Friday, March 12, 2010

Tunggu ye?



Bismillah..

Erm... Sudah agak lama hamba tidak menulis entri yang orang kata lawak. Orang kata la, bukan hamba. Hamba tak pernah buat lawak dalam blog hamba apatah lagi masuk pertandingan Raja Lawak Musim ke lapan. Hoho...

Takpe, takpe... Tunggu ye? Nanti ada masanya kita akan sama-sama bergelak ketawa dengan lawak tak jadi hamba sambil kita ingat mengingati antara satu sama lain.

Maklumlah, sekarang ni hamba tengah sibuk jadi penanam anggur dan mahu bertukar profession daripada penanam anggur kepada yang lain dan untuk makluman semua hamba sekarang tengah sibuk dengan satu hobi baru. Bukan korek hidung sambil mencalitnya di dinding tandas ok! Itu perbuatan jijik. Jangan sesekali lakukan. Kalau nak telan takpe. Sebab ia dari dalam badan anda. Tak mudarat pun. Hoho....

Ok, Chow!

Allahu a'lam....

0 Orang Bercakap: