Tuesday, March 16, 2010

Malam Yang Suram Dan Hamba Tidak Boleh Tidur

Bismillah..

Malam/pagi ini sangat sejuk dan sangat sunyi. Malam ini benar-benar dingin. Dinginnya menusuk ke tulang hamba. Sudah berapa lama bumi Malaysia ini disirami dengan panas yang tiada hingga menyebabkan hampir kemarau. Semuanya disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri dan kebetulan, malam ini hamba amat lapar. Sudah berapa lama hamba tidak makan dengan selesa. Maklumlah, hamba ini pelajar dan guru yang mengajarkan kitab al-quran dengan gai sebanyak RM dua angka setiap bulan. Oh! Tidak mengapa. Ini semua dugaan Allah untuk menjadikan hamba seorang yang sangat bersabar. Moga-moga tarbiyyah ini dapat menjadikan hamba benar-benar hamba yang bertaqwa.

Baiklah, hamba tak tahu apa yang hamba mahu karutkan pagi ini. Untuk pengetahuan anda, entri ini ditulis pada pukul 5 pagi waktu Jalan Raja Musa Mahadi, 31400, Ipoh, Perak, Malaysia.

Hamba cuma turutkan mata hamba ini yang tidak mahu pejam-pejam. Mengaji sudah, minum sampai kembung perut sudah, keluar masuk bilik air pun sudah. Tapi hamba sudah tidak tahu mahu buat apa lagi, sudahnya memjegilkan mata menanti subuh adalah jawapan kepada soalan hamba.

Dalam kesibukan hamba mencari pekerjaan sementara menunggu panggilan dari universiti tempatan atau luar negara, hamba sudah terjumpa dengan hobi baru lagi. Kali ini dengan hobi baru hamba ini hamba boleh menjana pendapat yang orang kata boleh la lepas nak beli roti canai dua tiga keping. Hobi baru hamba ialah mencipta wallpaper telefon bimbit dan komputer dalam tulisan jawi. Baru je nak menjinak-jinakkan diri dalam dunia editing ni. Setakat ni hamba dah menerima beberapa tempahan secara kecil-kecilan, sesuai dengan tahap kreativiti hamba yang tidak seberapa ini. Jadi, jikalau anda mahukan henfon atau laptop anda diwarnai dengan sesuatu yang baru dalam tulisan jawi silalah berhubung dengan hamba. Samaada mahu hamba yang reka sendiri atau anda ada wallpaper tetapi cuma mahu ditouchup dalam tulisan jawi, hamba tidak kisah. Serahkan pada hamba, Insyaallah hamba akan lakukan yang terbaik. Segala urusniaga boleh berurus terus dengan hamba. Nombor telefon sudah hamba sediakan di badge facebook di sebelah kiri anda.

Oh ya! Jika anda seorang yang bekerjaya dan mempunyai ofis atau pejabat dan mahu menambahkan seri pejabat anda dengan lukisan abstrak pelbagai saiz, anda juga boleh menghubungi hamba kerana hamba juga ada menyediakan perkhidmatan itu. Cuma yang melukisnya bukanlah hamba, hamba cuma mempromosikan untuk beliau. Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut, hubungi hamba dan hamba akan memberitahu dengan detail.

Erm... Entri? Sabarlah ya? Insyaallah dalam masa terdekat hamba akan menulis sesuatu untuk anda semua.

Allahu a'lam.

0 Orang Bercakap: