalu banyak perkara-perkara indah yang tercipta di sini. Terlalu banyak, jika mahu disenaraikan memang hamba tak larat nak menulis tapi apa yang penting di teratak inilah hamba belajar segalanya. Dari urusan duniawi sehingga ke urusan ukhrawi. Di teratak inilah juga hamba belajar menjadi nakal dan berubah menjadi baik... kot? Hehe..
Saat ini lagu Selamat Berjuang nyanyian kumpulan nasyid Brothers sedang menemani hamba. Memang lagu ini benar-benar mengusik jiwa hamba.
Sebenarnya, jarak antara kediaman hamba dan teratak pengajian tidaklah jauh mana. Cuma memakan masa sejam.. Tak jauh sangatlah. Tapi entah kenapa hati ini terlalu sayu dan pilu mengenangkan suka dan duka dalam perjuangan hamba di Maahad ini. Meninggalkan Maahad, meninggalkan sahabat-sahabat. Aduhai... Berat rasanya jiwa ini.
Hamba pasti akan mengenangkan semua ini. Pasti......
Buat sahabat-sahabat hamba yang membaca tulisan hamba ini, izinkan hamba luahkan satu perkara buat antum...
Sahabat-sahabat,
Antum semua amat ana sayangi. Antum semua amat ana kasihi. Ana pasti dan ana jamin ana tidak akan bertemu dengan orang sebaik antum. Dengan antum, ana dapat mengenal erti nilai sebuah persahabatan. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat bersahabat. Dengan antum, ana dapat merasai nikmat sebuah keluarga. Terima kasih banyak ana ucapkan buat antum kerana sudi menjadi sahabat ana sepanjang pengajian. Terima kasih sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat,
Ana maafkan andai kata selama perkenalan ini dan selama persahabatan ini terjalin ada salah tutur dari ana. Maafkan ana andai selama perkenalan ini hamba ada salah laku dengan antum. Maafkan ana sahabat-sahabat. Entah bila lagi ana akan dapat bertemu dengan antum semua.
Sahabat-sahabat,
Andai panjang umur ana, ana harap kita akan bertemu lagi. Sahabat-sahabat, percayalah tulisan ini ditulis dengan airmata yang berlinangan tiada henti. Percayalah bahawa ana benar-benar menghargai antum semua sebagai sahabat yang paling baik. Maafkan ana andai pada diri ana ini terlalu banyak kekurangan. Maafkan ana andai pada diri ana ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik.
Ana doakan moga-moga kita semua berada di dalam lindungan Allah. Hamba doakan semoga nanti antum semua akan menjadi Huffaz yang memberi manfaat kepada semua manusia di luar sana. Ana doakan moga-moga satu hari nanti kita semua dapat bertemu semula.
Selamat tinggal teratak pengajian, selamat tinggal sahabat-sahabat hamba!
Allahu a'lam